40:1. Ha Mim.
40:2. Penurunan Kitab adalah daripada
Allah, Yang Perkasa, Yang Mengetahui,
40:3. Pengampun kesalahan, Penerima
taubat, Keras dalam balasan-Nya, Yang Mewah; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan
kepada-Nya kepulangan.
40:4. Tiada, kecuali orang-orang tidak
percaya mendebatkan ayat-ayat Allah; maka jangan kamu tertipu dengan ulang-alik
mereka di dalam negeri.
40:5. Kaum Nuh, sebelum mereka, telah
dustakan, dan golongan-golongan selepas mereka; tiap-tiap umat bermaksud
terhadap Rasul mereka, untuk mengambilnya, dan mereka membantah dengan yang
palsu untuk menyangkal yang benar dengannya. Kemudian Aku ambil mereka; dan
bagaimanakah dengan balasan-Ku!
40:6. Begitulah, Kata Pemelihara kamu
telah wajar ke atas orang-orang tidak percaya bahawa merekalah
penghuni-penghuni Api.
40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan
mereka di sekelilingnya menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan
percayai-Nya, dan mereka minta ampun untuk orang-orang yang percaya,
"Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan
dan pengetahuan; maka ampunkanlah orang-orang yang bertaubat, dan ikut jalan
Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.
40:8. Wahai Pemelihara kami, dan
masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau janjikan mereka dan orang-orang
salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan
mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
40:9. Dan lindungilah mereka daripada
kejahatan-kejahatan; sesiapa Engkau lindung daripada kejahatan-kejahatan pada
hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang
besar."
40:10. Diumumkan kepada orang-orang
tidak percaya, "Sungguh, kebencian Allah adalah lebih besar daripada
kebencian kamu kepada diri-diri (sesama) kamu, ketika kamu diseru kepada
keimanan, dan kamu tidak percaya."
40:11. Mereka berkata, "Wahai
Pemelihara kami, Engkau matikan kami dua kali, dan dua kali Engkau hidupkan
kami; dan kami akui kesalahan-kesalahan kami. Adakah sebarang jalan untuk
keluar?"
40:12. Itu adalah kerana, apabila diseru
kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain
disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang
Tinggi, Yang Besar.
40:13. Dia yang memperlihatkan kepada
kamu ayat-ayat-Nya, dan turunkan kepada kamu dari langit, rezeki; namun begitu,
tiada yang mengingati kecuali orang yang berkesesalan.
40:14. Maka serulah Allah, dengan
menuluskan agama kamu untuk-Nya, meskipun orang-orang tidak percaya
membencinya.
40:15. Yang naikkan darjat, Yang
mempunyai Arasy, lemparkan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia hendaki
daripada hamba-hamba-Nya, supaya dia beri amaran kepada mereka mengenai Hari
Pertemuan,
40:16. Pada hari mereka pergi, dan tiada
daripada kepunyaan mereka tersembunyi daripada Allah. "Kepunyaan siapakah
kerajaan pada hari ini?" "Kepunyaan Allah, Yang Satu, Yang Menakluki.
40:17. Pada hari ini tiap-tiap jiwa
dibalas dengan apa yang ia usahakan; tidak ada kezaliman pada hari ini.
Sesungguhnya Allah cepat buat hitungan."
40:18. Dan berilah mereka amaran
mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati
berada di kerongkongan, dan orang-orang zalim tidak ada seorang sahabat setia,
dan tidak ada pengantara untuk ditaati.
40:19. Dia tahu pengkhianatan mata, dan
apa yang dada sembunyikan.
40:20. Allah memutuskan dengan adil, dan
orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak memutuskan sesuatu
pun. Sesungguhnya Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.
40:21. Apa, tidakkah mereka mengembara
di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka
lebih kuat daripada mereka sendiri dalam kekuatan, dan mereka tinggalkan
bekas-bekas yang lebih kukuh di bumi; namun begitu, Allah ambil mereka dengan
kesalahan-kesalahan mereka, dan mereka tidak ada sesiapa untuk pertahankan mereka
daripada Allah.
