The Alien - Link Select

Isnin, 27 Julai 2009

KANAK-KANAK HILANG LAGI! BANTUAN PLEASE!

KANAK-KANAK HILANG!
Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7 malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661.
Terima kasih.

Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7 pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information.
Thank you.

Khamis, 16 Julai 2009

EMPAT MAZHAB ISLAM

Muhammad bin Idris al-Syafii, juga dikenali sebagai Imam Syafii adalah ahli fiqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia.Imam Syafii dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah. Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafii berhijrah ke Mesir, di mana di sanalah beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafii. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafii.
Imam Syafii dilahirkan sama ada di
Gaza, Palestin atau di sebuah pekan kecil berdekatan dengan Asqalan atau Askelon di Turki atau Syria (Asqalan ketika zaman itu merupakan sebahagian daripada Syria). Selepas kemangkatan bapa beliau, keluarganya berhijrah ke Palestin bersama-sama dengan Bani Yaman, yang merupakan satu keturunan ibu beliau. Ketika berumur 10 tahun, beliau berhijrah sekali lagi ke Makkah. Imam Syafii mula mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan mula mempelajari dan mengingati kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik pada umur 10 tahun. Ketika berumur 15 tahun, beliau diberi pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah.
Bapa beliau berasal daripada bani
Quraisy, dan nenek moyang Imam Syafii adalah al-Mutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Bani Quriasy merupakan penyokong Nabi Muhammad setelah Perang Badar. Sejarah keturunan beliau memberikan beliau martabat dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunah.
Membesar di kalangan puak
Badwi, Imam Syafii kemudiannya kembali ke Makkah dan memulakan pengajian syaria beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu, Sufian bin Uyaina, dan lain-lain lagi. Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi hakim, beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik. Imam Syafii meinggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik, dan umur beliau ketika itu ialah 22 tahun.
Diambil daripada "
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_bin_Idris_al-Syafii"
4 MAZHAB
Mazhab Hanafi
Untuk rencana penuh, lihat Mazhab Hanafi
Mazhab Hanafi diasaskan oleh Nu’man bin Tsabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah yang dihadapi.
Oleh kerana beliau seorang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka dapat membuat perhubungan rapat dengan pembesar negara.
Beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan tinggi dalam pemerintahan.
Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra’u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan."
Ketika hayatnya, beliau dapat mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama serta ideologi dan ism yang pelbagai.
Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah.
Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri
Mazhab Hanafi turut digelar mazhab yang sangat rasional

Mazhab Maliki
Untuk rencana penuh, lihat Mazhab Maliki
Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas. Beliau lahir di kota Madinah pada tahun 93 hijrah.
Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah. Sewaktu hidupnya, Iman Malik mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan Abbasiyah, di mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku.Pada masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya di kalangan masyarakat. Iman Malik menghafaz al-Quran dan hadis Rasulullah. Ingatannya sangat kuat. Beliau mendengar hadis daripada guru. Kemudian terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadis yang pelajarinya.
Pada permulaan hidupnya, Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau memadam hasrat itu. Ibunya kemudian mahukan anaknya mempelajari ilmu fiqh. Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Iman Malik adalah seorang guru miskin. Pernah suatu hari, kayu bumbungnya rumahnya roboh. Beliau kemudian menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya. Namun, Allah murahkan rezekinya hingga menjadi kaya. Dengan kedudukan itu, beliau memakai pakaian mahal dan bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang cergas dalam menuntut ilmu.
Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadis. Sanad (sandaran) yang dibawa oleh beliau, termasuk salah satu sanad terbaik dan benar. Imam Malik adalah seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya serta cermat dan halus memilih rawi-rawi hadis. Pendek kata, Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini. Imam Malik tetap berpegang teguh pada ajaran Rasulullah bahawa hadis itu petunjuk dan penyuluh kepada manusia. Seseorang tidak harus meninggal dan membelakangkannya.
Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau terlebih dahulu mendalami ilmu yang dipelajarinya hingga kadang-kala tidak tidur. Selepas fikirannya matang dan benar-benar berkebolehan, barulah beliau mengajar. Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan al-Quran dan hadis. Imam Malik menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau juga sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum. Imam Malik berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa.
Beliau pernah berkata: “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku.” Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya : “Pulanglah dulu supaya aku dapat berfikir.” Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik kerana beliau melewat-lewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti (hari kiamat)”.
Mazhab Maliki turut digelar sebagai mazhab yang terlalu tradisional

Mazhab Syafie
Untuk rencana penuh, lihat Mazhab Syafie
Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 105 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin.
Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah.
Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf.
Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.
Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi.
Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai.
Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua.”
Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.
Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz dan menulis hadis.
Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.
Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun, Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.
Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?”
Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.
Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.
Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.
Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.
Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.
Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam Syafie sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.

Mazhab Hanbali
Untuk rencana penuh, lihat Mazhab Hanbali,
Pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad bin Hanbal. Beliau lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah.
Ibnu Hanbal dari keluarga miskin. Sewaktu bapanya meninggal dunia, keluarganya tidak ditinggalkan harta yang banyak kecuali sebuah rumah kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupan, beliau terpaksa bekerja di kedai jahit.
Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau mempelajari hadis hingga menjadi seorang imam.
Seseorang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau hendak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?”
Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke pintu kubur.”
Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya.
Imam Syafie adalah salah seorang guru beliau. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan haji. Pada waktu itu, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram.
Ibnu Hanbal mempelajari ilmu daripadanya. Mereka kemudian bertemu kali kedua di Baghdad. Imam Syafie menasihatinya supaya mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian.

Syi'ah
Rencana utama: Syi'ah
Syi'ah atau lebih dikenal lengkapnya dari kalimat bersejarah Syi`ah `Ali pada awal mula perkembangannya juga banyak memiliki aliran. Namun demikian hanya tiga aliran yang masih ada sampai sekarang, yaitu Itsna 'Asyariah (paling banyak diikuti), Ismailiyah dan Zaidiyah. Di dalam keyakinan utama Syi'ah, Ali bin Abu Thalib dan anak-cucunya dianggap lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan sebagai khalifah dan imam bagi kaum muslimin. Di antara ketiga mazhab Syi'ah terdapat perbezaan dalam hal siapa saja yang menjadi imam dan pengganti para imam tersebut.

Mazhab Jaafariyyah
Rencana utama: Jaafariyyah
Mazhab Ja'fari atau Imam Dua Belas (Itsna 'Asyariah) adalah mazhab dengan penganut yang terbesar dalam Muslim Syi'ah. Dinisbatkan kepada Imam ke-6, iaitu Ja'far ash-Shadiq bin Muhammad bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Keimaman kemudian berlanjut yaitu sampai Muhammad al-Mahdi bin Hasan al-Asykari bin Ali al-Hadi bin Muhammad al-Jawad bin Ali ar-Ridha bin Musa al-Kadzim bin Ja'far ash-Shadiq. Mazhab ini menjadi mazhab rasmi Negara Republik Islam Iran.

Mazhab Ismailiyyah
Rencana utama: Ismailiyah
Ismailiyah adalah mazhab dengan jumlah penganut kedua terbesar dalam Islam Syi'ah, selepas mazhab Imam Dua Belas (Ithna 'Asyariah). Sebutan Ismailiyah diperoleh pengikut mazhab ini kerana penerimaan mereka ke atas keimaman Isma'il bin Ja'far sebagai pewaris dari Ja'far ash-Shadiq. Pengikut mazhab Ithna 'Asyariah, di lain pihak menerima Musa al-Kadzim sebagai Imam mereka. Baik Ismailiyah mahupun Ithna 'Asyariah sama-sama menerima keenam enam Imam Syi'ah terdahulu, sehingga memiliki banyak persamaan pandangan atas sejarah awal mazhabnya.

Mazhab Zaidiyah
Rencana utama: Zaidiyah
Mazhab Zaidi atau Mazhab Lima Imam berpendapat bahwa Zaid bin Ali merupakan pengganti yang berhak atas keimaman dari ayahnya Ali Zainal Abidin, saudara tirinya, Muhammad al-Baqir. Dinisbatkan kepada Zaid bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Setelah kematian imam ke-4, Ali Zainal Abidin, yang ditunjuk sebagai imam selanjutnya adalah anak sulung beliau yang bernama Muhammad al-Baqir, yang kemudian diteruskan oleh Ja'far ash-Shadiq. Zaid bin Ali menyatakan bahawa imam itu harus melawan penguasa yang zalim dengan pedang. Setelah Zaid bin Ali syahid pada masa Bani Umaiyyah, beliau digantikan anaknya Yahya bin Zaid.

Isnin, 13 Julai 2009

Alhamdulillah...



"Untuk pengetahuan, cetakan pertama ialah 2000 naskhah. Naskhah yang terjual adalah dalam lebih kurang 1000. Naskhah yang lain (1000 lagi) masih lagi diedarkan dan ada juga yang berada dalam stok. Sekiranya semua naskhah tersebut telah dijual, pihak kami akan membayar royalti selebihnya kepada penulis. Buku akan dicetak untuk cetakan seterusnya apabila semua telah terjual."


Alhamdulillah. Waaa...habis baca e-mail dari penerbit novel 'Aku Bukan Hisyam' aku rasa teruja. bila 2000 naskah dicetak dan diedarkan dan 50% dari jumlah itu telah habis dijual. Alhamdulillah... murah rezeki. Ini yang aku bersemangat nak buat sambung yang kedua lagi nanti... insyallah cuma sahaja aku masih sibuk dengan novel ADAMUS. Insyallah selesai sahaja novel ADAMUS ini... aku akan sambung novel SAI FI aku... SAM C1G1 @ Novel AKU BUKAN HISYAM. Insyallah.... doakan ya... salam :)

Rabu, 8 Julai 2009

KITAB RAHSIA KITRAHORMUS

ANDA INGIN HIDUP SIHAT, TANPA MASALAH KESIHATAN DAN PANJANG UMUR? ATAU INGIN MENJADI MANUSIA LUAR BIASA (SUPERMAN)?

KAMI ADA RAHSIANYA!


KITAB KITRAHORMUS
AKAN MENDEDAHKAN RAHSIA KAEDAH-AMALAN KHAS DAN ISTIMEWA SERTA KHASIAT-KHASIAT RAJAH-RAJAH AGUNG SILAM YANG MEMBAWA 1001 KHASIAT UNTUK KESIHATAN, MENGUBAT SEGALA JENIS PENYAKIT, MEMANJANGKAN HAYAT HIDUP, PENDINDING DARI SEGALA MALAPETAKA DAN KEJAHATAN SYAITAN-JIN DAN ORANG, PELINDUNG DARI SIHIR-GUNA-GUNA JAHAT, KESELAMATAN MUKTAMAD, KEKAYAAN REZEKI YANG MELIMPAH-LIMPAH, PELUANG MENJADI ORANG SAKTI DAN HEBAT (SUPERMAN) JUGA TERDAPAT DALAM BUKU INI DAN SEBARANG HAJAT KEINGINAN YANG TERMAKBUL MELALUI KAEDAH-KAEDAH INI.

HANYA DENGAN HARGA SALINAN KITAB ASAL KITRAHORMUS
DAPATKAN SEGERA KITAB KITRAHORMUS
99 MUKA SURAT BERASAL DARI TIMUR
HANYA HARGA-PENGERAS RM 19.00
CEPAT SELAGI STOK MASIH ADA!

KIRIMKAN NAMA, ALAMAT DAN WANG RM 19 SEBAGAI PENGERAS.
HUBUNGI SAYA DI E-MAIL INI
GREENDREAM_001@YAHOO.COM

ATAU DI HP : 0193852017

PERJALANAN

“Muhammad Umar!”
Satu suara yang tegas dan berwibawa bergema menendang cuping telinganya. Muhammad Umar segera mendongak cemas.
“Muhammad Umar. Lahir pada 17.10.1978 dan meninggal dunia pada 17.10.2100. Berumur 122 tahun ketika jasadnya sujud dan mati di hadapan Kaabah, Malam Jumaat di Bulan Ramadhan. Lokasi kubur di perkuburan Islam Cahaya Timur, Mekah. Jawatan utama pemimpin 2/3 dunia dengan gelaran Khalifah Muhammad Umar. Menerima kitab amal di tangan kanan pada hari ini dan akan berdiri di tengah2 dacing keadilan untuk hisab dari Tuhan Yang Maha Adil. Sila ke hadapan.”
Muhammad Umar melangkah yakin walaupun jatinya berdetak cemas dan takut akan nasibnya di hari yang sangat pasti itu. Hari Pembalasan!
Kedengaran suara-suara Jin dan Manusia mengongoi sedih dan sayu, juga meremangkan bulu roma lantaran sedih dan terharu atas nasib diri masing-masing. Dia yang bertelanjang bulat seperti orang lain itu juga merasakan bahang mentari mashyar yang hanya sejengkal sahaja dari ubun-ubun kepalanya. Peluhnya menitis bagaikan air sungai berbau busuk dan panas membahang. Suasana semakin hiruk pikuk bila dari kejauhan angin panas membahang bertiup bersama bau busuk yang memualkan.
Suasana padang Mahsyar amat mengerikan. Dari hujung padang sejauh mata memandang hinggalah ke tempat di mana dia berdiri menghadap satu dacing yang berbentuk aneh dan menggerunkan. Di hadapanya kini ada cahaya bulat sebesar kukunya memancar dan bersedia diletakkan dalam satu bekas bercahaya juga, yang tersergam di hadapannya. Dia tahu itu adalah kitab amalnya yang diterima dengan tangan kanan ketika 40 waktu yang menyiksakan itu berlalu.
“Muhammad Umar bin Saodah!”
Dia mendongak lagi. Satu paparan yang bagaikan satu hologram atau petikan hidup di dunia dulu muncul mengisi ruang di hadapannya. Sekaligus jantungnya berdebar kencang. Rasa takut dan rasa malu tiba-tiba menguasainya. Dia tahu, dia bakal melihat rakaman perjalanan hayatnya di dunia dulu. Dunia yang pernah di laluinya sebagai ujian baginya.
‘Apakah aku bermimpi? Betulkah aku sedang berada di alam Mahsyar, alam dan Hari Pembalasan yang disebutkan Allah SWT dalam Al-Fatihah?’ Getus hatinya dalam perasaan cemas dan takut. Dia memandang ke arah lautan Manusia dan Jin yang berasak-asak menanti giliran di belakangnya. Debarannya semakin menggegarkan dada.

Apakah yang akan berlaku pada Muhammad Umar? Apa pula yang bakal dia saksi itu akan mengubah nasib dirinya di dunia baru itu? Ikuti kisahnya dalam Novel ‘Perjalanan’ yang bakal diterbitkan.

Selasa, 7 Julai 2009

WUDUK

Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk pada syarak adalah :-

Membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat
Hukum berwuduk adalah:

Wajib
Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
Sunat
Ketika hendak mandi wajib
Hendak membaca al Quran, hadis dan buku
Ketika hendak tidur
Ketika marah

Cara berwuduk di dalam Islam berbeza sedikit mengikut mazhab:


Menurut Mazhab Syafie
Fardu/Rukun wuduk ada enam:

Niat
Membasuh muka
Membasuh kedua tangan hingga ke siku
Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
Tertib

Menurut Mazhab Hambali
Fardu/Rukun wuduk ada tujuh:

Niat
Membasuh muka
Membasuh dua tangan hingga ke siku
Menyapu semua kepala
Membasuh dua kaki
Tertib
Berturut-turut

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:

Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.
Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya

Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:

Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
Tidak berkata-kata
Menghadap kiblat
Berniat
Membaca basmalah
Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
Berkumur
Menggosok gigi (bersiwak)
Membersihkan hidung
Membasuh muka
Membasuh tangan hingga ke siku
Mengusap sebagian kepala
Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
Membasuh kaki hingga ke buku lali
Membaca doa sesudah berwuduk
Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
Tertib (berurutan)

Menghadap ke arah Kiblat.

Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
Berkumur atau bersugi.
Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
Menyapu air ke kepala.
Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
Berjimat ketika menggunakan air.
Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.




Ingatlah… setiap kali berwuduk disunatkan bagi kamu untuk bersugi atau memeberus gigi, atau sekurang-kurangnya berkumur-kumur dengan sedikit air garam atau ubat gigi yang wangi dan mewangikan mulut. Berkumur ubat gigi dalam 30 saat adalah memadai.

Sebelum memulakan wuduk baca ayat2 ini dan niat wuduk.

“Bismillahirrahammanirrahiim. Alhamdulillahirabbil a’alaminn… wa shallallahu alaa Muhammad. (Baca lah Niat wuduk dalam hati.)”

Ketika mencuci kedua belah tangan berdoalah dalam hati kepada Allah SWT. “Ya Allah (3kali), Ampunilah dosa-dosa tanganku ini dan permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat ku dengannya. Ya Allah Kurniakanlah aku rezeki yang halal dan terbaik untukku melaluinya (Usaha2yang dilakukan oleh tangan).

Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini sepertimana Engkau mengampuni dosa-dosa Mulut dan lidah Rasulullah SAW."

Ketika membasuh hidung. Bacalah niat/doa : “Ya Allah ampunilah dosa-dosa hidungku ini sepertimana Engkau mengampuni dosa-dosa hidung Rasulullah SAW.

Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, Kurniakanlah Nur pada wajah ku ini seperti mana Engkau memuliakan Rasulullah SAW dengan Nur-Mu.”

Ketika membasuh Tangan/ lengan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini seperti mana Engkau mempermudahkan Rasulullah SAW atas urusannya."

Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"

Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang mahsyar dengan ArasyMu seperti mana Engkau melindungi Rasulullah SAW dari terik mentari Mahsyar."

Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini seperti mana Engkau mengampuni dosa-dosa telinga Rasulullah SAW."

Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim Dan ampunilah dosa-dosa kaki kanan ku ini seperti mana Engkau mengampuni dosa-dosa kaki kanan Rasulullah SAW."

Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat. Lindungi aku dari melangkah ke Neraka –Mu sepertimana Engkau melindungi Rasulullah SAW. Ampunilah dosa-dosa akki kiri ku seperti mana Engkau mengampuni dosa2 kaki kiri Rasulullah SAW"

Bacalah doa Wuduk seperti biasa.


Khasiat wuduk

Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih cemerlang kerana kesan daripada air wuduk. Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan.Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang lain.

Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.Misalnya:

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?."

Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengna air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-

Bertaubat
Menyesali dosa yang telah dilakukan
Tidak tergila-gilakan dunia
Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
Tinggalkan sifat berbangga
Tinggalkan sifat khianat dan menipu
Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata , "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Sampaikanlah walau pun satu ayat.

Sampaikanlah kisah ini kepada sahabat-sahabat kita yang lain..........