Isnin, 6 April 2015
Ahad, 5 April 2015
Q.S. IBRAHIM 14 : 37-39 ???
ALLAH
S.W.T
Berfirman
:
"Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat
keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di
sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka
ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya
dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik
gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah
rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga
mereka bersyukur.
"Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan
apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang
tersembunyi kepada Allah!
"Segala
puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua:
Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa
permohonan.
[
Q.S. IBRAHIM 14 : 37-39]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda
:
“….Bahwa
dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik
pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rusak maka rusak pula seluruh
perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.”
[
H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
“Setiap
dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya
sebelum mereka berpisah”
[
H.R.S : Imam Abu Daud Ra. A.]
“Iaitu
kamu memberi makanan dan mengucapkan salam baik kepada orang yang telah kamu
kenal mahupun orang yang belum kamu kenal.”
Daripada
`Abdullah bin `Amr bin Al-`Ash R.A “Bagaimanakah ISLAM yang baik itu?”
[
H.R.S : Imam Bukhari dan Imam Muslim Ra. A. ]
Khamis, 2 April 2015
Q.S. IBRAHIM 14 : 34-36 ???
ALLAH
S.W.T
Berfirman
:
Dan
Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu
hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan
bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu
pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa
dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang
aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah
menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang
menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku;
dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka
sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan
bertaubat).
[
Q.S. IBRAHIM 14 : 34-36]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda
:
"Tidak
sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana
masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil
Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil
Aqsa di Palestin."
Daripada
Abu Hurairah R.A
[
H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
“Hampir
tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas
katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka
ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa
yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami
haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, “Padahal apa yang
diharamkan oleh Rasulullah S.A.W. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan
oleh ALLAH S.W.T.”
Daripada
Miqdam bin Ma’dikariba R.A
[
H.R.S : Imam Abu Daud Ra. A. ]
Selasa, 31 Mac 2015
MAT SALLEH ???
Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕulu. Ibunya daripada suku Bajau. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.
Jumaat, 27 Mac 2015
IMAN ???
ALLAH S.W.T
Berfirman :
".... Dia
mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan
percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang
beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu,
bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
[ Q.S AT-TAUBAH
9 : 61 ]
“Wahai
orang-orang yang beriman! Kekalkanlah keimananmu kepada Allah SWT dan
Rasul-Nya, beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad
SAW dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadanya. Maka, sesiapa yang
ingkar kepada Allah SWT dan para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya
serta hari akhirat, sesungguhnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang cukup
jauh.”
[ Q.S. AN-NISA’
4 : 136 ]
“Dan
(orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada
Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”
[ Q.S. YUSUF 12 :
106 ]
RASULULLAH NABI
MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan
kemudian hendaklah kamu Istiqamah’.”
Daripada Sufyan
Ibn ‘Abdullah R.A
[ H.R.S : Imam Ahmad,
an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah Ra. A. ]
"Iman
adalah percaya kepada Allah S.W.T, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,
Rasul-rasul-Nya, hari Akhirat dan Qada dan Qadar yang baik dan buruk daripada
Allah SWT.”
[ H.R.S : Imam
Muslim Ra. A. – Hadis Jibril ]
Khamis, 26 Mac 2015
Q.S. IBRAHIM 14 : 31-33 ???
ALLAH
S.W.T
Berfirman
:
“Katakanlah
kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan
mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan
merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang
tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat
memberikan pertolongan). Allah jualah
yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu
mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu;
dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar
di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu
(mengambil manfaat darinya). Dan Ia juga
yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan
kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”
[
Q.S. IBRAHIM 14 : 31-33]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda
:
“Solatlah
kamu seperti kamu melihat aku solat.”
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
"Batas
pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat."
[
H.R.S : Imam Bukhari dan Imam Muslim Ra. A. ]
"Sesungguhnya
saat yg paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika ia
sedang bersujud."
[
H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]
Selasa, 24 Mac 2015
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)













