The Alien - Link Select

Selasa, 7 Jun 2016

SURAH LUQMAN ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

31:1. Alif Lam Mim.

31:2. Inilah ayat-ayat al-Kitab yang bijaksana,

31:3. Untuk satu petunjuk dan satu pengasihan bagi orang-orang buat baik,

31:4. Yang melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan akhirat.

31:5. Mereka itu adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itulah orang-orang beruntung.

31:6. Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina.

31:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berpaling, menyombong, seakan-akan dia tidak mendengarnya, dan di dalam telinganya ada sumbatan; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih.

31:8. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , bagi mereka Taman-Taman Kebahagiaan.

31:9. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya. Janji Allah adalah benar; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

31:10. Dia cipta langit tanpa tiang yang kamu boleh lihat, dan Dia lemparkan di bumi gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang bersama kamu, dan Dia taburkan di merata-rata di dalamnya bermacam-macam yang merayap. Dan Kami turunkan dari langit air, dan tumbuhkan di dalamnya tiap-tiap jenis yang mulia.

31:11. Ini adalah ciptaan Allah; maka perlihatkan kepada-Ku apa yang mereka cipta, yang selain daripada Dia! Tidak, tetapi orang-orang zalim adalah dalam kesesatan yang nyata.

31:12. Sesungguhnya Kami beri Luqman kebijaksanaan; "Berterimakasihlah kepada Allah. Sesiapa berterima kasih, dia berterima kasih hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih (kafir), maka sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji."

31:13. Dan apabila Luqman berkata kepada anak lelakinya, dengan menegurkannya, "Wahai anakku, janganlah sekutukan Allah; sekutukan Allah adalah kezaliman yang besar."

31:14. Dan Kami wasiatkan manusia mengenai ibu bapanya - ibunya membawanya (mengandungnya) dalam kelemahan atas kelemahan, dan susuannya selama dua tahun - "Berterimakasihlah kepada-Ku, dan kepada ibu bapa kamu; kepada-Ku kepulangan.

31:15. Tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu sekutukan Aku dengan padanya kamu tiada pengetahuan, maka janganlah mentaati mereka. Temanilah mereka dengan baik di dunia, dan ikutlah jalan orang yang berkesesalan kepada Aku. Kemudian kepada Aku kamu akan kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa kamu buat."

31:16. "Wahai anakku, jika ia seberat sebutir biji sawi, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di langit, atau di bumi, Allah akan datangkannya; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.

31:17. Wahai anakku, lakukan solat, dan suruh yang baik, dan larang yang mungkar, dan sabar atas apa sahaja yang timpa kamu; sesungguhnya itu adalah urusan yang patut ditekadkan.

31:18. Janganlah palingkan pipi kamu daripada manusia, dan janganlah berjalan di bumi dengan sangat gembira; Allah tidak suka setiap orang yang sombong dan banggakan diri.

31:19. Sederhanakanlah dalam berjalan kamu, dan rendahkanlah suara kamu; seburuk-buruk suara ialah suara keledai."

31:20. Tidakkah kamu lihat bahawa Allah tundukkan untuk kamu segala di langit dan segala yang di bumi, dan Dia lebih-lebihkan ke atas kamu rahmat-Nya, yang nampak dan yang tersembunyi? Dan antara manusia ada yang bantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan petunjuk, dan Kitab yang memberi cahaya.

31:21. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Tidak, tetapi kami ikut apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami." Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?

31:22. Dan sesiapa yang tundukkan wajahnya (mukanya / kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh; dan kepada Allah kesudahan segala perkara.

31:23. Dan sesiapa tidak percaya, janganlah ketidakpercayaannya sedihkan kamu; kepada Kami mereka kembali, dan Kami beritahu mereka apa mereka buat. Sesungguhnya Allah tahu apa yang di dalam dada.

31:24. Kepada mereka kami beri kesenangan sedikit, kemudian Kami paksa dia kepada azab yang keras.

31:25. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang cipta langit dan bumi?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

31:26. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.

31:27. Sekiranya semua pokok yang di bumi adalah pena-pena, dan laut - tujuh laut sesudah itu untuk mengisi semula - namun demikian, Kata-Kata Allah tidak akan habis. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

31:28. Ciptaan kamu dan kebangkitan kamu hanyalah seperti jiwa yang satu. Sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.

31:29. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang masuk ke dalam malam, dan Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan, dan bahawa Allah sedar apa kamu buat?

31:30. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar, dan apa yang mereka seru selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan bahawa Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.

31:31. Tidakkah kamu lihat bahawa kapal-kapal berlayar di laut dengan rahmat Allah, supaya Dia perlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.

31:32. Dan apabila gelombang menutupi mereka seperti bayang-bayang, mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke darat, sebahagian mereka tidak bersungguh-sungguh. Dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali setiap pengkhianat yang tidak berterima kasih (kafir).

31:33. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu, dan takutilah akan satu hari apabila tiada bapa akan bela anaknya, dan tiada juga anak bela bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah benar; maka janganlah kehidupan dunia menipu kamu, dan janganlah sekali-kali penipu dapat menipu kamu terhadap Allah.


31:34. Sesungguhnya Allah, Dia mempunyai pengetahuan mengenai Saat; Dia turunkan hujan; Dia tahu apa yang di dalam rahim. Tiada jiwa tahu apa yang ia akan usahakan esok, dan tiada jiwa tahu di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

Tiada ulasan: