Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang
Pengasih.
40:1. Ha Mim.
40:2. Penurunan Kitab adalah daripada Allah,
Yang Perkasa, Yang Mengetahui,
40:3. Pengampun kesalahan, Penerima taubat,
Keras dalam balasan-Nya, Yang Mewah; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan
kepada-Nya kepulangan.
40:4. Tiada, kecuali orang-orang tidak percaya
mendebatkan ayat-ayat Allah; maka jangan kamu tertipu dengan ulang-alik mereka
di dalam negeri.
40:5. Kaum Nuh, sebelum mereka, telah dustakan,
dan golongan-golongan selepas mereka; tiap-tiap umat bermaksud terhadap Rasul
mereka, untuk mengambilnya, dan mereka membantah dengan yang palsu untuk
menyangkal yang benar dengannya. Kemudian Aku ambil mereka; dan bagaimanakah
dengan balasan-Ku!
40:6. Begitulah, Kata Pemelihara kamu telah wajar
ke atas orang-orang tidak percaya bahawa merekalah penghuni-penghuni Api.
40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di
sekelilingnya menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan percayai-Nya, dan
mereka minta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami,
Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka
ampunkanlah orang-orang yang bertaubat, dan ikut jalan Engkau, dan lindungilah
mereka daripada azab Jahim.
40:8. Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah
mereka ke Taman Adn yang Engkau janjikan mereka dan orang-orang salih daripada
bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya
Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
40:9. Dan lindungilah mereka daripada
kejahatan-kejahatan; sesiapa Engkau lindung daripada kejahatan-kejahatan pada
hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang
besar."
40:10. Diumumkan kepada
orang-orang tidak percaya, "Sungguh, kebencian Allah
adalah lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri-diri (sesama) kamu,
ketika kamu diseru kepada keimanan, dan kamu tidak percaya."
40:11. Mereka berkata,
"Wahai Pemelihara kami, Engkau matikan kami dua kali, dan dua kali Engkau hidupkan kami; dan kami akui kesalahan-kesalahan
kami. Adakah sebarang jalan untuk keluar?"
40:12. Itu adalah kerana, apabila diseru kepada
Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan
dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang
Besar.
40:13. Dia yang memperlihatkan kepada kamu
ayat-ayat-Nya, dan turunkan kepada kamu dari langit, rezeki; namun begitu,
tiada yang mengingati kecuali orang yang berkesesalan.
40:14. Maka serulah Allah, dengan menuluskan
agama kamu untuk-Nya, meskipun orang-orang tidak percaya membencinya.
40:15. Yang naikkan darjat, Yang mempunyai
Arasy, lemparkan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada
hamba-hamba-Nya, supaya dia beri amaran kepada mereka mengenai Hari
Pertemuan,
40:16. Pada hari mereka pergi, dan tiada
daripada kepunyaan mereka tersembunyi daripada Allah. "Kepunyaan siapakah
kerajaan pada hari ini?" "Kepunyaan Allah, Yang Satu, Yang
Menakluki.
40:17. Pada hari ini tiap-tiap jiwa dibalas
dengan apa yang ia usahakan; tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya
Allah cepat buat hitungan."
40:18. Dan berilah mereka amaran mengenai Hari
Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di
kerongkongan, dan orang-orang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak
ada pengantara untuk ditaati.
40:19. Dia tahu pengkhianatan mata, dan apa yang
dada sembunyikan.
40:20. Allah memutuskan dengan adil, dan
orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak memutuskan sesuatu
pun. Sesungguhnya Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.
40:21. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi
dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka lebih
kuat daripada mereka sendiri dalam kekuatan, dan mereka tinggalkan bekas-bekas
yang lebih kukuh di bumi; namun begitu, Allah ambil mereka dengan
kesalahan-kesalahan mereka, dan mereka tidak ada sesiapa untuk pertahankan
mereka daripada Allah.
40:22. Itu adalah kerana Rasul-Rasul mereka
telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka tidak
percaya, maka Allah ambil mereka. Sesungguhnya Dia Kuat, keras dalam
balasan-Nya.
40:23. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami,
dan satu kuasa yang nyata,
40:24. Kepada Firaun, dan Haman, dan Karun;
mereka berkata, "Seorang ahli sihir yang dusta!"
40:25. Dan apabila dia datangkan kepada mereka
yang benar daripada Kami, mereka berkata, "Bunuhlah anak-anak lelaki
orang-orang yang percaya bersama dia, dan biarkan hidup perempuan-perempuan
mereka." Tetapi muslihat orang-orang tidak percaya adalah dalam kesesatan.
40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah aku
bunuh Musa, dan hendaklah dia menyeru Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan
tukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."
40:27. Dan Musa berkata, "Aku berlindung
pada Pemeliharaku, dan Pemelihara kamu, daripada setiap orang yang sombong, dan
tidak percayai Hari Perhitungan."
40:28. Kemudian berkata
seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang
sembunyikan keimanannya, "Apa, adakah kamu akan bunuh seorang lelaki
kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia datangkan kepada
kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang
pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka
sebahagian daripada apa dia janjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah
tidak beri petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta.
40:29. Wahai kaumku, hari ini kerajaan kepunyaan
kamu, yang berkuasa di bumi. Tetapi siapakah yang menolong kita terhadap
bencana Allah, jika ia datang kepada kita?" Firaun berkata, "Aku
hanya lihatkan kepada kamu apa yang aku lihatkan; aku hanya beri petunjuk
kepada kamu pada jalan lurus."
40:30. Kemudian berkata orang yang percaya,
"Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan yang serupa dengan hari golongan-golongan,
40:31. Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad, dan
Tsamud, dan orang-orang yang sesudah mereka; dan Allah tidak hendak zalimkan
hamba-hamba-Nya.
40:32. Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan
Hari Panggil-Memanggil,
40:33. Pada hari kamu berpaling, berundur,
dengan tanpa yang melindungi kamu daripada Allah; dan sesiapa Allah sesatkan,
tidak ada baginya yang beri petunjuk.
40:34. Yusof telah
datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun
begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia datangkan kepada
kamu, sehingga, apabila dia sudah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan
bangkitkan seorang Rasul selepas dia.' Begitulah Allah sesatkan orang yang
membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."
40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat
Allah, tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian
di sisi Allah, dan di sisi orang-orang yang percaya; demikianlah Allah tutup
setiap hati yang sombong, bongkak.
40:36. Firaun berkata, "Wahai Haman,
binalah untukku sebuah menara yang tinggi supaya aku sampai di tali-tali,
40:37. Tali-tali langit, dan lihat Tuhan Musa;
kerana aku sangka dia seorang pendusta." Maka kejahatan daripada
amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalang daripada
jalan, dan muslihat Firaun hanyalah dalam kebinasaan.
40:38. Kemudian berkata orang yang percaya,
"Wahai kaumku, ikutlah aku, dan aku akan beri petunjuk kepada kamu pada
jalan lurus.
40:39. Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan
dunia hanyalah kesenangan yang berlalu; sesungguhnya akhiratlah tempat kediaman
yang stabil.
40:40. Sesiapa buat jahat, ia tidak dibalas
melainkan dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa buat satu kerja baik ,
lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk Taman, di dalamnya
diberi rezeki tanpa hitungan.
40:41. Wahai kaumku, bagaimanakah dengan aku,
bahawa aku seru kamu kepada keselamatan, dan kamu seru aku ke Api?
40:42. Kamu seru aku supaya aku tidak percaya
kepada Allah, dan untuk sekutukan-Nya dengan apa yang aku tiada pengetahuan,
sedang aku seru kamu kepada Yang Perkasa, Yang Pengampun.
40:43. Tidak syaklah
bahawa kamu seru aku kepada yang tiada seruan untuknya,
di dunia dan tidak juga di akhirat, dan kepada Allah kita kembali, dan bahawa
orang-orang yang membazir (berlebihan) adalah penghuni-penghuni Api.
40:44. Kamu akan ingat apa yang aku kata kepada
kamu. Aku menyerahkan urusanku kepada Allah; sesungguhnya Allah lihat
hamba-hamba-Nya."
40:45. Maka Allah melindunginya daripada
kejahatan tipu daya mereka, dan meliputi keluarga Firaun, azab yang
jahat,
40:46. Api, yang kepadanya mereka dikemukakan
pagi dan petang; dan pada hari apabila Saat datang, "Masukkanlah keluarga
Firaun ke dalam azab yang paling keras!"
40:47. Dan apabila mereka berdebat-debatan di
dalam Api, dan orang-orang yang lemah berkata kepada orang-orang yang sombong,
"Sesungguhnya kami pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna kepada kami
terhadap mana-mana bahagian daripada Api?"
40:48. Orang-orang yang sombong berkata,
"Kita semua di dalamnya; sesungguhnya Allah telah memutuskan antara
hamba-hamba-Nya."
40:49. Dan orang-orang yang di dalam Api berkata
kepada penjaga-penjaga Jahanam, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk
meringankan bagi kami sehari daripada azab!"
40:50. Mereka berkata, "Tidakkah
Rasul-Rasul kamu mendatangkankepada kamu bukti-bukti yang jelas?" Mereka
berkata, "Ia, benar." Mereka berkata, “Maka serulah.” Tetapi seruan
orang-orang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.
40:51. Sesungguhnya Kami akan tolong Rasul-Rasul
Kami dan orang-orang yang percaya, di dalam kehidupan dunia, dan pada hari
apabila saksi-saksi bangkit,
40:52. Pada hari apabila alasan-alasan mereka
tidak bermanfaat kepada orang-orang zalim, dan bagi mereka laknat, dan bagi
mereka, tempat tinggal yang jahat.
40:53. Dan Kami beri Musa petunjuk, dan Kami
wariskan Bani Israil, Kitab,
40:54. Untuk satu petunjuk, dan satu peringatan,
bagi orang-orang empunya minda.
40:55. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji
Allah benar, dan mintalah ampun atas kesalahan kamu, dan sanjunglah dengan
memuji Pemelihara kamu pada waktu petang dan awal pagi.
40:56. Orang-orang yang
membantah ayat-ayat Allah tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, di
dalam dada mereka hanyalah kebanggaan yang mereka tidak akan capai. Maka kamu berlindunglah
pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.
40:57. Sungguh, ciptaan langit dan bumi adalah
lebih besar daripada ciptaan manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahuinya.
40:58. Tidaklah sama orang yang buta dengan orang
yang boleh melihat, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dengan
orang yang buat jahat. Sedikit sekali kamu mengingati.
40:59. Saat pasti datang, tidak ada keraguan
padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.
40:60. Pemelihara kamu berkata, "Serulah
kepada-Ku, dan Aku akan sahut kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong
daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina."
40:61. Allah yang buatkan untuk kamu malam,
untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat. Sesungguhnya Allah mempunyai
pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur (berterima
kasih).
40:62. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu,
Pencipta segala sesuatu; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka bagaimanakah kamu
dipalingkan?
40:63. Begitulah dipalingkan orang-orang yang
sangkal ayat-ayat Allah.
40:64. Allah yang buatkan untuk kamu, bumi,
sebuah tempat yang tetap, dan langit, bangunan; dan Dia membentuk kamu, dan
membentuk kamu dengan baik, dan rezekikan kamu dengan benda-benda yang baik.
Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu, maka berkatnya Allah, Pemelihara
semua alam.
40:65. Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan
Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji bagi
Allah, Pemelihara semua alam.
40:66. Katakanlah, "Aku dilarang sembah
orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, setelah bukti-bukti yang
jelas datang kepadaku daripada Pemeliharaku; dan aku diperintah supaya tunduk
patuh kepada Pemelihara semua alam."
40:67. Dia yang cipta kamu daripada tanah,
kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian Dia
keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian supaya kamu sampai dewasa, supaya
kemudian kamu jadi tua, dan antara kamu ada yang mati sebelum itu, dan supaya
kamu sampai tempoh yang dinyatakan, supaya kamu faham.
40:68. Dia yang menghidupkan dan mematikan;
apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, "Jadilah",
dan jadilah ia.
40:69. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang
membantah ayat-ayat Allah, bagaimana mereka dipalingkan?
40:70. Orang-orang yang dustakan Kitab, dan apa
yang dengannya Kami utus Rasul-Rasul Kami - kelak mereka akan tahu!
40:71. Apabila belenggu dan rantai berada pada
leher mereka, dan mereka diheret,
40:72. Ke dalam air yang mendidih, kemudian di
dalam Api mereka dibakar,
40:73. Kemudian dikatakan kepada mereka,
"Di manakah mereka yang kamu sekutukan,
40:74. Selain daripada Allah?" Mereka
berkata, "Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami; tidak, tetapi
tiadalah sama sekali yang kami seru dahulu." Begitulah Allah sesatkan
orang-orang tidak percaya.
40:75. "Itu adalah kerana kamu gembira di
bumi tanpa patut, dan kamu sangat girang.
40:76. Masuklah pintu-pintu Jahanam, untuk
tinggal di dalamnya selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang
yang sombong!
40:77. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji
Allah benar. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang
Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, maka kepada Kami, mereka akan
dikembalikan.
40:78. Kami telah utus Rasul-Rasul sebelum kamu;
antara mereka, Kami ceritakan kepada kamu, dan antara mereka, Kami tidak
ceritakan kepada kamu. Tiadalah bagi seseorang Rasul untuk datangkan satu ayat
melainkan dengan izin Allah. Apabila perintah Allah datang, dengan adil perkara
diputuskan; kemudian rugilah di sana orang-orang yang ikut yang palsu.
40:79. Allah yang buatkan untuk kamu binatang
ternak, sebahagian mereka untuk ditunggangi, dan daripada sebahagiannya, kamu
makan.
40:80. Manfaat lain juga kamu dapati pada
mereka; dan supaya kamu mencapai satu hajat yang di dalam dada kamu, dan di
atas mereka dan di atas kapal, kamu dibawa.
40:81. Dan Dia perlihatkan kepada kamu
ayat-ayat-Nya; maka ayat-ayat Allah yang manakah kamu nafikan?
40:82. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi
dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka adalah
lebih ramai daripada mereka sendiri, dan lebih dalam kekuatan, dan mereka
tinggalkan bekas-bekas yang lebih kukuh di bumi; namun begitu, apa yang mereka
usahakan tidak berguna bagi mereka.
40:83. Maka apabila Rasul-Rasul mereka datang
kepada mereka, dengan bukti-bukti yang jelas, mereka gembira dengan pengetahuan
yang mereka ada, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.
40:84. Kemudian, apabila mereka lihat bencana
Kami, mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah satu-satunya, dan kami
tidak percaya kepada apa yang kami telah sekutukan dengan-Nya."
40:85. Tetapi iman mereka, apabila mereka
melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka - sunnah (resam) Allah,
seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah orang-orang tidak
percaya di sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan