The Alien - Link Select

Selasa, 24 Oktober 2017

DOA AIR ZAM-ZAM???

MINUM AIR ZAM-ZAM DENGAN DOA INI

Ya Allah
Engkau disanjung
[Q.S. 10:10]
 dan Segala puji bagi-Mu,
WAHAI Tuhan seluruh alam.
Aku bersaksi tiada tuhan selain-Mu,  Yang Esa, Yang tiada sekutu Bagi-Mu.
Tiada sesuatu yang disembah selain-Mu dan Tiada daya upaya selain Engkau yang Tinggi, yang Agung.

Engkau yang hidup, lagi berdiri dengan sendiri.  Tidak mengantuk dan tidak tidur,  tidak akan mati sedangkan jin dan manusia serta seluruh makhluk-Mu, semuanya pasti mati.
 Aku beriman bahawa Muhammad itu Rasul-Mu dan penutup nabi-nabi-Mu.

Engkau disanjung…
Wahai Allah Engkau bersihkanlah, Engkau keluarkanlah, Engkau musnahkanlah, Engkau binasakanlah, Engkau hancurkanlah segala jisim kejahatan iblis, syaitan, jin, bunian, syaitan manusia, polong, peleset, hantu raya, saka, badi manusia*, badi binatang*, roh roh yang jahat, sihir sri muka, sihir penunduk, sihir pengasih, lelaki dan perempuan yang jahat yang mengkhianati diriku, ilmu bathil yang mengkhianati zahirku, batinku, batin dalam batinku dan ampunilah dosa ku yang aku lakukan dengan sengaja dan tidak sengaja…
 dengan izin-Mu ya ALLAH.
 Dari keberkatan air zam-zam dan keberkatan pengorbanan  Nabi Ibrahim AS Rasul dan Nabi Ismail AS dan ibunya, Siti Hajar.
 Rahmat dan berkat MU kepada Rasul dan nabi Muhammad SAW
 Rahmat dan Berkat kalimah Haq...

“LAA ILAAHA ILLALLAH”

Ya ALLAH yang Pengasih, yang Pemurah
Wahai Yang mendengar doa,
Kabulkanlah doaku

Sejahtera ke atasku, pada hari aku dilahirkan, dan pada hari aku mati, dan pada hari aku dibangkitkan hidup."
[Q.S.19:33]
Salamun alaa mursaliin[Q.S.37:181]….dan Salam ke atas hamba-hambaMu yang Engkau pilih.”
[Q.S. 27:59]

"Segala puji bagi-Mu, Ya ALLAH.  Tuhan seluruh alam.”
[Q.S. 10:10]




v Campurkan beberapa titis air zam-zam tulin. Ke dalam segelas air biasa.- Ini, sekiranya tidak dapat air zam-zam kerana sukar didapati.
v Duduk sambil mengadap kiblat.
v bacakan doa air zam-zam seperti di atas sambil mengadap gelas tersebut.
v Teguk pertama berhenti, teguk ke dua berhenti, habiskan air pada teguk ke 3.
v Boleh dibuat seberapa kerap yang anda mahu, 5 atau 2 kali sehari, terpulanglah kepada anda.
v pembaca baca, pembaca minum. jangan bacakan untuk orang lain walaupun isteri anda sendiri atau suami anda sendiril atau sesiapapun. Pesakit perlu minta dan bergantung terus kepada Allah tanpa ada perantara seperti perawat Ruqyah.
v keberkesanannya bergantung kepada jenis gangguan iaitu jalan gangguan itu sendiri. Jika gangguan itu berpunca dari serangan amalan sihir orang, dan jenis tumpang.  Anyasya-Allah gangguan boleh sembuh.
v Kita boleh bacakan doa diatas kepada air zam zam tetapi diubah untuk anak, Selepas bacakan doa pada air, akad pada anak. Ayah/ Mak bacakan doa untuk XYZ sahaja ya. Yang lain tak ada.

sebagai contoh:
Engkau disanjung…
Wahai Allah Engkau bersihkanlah, Engkau keluarkanlah, Engkau musnahkanlah, Engkau binasakanlah, Engkau hancurkanlah segala jisim kejahatan iblis, syaitan, jin, bunian, syaitan manusia, polong, peleset, hantu raya, saka, badi manusia*, badi binatang*, roh roh yang jahat, sihir sri muka, sihir penunduk, sihir pengasih, lelaki dan perempuan yang jahat yang mengkhianati diri anakku, ilmu bathil yang mengkhianati anakku, batin anakku, batin dalam batin anakku dan ampunilah dosanya yang dia lakukan dengan sengaja dan tidak sengaja…
 dengan izin-Mu ya ALLAH.
 Dari keberkatan air zam-zam dan keberkatan pengorbanan  Nabi Ibrahim AS Rasul dan Nabi Ismail AS dan ibunya, Siti Hajar.
 Rahmat dan berkat MU kepada Rasul dan nabi Muhammad SAW
dan
 Rahmat dan Berkat kalimah Haq...

“LAA ILAAHA ILLALLAH”
Ya ALLAH yang Pengasih, yang Pemurah
Wahai Yang mendengar doa,
Kabulkanlah doaku
Segala puji bagi mu, Ya ALLAH, Tuhan seluruh alam.



-TAMAT-

Tiada ulasan: