The Alien - Link Select

Rabu, 27 Oktober 2010


SORII SEMALAM TAK SAMBUNG... terlupa. Sebab ada KIK peringkat zon tengah... so memang balik jam 1 tgh semalam memang penat gile... then, makan dan solat... lepas tu sambung keje...sambung kunyah kacang goreng bergula buatan sendiri... hehehe... Pagi macam hari khamis lain2 la...pakai baju batik... kaler hijau..hehehe... rutin macam biasa bila masuk kerja... on pc, cek lotus note-kalau2 ada email baru.... ada jugalah tapi takde kaitan pun ngan aku... pegawai2 je... hehehe... susun buku dan kemudian pi minum ngan bebudak team Gagak Hitam ni.. .. hari ini pekena nasi lemak yang dijual semalam... nasi lemak hari ini baru punya bukan semalam ya... jadi beli je laa. Nak rasa juga sedap ke tak sedap... bawalah ke kafe dan jamu selera kat sana ... sedap jugalah nasinya cuma banyak minyak dan santannya... masuk opis balik, jam 9 dan start keje, kebetuilan pula diorangh ni tengah lupus kotak2 yang tak dipakai... apa lagi sebagai pegawai berdedikasi, aku ambil dan susun elok2 buat kotak untuk pindah rumah nanti... heheheh.. entah bilalah rumah aku boleh masuk...aku dah tak sabar sebenarnya nak masuk rumah baru ni... asyik bayar sewa je...rugii woooo.... baik aku bayar rumah yang bakal jadi milik aku dalam 30 tahun lagi ni.. hehheh lagi baik!...
Sambung nanti ya...
*gambar atas tu sekadar hiasan... hehehe- tapi itulah panggung kat KK yang selalu aku lepak... seronok panggung ni..masih kekal dengan gaya lamanya..

Selasa, 26 Oktober 2010

SUPERBUG! ALERT!


SUPERBUG!... satu penyakit baru dalam era modennya anti-biotik saintifik. di Malaysia ada satu kes semantara di luar Malaysia, banyak kes dilaporkan. Ini merupakan wabak baru- (Ya Allah... lindungi aku dan keluarga ku dari buruknya wabak ini...amin)

mari kita lihat bagaimana wabak tersebut. Wabak Superbug!

Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengesan kes jangkitan yang melibatkan bakteria 'superbug', kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Berikutan itu, katanya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah diarah menjalankan ujian bagi mengenal pasti serta pengesahan kehadiran bakteria yang membawa gen NDM-1 di Malaysia.

"Sejak kejadian jangkitan bakteria 'superbug' mula dikesan pada tahun 2008, lebih banyak kes melibatkan 'superbug' mula direkodkan di seluruh dunia atau secara lebih spesifik di India, Pakistan dan United Kingdom," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, langkah pengawasan telah dimulakan di mana semua hospital di seluruh negara diarah menghantar sampel bakteria yang menunjukkan corak kerintangan tinggi terhadap kebanyakan antibiotik yang diuji, kepada kepada IMR, untuk ujian lanjut.

"Sehingga ini, tidak ada pesakit yang dijangkiti oleh 'superbug' tersebut yang dirawat di negara ini.

"Pihak IMR telah menyaring 18 isolat bakteria yang menunjukkan corak kerintangan yang tinggi dan hanya satu isolat yang positif terhadap gen NDM-1 yang dikesan di Malaysia.

"Isolat yang positif tersebut hanyalah merupakan 'colonizer' iaitu ia tidak menyebabkan penyakit dalam seseorang pengidap penyakit barah tetapi hanyalah pembawa.

"Ujian susulan terhadap sampel dari pengidap barah tersebut adalah negatif," tambahnya.

Liow berkata, kementerian kesihatan akan terus menjalankan pemantauan bagi mengesan awal dan mengambil langkah pencegahan bagi memastikan kejadian kes jangkitan bakteria ini, tidak merebak di Malaysia.

