The Alien - Link Select

Selasa, 22 April 2014

‘TIMLOMEKUN’ JUS ANTI-GOUT ???


 ‘TIMLOMEKUN’ JUS ANTI-GOUT

TIMUN
LOBAK MERAH
KUNYIT HIDUP


Kisar dan campurkan dengan segelas air beralkali dan minum sebelum tidur..:)
Herba lain : RADIX KAPSUL DAN ARDISIA

PANTANG
Jangan makan semua jenis Kacang – kacang tanah, merah, hitam kacang buncis, panjang dll.

Punca Gout antaranya ialah sikap :

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan kari.
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar memakan fastfood seperti burger, kfc, McD, subway dll.
19. Mengambil supplement Vitamin yang tidak halal



SYOR PEMAKANAN
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung
6. Minyak zaitun satu sudu besar setiap hari
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus dan pegaga
8. Buah Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran
15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA

16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari atau minyak zaitun.

Khamis, 17 April 2014

RAHSIA DIRI MELALUI TULISAN ???

Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di'baca' itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

[Kecondongan tulisan]
Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

[Saiz tulisan]
Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

[Bentuk tulisan]
Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

[Jarak tulisan]
Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

[Ruangan di tepi] Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

TANDA TANGAN DAN RAHSIANYA ???

Makna Tersirat Di Sebalik Tandatangan


Setiap orang pasti mempunyai identiti tersendiri bagi tandatangan masing-masing. Tapi sedarikah kita yang setiap tandangan itu sebenarnya sedikit sebanyak mewakili sifat yang terdapat pada diri kita. Itulah yang dikatakan rahsia yang terdapat pada tandatangan. Setiap cara, titik dan garisan pada tandatangan mempunyai rahsia tersendiri. Walaupun kebiasaannya 'first impression' kita akan melihat kekemasan dan cantiknya sebuah tandatangan. Jom kita cuba selidik segala kebenaran rahsia tandatangan.


1. Satu garisan di bawah tanda tangan
Seorang yang sangat yakin
Ada personaliti yang hebat
Agak mementingkan diri sendiri
Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan
Anda romantik
Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
Memilih kecantikan (bagi lelaki)
Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)

3. Satu titik di bawah tanda tangan
Anda kelihatan mudah dan tenang
Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
Seronok dengan kehidupan
Ikut gaya dan cara sendiri
Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
Anda sentiasa berusaha supaya smart
Suka berselindung
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin
Tidak pentingkan diri sendiri
Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
Seorang pemikir
Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
Tegas dengan pendapat sendiri
Ada semangat yang tinggi



9. Tanda tangan yang menggunakan huruf Arab mewakili nama.
Seorang yang tegas, beragama
seorang pemikir dan punya idea yang luas
bersemangat tinggi dalam kehidupan, yakin dan pembersih.  Penyayang dalam hal agama.
cenderung kepada seni dan tegas dengan pendirian
pendengar yang baik dan mudah sesuai dalam semua keadaan.






Tanda Tangan Yang Berakhir Ke Atas

Wah, korang yang mempunyai tanda tangan seperti ini memang seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai impian yang besar dalam kehidupan! Keinginan korang ini membuatkan korang mempunyai sikap yang positif iaitu rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Setiap perkara yang korang lakukan sering kali membuahkan hasil yang baik disebabkan kesungguhan dan kesabaran korang untuk mencapai kejayaan



Tanda Tangan Bercorak Bulat

Bulat menggambarkan seorang yang suka berfikir. Walaupun ada masanya masalah yang korang hadapi itu boleh diselesaikan dengan mudah. Tetapi korang tetap banyak berfikir untuk menyelesaikan masalah itu daripada segi positif atau negatif. Sikap korang itu memang bagus, tetapi jangan sampai diri korang pula tertekan nanti..Jadi penyelesaiannya sudah ada di depan mata, jadi jangalah pula menyusahkan diri sendiri. Itu lebih mudahkan.


