The Alien - Link Select

Rabu, 9 Januari 2008

SALAM MUHARRAM

ALHAMDULILLAH... Akhirnya tahun baru muncul. semoga tahun ini akan membawa seribu satu berkat dan rahmat dari Allah SWT. Semoga dosa-dosa tahun lalu diampuni-Nya dan semoga tahun ini akan dijauhi dari dosa-dosa dan dikekalkan dalam Iman dan Islam. Semoga semua umat Muhammad SAW ini akan dicintai-Nya dan dikurniakan Syurga Allah SWT... Amin.
Memikirkan tahun ini... aku teringat semula kisah hijrah umat Islam ke Madinah. Memang penuh cabaran dan ranjau yang bisa membongkar iman. Namun dengan berkat usaha dan tekad umat Islam ketika itu maka lahirlah generasi yang kuat sehingga kini. Segala puji bagi Allah dan salawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh sahabat dan umatnya. ... amin

Selasa, 8 Januari 2008

HANTU MAT REMPIT

Rina memandu dengan tenang. Keretanya kini sudah mencecah had laju yang dibenarkan. Lorong yang dilaluinya semakin sunyi dan sepi. Tiada satu pun kereta yang lalu di jalan yang memang lengang dan agak jauh dari kawasan perumahan itu. Jam sudah menunjuk ke angka dua pagi. Radio kereta sengaja dikuatkan bunyinya. Lagu melayu yang rancak itu menjadi santapan telinganya dan menjadi hiburan baginya ketika itu.
Melalui jalan itu dia akan cepat sampai ke rumah. Namun, jalan yang dilaluinya itu memang jarang dilalui oleh pengguna-pengguna jalan raya pada jam dan waktu itu. Di kiri kanan
jalan raya itu adalah hutan yang agak tebal. Manakala sebelum sampai ke kawasan perumahannya dia kan melalui sebuah tanah perkuburan cina yang agak luas. Biasanya apabila dia tiba di kawasan itu, dia akan memecut dengan laju untuk melawan rasa takut tatkala memandu.
Selalunya dia memandu pulang ketika malam masih belum larut. Sekitar jam 10 malam adalah waktu-waktu yang biasa baginya. Tetapi malam itu merupakan malam jumaat yang juga kebetulan majikannya mahukan laporan audit disiapkan malam itu juga. Dia sempat menyiapkan semua fail yang ada sehinggalah jam menunjuk ke angka 12.30 malam. Dia bergegas pulang sebaik sahaja mendapati tiada seorang pun yang berada di pejabat ketika itu. Dia tidak sedar langsung Zainab balik. Rakannya itu lebih penakut berbandingnya.
Tiba di kawasan perkuburan cina, seperti biasa dia memecut laju tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Bulu romanya meremang dan tubuhnya dirasakan bagai direndam ked alam kolam ais.
Terasa dingin seram.
Tiba-tiba sedang asyik menumpukan perhatian di dada jalan. Dia dikejutkan oleh
kehadiran satu motosikal tidak berlampu sedang mengekorinya. Penunggang motosikal itu jkelihatan berbalam-balam di bawah sinaran cahaya bulan yang hanya satu pertiga sahaja yang kelihatan. Pada mulanya dia membiarkan sahaja. Bagus juga dia ada teman walaupun bukan satu kenderaan. Dia sedikit lega apabila mengetahui yang dia tidak berseorangan menggunakan jalan itu.
Motosikal itu kemudiannya menyala lampu tinggi dan kemudian dimatikan. Seolah-olah memberi satu isyarat kepadanya. Dia menjeling cermin atas dan melihat ke belakang menerusinya. Lampu motosikal itu dihidupkan lagi. Kali ini berkelip-kelip macam kunang.
Dia merasa hairan dengan gelagat penunggang itu. ‘Apa main-main lampu ni?!’ Getus hati kecilnya.
Motosikal itu memecut. Cuba menyainginya. Dia menoleh ke arah motosikal tersebut dan cuba mengecam penunggangnya. Namun dia tidak dapat melihat wajah penunggang tersebut. Hanya baju berwarna biru bercorak kotak-kotak dan seluar jeans lusuh yang dapat ditangkap oleh pengelihatannya.
Dia mengalihkan pandangan ke dada jalan raya. Membiarkan si penunggang memecut ke depan.
Ketika itu dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hidungnya terbau satu bau yang amat busuk. Bulu romanya kembali berdiri dan tubuhnya kembali sejuk bagai direndam dalam air batu.
Dan, tiba-tiba…

ANDA INGIN TAHU CERITA LEBIH LANJUT? TUNGGU BUKU KOLEKSI 13 CERPEN SERAM YANG AKAN TERBIT TIDAK LAMA LAGI.

Ahad, 6 Januari 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Aaa... lega! Tahun baru dah muncul. Aku ingatkan tahun 2007 adalah hari akhir dunia ini. namun segalanya lenyap cepat dengan kehadiran 1 januari... Alhamdulillah.... Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam ini.
... dan paling mengejutkan aku ini adalah bahawa ...
Aku tak sangka akan bertemu dengan seorang perempuan yang mampu menggugat hati kecil ku ini... Kemesraannya, senyumannya, kelembutannya dan akhlak serta cahaya wajahnya membuatkan aku merasakan menjumpai sesuatu yang hilang selama ini. Aku cuba untuk melupakannya... lagipun sebulan sekali je aku akan bertemu dengannya... itupun tidak memakan masa yang lama... cuma 3 minit sahaja aku akan berurusan dengannya... aku harap aku dapat melupakannya... kalau dia bukanlah jodoh aku... apa gunanya??? buang masa aku je walaupun hati aku ini cair di hadapannya... aku harap bebanan ini akan berlalu... tahun 2008 banyak misteri yang bakal menjelma di hadapan ku ini... aku mesti bersedia... mesti!
Manghadapi tahun baru bagai menghadapi musuh yang tidak diketahui. Musuh yang serba misteri dan amat bahaya sekiranya tidak berhati-hati. Mungkin itu yang akan aku ungkapan. Sekiranya aku adalah Adamus, si pahlawan lagenda alam Fiara itu. Novel jenis fantasi yang cuba aku hasilkan ini adalah novel pertama aku dalam genre fantasi. Aku cuba untuk menghasilkan yang terbaik. Tengoklah macamana sambutannya. Bukan sahaja dari watak dan perwatakan yang perlu dilengkapkan malah peralatan2 lain seperti pedang juga perlu diwujudkan. Pedang Unikorn sudah sedia dan begitu juga pedang-pedang lain yang bakal digunakan oleh musuh-musuh Pahlawan Adamus. Dari kecil lagi aku memang suka berfantasi untuk menjadi seorang hero lagenda yang hebat dan berkuasa serta melalui pengembaraan yang seronok dan mendebarkan. Anyway.... tahun ni merupakan persediaan untuk menyiapkan novel Adamus dan Pedang Unikorn ini....
selamat bekerja buat aku yang semakin rajin menulis ini!

Selasa, 1 Januari 2008

NO SMOKING



FIRMAN ALLAH SWT

“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik…” (Al-Maidah : 5)” Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu. Dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Maidah : 87 )”… dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan…”(Al-Baqarah : 195)



SABDA RASULULLAH SAW

HASAWI DARI QUTUB HADAD DALAM TAFSIR BAHAWASANYA
Rasulullah SAW bersabda :
“Ya Abu Hurairah (r.a) akan datang satu kaum pada akhir zaman. Berkekalan mereka dalam MEROKOK dan mereka berkata ‘ kami dari Umat Nabi Muhammad SAW’. Tetapi mereka BUKAN UMATKU dan AKU TIDAK MENGAKU MEREKA ITU UMATKU, tetapi mereka adalah daripada BINATANG peliharaan.
Kemudian Abu Hurairah bertanya kepada Nabi SAW : Daripada apa tumbuhnya pohon Tembakau? Nabi SAW menjawab : Ia tumbuh dari Air Kencing Iblis Laknatullah”
( Rujukan : Kitab Baghiatul-Mutasydir )





“ SESUATU YANG MEMUDARATKAN ATAU MEROSAKKAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN ITU ADALAH
HARAM! ”

“ Oleh itu, sebarang apa-apa yang merosakkan dan menganggu diri dan orang lain seperti Arak, Dadah dan Rokok adalah HARAM ! ”-Pendapat Ijmak Ulama

“ PEROKOK DAN ROKOK ADALAH PEMBUNUH SENYAP PALING MERBAHAYA !!! ”-Pendapat Individu


PENDAPAT UMUM-ANTI ROKOK
DAN
IJMAK ULAMA



MEROKOK ITU HARAM !!!
“ MEROKOK ITU HARAM DI SISI AGAMA ISLAM



MUZAKARAH MAJLIS FATWA
KEBANGSAAN KE-37
23 MAC 1995




KATAKAN ‘TAK NAK!’ KEPADA ROKOK


KEMPEN KERAJAAN MALAYSIA



“Kepada semua perokok-perokok yang bodoh- jahil macam babi, Anjing keparat!.
Kamu adalah pembunuh paling merbahaya.
Semoga kamu semua mampus akibat rokok yang kamu hisap!!!
Semoga kamu panjang umur dan semoga seluruh penyakit akan kamu tanggung seumur hidup kamu!
DAN
Semoga kamu bersedia untuk menempati NERAKA dengannya!”


Yang benar
A.K.U
-manusia yang berakal -

Selasa, 18 Disember 2007

PERSEPOLIS ATLANTIS


Persepolis Atlantis,
Sistem EMA, 3033 Masihi.



Aiemin pantas menendang Hoslis dengan geram sementara Aizack turut menyerang dari belakang. Tendangan serentak itu membuatkan Hoslis tidak mampu berbuat apa-apa. Awazen yang berdiri tidak jauh dari situ segera menerpa. Berusaha untuk menghalang tindakan adik beradik itu. Satu tenaga dalam dilepaskannya. Sekadar menghalang momentum serangan Aiemin dan Aizack. Gelombang tenaga yang diluncurkannya tepat pada punca tenaga Aizack dan Aiemin.
Kedua adik beradik itu terpelanting.
Namun cuba untuk bangkit kembali. Pantas pula Awazen melepaskan gelombang tenaganya. Aizack terduduk dan Aiemin pula terpelanting lebih jauh dari Aizack. Awazen segera mengunci mata urat Aizack diikuti Aiemin. Dia mesti menghalang pertarungan saudara itu.
Hoslis sekadar termangu dengan tindakan anak kandungnya itu. Dia tidak sangka sampai begitu sekali kebencian adik-beradik itu kepadanya. Dia kesal dengan apa yang berlaku. Dulu dia tidak terfikirkan hal ini semasa mengabaikan Unisia. Airmatanya mengalir buat pertama kali dalam hidupnya. Diiringi sendu dia terduduk.
“Lepaskan aku! Atuk! Lepaskan aku!” Tempik Aizack dengan kemarahan pada Awazen. Hoslis yang ketika itu dikuasai perasaan kesal tersentak. Dia segera menoleh ke arah Awazen. Siapa lelaki ini? Getus hatinya.
“Ya! Atuk lepaskan kami! Lepaskan kami! Biar kami ajar manusia yang tidak bertanggung-jawab ini. Binatang! Dia sanggup membiarkan ibu kami sengsara akibat perbuatan zalimnya!” Aiemin pula bersuara keras. Anak matanya terbelalak geram ke arah Hoslis. Hoslis sekadar tunduk, memakukan pandangannya ke lantai istananya. Lagaknya bagai seorang pendekar yang tewas dalam pertempuran sengit. Putus asa dan harapan. Kesal bergayut dalam dirinya. Memintal-mintal dengan rakus. Membenamkan hatinya disayat-sayat kekesalan yang panjang.
Awazen menghampiri Hoslis. Bahu Maharaja Persepolis Atlantis itu dipegang pelahan.
“Bangun Hoslis…” katanya pelahan.
Hoslis memandang Awazen. Hatinya berdetak. Ada suatu perasaan damai melanda hatinya ketika pandangan mereka bertembung. Dia segera bangun. Pandangannya tidak lepas dari anak mata Awazen. Sejuta ketenangan menjamah hatinya kini. Perasaan kesalnya hilang entah ke mana.
“Kamu ini siapa? Mengapa anak-anak aku itu memanggil kamu ‘Atuk’. Siapa kamu?” soal Hoslis. Rasa hairannya terpapar jelas pada wajahnya yang masih dibaluti sisa-sisa kekesalan. Dahinya berkerut seribu. Rasa ingin tahu jelas terpapar pada wajahnya.
Awazen senyum. Dia menoleh ke arah dua adik beradik yang terkaku di tempat masing-masing itu. Hoslis turut sama memerhatikan Aizack dan Aiemin. Pandangannya yang berwibawa itu menatap muka Hoslis.
Satu senyuman seorang ayah ataupun seorang moyang tepatnya, terpamer pada wajahnya. Hoslis agak kelu menghadapi suasana yang cukup pelik baginya. Dia tidak sangka akan berhadapan dengan situasi yang tidak pernah dijangkanya itu. Dia memandang wajah lelaki yang lebih kurang sebaya Aiemin dan Aizack. Lelaki itu memiliki warna mata yang sama dengannya. Anak mata hijau!
Apakah mereka ada pertalian darah? Getus hati Hoslis. Seribu persoalan yang lain turut menerpa benaknya.
“Hoslis…”Hoslis tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia sekadar menatap wajah Awazen. Dia tidak sangka sampai begitu sekali tindakan adik-beradik kembar itu. Mereka sanggup membunuh kerana dendam. Kerana dendam juga anak-anaknya itu mahu menghapuskan riwayatnya.

Awazen? Siapakah dia? Siapakah Hoslis dan mengapa adik-beradik kembar Aizack dan Aiemin itu ingin membunuh Hoslis yang juga ayah kandung yang merangkap Maharaja Persepolis Atlantis? Semuan persoalan itu akan terjawab di dalam Novel Fiksyen Sains TN yang bakal diterbitkan!

CERITA SERAM

Sepertimana stesen-stesen komuter yang lain di seluruh wilayah persekutuan. Ia tidak berbeza dengan yang lain. Suasana dan persekitarannya tetap sibuk dengan aktiviti manusia. Tidak kira siang dan malam. Ia tetap sibuk. Cuma bermula jam 11 ia akan lengang dan hanya petugas komuter yang akan meronda dan bertugas.Airina melangkah cepat. Malam itu agak hening. Jalan kampung itu kelihatan lengang. Memang tiada orang langsung yang keluar malam itu. Suasana itu sedikit sebanyak menggugah keberaniannya. Namun, kerana atas desakan sahabatnya yang tinggal di Pantai Dalam untuk berjumpa dengannya malam itu juga mengatasi segalanya. Sesekali anak matanya tajam mencerun pandangan ke ceruk-ceruk yang agak gelap dan kurang disimbahi lampu jalan. Dia terus melangkah sedikit pantas. Sekolah rendah di sebelah kirinya itu kelihatan gelap dan agak suram serta sedikit menyeramkan.Dia sedar beberapa minit lagi pasti kaunter tiket akan ditutup. Dia melangkah laju. Beberapa titis hujan mengenai batang tubuhnya. Terasa dingin ditambah lagi dengan angin malam yang bertiup agak kuat. Malam itu pasti suasananya akan bertambah sejuk. Dari jauh kelihatan tangga yang disinari cahaya lampu kalimantang. Tiada langsung kenderaan di parkir di kawasan letak kereta. Lorong pejalan kaki lengang dan sunyi. Lampu jalan pula tidak memancarkan cahaya seperti kebiasaannya. Entah mengapa malam itu dirasakannnya sangat ganjil. Naluri wanitanya merasa sesuatu yang lain malam itu. Namun dia berusaha melawan. Perasaan itu dipendam jauh di lubuk hati. Dia tidak mahu perjalanannya malam itu terbantut akibat rasa pengecutnya.Sekali-sekala bunyi anjing menyalak memecah kesunyian. Betul-betul dari seberang landasan komuter. Kekadang salakan anjing itu bersahutan. Dan kadang-kadang juga berturutan dan agak keras. Dia mencongak dalam kepalanya. Ah! Malam ni malam Jumaat. Getus hatinya. Serta-merta bulu romanya meremang. Bahagian trengkuknya terasa dingin dan seram. Dia menoleh ke belakang. Mencerunkan pandangannya. Tiada sesiapa pun dibelakangnya. Dadanya berdebar keras. Dia melajukan langkah.
Apakah yang berlaku pada Airina? Apakah pula yang ada di kawasan stesen itu? Ingin tahu? Ikuti kisahnya dalam buku TN dalam tajuk Kompilasi Cerita-Cerita Seram 2007!

Kucing



Satu permulaan

Dalam kesuraman malam yang disirami cahaya lampu jalan itu seekor kucing berbulu hitam merangkak pelahan menghampiri tubuh yang sederhana sasa dan kaku di atas permukaan lopak yang berair. Kucing hitam itu dengan pelahan juga mendekatkan hidungnya pada bahagian kepala batang tubuh yang kaku itu. Dihidunya berulang kali lalu mengelilinginya seolah-olah bertawaf. Sementara mata kucing itu tetap menancapkan pandangannya pada tubuh kaku itu. Setelah beberapa kali mengelilingi tubuh lelaki itu kucing tersebut lalu berhenti dan membaringkan tubuhnya di sebelah lelaki itu sambil menopangkan dagunya dengan kedua belah kaki depannya yang terjulur kemas.Tiba-tiba satu gelombang berbentuk cahaya hitam membentuk pelahan di ruang udara betul-betul di atas tubuh lelaki yang kaku itu. Pelahan-lahan cahaya hitam itu mengembang dan bergerak ke bawah dan menyerkupi tubuh lelaki itu. Dengan spontan pula kucing itu berdiri dengan pandangan matanya yang tetap terpaku pada tubuh lelaki yang mula bereaksi itu. Dengan kehadiran cahaya hitam itu, tubuh lelaki yang kaku itu mula terangkat pelahan. Rambut panjang yang separas bahu itu menutup hampir sebahagian wajahnya yang pucat itu. Matanya tertutup rapat sementara tubuhnya yang disaluti baju lengan panjang berwarna hitam itu kelihatan dikotori oleh cecair hijau yang bercahaya suram dalam gelap. Tompokan cecair hijau itu kelihatan di merata baju hitamnya. Pelahan-lahan posisi tubuhnya berubah ke posisi berdiri namun tetap terapung-apung di udara. Kedengaran bunyi berdengung menguasai ruang malam yang semakin sepi itu. Masih dalam keadaan terapung tubuh lelaki itu kelihatan mulai hilang sedikit demi sedikit. Cahaya hitam yang semakin pekat itu menyaluti tubuh sasa lelaki itu dengan pantas.
Siapakah lelaki itu? Apa pula kaitannya dengan si kucing hitam yang menjadi saksi kejadian? Anda ingin tahu? Ikuti kisahnya dalam Novel Misteri TN di bawah tajuk- KUCING.