Pesakit itu seorang pesakit perempuan dan telah dirawat di Hospital Ampang...beliau sudah keluar tetapi masih berterusan menerima rawatan.

"Tetapi beliau mempunyai sakit lain, leukemia...superbug tidak menimbulkan ancaman bahaya kepada pesakit tertentu ini...kerana bakteria ini hanya colonize iaitu pembawa dan dia bukan mendatangkan kesan kepada tubuh, bakteria itu hanya hidup dalam tubuh pesakit itu," katanya kepada pemberita semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Galas di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengesan kes jangkitan yang melibatkan bakteria 'superbug', kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Berikutan itu, katanya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah diarah menjalankan ujian bagi mengenal pasti serta pengesahan kehadiran bakteria yang membawa gen NDM-1 di Malaysia.

"Sejak kejadian jangkitan bakteria 'superbug' mula dikesan pada tahun 2008, lebih banyak kes melibatkan 'superbug' mula direkodkan di seluruh dunia atau secara lebih spesifik di India, Pakistan dan United Kingdom," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, langkah pengawasan telah dimulakan di mana semua hospital di seluruh negara diarah menghantar sampel bakteria yang menunjukkan corak kerintangan tinggi terhadap kebanyakan antibiotik yang diuji, kepada kepada IMR, untuk ujian lanjut.

"Sehingga ini, tidak ada pesakit yang dijangkiti oleh 'superbug' tersebut yang dirawat di negara ini.

"Pihak IMR telah menyaring 18 isolat bakteria yang menunjukkan corak kerintangan yang tinggi dan hanya satu isolat yang positif terhadap gen NDM-1 yang dikesan di Malaysia.

"Isolat yang positif tersebut hanyalah merupakan 'colonizer' iaitu ia tidak menyebabkan penyakit dalam seseorang pengidap penyakit barah tetapi hanyalah pembawa.

"Ujian susulan terhadap sampel dari pengidap barah tersebut adalah negatif," tambahnya.

Liow berkata, kementerian kesihatan akan terus menjalankan pemantauan bagi mengesan awal dan mengambil langkah pencegahan bagi memastikan kejadian kes jangkitan bakteria ini, tidak merebak di Malaysia.

ini cuma keratan akhbar sahaja. maklumat lanjut dapatkan dari mrsasuperbug.com

MAKANAN SULUKEN!


Meh aku perkenalkan makanan tradisi suluken

atas tu...piutu, bawahnya kinilau(Liwar)- Hinava, sebelah piutu tu adalah Agar2- dan di bawahnya adalah ista Piriito!- ini makanan harian kami dan satu lagi ikut musim...iaitu Gamai... menu Mangga wajib juga dalam hidangan ini... yang takde tu Sianglag dan Bianban...dua tu takde lak kali ini nanti aku balik sabah ..aku nak buat dan amik gambar... hehehehe...

NASI LEMAK !


“Ko tak nak beli nasi lemak ni?” tanya kawan aku, Nas. “Sedap wooo! RM 1.50 je...”
“Ye ke sedap?”
“Yap!” Jawab Nas, pantas sambil meraba-raba bungkusan nasi lemak dari kertas surat khabar itu. “ Aku dah try dah... memang sedap!”
“Aku kena tengok penjualnya... dan pembuatnya.” Ujar ku sambil senyum kambing. “Aku bukannnya jenis yang main beli je.”
“Apasal pula?”
“Bagi aku, kalau pasal makanan kena tengoklah. Kalau pembuatnya itu gemuk, aku beli. Aku pasti ia sedap. Sebab hanya orang gemuk je yang faham bagaimana sedapnya sesuatu makanan. Kalau orang kurus. Aku pasti 99 peratus, makanan yang dimasaknya itu kurang sedap atau tak sedap langsung!”
“Ye ke?”
“Aku cite, ikut pengalaman aku lah... hehehhe!”
Mengapa ya??? Rasanya anda tahu maksud aku? Kan?
Anyway, kita lupakan dialog aku ngan kawan aku tu... hari ini aku rasa bertenaga sangat untuk kerja seperti biasa... lepas solat sunat Dhuha, aku bergegas ke Kafe nak beli lepat pisang dan lepat ubi yang aku suka tu. Mujurlah ada lagi... rezeki aku hari ini... malangnya takde pula lepat ubi tu... hanya ada lepat pisang je... aku amik 3 lepat pisang, satu kuih Bom, Pulut panggang dan lepat pisang satu. Yang ini aku asingkan 3 dalam satu plastik... bayar RM 2 je... murah! Hehehe.. itulah makanan aku jam 10 nanti dan jam 1 tengahri... air??? Aku minum air suam je... petang baru aku minum air panas Habbatussaudah kopi... itu minuman aku... aku kena kurangkan makan manis2 ni.. takut lak kena kencing manis... bahaya woooo!
Macam biasalah, on lagu2 Search and Wings...layan sambil proses buku... aku start keje jam 9 sementara orang lain ada yang baru nak kuar minum ada yang dah balik...malah ada yang masih tercongok kat kafe sambil mengumpat walaupun masa minum dah habis... hehehhe ... inilah keje gomen... kalau aku jadi boss... aku bagi minum sampai jam 8.30 je... lepas tu... keje!!! Tak nak keje , berenti je! Ramai lagi kat luar sana yang mahu kerja dan berbakti kepada negara ini!
Kita sambung petang ya....

Isnin, 25 Oktober 2010

THE OTHER GUYS- WANNA WATCH THIS!



NYPD Detectives Christopher Danson and P.K. Highsmith (Dwayne Johnson and Samuel L. Jackson) are the baddest and most beloved cops in New York City. They don’t get tattoos – other men get tattoos of them. Two desks over and one back, sit Detectives Allen Gamble (Will Ferrell) and Terry Hoitz (Mark Wahlberg). You’ve seen them in the background of photos of Danson and Highsmith, out of focus and eyes closed. They’re not heroes – they’re “the Other Guys.”

But every cop has his or her day and soon Gamble and Hoitz stumble into a seemingly innocuous case no other detective wants to touch that could turn into New York City’s biggest crime. It’s the opportunity of their lives, but do these guys have the right stuff?
-The Rock berlakon lagi? waa.. tak sabar aku nak tengok sebenarnya... Mark dan Mace Windu ni pun ada...hehehe... aku ajak Boie gi tengok. tapi takde time yang sesuai... aku ingat nak tengok malam rabu ni... esok malam laa.. nak tengok The Rock berlakon... hehehe... anyway...this is the movie of the year for me... hehehe

Ahad, 24 Oktober 2010

SEBUAH WATAK BARU!-


Setelah seharian memerah otak idea kretiviti... maka aku akhirnya mereka cipta sebuah watak baru dalam sebuah novel baru yang aku beri tajuk GREENDREAM- Ia merupakan hero satu kaum yang memiliki kuasa luarbiasa yang berebutkan satu kristal(kunci) untuk satu objek yang mampu menguasai dunia.- beliau merupakan manusia biasa yang tidak mengetahui dirinya memiliki darah kaum ajaib tersebut dan menajdi penyelamat dalam pertikaian tradisi antara mereka.
Nama watak ini ialah -ZACK KHALID-

sambil2 tu aku masih teruskan dengan novel Pahlawan Adamus part 2, masih menyiapkan map of Alam Fiara... masih membina beberapa ciri2 watak dan sebagainya... heheheh...sambil tu pun, aku masih sempat menonton Merlin cite bersirinya, dan tanpa sengaja aku terjumpa satu movie kat alam sentral tetnatng Merlin juga, cuma pelakon movie ini lain berbanding Merlin bersiri.(masih menanti Smallville season 10)- kata kawan aku tu...kal-El sudah ada uniform supermannya... waa ini satu berita best... buat aku tak sabar2 untuk menontonnya di JB nanti...
hehehehe!

Khamis, 21 Oktober 2010

FREE PALESTINE!!!



YA ALLAH MUSNAHKANLAH ISRAEL! KEMBALIKANLAH PALESTIN!