The Alien - Link Select

Selasa, 15 Julai 2008

HUJAN!





HARI ini. hari pertama aku bertukar ke PTAR1 semula. Rasa bestla pula balik ke lubuk asal. dan hari pertama ini jugalah menyaksikan diriku terperangkap dalam hujan yang maha lebat. Aku basah kuyup. Start hujan sejak aku melalui jambatan kg pdg Jawa lagi.. so aku park motor jap kat bawah jambatan tu... agak2 reda sikit aku jalan lagi sampai traffic light... lepas tu hujan la pula.. lampu merah time tu... aku bergegas ke bengkel motor kat tepi jalan sebelah dengan Puspakom tu... lama juga aku tercongok kat situ menanti hujan reda. lepas tu .. bila agak2 hujan dah reda sikit aku jalan lagi... tetapi hujan tiba-tiba pula lebat balik.. aku berteduh kat MUTIARA ula... satu restoran kat tepi kubur tu... sebelah JPJ... so.. aku pekena la Teh panas.... sedap gak buatan mamak ni.. hehehe... so aku lepak kat situ mau sejam juga.. hahaha... gile! tak pernah2 aku lepak kat kedai samapi sejam... hahahha.... then tepat jam 9.10 minit.. aku reda juga hujan walaupun masih renyai... sampai opis aku memang basah kuyup.... terpaksa lak aku sidai je baju2 aku dan stoking aku kat biklik pantry... biar angin kipas tu keringkan... tadi aku jumpa si Zul tu.... dia ganti aku kat annex... Hmmm... aku pula, jap lagi akan ke Ptar 1.. tunggu hujan reda dulu.... hmmmm.... sebelum tu aku kenalah hantar surat serah tugas kat Puan Ros... memang big boss fakulti yang terbest sekali dalam sejarah hidup aku ini... She is the best!.... then sementara aku tunggu baju2 aku keribng dan hujan reda.... aku isi jap blog aku yang tak seberapa ini..... HELLBOY- wayang yang aku nak tgk sangat2... kali ini lagi best dan penuh adventure... rugi la kalau aku tak tengok... hehehehe

Isnin, 14 Julai 2008

Tanah Tok Kenali.


Entah mengapa aku suke banget dengan ini gambar... SEMANGAT SAMURAI!!!! BANZAAIIII!!!!


Waaaccccho!!!! waduh-waduh demam lagi aku ni... hihihihi... walaupun demam tapi masih bersemangat tinggi untuk sertai ekspedisi ke Kelate... dua hari lepas. Kali ini adalah semata-mata nak uji kehebatan bas uitm yang baru. latest punya bas laa... sehari sebelum hari bertolak. Faizul Darius ada call aku untuk joint adventure ni... apa lagi... aku yang tak pernah gi kelantan terus setuju..memandangkan aku memang nak jejakkan kaki aku kat tanah milik Tok Kenali ni... Well bas bergerak pada jam 9.30 malam lebih kurang laa.. itu pun setelah berkulat aku menunggu kat depan Intec 17 tunggu dia. masuk je dalam bas baru tu.. memang berbezalah rasanya. jap ek... i nak donlod gambar2 kat sana.... gambar kat atas tu aku bersama dengan Faizul darius si penulis NAPIRU...

Rabu, 9 Julai 2008

KUEH TAT NENAS UNTUK ANDA!!!

HARGA 50 pcs - RM20.00
KUEH TAT NENAS!!!
ANDA BERMINAT UNTUK MEMBELINYA???
SILA DAPATKANNYA DI ALAMAT BERIKUT :

LOT 643 A JALAN MAT RAJI,
PADANG JAWA
40200 SHAH ALAM
SELANGOR

CALL DI TALIAN BERIKUT :

NORAZIZAH BINTI HARUN
019-2625424

ATAU EMAIL :
aweks_norain@yahoo.com

Selasa, 8 Julai 2008

best!

HARI ini adalah hari ketiga kau berada di sebuah bilik yang terpencil atau dikenali sebagai Annex. Lega sikit aku kali ini. syukur alhamdulillah... kalau aku duk bawah tentu sukar bagi aku nak layari internet dan siapkan novel aku ni... mujurlah... diorang ingat kalau aku diletakkan di sini ... diorang suke laa ya?? hahaha diaorang ingat diorang dah berjaya susahkan aku??? hahahaha... malah aku bersyukur sgt... tak payah pening2 kepala memikirkan keje yang dah semakin bertimbun kat bawah tu... so.. keje tu dah ada orang lain buat..
keje aku cuma duduk je kat sini.. tak yah buat pe pe...hhehehe... so... novel aku makin banyak nak buat.. idea makin banyak mencurah-curah... alhamdulillah... oh ya... lupa nak cakap... i pi tgk wayang cite 'sepi' malam tu.. midnight beb... cite sedih la gak... but garapan and twist cite tu memag highclass laa... tahniah pengarah! But masa balik tu aku ngan kawan tu pekena nasi lemak kat area situ gak... lepa stu balik je... kena tahan polis pula dahhh... nasiblah polis tu baik je.. tak makan rasuah... diaorang bagi lepas je..lagipun takde salah langsung yang aku dan kawan aku buat..
hehehehe...

Khamis, 3 Julai 2008

Jumaat

HARI ini aku lewat bangunn dah... jam 6.50 pagi baru tersedar. Alarm HP aku menyalak tak habis2 dari jam 6 pagi sampai aku bangun... hehehe.. aku penat sangat.. malam tadi pi GYM kat Celebrity Fitness kat Subang Parade... so.. memang penat... semalam i buat semua training fit kat situ dan pi pula Sauna Basah dan diikuti dengan Sauna Kering... Fuh memang puas dan sihat rasanya... tapi mungkin disebabkan terlalu penat... maka aku tidur mati kot... heheheh... malam tadi balik je dari GYMsempat la layan WWE- tgk si Edge, Mark Henry, Big Show, Rody Pipper dan ramai lagi la yang beraksi malam tadi.... sambil-2 tu aku baca buku novel - Bunga Bukan semusim.... Karya A. Talib Hassan. Aku suka novel dia... penceritaan dan gaya dia memang seronok nak baca... tak bosan2... ada penjiwaan dalam setiap ayat yang dia karang. Fuh! kalaulah aku macam dia ni... tentu aku dah buat 1000 novel sepanjang hayat aku... hihiihihi.. ini tak aku masih terkontang-kanting dengan Lagenda Adamus. Ni pun buat cite baru lagi... Sai Fai -Galaksi dan satu cite penyiasatan- 3 Penyiasat dengan logonya sekali. Setiap cite yang aku buat ada logo untuk heronya.... macam SAM C1G1 yang bakal terbit. Pun ada logonya yang tersendiri... Suluken Corporation dan Lex Technologies pun ada logonya... Lepas ni dalam siri ke 3- insyallah Hadi Industries pula ada logonya dan Hero baru SOLO pun ada logonya... hihiihi. Kiranya kalau takde logo dalam setiap cite yang aku buat macam tak sah.. macam makan nasi tanpa lauk... hahahaha... tentulah tak sedap.. kan ??? anyway..solat jumaat jap lagi... hari ni i makan ikan Patin ngan kerabu mangga...woooo...sedap woooo...

Rabu, 2 Julai 2008

WASHINGTON???

TERKEJUT!!! begitulah reaksi aku sebagai rakyat Malaysia. Apa hak Washington mahu campurtangan dalam sistem negara ini??? Bodoh ke apa diorang ni??? MALAYSIA SUDAH MERDEKA SEJAK 50 TAHUN YANG LALU! o jangan memandai-mandai nak campurtangan lagi... korang sudah tiada hak sejak dahulu sehingga kini dan selama-lamanya. Jangan fikir kami ini macam negara Iraq atau Pakistan atau Afghanistan!... Kami bukan bangsa yang boleh dijajah sesuak hati kamu! kami ORANG MELAYU DAN TAKKAN MELAYU HILANG DUNIA DAN SEKALI-SEKALI TIDAK AKAN DIJAJAH LAGI! so GET LOST! Aku heran betul ngan bangsa yahudi ni... tidak habis2 mahu jajah negara orang... SEMOGA ALLAH akan membinasakan kamu buat selamanya.
"SEMOGA ALLAH MEMELIHARA NEGARA MALAYSIA INI DARI SEGALA JENIS MUSUH DIDALAM DAN DILUAR NEGARA INI BUAT SELAMANYA. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PEMIMPIN KAMI DAN RAKYAT KESELURUHANNYA. (AMIN)"
NEGARA MALAYSIA banyak menerima dugaan Allah tahun ini. bermula dari hilangnya Pulau Batu Putih, harga barangan (Minyak)sehinggalah kepada ancaman luar dari US. KITA sebagai RAKYAT MALAYSIA mesti bersatu hati. ingat bersatu kita teguh bercerai kita roboh!!!
jangan biarkan negara kita dijajah lagi!!!
ingat balik RUKUN NEGARA
kepercayaan kepada Tuhan
kesetiaan kepada raja dan negara
keluhuran perlembagaan
kedaulatan undang-undang
kesopanan dan kesusilaan

Isnin, 30 Jun 2008

MIMPI?

SEMALAM aku bermimpi seseorang yang sudah lama aku tinggalkan. Entah mengapa 'dia' muncul dalam mimpiku yang amat selesa tidurnya malam tadi. Aku rasa happy pula bila dia muncul... sedangkan sebelum ini aku membencinya kerana 'curang' padaku... Arghhh!!! bagai nak gila bila memikirkan hal yang telah lalu... aku harap tidak akan melaluinya sekali lagi.. ia ada pengalaman paling perit aku rasakan. Dan aku takde komen apa-apa laa tentang mimpi aku malam tadi... dan semalam juga la berlangsung satu pertandingan Bowling Puteri UMNO kat Ole-Ole Seksyen 18. Start jam 9 sampai 12 kot... Aku dan Kajol sampai awal gile... lebih kurang jam 8 malam... janji jam 8 mlm... tetapi ..korang taulah kan... janji Melayu.. tambah2 lagi kalau janji Puteri UMNO ni... laaaggii kemelayuan tu terserlah... tetapi yang peliknya ... aku nampak 50 peratus je nampak melayu.. yang lainya... dengan rambut perang, yang berpakaian singkat klau duduk boleh nampak spender warna apa... hahahaha.. kelakar sungguh... aku pelik bin ajaib ... kalau beginilah pelapes bangsa... alamtanya... aku sendiri takleh bayangkan negara Malaysia ni akan jadi apa nanti?... Walaupun ramai gak yang pakai tudung tetapi pakaian macam bungkus nangka je rupanya... berpakaian tetapi telanjang seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW tentang umat akhir zaman... Dah tu time solat Isyak entah kemana... sorang pun aku tak nampak kat Surau... So bayangkan lah... kalau balik dah jam 12 tgh malam... Isyak tu valid lagi ke ??? Masyallah!!!! Apa nak jadi dengan anak melayu kita??? Disebabkan ramai sangat pompuan.. so aku takleh la rasa best pun duduk so.. lepas solat isyak kat Surau yang disediakan.. aku pi kedai Mamak Darul ehsan 18... pekena Roti pisang yang menjadi faverit aku sejak sekian lama.... sambil tgk cite van Damme( Entah apa tajuk dia- tapi menarik gak movie tu) so aku layan laa sambil makan dan minum air suam...(hari Isnin adalah Waterday- maknanya aku akan minum air suam atau air mineral sahaja bermula sejak subuh hinggalah subuh keesokkan harinya... dan hari ini adalah Milkday pula maknanya aku kan minum susu sepanjang hari... dengan aior mineral atau air suam sebagai penamat minuman) habis makan lebih kurang dalam jam 10.30 mlm agaknya... bila aku dapat msg si Kajol suh naik atas untuk amik atau rakam aksi dia tgh main Bowling.. aku pun apa lagi dengan bakat terpendam sebagai kameraman aku tangkapla aksi2 dia tu... happy juga tgk gelagatnya tu.... hahaha.... lepas tu tak sempat nak amik hadiah... Kajol ajak aku balik... aku balik je laa... hehehe mata pun ngantuk gile...(Aku nak tgk Jackie Chan-Rumble in the bronx sebenarnya) heheheehee.... Lebih kurang jam 12 tghmalam... aku lelapkan mata lepas amik wuduk dan minum segelas air suam.. ALHAMDULILLAH...