The Alien - Link Select

Khamis, 14 Mei 2015

TIPS ELAK MENGINAP DI HOTEL BERHANTU ???

Hampir semua HOTEL di MALAYSIA ber-HANTU. Tetapi beberapa cara mengurangkan peluang anda berjumpa dengan Makhluk Halus ini. Bukan apa.....  Seperti anda, makhluk ini juga perlu katil untuk berbaring, cermin untuk bersolek dan sambungan internet untuk e-mel dan sebagainya. Kalau dulu mereka cuma mengetuk bilik, kini mereka sudah pandai mendail telefon anda pada waktu malam.  begitulah rutin malam mereka, kehadiran kita di bilik tersebut pastinya akan mengganggu mereka....



Apabila anda datang ke bilik mereka dengan 4 Orang anak yang asyik bergaduh, anda yang sebenarnya mengganggu mereka. Gunakan 5 tip hotel di bawah untuk mengurangkan peluang diganggu di hotel sewaktu cuti sekolah bersama anak-anak :

1. ELAK RESORT / HOTEL / HOMESTAY TERPENCIL
banyak resort di yang letaknya tersorok nun jauh di ceruk kampung. Contohnya Resort Tok Senik, Langkawi. juga hotel yang nun jauh di atas bukit seperti First World Hotel di Genting. Resort terpencil di yang selalu terjadi kes chalet misteri kerap terbakar. juga tapak markas tentera Jepun pada zaman perang dunia. Mengapa anda pilih tempat sebegini? Mengapa pula pilih untuk bercuti di kawasan peranginan yang berhantu seperti Genting?

Hotel First World, Genting memang dikatakan berhantu sehingga ia diletak dalam senarai 15 hotel paling berhantu di dunia oleh Yahoo Travel. lebih 6,000 bilik di sini. Dengan bilik sebanyak ini, dan dengan tetamu yang ramai, anda pastikah yang suara orang bergaduh dari bilik sebelah anda itu suara manusia? Dan bolehkah anda pastikan wanita tua menyapu koridor yang menyapa anda itu bukan hantu ? Amber Court, Apartmen Ria dan penginapan lain di Genting juga terkenal dengan entiti yang suka mengacau. Bukan apa. Tempat itu tidak baik dan selalu diguna untuk benda tidak baik.

2. WASPADA DENGAN HOTEL BERSEJARAH
Hotel bersejarah adalah hotel yang lebih tua dari moyang anda. Contohnya hotel Cheong Fatt Tze dan E&O di Pulau Pinang serta hotel Majestic di Kuala Lumpur. Hotel-hotel ini diminati kerana taraf 5 bintang dan gaya kolonialnya. Tapi, usia yang panjang juga menyebabkan bilik-bilik hotel ini menyimpan pelbagai peristiwa dan rahsia — tak kiralah bersejarah atau tragis. Hotel Majestic Kuala Lumpur kini adalah hotel 5 bintang ternama di Kuala Lumpur.
Hotel Majestic contohnya telah ditutup pada tahun 1984 sebelum dinaiktaraf dan dibuka semula selepas tiada penghuni selama 28 tahun.

Sewaktu Jepun kalah perang dunia, tentera Jepun yang membunuh diri dengan menusuk pedang mereka ke badan sendiri di hotel ini. juga orang-orang Inggeris yang sangat suka tinggal di sini sehingga mereka meninggal dunia di dalam bilik di hotel. Sewaktu ia ditutup, kakitangan KTM dikatakan sering melihat kelibat lelaki berpakaian Jepun memandang jauh ke arah jalan melalui tingkap salah satu bilik di situ.

3. BILIK PENUH DI HOTEL TERSEBUT
Peluang anda bertemu si penunggu cukup tinggi jika anda datang ke satu resort dengan tergesa-gesa, tanpa tempahan, pada waktu malam — dan kemudian marah-marah bila diberitahu tiada lagi bilik kosong. Kerana tidak tahan dengan perangai anda, akhirnya, selepas beberapa minit mengetuk keyboard komputer, staff hotel itu berkata pada anda, “Jika encik tidak kisah, kami satu bilik (istimewa) untuk encik.”

Tahniah! Anda baru saja menempah TIKET V.I.P  untuk berjumpa HANTU di bilik nanti.

Di dalam hampir semua hotel, bilik yang ditutup untuk tempahan. Kadangkala, bukan satu atau dua bilik. Tapi satu tingkat ditutup untuk tetamu. Bilik-bilik ini selalunya tempat kes ngeri, tempat kerap dijumpai makhluk halus atau tempat di letaknya patung2 keagamaan orang Cina yang di simpan untuk membuang sial atau makhluk halus di hotel. Jika penyambut tetamu katakan pada anda yang bilik sudah tiada, mengapa pula selepas beberapa minit mengetuk keyboard, dia akhirnya terjumpa dengan bilik kosong? Anda susahkan dia. Kini giliran anda pula untuk susahkan! 
Enjoy the show!

4. BILIK DALAM SUASANA PELIK  
Katil berselerak, bau kurang menyenangkan, suhu yang tidak sesuai dan sebagainya.  Jangan kompromi dengan bilik yang kelihatan terusik.  Tanda awal yang bilik anda dihuni makhluk lain ialah bila anda masuk, bilik anda berbau pelik, berselerak, atau sejuk dari biasa. Ada juga yang tidak berselerak. Cuma bila anda pertama kali masuk, anda lihat lantai basah seperti orang yang baru keluar dari bilik air.

Atau anda melihat Labah-labah atau sarang labah-labah di salah satu sudut bilik.  Kita faham, mungkin bahagian housekeeping kekurangan staff hari itu. Tapi amat jarang bilik diberi tanpa diperiksa dahulu.  Jika anda masuk dan bilik anda berselerak teruk — contohnya selimut di lantai, pintu almari ternganga, atau daun-daun kering berterabur di bilik, jangan tunggu lagi.  ANDA tidak perlu buang masa, cari saja bilik lain.  Walaupun apa alasan yang diberi pihak hotel, minta bilik lain. Bukan apa, tetamu tak diundang mungkin muncul pada malamnya.

5. ADAB WAKTU SENJA
Sebelum senja, ajak anak masuk bilik. Jangan lagi biar mereka mandi-manda dan menjerit-jerit di kolam renang.  Bila tiba senja, tutup saja langsir tingkap dan balkoni. Terutama jika balkoni bilik anda menghadap laut atau pokok-pokok kelapa yang menjulang tinggi. Memanglah angin laut waktu senja sejuk dan mengasyikkan. Tetapi banyak kes makhluk yang mengacau terbang masuk melalui balkoni.

Ini kisah seorang tetamu sebuah hotel tepi laut seperti yang diceritakan dalam thread mengenai hotel berhantu di forum Cari.

“Our room facing the sea. balcony. Memalam nak tido, aku ni tah aper je gi bukak sliding door. Biar open. Angin masuk best je. Tengah aku best renung2 laut try nak tgk lautan waktu malam (walhal mmg gelap takkan nampak), tetiber kain sangkut kat muka aku. Aku ok lagi. Aku tolak tepi coz for sure langsir — coz aku diri dekat ngan langsir. Pastu kain serkup muka aku lagi. Aku tolak lagi until aku sedar. Kain tu kain putih. Then aku dah gigil. Aku undur aku pusing je — perempuan diri depan aku tapi tak show muka. Cuma rambut panjang sampai lantai — ketawa. Terus pengsan. Sedar2 kwn aku dah balik. Aku diam je. Esok pagi terus checkout. Tak sanggup aku.”

Sebenarnya, banyak hotel yang berhantu di tempat lain di seluruh dunia pun begitu. Malah, kemungkinan juga hotel yang baru anda tempah pun ada makhluk yang tak diundang.  Atau kadang-kadang nasib anda malang, anda telah menempah HOTEL HANTU.  Walaupun jarang berlaku.  Tetapi tidak mustahil berlaku kepada anda.  Hotel dan bangunannya yang pelik dan buat anda meremang bulu tengkuk, kemungkinan besar adalah HOTEL HANTU.  Segera tinggalkan bangunan tersebut sehingga anda menemui hotel yang menyenangkan. Apapun, kami harap anda kini lebih bijak memilih bilik.

Jika anda ternampak kertas di kaunter -in yang tertulis :

“JANGAN JUAL BILIK-BILIK DI BAWAH INI, MELAINKAN JIKA PELANGGAN MENDESAK!”

... kini anda tahu mengapa!

Itu merupakan tips umum. Dan ini adalah tips khusus untuk umat Islam yang pada akhirnya terdesak untuk menginap di hotel tersebut.


  AZAN :  
Sebaik sahaja anda dapat bilik bacalah ayat-ayat ini sebelum membuka pintu pada kali pertama, bacalah Bismillah 7 kali, Salawat 1 kali, Al-Fatihah 1 kali, Ayat Qursyi 1 kali dan 4 Qul- 1 kali setiap Qul.  Buka suis lampu  Bacalah “ALLAHULADZHIIM”- Kemudian berwuduk dan AZAN serta  solat sunat dua rakaat.  Berdoalah memohon perlindungan ALLAH dari kejahatan Syaitan Jin dan Manusia dalam sujud terakhir.
    Sentiasa mandi dalam kedaan menutup aurat.
  Alihkan dan tanggalkan gambar-gambar manusia dan binatang sekiranya ada dalam bilik tersebut.  Pasang kembali apabila Check –Out.  Baca Bismillah setiap kali mengalihkan barang-barang dalam bilik tersebut       Selama menginap di bilik tersebut, apabila keluar dan menutup pintu. Iringi penutupan pintu itu dengan lafaz ‘ALLAHUAKBAR’ dengan suara yang keras dan rendah tonanya.
    Apabila masuk ke bilik itu semula.  Baca Bismillah dan Salawat.  Baca“ALLAHULADZHIIM” tatkala memutar tombol pintu untuk membukanya. Begitu juga apabila anda membuka dan menutup tingkap bilik dan suis lampu bacalah lafaz yang sama. 
    Sentiasa bawa senaskah kitab Qur’an dan baca sebelum tidur.
  Adalah lebih baik menggunakan HP atau Mp3 yang ada bacaan Qur’an ( Al-Fatihah, Al-Baqarah, Yasin dan surah Al-Jin)  . Pasangkannya dalam ton yang sederhana sehingga anda tertidur dan membawa waktu Subuh.
  Sebelum tidur baca Bismillahirrahmaanirrahim 21 kali, salawat 7 kali dan ucap kalimah Talbiah.  Sesudah itu jangan kata atau bersuara lagi melainkan terus berzikir “ALLAH...ALLAH...” dalam hati sampai tertidur.
   Apabila anda menunaikan solat fardhu lima waktu.  Maka AZAN dan IQAMAT di dalam bilik  itu.
 Kalau anda tidak memiliki kemahiran ini.  Anda digalakkan membawa seorang kawan yang mahir dan faham dengan tips yang saya beri.  Sekiranya anda langsung tidak ada kawan dna tidak tahu apa-apa tentang tips yang saya beri ini.  Maka anda balik sahaja ke rumah atau menginap dirumah kawan anda.

Apapun, mencegah lebih baik dari mengubat.  Lebih menjauhi dari mendekatinya.  Ini merupakan tips yang umum dan khusus kepada semua orang.

DOA DALAM KITAB QUR'AN UNTUK MEMOHON PERLINDUNGAN DARI SYAITAN


“Nikmati Bilik penginapan anda dengan tenang dan selamat”




Senarai ini adalah untuk rakyat Malaysia dan para pelancong yang percaya kewujudan dunia ghaib. Maklumat ini adalah dikumpul daripada pelbagai sumber seperti, forum, laman web, majalah dan blog-blog tertentu dan pendapat-pendapat serta pengalaman peribadi individu yang terbabit dan pernah mengalami detik-detik tersebut.


HOTEL BERHANTU DI KUALA LUMPUR
1. Crystal Crown Hotel, KL
2. Grand Continental Hotel, KL
3. Mandarin Oriental Hotel, KL
4. Hotel Corus, KL
5. Hotel Kowloon Jalan TAR, KL
6. Grand Millennium Hotel, KL
7. Federal Hotel, KL
8. Park Royal, KL
9. Crowne Plaza, KL
10. Mint Hotel Sungai Besi, KL
11. Mandarin Court Hotel, KL
12. Hotel Istana *Bilik 712*, KL
13. Hotel Maya, KL
14. Dynasty Hotel, KL
15. Pearl International Hotel

HOTEL BERHANTU DI PETALING JAYA
1. Holiday Villa, Subang Jaya
2. Saujana Hotel, Subang Jaya
3. Hilton Hotel, Petaling Jaya

HOTEL BERHANTU DI JOHOR BAHRU
1. Mutiara Hotel, JB
2. M Suites Hotel, JB
3. Sebab Hotel Desaru, JB
4. New York Hotel, JB

HOTEL BERHANTU DI KEDAH
1. Hotel Grand Continental, Alor Star
2. Swiss Inn, Sungai Petani
3. SP Inn, Sungai Petani
4. Hotel Cinta Sayang, Sungai Petani

HOTEL BERHANTU DI  PULAU LANGKAWI
1. Marina Cove Resort, Langkawi
2. Kondo Istana, Langkawi
3. Resort Kampung Tok Senik, Langkawi
4. Aseana Resort, Langkawi
5. Datai Langkawi, Langkawi

HOTEL BERHANTU DI MELAKA
1. Angkasa Hotel *Tingkat 5*, Melaka
2. Shah’s Beach Resort, Melaka
3. Mahkota Hotel *Tingkat 11*, Melaka
4. Hotel Duluxe, Melaka

HOTEL BERHANTU DI PORT DICKSON
1. Ancasa Resort, PD
2. Ilham Beach Resort, PD
3. Thistle Resort, PD
4. Palm Spring Resort, PD
5. Le Paris Costa Rica Resort *Bilik 517*, PD
6. Avillion Resort, PD

HOTEL BERHANTU DI PAHANG
1. Swiss Garden Hotel, Kuantan
2. Impiana Hotel, Cherating
3. Legend Resort, Cherating
4. MS Garden Hotel, Kuantan
5. Hyatt Hotel, Kuantan
6. Vistana Hotel, Kuantan

HOTEL BERHANTU DI CAMERON HIGLANDS
1. Heritage Hotel *Tingkat 4*, CH
2. Equatorial Hotel *Bilik 809*, CH
3. Strawberry Park Hotel, CH
4. Apartmen Dahlia, CH

HOTEL BERHANTU DI GENTING HIGHLANDS
1. First World Hotel *Tingkat 13*, GH
2. Genting Highlands Resort Hotel, GH
3. Hotel Berhantu di Pulau Pinang
4. Sheraton Hotel, Penang
5. Hotel Copthorn, Penang
6. Rasa Sayang Resort, Penang
7. Northam Hotel, Penang
8. E&O Hotel, Penang
9. Crown Prince Hotel, Penang
10. Sunway Hotel, Penang
11. Gurney Hotel, Penang
12. Sri Malaysia Hotel, Penang

HOTEL BERHANTU DI PERAK
1. Excelsior Hotel, Ipoh
2. Majestic Hotel, Ipoh
3. Pangkor Island Resort, Pangkor
4. Pangkur Laut Resort, Pangkor
5. Bukit Merah Lake Town Resort, BM
6. Marina Cove Resort, Lumut
7. Swiss Garden Damai Resort, Lumut
8. Hotel Sri Mersing Taiping

HOTEL BERHANTU DI SABAH
1. Sibu Island Resort, Sabah
2. Renaissance Hotel *Bilik 107*, Sabah
3. Hotel Ruby, KK
4. Hyatt Hotel, KK

HOTEL BERHANTU DI SARAWAK
1. Hilton Hotel, Kuching
2. Damai Beach Resort, Sarawak
3. Holiday Inn, Sarawak
4. Crown Riverside Hotel, Kuching
5. Santubong Resort, Sarawak

HOTEL BERHANTU DI TERENGGANU
1. Resorts World Awana,Terengganu

HOTEL BERHANTU DI NEGERI SEMBILAN
1. Hotel Royal Bintang, Seremban

HOTEL BERHANTU DI KELANTAN
1. Sutra Inn, Kota Baru
2. Hotel Danialla, Bachok

HOTEL BERHANTU DI SELANGOR

1. Apartment UiTM 
2. Renaissance Subang

HOTEL HANTU DI MALAYSIA
* ANDA MUNGKIN BERPELUANG MENGALAMINYA.  YANG BERNASIB MALANG AKAN MENGETAHUINYA- BUKANNYA HOTEL BIASA- SESIAPA YANG BERPELUANG. MEMANG DIA TELAH DIPILIH OLEH PEMILIK HOTEL INI. LOKASINYA TIDAK TETAP.

*Mereka yang tidak percaya atau kurang yakin atau tidak yakin sama sekali. anda digalakan merasainya dan mengalaminya sendiri di tempat-tempat tersebut. Risiko anda tanggung sendiri.  Penulis tidak akan bertanggung-jawab atas tindakan anda.  
Harap maklum! 


TIPS PENTING BAGI MEREKA YANG TIDAK TAHU ATAU TIADA ILMU AGAMA:

1. sila bawa TERMOMETER : Mungkin anda bertanya-tanya di dalam hati, biasanya Termometer digunakan untuk mengukur suhu tubuh pada manusia.  Dengan menggunakan thermometer,  bisa merekam dengan jelas dan teliti suhu di sekitar ruangan yang berhantu. Menurut para ahli bila penurunan suhu di dalam ruangan hingga 10 'C maka hal ini merupakan satu tanda ruang itu berhantu dan  kemunculan dari makhluk halus atau hantu. 

2. Bawang Putih : Dua siung Bawang putih, letakkan di atas meja dalam bilik. biarkan seulas dipotong dan aromanya menyebar ke serata ruang bilik.  ia bukan sahaja jadi anti-makhluk halus tetapi anti-bakteria dan anti-kuman yang menyebar di udara bilik.

3. Garam Kasar + Air :  spray Air Garam di sekeliling bilik. Ia akan berfungsi seperti pendinding yang keras pada makhluk Halus.   Baca Bismillah setiap kali spray.

4. Air Garam + Bawang putih :  juga satu cecair yang sangat ampuh untuk menghalang kemaraan makhluk halus.

selamat mencuba....  


Rabu, 13 Mei 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 13-15 ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).  Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):  Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)".
[ Q.S. AL-HIJR 15 : 13-15 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
 “ALLAH berfirman : ‘Hamba-Ku akan berterusan bertanya tentang Daku’ :
Allah ini telah menciptakan aku, maka siapakah pula yang menciptakan Allah?”
Daripada Abu Hurairah R.A
 [ H.R.S : Imam Bukhari dan Imam Muslim Ra. A. ]

"Tanda orang munafik ada tiga :  Apabila berbicara ia dusta, Apabila ia berjanji ia menyalahi janji dan  Apabila dipercaya ia berkhianat."
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

 “Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama).”
Daripada Abdullah bin Amr bin Ash R.A

[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

Selasa, 12 Mei 2015

ISLAM ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi ALLAH ialah ISLAM.”
 [ Q.S. AL-IMRAN 3 : 19 ]

“.... Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan ISLAM itu menjadi Agama untuk kamu.”
[ Q.S. AL-MAIDAH 5 : 3 ]

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama ISLAM(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 208 ]

“Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (Muhammad) adalah MUSLIM (ISLAM) yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)."
[ Q.S. AL-AN’AM 6 : 163 ]

" Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama ALLAH? Padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan.”
[ Q.S. AL-IMRAN 3 : 83]

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama ISLAM, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
[ Q.S. AL-IMRAN 3 : 85 ]

"Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula Nasrani akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (MUSLIM) kepada ALLAH dan sekali bukankah dia termasuk golongan orang orang Musyrik.”
[ Q.S. AL-IMRAN 3 : 67 ]

"Dan kepada ALLAH, jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut(ISLAM), sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.”
[ Q.S. AR-RA'D 13:15 ]

“.... Dia menamakan kamu: MUSLIM semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)....”
[ Q.S. AL-HAJJ 22 : 78 ]

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan MUSLIM.”
[ Q.S. AL-IMRAN 3 : 102 ]

“Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih Agama (ISLAM) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan MUSLIM (ISLAM)."
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 132 ]

“... dan kami semua adalah MUSLIM (berserah diri, tunduk taat) kepada ALLAH semata-mata.”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 136 ]

"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi ALLAH tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya." 
[ Q. S. AS- shaf 61 : 8 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"ISLAM itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan Solat, berpuasa di bukan Ramadhan, Mengeluarkan Zakat dan menunaikan Haji jika kamu mampu mengerjakannya."
Daripada Hadis Malaikat Jibril A.S
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Islamlah nescaya kamu selamat.”
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]



“Sesungguhnya aku bersaksi Tiada Tuhan selain ALLAH yang wajib disembah dan Muhammad itu Rasul dan Nabi terakhir daripada ALLAH yang membawa Syariat Islam sebagai Ad-Deen. Saksikanlah bahawa aku adalah MUSLIM yang beragama ISLAM.”

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

Isnin, 11 Mei 2015

AKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) Rahmat bagi Semesta Alam.
[Q.S. AL-ANBIYAA’ 21 : 107 ]
“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”
[Q.S. AL –QALAM 68 : 4 ]
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.”
[Q.S. AL –AHZAB 33 : 21 ]
“Bukanlah Muhammad itu ayah seseorang dari kalian, namun ia adalah RASULULLAH dan NABI TERAKHIR. Dan sesungguhnya Allah maha tahu akan segala sesuatu.”
[ Q.S. AL- AHZAB 33 : 40 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Sesungguhnya aku diutus (Allah) untuk menyempurnakan Akhlak.”
[ H.R.S : Imam Ahmad Ra. A. ]

"Aku adalah seorang nabi bukanlah pendusta, aku adalah cucu Abdul Muthalib."
Daripada Al-Abbas bin Abdul Muthalib R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat kedudukannya dengan majelisku pada Hari Kiamat nanti adalah orang yang paling baik akhlaknya. Sebaliknya, orang yang aku benci dan paling jauh dari diriku adalah orang yang terlalu banyak bicara  sia-sia dan sombong."
[ H.R.S : Imam Tirmidzi Ra. A. ]

"Sesungguhnya yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik akhlaknya."
[ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]



SAIDATINA ‘AISYAH  ABU BAKAR R.A
Berkata :
 “Akhlak Nabi adalah AL-QUR’AN. Ia redha terhadap apa yang ALLAH redhai dan marah karena ALLAH.”
Daripada Abu Darda R.A
[Al-Bidâyah wa an-Nihâyah, juz 6, hal., 37.]

“Rasulullah Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang berakhlak paling mulia.  Baginda adalah Qur’an yang berjalan di muka bumi, zahir dan batinnya.  Tiada Nabi dan Rasul yang lebih baik darinya dalam semua aspek kehidupan manusia di muka bumi. Menyampaikan segala firman ALLAH dengan jujur dan amanah yang sangat tinggi, meninggalkan sunnah yang membawa kejayaan di dunia dan di Akhirat sebagai Utusan terakhir dari ALLAH S.W.T, Tuhan seluruh alam untuk seluruh manusia dan Jin.”

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

“Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan mungkin dipersoalkan oleh orang lain, tetapi ia adalah satu-satunya manusia dalam sejarah yang supremely berjaya di kedua-dua peringkat agama dan sekular.”
MICHAEL H. HART


HARI IBU ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
[ Q.S. AL-ISRA’ 17 : 23 ]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[ Q.S. LUQMAN 31 : 14 ]

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni’mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai. berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”
[ Q.S. AL-AHQAF 46 : 15 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
‘Ibumu!’
Dan orang tersebut kembali bertanya : ‘Kemudian siapa lagi?’
‘Ibumu!’
Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’
‘Ibumu!’
Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’
“Kemudian ayahmu.”
Daripada Abu Hurairah R.A :
“Seseorang datang kepada Rasulullah S.A.W dan berkata:
“Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?”
[ H.R.S :Imam Bukhari -5971 & Imam Muslim – 2548 ]

“Ridha Allah tergantung ridha orang tua dan murka Allah tergantung murka orang tua.“
“Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar R.A
[ H.R.Hn.S : Syaikh Al Albani Ra. A. - Adabul Mufrod no. 2 ]

“Sesungguhnya Allah Ta’ala mengharamkan kalian berbuat durhaka kepada ibu-ibu kalian, mengubur anak perempuan hidup-hidup, menolak kewajiban dan menuntut sesuatu yang bukan menjadi haknya. Allah juga membenci jika kalian menyerbarkan kabar burung (desas-desus), banyak bertanya, dan menyia-nyiakan harta.”
[ H.R.S :Imam Bukhari, no. 1407 & Imam Muslim, no. 593 Ra. A. ]

“Sesungguhnya orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat adalah orang yang membunuh nabi atau orang yang dibunuh oleh nabi atau membunuh salah seorang daripada ibu bapanya dan pembuat patung serta orang berilmu yang tidak mendapat manafaat daripada ilmunya.”
Ibnu Abas R.A

[ H.R.S :Imam Baihaqi Ra. A. ]


***HARI IBU SETIAP HARI... bukan satu hari sahaja.. sebab itu tidak elok menyambutnya sehari sahaja.. hari lain tak disambut... di sinilah masalahnya non-Muslim... dalam Islam HARI IBU adalah setiap masa.. setiap detik.. setiap hari... indahnya Islam.... setiap hari umat islam berdoa WAJIb 5 kali sehari untuk Ibu dan bapa mereka... SESIAPA YANG MENGHAYATI MAKSUD DOA UNTUK IBU DAN AYAH.. akan tahu betapa Islam lebih mulia dan mementingkan Ibu berbanding yang Non-Muslim. ... satu nilai Hari IBU yang mulia adalah dalam Islam.. luar dari ISLAM? tiada nilainya disisi ALLAH..
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini. Dalam ISLAM hari IBU adalah setiap Hari.. 365 hari dan 12 bulan setahun...4 minggu sebulan.. 7 hari seminggu... 24 jam sehari... 60 saat seminit... ... setiap saat adalah hari ibu...


sebab itu sesiapa yang menyambutnya sehari dalam setahun.. memang sesuatu yang merugikan... Ibu kita mengingati kita setiap hari... tak percaya? tanya ibu.. atau mungkin setelah anda bergelar IBU ..baru anda percaya... .. menyambut sehari je sebagai hari ibu.. itu idea orang Non-Muslim... Kesannya : 364 hari dalam setahun lagi itu bukan hari ibu... malang sungguh ibu-ibu di dunia.... 365 hari setahun adalah hari ibu.. ini yang lebih mulia... kamu sebagai ibu..... berapa kalikah anda mahu diingatio oleh anak anda??? setahun hanya sekali atau 365 kali setahun??? atau pun dalam doa 5 kali sehari selepas solat fardhu? ANDA PILIH SENDIRI...

Ahad, 10 Mei 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 10-12 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu. Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.  (Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
 [ Q.S. AL-HIJR 15 : 10-12 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi."
“Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?"
Baginda S.A.W menjawab: "Tiga ratus dua belas (312)."
Daripada Abi Zar R.A

[ H.R.S : Imam Tirmizi Ra. A. ]