ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan Tuhanmu telah
perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari
keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan
kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking
menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun).
[ Q.S. AL-ISRA’ 17 : 23
]
Dan Kami wajibkan
manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya
dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan
yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[ Q.S. LUQMAN 31 : 14 ]
“Kami perintahkan kepada
manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya
dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya
sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa
dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku
untuk mensyukuri ni’mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada
ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai.
berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk
orang-orang yang berserah diri.”
[ Q.S. AL-AHQAF 46 : 15
]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD
S.A.W
Bersabda :
‘Ibumu!’
Dan orang tersebut
kembali bertanya : ‘Kemudian siapa lagi?’
‘Ibumu!’
Orang tersebut bertanya
kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’
‘Ibumu!’
Orang tersebut bertanya
kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’
“Kemudian ayahmu.”
Daripada Abu Hurairah
R.A :
“Seseorang datang kepada
Rasulullah S.A.W dan berkata:
“Wahai Rasulullah,
kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?”
[ H.R.S :Imam Bukhari
-5971 & Imam Muslim – 2548 ]
“Ridha Allah tergantung
ridha orang tua dan murka Allah tergantung murka orang tua.“
“Daripada ‘Abdullah bin
‘Umar R.A
[ H.R.Hn.S : Syaikh Al
Albani Ra. A. - Adabul Mufrod no. 2 ]
“Sesungguhnya Allah Ta’ala
mengharamkan kalian berbuat durhaka kepada ibu-ibu kalian, mengubur anak
perempuan hidup-hidup, menolak kewajiban dan menuntut sesuatu yang bukan
menjadi haknya. Allah juga membenci jika kalian menyerbarkan kabar burung
(desas-desus), banyak bertanya, dan menyia-nyiakan harta.”
[ H.R.S :Imam Bukhari,
no. 1407 & Imam Muslim, no. 593 Ra. A. ]
“Sesungguhnya orang yang
paling pedih seksaannya pada hari kiamat adalah orang yang membunuh nabi atau
orang yang dibunuh oleh nabi atau membunuh salah seorang daripada ibu bapanya
dan pembuat patung serta orang berilmu yang tidak mendapat manafaat daripada
ilmunya.”
Ibnu Abas R.A
[ H.R.S :Imam Baihaqi Ra.
A. ]
***HARI IBU SETIAP
HARI... bukan satu hari sahaja.. sebab itu tidak elok menyambutnya sehari
sahaja.. hari lain tak disambut... di sinilah masalahnya non-Muslim... dalam
Islam HARI IBU adalah setiap masa.. setiap detik.. setiap hari... indahnya
Islam.... setiap hari umat islam berdoa WAJIb 5 kali sehari untuk Ibu dan bapa
mereka... SESIAPA YANG MENGHAYATI MAKSUD DOA UNTUK IBU DAN AYAH.. akan tahu
betapa Islam lebih mulia dan mementingkan Ibu berbanding yang Non-Muslim. ...
satu nilai Hari IBU yang mulia adalah dalam Islam.. luar dari ISLAM? tiada
nilainya disisi ALLAH..
Satu aliran pemikiran
mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba,
yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung.
Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama
kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga
menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan
ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini. Dalam ISLAM hari IBU adalah setiap
Hari.. 365 hari dan 12 bulan setahun...4 minggu sebulan.. 7 hari seminggu... 24
jam sehari... 60 saat seminit... ... setiap saat adalah hari ibu...
sebab itu sesiapa yang
menyambutnya sehari dalam setahun.. memang sesuatu yang merugikan... Ibu kita
mengingati kita setiap hari... tak percaya? tanya ibu.. atau mungkin setelah
anda bergelar IBU ..baru anda percaya... .. menyambut sehari je sebagai hari
ibu.. itu idea orang Non-Muslim... Kesannya : 364 hari dalam setahun lagi itu
bukan hari ibu... malang sungguh ibu-ibu di dunia.... 365 hari setahun adalah
hari ibu.. ini yang lebih mulia... kamu sebagai ibu..... berapa kalikah anda
mahu diingatio oleh anak anda??? setahun hanya sekali atau 365 kali setahun???
atau pun dalam doa 5 kali sehari selepas solat fardhu? ANDA PILIH SENDIRI...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan