The Alien - Link Select

Selasa, 26 Oktober 2010

NASI LEMAK !


“Ko tak nak beli nasi lemak ni?” tanya kawan aku, Nas. “Sedap wooo! RM 1.50 je...”
“Ye ke sedap?”
“Yap!” Jawab Nas, pantas sambil meraba-raba bungkusan nasi lemak dari kertas surat khabar itu. “ Aku dah try dah... memang sedap!”
“Aku kena tengok penjualnya... dan pembuatnya.” Ujar ku sambil senyum kambing. “Aku bukannnya jenis yang main beli je.”
“Apasal pula?”
“Bagi aku, kalau pasal makanan kena tengoklah. Kalau pembuatnya itu gemuk, aku beli. Aku pasti ia sedap. Sebab hanya orang gemuk je yang faham bagaimana sedapnya sesuatu makanan. Kalau orang kurus. Aku pasti 99 peratus, makanan yang dimasaknya itu kurang sedap atau tak sedap langsung!”
“Ye ke?”
“Aku cite, ikut pengalaman aku lah... hehehhe!”
Mengapa ya??? Rasanya anda tahu maksud aku? Kan?
Anyway, kita lupakan dialog aku ngan kawan aku tu... hari ini aku rasa bertenaga sangat untuk kerja seperti biasa... lepas solat sunat Dhuha, aku bergegas ke Kafe nak beli lepat pisang dan lepat ubi yang aku suka tu. Mujurlah ada lagi... rezeki aku hari ini... malangnya takde pula lepat ubi tu... hanya ada lepat pisang je... aku amik 3 lepat pisang, satu kuih Bom, Pulut panggang dan lepat pisang satu. Yang ini aku asingkan 3 dalam satu plastik... bayar RM 2 je... murah! Hehehe.. itulah makanan aku jam 10 nanti dan jam 1 tengahri... air??? Aku minum air suam je... petang baru aku minum air panas Habbatussaudah kopi... itu minuman aku... aku kena kurangkan makan manis2 ni.. takut lak kena kencing manis... bahaya woooo!
Macam biasalah, on lagu2 Search and Wings...layan sambil proses buku... aku start keje jam 9 sementara orang lain ada yang baru nak kuar minum ada yang dah balik...malah ada yang masih tercongok kat kafe sambil mengumpat walaupun masa minum dah habis... hehehhe ... inilah keje gomen... kalau aku jadi boss... aku bagi minum sampai jam 8.30 je... lepas tu... keje!!! Tak nak keje , berenti je! Ramai lagi kat luar sana yang mahu kerja dan berbakti kepada negara ini!
Kita sambung petang ya....

Tiada ulasan: