The Alien - Link Select

Khamis, 18 Februari 2010

4 PLAYERS CHESS

SAPA NAK TRY???
mesti seronok main ni ya... 4 kingdom bertempur dalam satu masa.... sapa berani??!!

Rabu, 17 Februari 2010

::: TENTANG KUKU:::


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
 
The Truth
 
Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
 
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
 
Percayalah.
 
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek... Insya-Allah.
 
Additional info
 
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


Doa Potong Kuku

: "BISMILLAHI WAA BILLAHI WA'ALA MILLATI MUHAMMADIN WAALI MUHAMMADIN"
Saidina Ja”far Radhiallahu anhu berkata :-
“Barangsiapa mengerat atau memotong kuku dan misainya pada tiap-tiap hari Jumaat, dan berkata ketika mengeratnya :-
Tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati”.
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Wallahualam


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
 
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
 
dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk
 
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
 
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
 
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

NOVEL BARU : AKU BUKAN HISYAM 2


akan berada di pasaran 2010 ini... tak sabar menunggu rasanya!

Selasa, 16 Februari 2010

GAGASAN 1 ISLAM 1 DUNIA

sudah tiba masanya kita bangkit semula... seperti fitrah kita Islam sejati... marilah semua sehati sejiwa... jayakan satu Islam satu Dunia!

Khamis, 11 Februari 2010

KEMERDEKAAN KESULTANAN SULU 2010


Allahuakbar!



Salam buat semua....


Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke negeri Sabah.

Sejarah
Sekitar era 1450an, seorang Arab dari
Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Pada tahun 1457, beliau menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang DiPertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan
Brunei menganugerahkan Sabah Timur kepada Kesultanan Sulu kerana di atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.




Buku karangan saudara Asree yang bertajuk "Tausug dan kesultanan Sulu' boleh dijadikan buku teks sejarah untk pembelajaran anak-anak Suluk di bawah kerajaan Sulu kelak.. ini sangat penting utnk generasi suluk seterusnya. agar kita tahu dari mana kita bermula. dan apa sejarah kita serta apa vision kita pada masa akan datang.


Kerajaan Sulu mesti ditegakkan semula. Inilah masanya sebelum KIAMAT... Maruah dan kekuatan kerajaan Sulu mesti ditegakkan semula... inilah masa sang Naga yang tidur itu dibangunkan semula. Selama ini sang naga ini bertapa sambil bertahan dengan lemparan hinaan oleh manusia-manusia yang tidak sedar asal-usul diri. Generasi hari ini mesti tahu kerajaan Sulu adalah kerajaan terhebat di Nusantara.


lupakan persengketaan lama wahai bangsa suluk.. bersatu semula dan amankan negara kamu semua di bawah satu panji kalimah :


LAA ILAHAA ILLALLAH MUHAMMADURASULULLAH"


MARI KITA LIHAT DAP TERKEJUT DENGAN HAL INI.



DAP menggesa polis menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan wujud sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Kesultanan Sulu kepada warga Filipina yang lahir di Sabah atau yang memasuki negeri itu secara haram. Ahli parlimen DAP bagi Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu membuat laporan di polis Karamunsing bersama satu salinan sijil berkenaan. Satu salinan sijil kelahiran itu (foto bawah) turut diserahkan kepada ketua polis Kota Kinabalu, kata satu kenyataan DAP Sabah hari ini.
Turut hadir bersamanya di balai polis Sabtu lalu, dua pemimpin DAP negeri Edward Mujie dan Steven Jimbangan.Dr Hiew berkata, walaupun kesahihan salin sijil kelahiran itu masih belum dapat dibuktikan, namun polis tidak boleh meringan-ringankan kerana ia melibatkan kedaulatan dan keselamatan Sabah dan negara ini."Pengeluaran sijil kelahiran Kesultanan Sulu tidak harus diizinkan di Sabah kerana Sabah sebahagian Malaysia. "Kerajaan persekutuan mesti bertindak pantas untuk menghapuskan sebarang anasir yang boleh menggugat kedaulatan negara ini," katanya. "Mereka yang memiliki sijil kelahiran (dari kesultanan) Sulu harus dihantar pulang bersama pendatang-pendatang tanpa izin yang berada di negara ini."Selepas dimaklumkan olehnya, tokoh utama DAP dan juga ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang membangkitkan persoalan itu kepada menteri dalam negeri di Dewan Rakyat, Selasa lepas.Datuk Seri Syed Hamid Albar menjawab beliau tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut dan berjanji akan menjawabnya dalam sesi persidangan minggu ini.



Nampaknya kesultanan SULU akan ke persidangan DEWAN RAKYAT. Apa yang nak ditakutkan... DAP? lihat semula sejarah SABAH... then you will know what was happen before! bagus jugalah beliau membangkikan hal ini pada Datuk Seri. semoga nanti DAP tahu, kerajaan SULU ini tetap seperti dulu dan tetap berdaulat.


Nampaknya perjuangan UTC semakin hangat di pasaran Malaysia. Tahun ini akan diisytiharkan ' KEMERDEKAAN SULU '... isu ini akan semakin hangat dan panas.


jangan bimbanglah DAP ... SABAH tetap salah satu negeri dalam Kerajaan Sulu yang dipajak. Kini SABAH akan tetap berdaulat... seperti mana dalam perjanjian (lihat pajakan Sabah). Filipina tidak akan sesekali berjaya menuntu SABAH. SABAH ialah milik kerajaan SULU selagi bulan dan bintang serta matahari itu wujud.(Rujuk buku : Tausug dan kerajaan Sulu oleh Saudara Asree)


SABAH tetap terikat buat selamanya dengan Pajakan Sabah. apa agaknya orang SABAHAN rasa kalau diorang ni tahu sejarah asal-usul mereka?


anyway... mari kita sama-sama menyokong kemerdekaan kerajaan kesultanan Sulu 2010.


Allahuakbar!


KAUM SULUKIAN


KEPADA SEMUA KAUM SULUK DI MALAYSIA

DAFTARLAH SEGERA MENJADI WARGANEGARA KERAJAAN SULU DARUL ISLAM.

BAGI MEREKA YANG TIADA MYKAD MALAYSIA. ANDA AKAN DAPAT ID GREEN (KAD PENGENALAN HIJAU) SEPERTI CONTOH DI ATAS.

BAGI MEREKA YANG MEMILIKI MYKAD(WARGANEGARA MALAYSIA) ANDA AKAN DAPAT ID BLUE (KAD PENGENALAN BIRU)


SILA DAFTAR SEGERA!

KEMERDEKAAN SULU 2010

BERSAMA-SAMA KITA MENYAMBUTNYA!

MOTO BARU!


inilah dia motosikal Malaysia terbaru! gempak tak!?
STRINGRAY DAN CT110
SAPA NAK ??? BELI KAT KEDAI MOTO LAA...
HEHEHEH