The Alien - Link Select

Isnin, 5 Mei 2008

KANGAR KECOH??? TV3-BERSAMAMU BANTULAH...




TERKILAN dan terkejut dengan kes yang menimpa Fazilah Muhammad Isteri kepada arwah Hatib Leman yang maut dipukul kerana DITUDUH mengintai anak dara. Apa nak jadi ngan orang melayu kita ni???? nak jadi macam Israel ke??? Pukul dulu baru diadili??? Inikah orang melayu? bersopan dan berbudi bahasa? Sungguh kejam dan zalim 20 orang yang menyerang Hatib Leman tu... kalau nak pukul pun janganlah ikut hati.. naper dah lupa ker pepatah mengatakan 'IKUT HATI MATI IKUT RASA BINASA'??? ni lah jadinya kalau asyiok ikut hati je... kat Malaysia ni ada undang-undang... ikutlah undang-undang!!! Agama sendiri mengesyorkan kita bertanya terlebih dahulu sebelum memutuskan sesuatu perkara dan menghukum apabila pesalah itu mengaku dia benar-benar bersalah. Cara tu baru lah Islami... Ini tak! balun dulu baru selidik. Aku kadang-kadang tertanya-tanya... Islamkah kita kalau cara kita menghukum orang seperti itu??? aku betul2 tak puas hati lah.... yelah kalau dikira NASIB tu... memang la dah nasib dia macam tu.. tetapi kenalah kita fikir sebelum bertindak. Tak kesian ke ngan anak isteri si Hatib Leman tu??? Ada tak dalam 20 orang yang menyerang Hatib Leman sampai mati tu yang sanggup membiayai makan-pakai anak2 dan isteri arwah????? woooiiiii !!! fikirlah !!!!



Dah tu pukul pula depan anak-isteri arwah.. Masyallah!!! Apa nak jadi orang-orang Kangar??!!??!!



Polis kan ada.. apa gunanya pihak polis yang bersengkang mata 24 jam kalau tak buat kerja diorang. Serahkan je pada Polis... kan mudah !!! Aku percaya dalam 20 orang yang mengakibatkan kematian Hatib Leman.... aku kompom punya takde yang sanggup bantu anak-anak dan siteri arwah... Dan jangan lupa ... kenalah fikir2 kan apakah anak2 dan isteri arwah akan maafkan 20 orang lelaki tu???? membunuh adalah antara tujuh dosa besar dan habuannya ialah NERAKA. Apakata semua orang kat Malaysia ni belasah je 20 orang setan2 tu??? belasah ramai2 macam diorang belasah arwah ramai2... apa agaknya diorang rasa??? lepas tu buatlah macam diorang buat..."Eh, kita tersalah orang laa!" lepas tu semua orang lari balik negeri masing2 .... hahahaha... kalau tu berlaku ... macam manalah agaknya !!!??
UDAHLAH... 20 ORANG TU PI MINTA MAAF JE PADA ANAK2 DAN ISTERI ARWAH..KALAU DIORANG MAAFKAN.. BERSYUKURLAH.... KALAU TAK .. NASIBLAH!!! TUNGGU JE NERAKA YANG KEKAL ABADI!!!!



Aku takut esok2 ada pula yang mati sebab dendam... Hmmmm macam2 dunia ni yaa...
Apalagi??!?! SKUAD KHAS TV3-BERSAMAMU- jalankan misi anda...


Apa pun... Al-Fatihah untuk arwah Hatib Leman - Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... amin.

Ahad, 4 Mei 2008

SAYEMBARA FIKSYEN SAINS 2008

Dalam konteks Malaysia, fiksyen sains juga bukan merupakan genre baru. Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar misalnya pernah menghasilkan novel yang cukup menarik, Dendam Siber - sebuah wacana adaptasi sains dan sastera.
Dengan mengambil kira prospek masa depan sains sebagai ruang untuk penciptaan karya kreatif tersebut, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kumpulan Utusan mengambil inisiatif menganjurkan Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan.
Seperti dijelaskan oleh Pengarah Penerbit UTM, Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar, sayembara tersebut merupakan usaha kedua-dua institusi tersebut untuk meningkat dan menggalakkan manipulasi daya cipta, kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar tempatan, tenaga pengajar khasnya dan rakyat Malaysia secara umumnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, sasaran utama penyertaan iaitu semua pelajar dan staf Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia, selain mereka yang berminat untuk menyertainya.
“Penyertaan ini terbuka kepada umum tetapi mereka mesti mestilah warganegara Malaysia dan karya wajib dihasilkan dalam bahasa Malaysia,” katanya.
Sebenarnya, menurut Ahmad Zaki, idea untuk mengadakan sayembara tersebut bermula dengan Sayembara Novel Cereka Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM pada 15 Ogos tahun lalu. Ia bersempena Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2007.
Sebagai penerbit ilmiah, UTM belum pernah menerbitkan genre Cereka Sains. Apabila melihat potensi buku jenis ini dapat membina minda dan berupaya menarik pembaca khususnya golongan muda untuk meminati bidang sains dan teknologi, satu usaha ke arah itu diusahakan.
“Kita melihat Kumpulan Utusan mempunyai pengalaman luas dalam penganjuran sayembara sastera dan penerbitan. Ini bertepatan dengan objektif UTM menarik minat penulisan rakyat Malaysia.
“Dengan adanya kerjasama dengan Kumpulan Utusan, Penerbit UTM yakin akan mendapat sebanyak mungkin penyertaan dan sayembara ini dilihat akan lebih berjaya,’’ tambah beliau.
Ahmad Zaki mengakui, Penerbit UTM pada dasarnya memerlukan rakan media/penerbit swasta yang berpengalaman luas dalam penganjuran sayembara serta berpengaruh untuk berganding bahu dalam usaha ini.
Sebagai penganjur bersama, UTM akan bertanggungjawab membiayai sepenuh kos berkaitan penganjuran sayembara tersebut termasuk kos hadiah, penganjuran bengkel penulisan, honororium panel hakim, mesyuarat panel hakim serta kos lain yang berkaitan.
Dalam pada itu, beliau berkata, hasil kerjasama tersebut, Kumpulan Utusan bersetuju berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam penganjuran sayembara novel dan seterusnya penerbitan novel.
Ini termasuk penyediaan kriteria penilaian dan jadual kerja penghakiman, pelantikan panel hakim, pengendalian mesyuarat penghakiman dan pelaporan, fasilitator bengkel penulisan dan proses lain yang berkaitan.
“Paling menarik, penyertaan terbuka kepada individu atau berkumpulan. Sesebuah kumpulan yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi tiga orang ahli kumpulan.
“Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya. Tiada had penyertaan sama ada bagi peserta individu atau berkumpulan,” ujar beliau.
Sementara itu, majlis pelancaran sayembara dan majlis menandatangani MoU oleh UTM dan Utusan Melayu bakal diadakan pada 7 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.
Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah;
Pertama (RM15,000, watikah dan trofi), tempat kedua (RM7,500, watikah dan trofi), ketiga (RM5,000, watikah dan trofi) manakala lima pemenang sagu hati masing-masing akan menerima RM500, watikah dan trofi.
Sementara itu, keterangan lanjut mengenai sayembara tersebut hubungi Sekretariat Sayembara Fiksyen Sains & Teknologi, Penerbit UTM di 07-5218166 (Yosman Mohd. Bain).
* BENGKEL Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi akan diadakan pada 6 April bermula pukul 8 pagi di Bilik Kelantan, PWTC. Ia akan dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Amida Abdulhamid. Setiap peserta akan dikenakan bayaran RM50.
JOM! SERTAI SCI-FI!!!

Sabtu, 3 Mei 2008

Ahad

PAGI AHAD cukup memberi aku tenaga untuk bangkit. Lepas solat subuh, buat regangan sikit pada otot2 yang dah rasa kebas2. biasalah amalan rutin aku setiap pagi. lepas tu pekena pula madu asli suam campur jeli gamat. Huh!... memang buat aku segar bugar hari ni... lepas tu aku bergegas mandi dan bersiap untuk keje OT. Singgah jap kat kedai beli roti inti kelapa jenama Familys. Mahal nak mampussss! RM 2.40 satu pek... tahun lepas kalau tak silap RM 1.80 je... tapi aku beli lah juga sebab masa dah takde. tak sempat nak pi kedai lain pun. aku tiba di opis jam 7.40 pagi. lepas punch kad aku terperap mengadap komputer dalam opis... aku biarkan je si Ameer tu duk kaunter depan buat keje dia... Umar pula di sudut IT. Selain blog yang perlu diisi aku tetap menambah idea2 baru dalam karya-karyaku yang masih terbengkalai. Sambil-sambil tu, aku buat juga senarai buku2 baru bersama iringan lagu2 terhebat Wings. Tanpa disedari jam sudah pun tepat angka 12. aku bergegas pula balik ke rumah untuk makan tengah hari. lepas makan aku mandi dan kembali ke Library. masa aku jaga kaunter pula jam 1 sampai 5 petang... so... aku lepak sambil chatting YM dengan Mersik- si penulis Dol Leman. salah seorang penulis yang bernaung di bawah KD.
Lepas solat Zohor aku sambung balik lengkapkan blog aku dengan rak buku maya. sambil2 tu layan TV3.... ada cite sedih tgh diudarakan.

Hari sabtu yang besttt!

SABTU- Antara hari yang paling best bagi aku... Hari sabtu nilah masa aku nak pi jalan2 gi KL. so.. pagi2 lagi aku dah bangun solat subuh dan buatlah rutin harian aku yang memang pack gile... basuh kain dan baju2 yang dipakai dlm seminggu ni... baju2 keje je... aku malas nak basuh sebenarnya .. tetapi itu adalah keperluan.. kalau aku tak basuh... apa aku nak pakai minggu depan ? ye tak??! hehehehe... Aku rendam la dulu dengan Sabun Serbuk DAIA haruman bunga2..hehehe... biar dulu dan aku bergegas ke pasar tani kat Seksyen 17.. nak beli makanan untuk sarapan pagi... dapatlah beli lepat Ubi dan Pisang serta pulut panggang faverit aku .. heheh dan nasi lemak daun pisang RM 1 je... murah gak aa... dan sedap la juga... balik umah dan sambil sarapan layan cite Pingu( cite budak2) animasi yang paling aku suka... hahahaha... rasa macam bebudak je... hehehe.. sebenarnya aku tunggu cite BATMAN tu.. tapi start jam 10.30 pagi...so, lepas makan aku bilas laa baju2 aku tu dengan air paip 3 kali... dan spin lepas tu gantung je dalam bilik, biar kipas angin keringkan. hehehe.. simplynya hidup aku ni.. ala-ala AKU HIDUP DALAM BLUES la ni... so lepa semua tu selesai aku bersiap dan jalan kaki ke stesen komuter padang jawa. jauh la juga dari umah aku lebih kurang 1 KM... ada juga exercise aku pagi2 sabtu ni... kalau tak asyik duduk kat opis je... dah naik kematu buntut ni... hehehe.
Aku beli tiket sehala ke KLC, naik komuter dah jam 9.30 pagi. Janji dengan Bobby , kawan kamcing aku tu jam 11 pagi kat Cakra Alam... kebetulan pula aku jumpa Kajol pagi tadi kat pasar tani dan ajak dia sekali... tetapi dia ada hal dengan Kak Shelly-pi Concorde katanya. So aku sampai kat KLC, kena pula aku tunggu si Kajol ni... dan akhir sekali aku bergegas ke Masjid jamek, tunggu si Kajol kat stesen tu... 20 minit kemudian ... kajol tiba dengan lenggang-lenggoknya..(Hahahaha) so, kami bergegas amik STAR, beli tiket ke Taman Maluri. Tiba di TM, kami bergegas ke Wisma CA. Bobby belum sampai. Beberapa minit kemudian Bobby sampai.
lepas daftar kursus, kitaorang round2 kat Jusco dan pekena McD. lepas tu balik ke Wisma CA. jam 3 petang aku dan Kajol balik. Terus ke Asia Jaya dan amik keta yang dia parkir kat situ. kami sasmpai di Shah alam dalam jam 5 lebih laaa.. lepas dia hantar aku kat umah .. aku solat mandi dan solat Asar.. kemudian bergegas ke PAS untuk beli something. Tiba di situ dah nak maghrib, aku dinner jap ngan Nasi Ayam - restoran Sup Utara yang best kat S. Alam ni... lepas tu solat Maghrib. Aku terkejut juga dengan surau kat tingkat atas tu... dah cat baru rupanya... cantik ada kaler hijau muda dan warna putih... memang bersih dan sesuai sebgai tempat solat. Karpet pula biru corak-corak empat segi. lawa! masih bau kedai lagi ( hehehehe). so lepas solat aku kedai HOTMARKET dan beli barang yang aku nak tu.. mujurlah jumpa.. then Bobby call pasal dia dah habis Kursus, tapi malangla.. sebab yang ajar diaorang adalah Cikgu mat Nor bukan Ustaz arief seperti mana aku kursus dulu... anyway tu nasib laa...hihiiihi... aku balik umah dan layan cite Beverly hills TV2 sambil minum susu halia panas. hihihiii.. memang segar kepala otak... sambil2 tu aku belek2 la juga buku tenaga dalam yang aku beli siang tadi...dan semangat aku untuk praktikkan kembali apa yang aku belajar di perguruan tu kembali menyala-nyala. jam 12 tgh malam aku tidur lepas solat Isyak (lewat gile aku solat Isyak)... lepas tu aku dah tak ingat dah apa yang berlaku... entah aku mimpi ke malam tadi atau nampak gambar kosong je.. hehehehe....

Jumaat, 2 Mei 2008

MOVIES YANG AKU TUNGGU2


WALL-E, HELLBOY 2, HULK 2 DAN DRAGON BALL. movies yang aku tunggu2 untuk tahun ni... dan tahun depan juga laa...paling aku tunggu ialah dragon ball... cite yang tak penah miss nak tgk katun dia... buku bersiri tu pun masih ada lagi... masa je .. baca buku2nya... memang best kalau baca ulang2...keduanya Hellboy... aku suka kaler badan dan tanduk terpotong yang merah tu.. kiut.. heheh lepas tu Hulk.. sebab aku suka badan besar dan kaler hijau... hehehe last seklai Wall-E tu aku tak penah dengar ada cite komik... but aku tgk iklan dia .. fuhhhh boleh tahanlaa.. tu yangtak sabar2 nak tgk tu... jom! jom! sapa nak join aku tgk cite best2 ni...???!!

Sidang Dewan Rakyat Kecoh???

PM berasa sangat malu dengan gelagat ahli parlimen pembangakang yang beraksi dan mengeluarkan perkataan yang tidak wajar... Waaa... pembangkang!!! Kalau dari segi cara berbahas dan bersidang dinilai... anda bukanlah seorang pemimpin rakyat Malaysia ... kerana rakyat Malaysia amat bersopan dan berbudi bahasa. Nampaknya BN akan terus memerintah Malaysia pada masa2 akan datang... rakyat dah nampak gelagat anda... aku sendiri rasa malu dengan apa yang berlaku di Parlimen... aku terbayang Parlimen Korea, bukan sahaja berkata2 kesat dan kasar malah siap baling membaling kerusi... hahahaha... kelakar sungguh... adakah pembangkang kita mahu jadi seperti itu??? pening kepala aku memikirkannya... walau apapun kita sebagai rakyat kenalah bijak mengundi pada masa akan datang... anda boleh nilai dari gaya percakapan dan gaya pembawaan diri seorang tokoh politik melalui tingkah laku dan percakapannya, sama ada dia itu adalah pemimpin yang layak memimpin rakyat malaysia dan negara ini atau pun tidak!
Aku harap Dewan Rakyat diduduki oleh orang yang tau beradab dan berkata2 dengan sesuatu yang wajar... aku rasa malu sangat2... dulu aku selalu ketawakan parlimen negara lain yang selalu kucar-kacir... gaduh, bertumbuk dan sbgnya... kini .. aku tak sangka kena kat batang hidung aku sendiri.. kat negara kita pula tu..
Warrrgghhhhh!!!!!!
"Ya Allah letakkanlah negara ini ditangan seorang yang beragama, beriman , berakhlak terpuji, ikhlas dan ihsan mentadbir negara ini.. amin"

Khamis, 1 Mei 2008

IRONMAN



IRONMAN. Huh.. cite ni memang best. sesuai dengan pelakonnya Robert membawa watak sebagai Tony stark dengan cuup berkesan. aku cukup teruja dengan lagak selambanya dan identiti dirinya sebagai Tony Stark yang merupakan pemilik Stark Industries. Sempena 1 mei-Labour Day.. aku amik peluang nak tgk cite ni sendiri... sebenarnya aku ada dua tiket free... tetapi atas masalah hanya ketegori movies tertentu sahaja yang boleh ditonton dengan Pas tersebut maka terpakasa lah aku kuarkan duit juga untuk Ironman... tepat jam 8.30 malam tadi aku labuhkan punggung dalam panggung berbekalkan coklat raisin yang aku beli kat Pasar haji Ismail, Langkawi beberapa hari yang lalu dan sebotol air mineral.... aku tak sabar2 nak tgk mivie ni... Oh Ya sebelum tu aku lepak kat kedai buku ataupun aku panggil Planet Buku. saja je nak tgk novel2 yang baru kuar... macam Ungu Karmila, Saga Horizon, Napiru(Novel sahabat ku Faizul Darius yang hebat lagi gemilang .. hehehe)... dan tak ketinggalan juga novel fiksyen sains keluaran PTS yang berada di situ.. aku belek2 dan baca sikit2.... buat aku dapat idea untuk cite aku pula...hihihi.. anyway... lepas tu aku solat maghrib dan menjamu selera dengan Yogurt MixFruit dan air Bliss buah-buahan... cukup berselera gak sambil menghadap kedai buku. Inilah kalau ulat buku... kat mana2 pun tak kisah... yang penting ada buku... hehehehe... lepas tu bila aku berada di dalam panggung. aku agak terkejut la juga apabila melihat penonton yang memenuhi pewagam... hampir kesemua tempat duduk penuh.... aku bayangkan... kalaulah novel jenis macam tu.. diaorang baca tak? aku terfikir SAM C1G1... aku rasa lah inilah novel pertama kot kat malaysia ni yang buat cite Cyborg... entahlah...mungkin ada dan aku terlepas pandang... tak tahulah aku... apa-apa pun movie ni memang hebat dan kuat jalan ceritanya... pemilihan Robert sebagai pelakon utama.. memang cukup berkesan... cuma ada beberapa perkara yang mengelirukan ketika Stark dikurung...(penonton boleh pk sendiri apa yang berlaku ketika itu)... namun setiap babak-babak yang berputar membuat aku semakin teruja untuk menyaksikannya sehingga akhir... Cuma sahaja si botak yang jahat tu.. heran gak bagaimana dia boleh sesuaikan dirinya mengendalikan prototaip robot yang besar tu... sedang strak sendiri amik masa yang lama untuk mengendalikan dan menyesuaikan dirinya dengan sut tersebut. (pelik!?) Korang tak rasa pelik ker ???
SYABAS Robert! inilah satu2nya cite yang tak buat aku ngantuk dalam pewagam... lain cite buat aku menguap je... but heron yang satu ni... samalah macam aku tgk cite Superman Return tahun lepas... aku tetap bersemangat untuk menonton hingga ke titisan peluh yang terakhir.... hehehe... pegi lah korang tgk... kompom tak rugi punya...
Hari ini... pagi2 lagi aku terima call dari kawan lama... BOBBY... bobby ni best fren masa kat Sabah dulu.. sampai la sekarang... dia bagitau yang esoknya nak ke Cakra Alam.. nak join Kursus Tenaga Dalam.. So aku akan bertolak esok pagi ke Cheras dan jumpa di kat Taman Maluri... kesian aku kat dia ni.. sejak tahun 1997 lagi dia nak join CA tu.. tapi tiada peluang ke sana... kebetulan pula aku dah join kursus ni dulu.. so aku temankan dia esoklaa.. Esok hari sabtu kebetulan lak aku tak keje... bolehlah aku jalan2 tenangkan kepala otak ni... hehehe. Dan hari Jumaat ni ... aku lega sikit walaupun semalm aku tak dapat selesaikan puasa sunat khamis.. sampai setengah hari je... sebab anak sedara Kajol ada sekali masa Kajol ajak pi lawat Muzium S. alam... mujurlah juga Adam(Anak sedara Kajol) dan Mira ada sekali.. boleh la aku layan bebudak ni main2... hehehe seronoknnyaaa... apa lagi kalau si adam tu main patung2 McD ngan aku masa makan tengah hari semalam... memang seronok..hiiihhi.. aku ingat nak kuar sekali lagi ngan diorang ni... besttt.. hehehe!