Tanda Tangan Yang Bersimbol Love Atau Bunga

Pergh.. beruntung la siapa yang berkawan dengan korang nie! Penuh dengan kemesraan dan kasih sayang. Korang seorang kawan yang baik dan pendengar yang setia. Sebab itu semua orang senang berdamping dengan korang. Pendek kata, jika rakan-rakan kamu mempunyai masalah, koranglah yang akan menjadi pakar perundingnya dan nasihat-nasihat korang itu pastinya bernas.


Tanda Tangan Berbentuk Kartun Lucu

betullah korang nie.. Karakter korang ini seringkali membuatkan rakan-rakan sekeliling tidak kering gusi apabila bersama korang. Ada sahaja topik yang menjadi perbualan hangat antara korang dan rakan-rakan. Sikap korang itu memang bagus kerana menjadi penghibur kepada rakan-rakan.. Cuma yang kurang bagusnya, golongan seperti ini mempunyai sikap sambil lewa jika sesuatu perkara itu perlu serius apabila dibincangkan.


Tanda Tangan Yang Berakhir Ke Bawah

hmm.. ini sebenarnya seorang yang kreatif. Tetapi yang bahayanya, kamu juga seorang yang kuat berangan tentang perkara yang tidak masuk akal. kalau berangan sedikit utnuk kebaikan tidak ada salahnya. Mungkin ia dapat membantu melahirkan idea-idea yang bagus. Tetapi berangna kosong sehingga menjejaskan pelajaran tidak baik untuk korang. Kurangkan sikit sikap yang suka berangan itu..


Tanda Tangan Lurus

tanda tangan yang lurus menggambarkan keperibadian yang baik pada korang.. Seorang yang jujur dalam melakukan sesuatu perkara. Pada korang bercakap dengan betul dan tidak berbohong itulah yang sebaik-baiknya. Sedia menerima akibat baik dan buruknya terhadap sesuatu perbuatan yang kamu lakukan. Korang benci pada orang yang suka menipu dan pengkhianat. Korang juga percaya, setiap perbuatan yang baik itu, pasti mendapat balasan yang baik di kemudian hari..


Tanda Tangan Ringkas

Pantas! satu perkataan yang boleh mengungkap diri yang sebenar. Korang seorang yang pantas dan cekap dalam melakukan tugasan. Biasanya akan berfikir panjang terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan. Ringkas dan mudah adalah prinsip kamu. Tak payah nak pening kepala membuat suatu perkara yang susah. Kalau dah ada depan mata, rebut saja peluang yang ada.


Tanda Tangan Abstrak

Golongan ini mempunyai tanda tangan yang sukar untuk difahami oleh orang lain. Tanda tangannya langsung tidak ada kena mengena dengan namanya sendiri.. Ini memang sangat seni. jadi tidak hairanlah tanda tangan korang juga mempunyai bentuk yang unik. Korang seorang yang perahsia. Banyak tentang diri korang tidak diketahui oleh orang lain. Orang seperti ini akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa menyusahkan orang lain.




Info grafologi

Grafologi adalah seni menilai karakter dan keperibadian seseorang menerusi tulisan tangan dan tanda tangan mereka. Ia boleh memberi petunjuk kehidupan seseorang mengenai perniagaan, kehidupan, keluarga dan hubungan, kesetiaan, kejujuran dan semangat serta apa saja.

Ia adalah sesuatu yang saintifik. Tulisan tangan juga dikenali sebagai tulisan otak (brain writing). Otak memberi arahan pada tindakan menulis. Jika berlaku ketidakupayaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menggunakan tangan, individu terbabit masih boleh menulis dengan meletakkan pen pada gigi atau jari kaki. Hakikatnya, otak yang membantu kita menulis, tangan hanyalah medium untuk melaksanakannya.

Ketepatan pakar grafologi menganalisis tulisan dan tanda tangan bergantung pada kepakaran dan bakat pakar terbabit sebagaimana pakar psikologi klinikal. Seseorang ahli grafologi memerlukan tempoh kira-kira lapan tahun untuk benar-benar mahir dalam bidang ini.


Jadi, macam mana tandatangan korang atau orang yang rapat disekeliling. Adakah benar segala rahsia tandangan yang dikupas di atas ?? Pasti ada yang tersenyumkan dan tak kurang pula mencebik kan. ahahaha....Segala terserah kepada diri sendiri untuk menilainya sebab setiap orang pasti lebih kenal diri sendiri.

Ahad, 23 Mac 2014

MH370 ???


MUSLIM BROTHERHOOD???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara"
(Qur’an Surah al-Hujuraat : 10)


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya"
(H.R.S : Imam Bukhari Rahm. Alaih.)

“KASIHI Saudara seagama mu kerana ALLAH S.W.T.  Nescaya Allah dan Rasul-Nya pasti mengasihimu.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A




LAMBANG PERSAUDARAAN ISLAM.. THE MUSLIM BROTHERHOOD...   JOM SERTAI!



MUKMIN ITU BERSAUDARA
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam, beliau bersabda: ‘Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya’. (HR. Muslim,)

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ }الحجرات10

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang
difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang
tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada
kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan
kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap
peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden.

UKHUWAH ISLAMIYAH
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzhaliminya, membiarkannya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya. Taqwa itu berada di sini, beliau menunjuk dadanya tiga kali. Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya". (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Hadits di atas mengajarkan kepada kita sebagian syarat-syarat ukhuwah Islamiyah yang harus dipenuhi oleh setiap muslim, di antaranya:
Larangan Saling Mendengki
"Dan janganlah kalian saling mendengki".
Berkata Ibnu Rajab Al-Hambali dalam kitabnya Jami'ul Ulum wal Hikam: "Tidak boleh saling mendengki sebagian kalian terhadap sebagian yang lain. Dengki yaitu perasaan tidak suka kalau ada orang lain mengunggulinya dalam salah satu keutamaan yang dimilikinya".
Asy-Syaikh Al-'Allamah Muhammad Hayat As-Sindi berkata dalam kitabnya Syarh Arba'in Nawawiyah: "Tidak boleh sebagi an di antara kamu mengharapkan lenyapnya kenikmatan dari sebagian yang lain, karena perbuatan itu akan menjadikannya ingkar terhadap Allah, yaitu terhadap apa-apa yang telah Allah bagi dan tentukan dengan hikmah dan ketentuanNya. Dengki itu dapat menyebarkan permusuhan, ghibah dan namimah. Orang yang suka mendengki itu hatinya selalu sedih dan gundah, sebab dia akan selalu tersiksa oleh perbuatannya setiap kali melihat orang yang didengkinya mendapat kenikmatan."
Larangan Saling Menipu
"Janganlah saling menipu."
Ibnu Rajab Al-Hambali dalam kitabnya Jami'ul Ulum wal Hikam berkata: "Banyak sekali ulama yang menafsirkan kata'an-najsy' di sini dengan arti meninggikan penawaran harga barang yang dilakukan oleh orang yang tidak akan membelinya, mungkin untuk memberikan manfaat bagi penjual dengan adanya tambahan harga, atau untuk mencelakakan pem beli dengan meninggikan harga yang harus dibayar."
Dari Ibnu Umar, dari Nabi shallallahu 'alahi wasallam, bah wa beliau melarang menawar barang melebihi harganya (dengan tujuan menipu pembeli lain). (HR. Al-Bukha ri dan Muslim)
Ibnu Abi Aufa berkata: "Pelaku tipu menipu (seperti ini) adalah pema kan riba dan pengkhianat."
Ibnu Abdil Barr mengatakan: "(Ijma' para ulama menyebutkan) bahwa yang melakukan perbuatan ini berarti melakukan maksiat kepada Allah jika dia telah mengetahui larangan ini."
Larangan Saling Membenci
"Dan janganlah kalian saling membenci."
Asy-Syaikh Al-'Allamah Al-Imam Muhammad Hayat As-Sindi rahimahullah berkata: "Janganlah kalian melakukan apa yang akan menyebabkan saling membenci karena itu akan menyebab kan bermacam-macam kerusakan di dunia dan bencana di akhirat."
Al-Imam Al-Hafizh Rajab Al-Hambali berkata: "Sesama muslim dilarang saling membenci dalam hal selain karena Allah, apalagi atas dasar hawa nafsu, karena sesama muslim itu telah dijadikan Allah bersaudara dan persaudaraan itu saling cinta bukan saling benci."
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Demi Dzat yang jiwaku berada di TanganNya, tidaklah kalian masuk Surga sehingga kalian beriman dan tidaklah kalian beriman sehingga saling mencintai. Maukah kalian aku tunjukkan sesuatu, jika kalian lakukan akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian." (HR. Muslim)
Larangan Saling Memutuskan Hubungan (Silaturahim)
"Janganlah kalian putuskan hubungan."
Al-Imam Al-'Allamah Ibnu Daqiqil 'Ied berkata: "Makna 'tadabaru' adalah saling bermusuhan, dan ada pula yang mengatakan saling memu tuskan hubungan karena masing-masing saling membelakangi." Asy-Syaikh Al-'Allamah Muhammad Hayat As-Sindi berkata: "Tidak diperbolehkan sebagian kalian berpaling dari sebagian yang lain, tetapi seharusnya kalian menghadapi mereka dengan wajah berseri-seri, hati yang bersih dari kedengkian dan permusuhan serta dengan tutur kata yang manis."
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga hari, keduanya bertemu tidak saling menyapa, sebaik-baik di antara kedua nya adalah yang memulai salam." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Memutuskan hubungan yang dimaksud hadits ini adalah dalam masalah duniawiyah. Adapun dalam masalah diniyah dibolehkan memu tuskan hubungan lebih dari tiga hari sebagaimana dilakukan Imam Ahmad dll., seperti terhadap ahli bid'ah, kaum munafik dan yang mengajak memper turutkan hawa nafsu.
Larangan Menyerobot Transaksi Saudara Sesama Muslim
Asy-Syaikh As-Sindi berkata: "Ada salah seorang di antara kamu mengatakan kepada orang yang mena war dagangan orang lain, 'tinggalkan lah, aku akan jual kepadamu dengan harga yang lebih murah', atau menga takan kepada orang yang hendak menjual dagangannya kepada sese orang, 'tinggalkanlah, aku akan membeli darimu dengan harga yang lebih tinggi'."
Semua perbuatan di atas menafi kan ukhuwah Islamiyah, karena seorang mukmin itu mencintai apa yang untuk saudaranya seperti apa yang untuk dirinya. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Hendaklah setiap orang di antara kamu melakukan mu'amalah ukhuwah (persaudaraan) dengan sebenar-benarnya dengan cara menghendaki kebaikan untuk saudaranya sebagaimana menghen daki untuk dirinya, dan membenci kejahatan yang ada pada saudaranya seperti membenci kejahatan itu menimpa dirinya.
Al-Hafizh Ibnu Rajab mengata kan: "Di dalam lafazh itu menunjukkan bahwa mereka meninggalkan saling mendengki, menipu, membenci, memutuskan hubungan silaturahim dan menyerobot transaksi saudaranya, dengan demikian mereka bersaudara. Dalam hadits ini juga diperintahkan untuk mencari apa saja yang dapat menjadikan orang-orang muslim bersaudara secara mutlak. Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain." Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu." (Al-Hujurat: 10)
Jika orang-orang mukmin itu bersaudara mereka diperintahkan untuk dapat melunakkan hati dan mempersatukannya, dilarang melaku kan apa yang dapat menyebabkan perpecahan dan perselisihan. Berkata Syaikh Muhammad Hayat As-Sindi: "Persaudaraan Islam itu lebih kuat dari persaudaraan karena nasab."
Karena itu tidak boleh menzha limi saudaranya sesama muslim dalam bentuk apapun. Tidak boleh mendiam kan untuk tidak menolongnya jika melihat ia dizhalimi, karena setiap mukmin diperintahkan saling tolong-menolong seperti sabda Nabi: "Tolong lah saudaramu dalam keadaan zhalim atau dizhalimi", ia berkata (Abu Hurairah), 'wahai Rasulullah, aku tolong dia dalam keadaan dizhalimi, lalu bagaimanakah aku menolongnya dalam keadaan zhalim?', beliau ber sabda: "Kamu cegah dia dari kezhaliman nya maka itulah pertolonganmu kepada nya."(HR. Al-Bukhari)
Kemudian harus selalu berkata dan bersikap benar (jujur) kepadanya. Tidak boleh meremehkannya, sebab sikap meremehkan orang lain itu tumbuh dari kesombongan dirinya sebagaimana sabda Nabi r: "Kesom bongan itu menolak kebenaran dan menghinakan orang." (HR. Muslim)
Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, jangan lah satu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain karena boleh jadi yang diolok-olokkan itu lebih baik dari yang mengolok-olokkan dan jangan pula wanita-wanita mengolok-olokkan wanita yang lain, karena boleh jadi wanita-wanita yang diperolok-olok itu lebih baik daripada yang mengolok-olok." (Al-Hujurat: 11)
Orang yang sombong akan meman dang dirinya sempurna dan memandang orang lain serba kekurangan kemudian mencela, meremehkan dan tidak mau menerima kebenaran yang datang dari orang lain.
Taqwa Letaknya di Dada
Sabda Rasulullah r: "Taqwa itu di sini", seraya menunjuk ke dadanya tiga kali. Dalam kalimat ini menunjukkan bahwa kemuliaan makhluk di sisi Allah itu dengan ketakwaan. Allah berfirman:
"Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa." (Al-Hujurat: 13) Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada sosokmu dan hartamu, tetapi Dia akan melihat kepada hatimu dan amalanmu." (HR. Muslim)
Dari ayat Al-Qur'an dan hadits di atas diketahui bahwa ketakwaan itu ada di dalam hati dan dilihat dari amalannya. Di antara kejahatan seorang muslim adalah melakukan penghinaan terhadap saudaranya. Cukup seseorang itu (dikatakan) melakukan kejahatan dengan menghinakan saudaranya sesama muslim, sebab menghina adalah kesombongan yang merupakan salah satu bentuk kejahatan. Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: "Tidak akan masuk Surga orang yang di dalam hatinya ada seberat dzarrah dari kesombongan." (HR. Muslim)
Orang Muslim itu Diharamkan Darah, Harta dan Kehormatannya
Nabi r pernah bersabda pada waktu haji Wada' yang disaksikan oleh sebagian besar sahabatnya, di antara pesan beliau adalah: "Sesungguh nya harta, darah dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti kemuliaan harimu ini dalam bulanmu ini di negerimu ini." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Hadits di atas menunjukkan bahwa darah, harta dan kehormatan seorang muslim tidak boleh diganggu. Banyak sekali nash yang menunjukkan tentang larangan ini dan tidak terbatas pada waktu dan tempat. Allah I telah menjadikan orang-orang mukmin itu bersaudara agar mereka saling kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi. Sabda Nabi r:
"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling cinta-mencintai, sayang-menyayangi dan kasih-mengasihi seperti tubuh, jika salah satu anggota tubuh terasa sakit, maka seluruhnya akan tidak bisa tidur dan demam." (Muttafaq 'Alaih)
Demikianlah di antara syarat-syarat ukhuwah yang harus dipenuhi oleh setiap muslim yang ingin mencapainya. Wallahu a'lam . (Ibrahim Sa'id)
Disadur dari
SYARH ARBA'IN NAWAWIYAH ,RIYADHUSH SHOLIHIN, TAFSIR IBNU KATSIR DLL.
::mari kita jalin ukhuwah Islamiyah menuju persatuan islam tegaknnya syariah

Sabtu, 15 Mac 2014

MALAYSIA ???




Malaysia (Tulisan Jawiمليسيا) ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 batu²).[13][14]Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[13] Malaysia berkongsi sempadan darat dengan ThailandIndonesia, dan Brunei[13] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[15] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.[7]
Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayupada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri SabahSarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.[16] Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan.
Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.[17][18] Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster[19], dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.
Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,[13] serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti.[20] Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-PasifikNegara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Khamis, 13 Mac 2014

MH370 ???





 DOA KESELAMATAN

(UNTUK MH370, KESELAMATAN NEGARA DAN UJIAN MUSIM PANAS YANG MELAMPAU)


Audzubillahiiminas-Syaitaanirrajiim
Bismillahirahmaanirrahiim 
Alhamdulillah hi rabbil aalamiin.
Allahumma Shalli alaaa Muhammad
Bismillahi masya-Allah wa bismilllahi tawakkaltu-ilallah, 
waa hasbunallahu wani’mal wakiil walaa haula walaa 
quwwata illabillahi aliyyil azhiim. 

Sesungguhnya Aku bersaksi tiada Tuhan selain ALLAH 
dan Muhammad itu utusan ALLAH...

MAHA SUCI ENGKAU, YA ALLAH...
SEGALA PUJI BAGIMU, YA ALLAH...
TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU, YA ALLAH... 
YA RAHIIM, YA RAHMAAN, YA MUJIIBU YA WAHHABU YA SHAMADU
YA ALLAH, YA RABBIL ‘ALAAMIN...

YA ALLAH....
YA ALLAH....
YA ALLAH....

Permudahkanlah urusan pencarian penumpang-penumpang dan kru MH370. 
Ya ALLAH... 
Lindungilah mereka dari nasib buruk di mana saja mereka berada Ya ALLAH.., panjangkanlah umur mereka dan kembalikanlah mereka ke rumah masing-masing dengan selamat, 
YA ALLAH...

YA ALLAH, YA TUHAN KAMI,
YANG MAHA MENGUASAI, YANG MAHA MELINDUNGI, YANG MAHA MULIA, MAHA KUAT LAGI MAHA PERKASA...

Lindungilah kami dan negara kami dari ancaman dan kezaliman musuh-musuh di dalam dan di luar negara kami. Musnahkanlah musuh-musuh negara kami dengan tentera-tentera bantuan dari-Mu, sebelum mereka mencapai kami. Ya ALLAH... 
Pelihara negara kami dari kezaliman diri kami sendiri dan ampunilah dosa-dosa kami serta lindungilah kami dari kejahatan dan kezaliman Syaitan Jin dan Syaitan Manusia... YA ALLAH... YA ADZHIIM...

YA RAHMAN, YA RAHIIM... 
Rahmatilah kami dengan HUJAN RAHMAT dari sisi-Mu agar seluruh ujian berat ini dapat kami atasi dengan rahmat-Mu, 
YA ALLAH...

Kabulkanlah doa kami Ya ALLAH...
Kabulkanlah doa kami Ya ALLAH...
Kabulkanlah doa kami Ya ALLAH...

Dengan Hak dan kemuliaan-Mu, berkat Kalimah 
LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH...

Hasbunallahu wani’mal wakiil walaa haula walaa 
quwwata illabillahi aliyyil azhiim
Allahumma Shalli alaaa Muhammad wa alaa alihi Muhammad
Walhamdulillah hi rabbil aalamiin
Amin.... Amin.. Ya ALLAH, Ya Rabbil Aalamin...