40:22. Itu adalah kerana Rasul-Rasul
mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka
tidak percaya, maka Allah ambil mereka. Sesungguhnya Dia Kuat, keras dalam
balasan-Nya.
40:23. Dan Kami utus Musa dengan
ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,
40:24. Kepada Firaun, dan Haman, dan
Karun; mereka berkata, "Seorang ahli sihir yang dusta!"
40:25. Dan apabila dia datangkan kepada
mereka yang benar daripada Kami, mereka berkata, "Bunuhlah anak-anak lelaki
orang-orang yang percaya bersama dia, dan biarkan hidup perempuan-perempuan
mereka." Tetapi muslihat orang-orang tidak percaya adalah dalam kesesatan.
40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah
aku bunuh Musa, dan hendaklah dia menyeru Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia
akan tukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."
40:27. Dan Musa berkata, "Aku
berlindung pada Pemeliharaku, dan Pemelihara kamu, daripada setiap orang yang
sombong, dan tidak percayai Hari Perhitungan."
40:28. Kemudian berkata seorang lelaki
yang mukmin daripada keluarga Firaun yang sembunyikan keimanannya, "Apa,
adakah kamu akan bunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah
Allah' walaupun dia datangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada
Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya;
tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa dia janjikan kamu akan
menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada orang yang membazir
(berlebihan), dan pendusta.
40:29. Wahai kaumku, hari ini kerajaan
kepunyaan kamu, yang berkuasa di bumi. Tetapi siapakah yang menolong kita
terhadap bencana Allah, jika ia datang kepada kita?" Firaun berkata,
"Aku hanya lihatkan kepada kamu apa yang aku lihatkan; aku hanya beri
petunjuk kepada kamu pada jalan lurus."
40:30. Kemudian berkata orang yang
percaya, "Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan yang serupa dengan hari
golongan-golongan,
40:31. Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad,
dan Tsamud, dan orang-orang yang sesudah mereka; dan Allah tidak hendak
zalimkan hamba-hamba-Nya.
40:32. Wahai kaumku, aku takut untuk
kamu akan Hari Panggil-Memanggil,
40:33. Pada hari kamu berpaling, berundur,
dengan tanpa yang melindungi kamu daripada Allah; dan sesiapa Allah sesatkan,
tidak ada baginya yang beri petunjuk.
40:34. Yusof telah datang kepada kamu
dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam
keraguan mengenai apa yang dia datangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia
sudah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan bangkitkan seorang Rasul selepas
dia.' Begitulah Allah sesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang
ragu-ragu."
40:35. Orang-orang yang membantah
ayat-ayat Allah, tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar
kebencian di sisi Allah, dan di sisi orang-orang yang percaya; demikianlah
Allah tutup setiap hati yang sombong, bongkak.
40:36. Firaun berkata, "Wahai
Haman, binalah untukku sebuah menara yang tinggi supaya aku sampai di
tali-tali,
40:37. Tali-tali langit, dan lihat Tuhan
Musa; kerana aku sangka dia seorang pendusta." Maka kejahatan daripada
amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalang daripada
jalan, dan muslihat Firaun hanyalah dalam kebinasaan.
40:38. Kemudian berkata orang yang
percaya, "Wahai kaumku, ikutlah aku, dan aku akan beri petunjuk kepada
kamu pada jalan lurus.
40:39. Wahai kaumku, sesungguhnya
kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang berlalu; sesungguhnya akhiratlah
tempat kediaman yang stabil.
40:40. Sesiapa buat jahat, ia tidak
dibalas melainkan dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa buat satu kerja
baik , lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk Taman, di
dalamnya diberi rezeki tanpa hitungan.
40:41. Wahai kaumku, bagaimanakah dengan
aku, bahawa aku seru kamu kepada keselamatan, dan kamu seru aku ke Api?
40:42. Kamu seru aku supaya aku tidak
percaya kepada Allah, dan untuk sekutukan-Nya dengan apa yang aku tiada
pengetahuan, sedang aku seru kamu kepada Yang Perkasa, Yang Pengampun.
40:43. Tidak syaklah bahawa kamu seru
aku kepada yang tiada seruan untuknya, di dunia dan tidak juga di akhirat, dan
kepada Allah kita kembali, dan bahawa orang-orang yang membazir (berlebihan)
adalah penghuni-penghuni Api.
40:44. Kamu akan ingat apa yang aku kata
kepada kamu. Aku menyerahkan urusanku kepada Allah; sesungguhnya Allah lihat
hamba-hamba-Nya."
40:45. Maka Allah melindunginya daripada
kejahatan tipu daya mereka, dan meliputi keluarga Firaun, azab yang jahat,
40:46. Api, yang kepadanya mereka
dikemukakan pagi dan petang; dan pada hari apabila Saat datang,
"Masukkanlah keluarga Firaun ke dalam azab yang paling keras!"
40:47. Dan apabila mereka
berdebat-debatan di dalam Api, dan orang-orang yang lemah berkata kepada orang-orang
yang sombong, "Sesungguhnya kami pengikut-pengikut kamu; adakah kamu
berguna kepada kami terhadap mana-mana bahagian daripada Api?"
40:48. Orang-orang yang sombong berkata,
"Kita semua di dalamnya; sesungguhnya Allah telah memutuskan antara hamba-hamba-Nya."
40:49. Dan orang-orang yang di dalam Api
berkata kepada penjaga-penjaga Jahanam, "Serulah kepada Pemelihara kamu
untuk meringankan bagi kami sehari daripada azab!"
40:50. Mereka berkata, "Tidakkah
Rasul-Rasul kamu mendatangkankepada kamu bukti-bukti yang jelas?" Mereka
berkata, "Ia, benar." Mereka berkata, “Maka serulah.” Tetapi seruan
orang-orang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.
40:51. Sesungguhnya Kami akan tolong
Rasul-Rasul Kami dan orang-orang yang percaya, di dalam kehidupan dunia, dan
pada hari apabila saksi-saksi bangkit,
40:52. Pada hari apabila alasan-alasan
mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang zalim, dan bagi mereka laknat, dan
bagi mereka, tempat tinggal yang jahat.
40:53. Dan Kami beri Musa petunjuk, dan
Kami wariskan Bani Israil, Kitab,
40:54. Untuk satu petunjuk, dan satu
peringatan, bagi orang-orang empunya minda.
40:55. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya
janji Allah benar, dan mintalah ampun atas kesalahan kamu, dan sanjunglah
dengan memuji Pemelihara kamu pada waktu petang dan awal pagi.
40:56. Orang-orang yang membantah
ayat-ayat Allah tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, di dalam dada
mereka hanyalah kebanggaan yang mereka tidak akan capai. Maka kamu
berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.
40:57. Sungguh, ciptaan langit dan bumi
adalah lebih besar daripada ciptaan manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahuinya.
40:58. Tidaklah sama orang yang buta
dengan orang yang boleh melihat, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja
baik dengan orang yang buat jahat. Sedikit sekali kamu mengingati.
40:59. Saat pasti datang, tidak ada
keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.
40:60. Pemelihara kamu berkata,
"Serulah kepada-Ku, dan Aku akan sahut kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
menyombong daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina."
40:61. Allah yang buatkan untuk kamu
malam, untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat. Sesungguhnya Allah
mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur
(berterima kasih).
40:62. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara
kamu, Pencipta segala sesuatu; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka bagaimanakah
kamu dipalingkan?
40:63. Begitulah dipalingkan orang-orang
yang sangkal ayat-ayat Allah.
40:64. Allah yang buatkan untuk kamu,
bumi, sebuah tempat yang tetap, dan langit, bangunan; dan Dia membentuk kamu,
dan membentuk kamu dengan baik, dan rezekikan kamu dengan benda-benda yang
baik. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu, maka berkatnya Allah,
Pemelihara semua alam.
40:65. Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan
melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji
bagi Allah, Pemelihara semua alam.
40:66. Katakanlah, "Aku dilarang
sembah orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, setelah bukti-bukti
yang jelas datang kepadaku daripada Pemeliharaku; dan aku diperintah supaya
tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam."
40:67. Dia yang cipta kamu daripada
tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah,
kemudian Dia keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian supaya kamu sampai dewasa,
supaya kemudian kamu jadi tua, dan antara kamu ada yang mati sebelum itu, dan
supaya kamu sampai tempoh yang dinyatakan, supaya kamu faham.
40:68. Dia yang menghidupkan dan
mematikan; apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya,
"Jadilah", dan jadilah ia.
40:69. Tidakkah kamu renungkan
orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, bagaimana mereka dipalingkan?
40:70. Orang-orang yang dustakan Kitab,
dan apa yang dengannya Kami utus Rasul-Rasul Kami - kelak mereka akan tahu!
40:71. Apabila belenggu dan rantai
berada pada leher mereka, dan mereka diheret,
40:72. Ke dalam air yang mendidih,
kemudian di dalam Api mereka dibakar,
40:73. Kemudian dikatakan kepada mereka,
"Di manakah mereka yang kamu sekutukan,
40:74. Selain daripada Allah?"
Mereka berkata, "Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami; tidak, tetapi
tiadalah sama sekali yang kami seru dahulu." Begitulah Allah sesatkan
orang-orang tidak percaya.
40:75. "Itu adalah kerana kamu
gembira di bumi tanpa patut, dan kamu sangat girang.
40:76. Masuklah pintu-pintu Jahanam,
untuk tinggal di dalamnya selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal
orang-orang yang sombong!
40:77. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya
janji Allah benar. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa
yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, maka kepada Kami, mereka
akan dikembalikan.
40:78. Kami telah utus Rasul-Rasul
sebelum kamu; antara mereka, Kami ceritakan kepada kamu, dan antara mereka,
Kami tidak ceritakan kepada kamu. Tiadalah bagi seseorang Rasul untuk datangkan
satu ayat melainkan dengan izin Allah. Apabila perintah Allah datang, dengan
adil perkara diputuskan; kemudian rugilah di sana orang-orang yang ikut yang
palsu.
40:79. Allah yang buatkan untuk kamu
binatang ternak, sebahagian mereka untuk ditunggangi, dan daripada
sebahagiannya, kamu makan.
40:80. Manfaat lain juga kamu dapati
pada mereka; dan supaya kamu mencapai satu hajat yang di dalam dada kamu, dan
di atas mereka dan di atas kapal, kamu dibawa.
40:81. Dan Dia perlihatkan kepada kamu
ayat-ayat-Nya; maka ayat-ayat Allah yang manakah kamu nafikan?
40:82. Apa, tidakkah mereka mengembara
di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka
adalah lebih ramai daripada mereka sendiri, dan lebih dalam kekuatan, dan
mereka tinggalkan bekas-bekas yang lebih kukuh di bumi; namun begitu, apa yang
mereka usahakan tidak berguna bagi mereka.
40:83. Maka apabila Rasul-Rasul mereka
datang kepada mereka, dengan bukti-bukti yang jelas, mereka gembira dengan
pengetahuan yang mereka ada, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka
olok-olokkan.
40:84. Kemudian, apabila mereka lihat
bencana Kami, mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah satu-satunya, dan
kami tidak percaya kepada apa yang kami telah sekutukan dengan-Nya."
40:85. Tetapi iman mereka, apabila
mereka melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka - sunnah (resam)
Allah, seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah
orang-orang tidak percaya di sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan