The Alien - Link Select

Sabtu, 3 Mei 2008

Hari sabtu yang besttt!

SABTU- Antara hari yang paling best bagi aku... Hari sabtu nilah masa aku nak pi jalan2 gi KL. so.. pagi2 lagi aku dah bangun solat subuh dan buatlah rutin harian aku yang memang pack gile... basuh kain dan baju2 yang dipakai dlm seminggu ni... baju2 keje je... aku malas nak basuh sebenarnya .. tetapi itu adalah keperluan.. kalau aku tak basuh... apa aku nak pakai minggu depan ? ye tak??! hehehehe... Aku rendam la dulu dengan Sabun Serbuk DAIA haruman bunga2..hehehe... biar dulu dan aku bergegas ke pasar tani kat Seksyen 17.. nak beli makanan untuk sarapan pagi... dapatlah beli lepat Ubi dan Pisang serta pulut panggang faverit aku .. heheh dan nasi lemak daun pisang RM 1 je... murah gak aa... dan sedap la juga... balik umah dan sambil sarapan layan cite Pingu( cite budak2) animasi yang paling aku suka... hahahaha... rasa macam bebudak je... hehehe.. sebenarnya aku tunggu cite BATMAN tu.. tapi start jam 10.30 pagi...so, lepas makan aku bilas laa baju2 aku tu dengan air paip 3 kali... dan spin lepas tu gantung je dalam bilik, biar kipas angin keringkan. hehehe.. simplynya hidup aku ni.. ala-ala AKU HIDUP DALAM BLUES la ni... so lepa semua tu selesai aku bersiap dan jalan kaki ke stesen komuter padang jawa. jauh la juga dari umah aku lebih kurang 1 KM... ada juga exercise aku pagi2 sabtu ni... kalau tak asyik duduk kat opis je... dah naik kematu buntut ni... hehehe.
Aku beli tiket sehala ke KLC, naik komuter dah jam 9.30 pagi. Janji dengan Bobby , kawan kamcing aku tu jam 11 pagi kat Cakra Alam... kebetulan pula aku jumpa Kajol pagi tadi kat pasar tani dan ajak dia sekali... tetapi dia ada hal dengan Kak Shelly-pi Concorde katanya. So aku sampai kat KLC, kena pula aku tunggu si Kajol ni... dan akhir sekali aku bergegas ke Masjid jamek, tunggu si Kajol kat stesen tu... 20 minit kemudian ... kajol tiba dengan lenggang-lenggoknya..(Hahahaha) so, kami bergegas amik STAR, beli tiket ke Taman Maluri. Tiba di TM, kami bergegas ke Wisma CA. Bobby belum sampai. Beberapa minit kemudian Bobby sampai.
lepas daftar kursus, kitaorang round2 kat Jusco dan pekena McD. lepas tu balik ke Wisma CA. jam 3 petang aku dan Kajol balik. Terus ke Asia Jaya dan amik keta yang dia parkir kat situ. kami sasmpai di Shah alam dalam jam 5 lebih laaa.. lepas dia hantar aku kat umah .. aku solat mandi dan solat Asar.. kemudian bergegas ke PAS untuk beli something. Tiba di situ dah nak maghrib, aku dinner jap ngan Nasi Ayam - restoran Sup Utara yang best kat S. Alam ni... lepas tu solat Maghrib. Aku terkejut juga dengan surau kat tingkat atas tu... dah cat baru rupanya... cantik ada kaler hijau muda dan warna putih... memang bersih dan sesuai sebgai tempat solat. Karpet pula biru corak-corak empat segi. lawa! masih bau kedai lagi ( hehehehe). so lepas solat aku kedai HOTMARKET dan beli barang yang aku nak tu.. mujurlah jumpa.. then Bobby call pasal dia dah habis Kursus, tapi malangla.. sebab yang ajar diaorang adalah Cikgu mat Nor bukan Ustaz arief seperti mana aku kursus dulu... anyway tu nasib laa...hihiiihi... aku balik umah dan layan cite Beverly hills TV2 sambil minum susu halia panas. hihihiii.. memang segar kepala otak... sambil2 tu aku belek2 la juga buku tenaga dalam yang aku beli siang tadi...dan semangat aku untuk praktikkan kembali apa yang aku belajar di perguruan tu kembali menyala-nyala. jam 12 tgh malam aku tidur lepas solat Isyak (lewat gile aku solat Isyak)... lepas tu aku dah tak ingat dah apa yang berlaku... entah aku mimpi ke malam tadi atau nampak gambar kosong je.. hehehehe....

Jumaat, 2 Mei 2008

MOVIES YANG AKU TUNGGU2


WALL-E, HELLBOY 2, HULK 2 DAN DRAGON BALL. movies yang aku tunggu2 untuk tahun ni... dan tahun depan juga laa...paling aku tunggu ialah dragon ball... cite yang tak penah miss nak tgk katun dia... buku bersiri tu pun masih ada lagi... masa je .. baca buku2nya... memang best kalau baca ulang2...keduanya Hellboy... aku suka kaler badan dan tanduk terpotong yang merah tu.. kiut.. heheh lepas tu Hulk.. sebab aku suka badan besar dan kaler hijau... hehehe last seklai Wall-E tu aku tak penah dengar ada cite komik... but aku tgk iklan dia .. fuhhhh boleh tahanlaa.. tu yangtak sabar2 nak tgk tu... jom! jom! sapa nak join aku tgk cite best2 ni...???!!

Sidang Dewan Rakyat Kecoh???

PM berasa sangat malu dengan gelagat ahli parlimen pembangakang yang beraksi dan mengeluarkan perkataan yang tidak wajar... Waaa... pembangkang!!! Kalau dari segi cara berbahas dan bersidang dinilai... anda bukanlah seorang pemimpin rakyat Malaysia ... kerana rakyat Malaysia amat bersopan dan berbudi bahasa. Nampaknya BN akan terus memerintah Malaysia pada masa2 akan datang... rakyat dah nampak gelagat anda... aku sendiri rasa malu dengan apa yang berlaku di Parlimen... aku terbayang Parlimen Korea, bukan sahaja berkata2 kesat dan kasar malah siap baling membaling kerusi... hahahaha... kelakar sungguh... adakah pembangkang kita mahu jadi seperti itu??? pening kepala aku memikirkannya... walau apapun kita sebagai rakyat kenalah bijak mengundi pada masa akan datang... anda boleh nilai dari gaya percakapan dan gaya pembawaan diri seorang tokoh politik melalui tingkah laku dan percakapannya, sama ada dia itu adalah pemimpin yang layak memimpin rakyat malaysia dan negara ini atau pun tidak!
Aku harap Dewan Rakyat diduduki oleh orang yang tau beradab dan berkata2 dengan sesuatu yang wajar... aku rasa malu sangat2... dulu aku selalu ketawakan parlimen negara lain yang selalu kucar-kacir... gaduh, bertumbuk dan sbgnya... kini .. aku tak sangka kena kat batang hidung aku sendiri.. kat negara kita pula tu..
Warrrgghhhhh!!!!!!
"Ya Allah letakkanlah negara ini ditangan seorang yang beragama, beriman , berakhlak terpuji, ikhlas dan ihsan mentadbir negara ini.. amin"

Khamis, 1 Mei 2008

IRONMAN



IRONMAN. Huh.. cite ni memang best. sesuai dengan pelakonnya Robert membawa watak sebagai Tony stark dengan cuup berkesan. aku cukup teruja dengan lagak selambanya dan identiti dirinya sebagai Tony Stark yang merupakan pemilik Stark Industries. Sempena 1 mei-Labour Day.. aku amik peluang nak tgk cite ni sendiri... sebenarnya aku ada dua tiket free... tetapi atas masalah hanya ketegori movies tertentu sahaja yang boleh ditonton dengan Pas tersebut maka terpakasa lah aku kuarkan duit juga untuk Ironman... tepat jam 8.30 malam tadi aku labuhkan punggung dalam panggung berbekalkan coklat raisin yang aku beli kat Pasar haji Ismail, Langkawi beberapa hari yang lalu dan sebotol air mineral.... aku tak sabar2 nak tgk mivie ni... Oh Ya sebelum tu aku lepak kat kedai buku ataupun aku panggil Planet Buku. saja je nak tgk novel2 yang baru kuar... macam Ungu Karmila, Saga Horizon, Napiru(Novel sahabat ku Faizul Darius yang hebat lagi gemilang .. hehehe)... dan tak ketinggalan juga novel fiksyen sains keluaran PTS yang berada di situ.. aku belek2 dan baca sikit2.... buat aku dapat idea untuk cite aku pula...hihihi.. anyway... lepas tu aku solat maghrib dan menjamu selera dengan Yogurt MixFruit dan air Bliss buah-buahan... cukup berselera gak sambil menghadap kedai buku. Inilah kalau ulat buku... kat mana2 pun tak kisah... yang penting ada buku... hehehehe... lepas tu bila aku berada di dalam panggung. aku agak terkejut la juga apabila melihat penonton yang memenuhi pewagam... hampir kesemua tempat duduk penuh.... aku bayangkan... kalaulah novel jenis macam tu.. diaorang baca tak? aku terfikir SAM C1G1... aku rasa lah inilah novel pertama kot kat malaysia ni yang buat cite Cyborg... entahlah...mungkin ada dan aku terlepas pandang... tak tahulah aku... apa-apa pun movie ni memang hebat dan kuat jalan ceritanya... pemilihan Robert sebagai pelakon utama.. memang cukup berkesan... cuma ada beberapa perkara yang mengelirukan ketika Stark dikurung...(penonton boleh pk sendiri apa yang berlaku ketika itu)... namun setiap babak-babak yang berputar membuat aku semakin teruja untuk menyaksikannya sehingga akhir... Cuma sahaja si botak yang jahat tu.. heran gak bagaimana dia boleh sesuaikan dirinya mengendalikan prototaip robot yang besar tu... sedang strak sendiri amik masa yang lama untuk mengendalikan dan menyesuaikan dirinya dengan sut tersebut. (pelik!?) Korang tak rasa pelik ker ???
SYABAS Robert! inilah satu2nya cite yang tak buat aku ngantuk dalam pewagam... lain cite buat aku menguap je... but heron yang satu ni... samalah macam aku tgk cite Superman Return tahun lepas... aku tetap bersemangat untuk menonton hingga ke titisan peluh yang terakhir.... hehehe... pegi lah korang tgk... kompom tak rugi punya...
Hari ini... pagi2 lagi aku terima call dari kawan lama... BOBBY... bobby ni best fren masa kat Sabah dulu.. sampai la sekarang... dia bagitau yang esoknya nak ke Cakra Alam.. nak join Kursus Tenaga Dalam.. So aku akan bertolak esok pagi ke Cheras dan jumpa di kat Taman Maluri... kesian aku kat dia ni.. sejak tahun 1997 lagi dia nak join CA tu.. tapi tiada peluang ke sana... kebetulan pula aku dah join kursus ni dulu.. so aku temankan dia esoklaa.. Esok hari sabtu kebetulan lak aku tak keje... bolehlah aku jalan2 tenangkan kepala otak ni... hehehe. Dan hari Jumaat ni ... aku lega sikit walaupun semalm aku tak dapat selesaikan puasa sunat khamis.. sampai setengah hari je... sebab anak sedara Kajol ada sekali masa Kajol ajak pi lawat Muzium S. alam... mujurlah juga Adam(Anak sedara Kajol) dan Mira ada sekali.. boleh la aku layan bebudak ni main2... hehehe seronoknnyaaa... apa lagi kalau si adam tu main patung2 McD ngan aku masa makan tengah hari semalam... memang seronok..hiiihhi.. aku ingat nak kuar sekali lagi ngan diorang ni... besttt.. hehehe!

Rabu, 30 April 2008

NEW NOVEL

LEGANYA... KD sudah pun mengedit karya saya SAM C1G1, Insyallah kalau tiada halangan ia akan diterbitkan dalam beberapa hari lagi. Aku semakin menjadi tidak sabar2 untuk melihat novel sendiri di pasaran. Tak kisahlah tentang bayaran yang penting ialah kepuasan. Walaupun KD dah pecahkan cerita tu menjadi tiga bahagian... tapi aku aku tak kisah... yang penting dua bahagian lagi akan menyusul... jadi aku boleh teruskan dengan bahagian keempat. Aku hantar manuskrip bulan 10. 2007. Tahun lepas laa.. baru bulan 5 ni dapat respon yang buat hati aku berdebar2 gembira. hehehee... ni belum terbit lagi dah happy semacam.. kalau terbit mau mati agaknya punya happy.. hehehee... Sebelum tu aku tarik balik SAM C1G1 dari PTS.. aku takut nanti ada masalh pula dengan KD... so... biarlah aku ganti SAM C1G1 dengan novel baru aku MEXUS- novel fiksyen sains juga... tapi masih dalam pembuatan- mengisahkan sekumpulan remaja yang bertemu dengan makhluk asing Mexus dari planet Sarius dan berlaku pemburuan oleh pihak tentera dan kumpulan 5 sekawan itu berhempas pulas untuk menyelamat MEXUS dari ditawan oleh pihak tentera-. Jenis novel Remaja... Anyway disamping itu aku dapat idea baru untuk novel seterusnya... Zack -Si Mata Hijau... mengisahkan Zack yang mendapat kuasa istimewa bermata hijau yang mampu melihat masa depan dan mampu memancarkan tenaga elektrik di tapak tangannya untuk tujuan tertentu. Anyway dua cerita tu masih dalam pembinaan... untuk PTS sahaja!
SAM C1G1 biarlah pihak KD yang terbitkan sehingga 9 siri.... aku dah siapkan manuskripnya... cuma aku kena edit dan tambahkan beberapa fakta penting dalam siri SAM C1G1 ini... Novel aku yang lain terpaksa dihentikan sementara (Persepolis Atlantis, Arena 2077, Lagenda Adamus dan Zack si pemburu Puaka)... sudah selalu tangguh... idea tarak! hehehe...
Alhamdulillah.. akhirnya SAm C1G1 dalam proses edit...hihihi.. kalau takde aral melintang ... novel ini akan jadi kenyataan..

Khamis, 24 April 2008

Ekspedisi Irau 2008







19-20 hb. 4. 2008- Detik bersejarah dalam hidup. AKU BERJAYA MENAWAN PUNCAK GUNUNG IRAU. satu kenangan yang cukup sukar dilupakan. Aku bersama kelab Putra seramai 25 orang berangkat dari seroja, Uitm ke Cameron Highland dan tiba di tanah rata pada petangnya. lebih kurang jam 3 petang, Khemah telah siap dibina awal2 oleh kumpulan pertama yang menaiki van ke puncak gunung berinchang dan kami berjalan kaki dari tanah rata ke atas. Fuh bagai nak tercabut buku lali... dengan sejuk serta penatnya, aku daki juga sehinggalah ke puncak. Tiba di sana, khemah sudah siap didirikan, kemudian unggun api dinyalakan walaupun kayu memang terang-terang basah. namun dinyalakan juga berkat kehebatan kami.. hehehe... malam tu kami makan ayam masak merah dan daging masak kurma... fuhh.. cukup berselera... dan malamnya kami ke puncak berinchang beramai2.. balik setengah jam kemudian. Masuk tidur jam 11... tu pun aku tak boleh nak tido... SEJUKKKK!!!... dalam khemah pun sejuk.. sleeping bag aku tu rasanya dah tak panas lagi dah.. sejuk macam dalam peti ais. aku tidur2 ayam je lah malam tu.. jam 5.40 aku bangun dan berwuduk... macam berwuduk dalam peti ais je.. sejuk amat! kami menunaikan solat subuh berjemaah macam solat Maghrib semalam. Selepas sarapan kami buat regangan tubuh sebelum mendaki puncak gunung Irau kecil dan Irau besar. Mak datuk! bagai tercabut kaki dan lutut masa nak pegi je.. balik tu laagilah sakit.. sampai kat atas .. makan meggi je... dan lepak kejap.. amik gambar dan balik sepanjang jalan tu amik gambar juga.. sampailah di tapak perkhemahan kembali. dan aku bersama beberapa org berjalan kaki turun ke tanah rata. mujurlah Van ada dan mengangkut kami ke pekan berinchang... selepas menunaikan solat Zohor dan Asar sekali gus... kami menjamu selera di kedai Tom Yam Ikan bakar tepi Masjid Kayangan... jam 6 kami kuar dari pekan tu dan jam 11 malam sampai di Seroja Uitm... alhamdulillah... lega .. tetapi badan sakit2 ...hihiiihi.. minggu depan nak pi Langkawi lak...
Balik dari Irau tu(Hari rabu) JJ memang bagi diskaun RM 4 bagi tiket wayang hari itu. So harganya RM 6 shj laa... Aku bergegas ke TGV JJ. nak tgk cite Forbidden Kingdom- lakonan Jet Li Dan Jackie Chan. Ceritanya biasa sahaja. lagenda Wukong. Cuma yang buat filem ni menarik ialah gandingan mantap dua bintang besar Jet Li Dan Jackie Chan. (Alangkah bestnyer kalau diorang bertiga dengan Tony Jaa-pelakon Ong Bak tu...) Anyway cite ni banyak menggunakan teknik CGI yang terbest sekali. dan babak pertarungan Jet Li dan JC adalah babak yang paling dinanti-nantikan oelh semua peminatnya... aku cukup teruja dengan teknik mereka masing2... memang best apalgi bila JL memainkan watak Wukong. laaagi gempak..! jalan cerita nya memang berbeza sikit dari lagenda asal dan buku-buku komik yang aku baca. best laa.. 3 bintang dari 5 bintang aku bagi filem ni.. kiranya aku kuar panggung pun senyum puasss... JL dan JC berentap di pewagam! satu babak yang sukar dilupakan orang!









Jumaat, 18 April 2008

JUMAAT- penghulu segala hari. hari ni aku datang awal ke Opis lantaran ada audit 5S yang bermula jam 9.30 pagi... Usaha dan kerja yang kami laksanakan (kumpulan SUKSES) untuk projek 5S ni akan dinilai pada hari ni... aku berdebar2 juga .. logo 5S tu aku reka sendiri. sebenarnya itu tahun lepas punya rekaan... aku nak juga buat yang baru but... my BOSS tak nak.... hehehe.. lepas jam 10 kemudian sesi audit tu tamat. Aku lega Sudut 5S aku dapatlah bintang cemerlang... woo.. best gak yang lain dapat juga bintang... cuma ada dua kesalahan laa...anyway ini cuma audit pertama...nanti ada audit kedua.... kali ini kita orang nak menang.. yeah!!! Go go go SUKSES!!! lepas je sesi tu aku buka karya Lagenda Adamus... nak tambah sikit je lepas tu nak tambah SAM C1G1 part 2 pula... then cite baru aku untuk alaf21... SF yang seterusnya.... entah kenapa aku lebih suke fantasi dan SF... aku kureng sikitlah nak buat cite biasa ni... kalau ada pun aku cuba juga cite seram dan misteri... tengah usaha... hihiihi.. antaranya -Zack si Pemburu Syaitan. dan kompilasi cerita seram Tanpa Nama.