Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
30:1. Alif Lam Mim.
30:2. Orang-orang Rom dikalahkan,
30:3. Di bumi yang dekat; dan, setelah kekalahan
mereka, mereka akan mengalahkan,
30:4. Dalam beberapa tahun. Bagi Allah adalah
Perintah, sebelum dan sesudah, dan pada hari itu, orang-orang mukmin gembira,
30:5. Dengan pertolongan Allah; Allah tolong
sesiapa Dia hendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.
30:6. Janji Allah! Allah tidak mungkiri janji-Nya,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
30:7. Mereka tahu bahagian yang lahir daripada
kehidupan dunia, tetapi terhadap akhirat, mereka lalai.
30:8. Apa, tidakkah mereka fikirkan di dalam
diri-diri mereka? Allah tidak ciptakan langit dan bumi, dan apa yang di
antaranya, melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang telah dinyatakan;
namun begitu, kebanyakan manusia tidak percaya kepada pertemuan dengan
Pemelihara mereka.
30:9. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan
perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka lebih kuat
daripada mereka dalam kekuatan, dan mereka membajak bumi dan memakmurkannya
dengan lebih banyak daripada apa yang mereka sendiri makmurkan; dan Rasul-Rasul
mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; dan Allah tidak
menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan.
30:10. Kemudian, kesudahan orang-orang yang buat
jahat ialah kejahatan, kerana mereka dustakan ayat-ayat Allah, dan
memperolok-olokkannya.
30:11. Allah memulakan ciptaan, kemudian
kembalikannya semula, kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
30:12. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang
yang berdosa berputus asa.
30:13. Mereka tidak akan ada pengantara-pengantara
di kalangan sekutu-sekutu mereka, dan mereka tidak percaya kepada sekutu-sekutu
mereka.
30:14. Pada hari apabila Saat datang, pada hari
itu, mereka berpecah belah.
30:15. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat
kerja-kerja baik , mereka berjalan dengan gembira di padang yang cukup
pengairannya.
30:16. Tetapi bagi orang-orang tidak percaya, dan
dustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan di akhirat, mereka dihadapkan ke dalam
azab.
30:17. Maka Allah disanjung, waktu kamu berpetang,
dan waktu kamu berpagi.
30:18. Bagi-Nya segala puji di langit dan di bumi,
pada waktu petang dan waktu zuhur kamu.
30:19. Dia keluarkan yang hidup daripada yang mati,
dan keluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Dia hidupkan bumi setelah ia
mati; begitulah kamu akan dikeluarkan.
30:20. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia
cipta kamu daripada tanah; kemudian tiba-tiba, kamu jadi manusia, bertaburan di
merata-rata.
30:21. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia
ciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, isteri-isteri, supaya
kamu berehat pada mereka, dan Dia adakan antara kamu, cinta dan pengasihan.
Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.
30:22. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan
langit dan bumi, dan perbezaan dalam lidah (bahasa) kamu, dan warna.
Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang
tahu.
30:23. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah tidur kamu
pada waktu malam dan siang hari, dan kamu inginkan sebahagian daripada
pemberian-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum
yang mendengar.
30:24. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah Dia
perlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan Dia turunkan
dari langit air, dan Dia hidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang
demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.
30:25. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa
langit dan bumi berdiri dengan perintah-Nya; kemudian, apabila Dia seru kamu
dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar.
30:26. Dan kepunyaan-Nya sesiapa di langit dan di
bumi; semua patuh kepada-Nya.
30:27. Dan Dia yang mulakan ciptaan, kemudian
kembalikannya semula, dan hal itu amat mudah bagi-Nya. Bagi-Nya persamaan yang
tertinggi di langit dan bumi; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
30:28. Dia buatkan untuk kamu persamaan daripada
diri-diri kamu sendiri: adakah bagi kamu, antara yang tangan-tangan kanan kamu
miliki, sekutu-sekutu, dalam apa yang Kami rezekikan kamu, supaya kamu jadi
sama padanya, dengan kamu takuti mereka seperti kamu takut pada diri-diri
(sesama) kamu sendiri? Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang faham.
30:29. Tidak, tetapi orang-orang buat kezaliman
ikut keinginan mereka, tanpa pengetahuan; maka siapakah yang akan beri petunjuk
kepada orang yang Allah sesatkan? Mereka tidak ada penolong-penolong.
30:30. Maka tegakkanlah wajah kamu kepada agama,
seorang yang lurus - keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada
pertukaran dalam ciptaan Allah. Itu agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahuinya.
30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah
Dia, dan lakukan solat, dan janganlah jadi daripada orang-orang yang sekutukan,
30:32. Daripada orang-orang yang pecahkan agama
mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa
di sisi mereka.
30:33. Apabila mudarat sentuh manusia, mereka seru
Pemelihara mereka dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia rasakan
kepada mereka pengasihan daripada-Nya, tiba-tiba segolongan daripada mereka
sekutukan Pemelihara mereka,
30:34. Supaya mereka tidak berterima kasih (kafir)
pada apa yang kami beri mereka. "Gembiralah kamu; sesungguhnya kamu pasti
akan tahu."
30:35. Atau, adakah Kami telah turunkan sebarang
kuasa kepada mereka, lalu ia kata apa yang mereka sekutukan dengan-Nya?
30:36. Dan apabila Kami merasakan kepada manusia
pengasihan, mereka gembira dengannya; tetapi jika keburukan menimpa mereka
kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, tiba-tiba mereka
berputus asa.
30:37. Tidakkah mereka lihat bahawa Allah menjulur
dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki? Sesungguhnya pada yang
demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.
30:38. Maka berikan sanak saudara haknya, dan orang
miskin, dan musafir; itulah lebih baik bagi orang-orang yang hendak Wajah
Allah; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.
30:39. Dan apa yang kamu beri dalam riba, supaya ia
menambahkan harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah; tetapi apa yang
kamu beri dalam zakat, dengan hendakkan wajah Allah, maka itulah yang
melipatgandakan.
30:40. Allah ialah Dia yang cipta kamu, kemudian
Dia rezekikan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu;
adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang buat sesuatu daripada yang demikian
itu? Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!
30:41. Kerosakan telah nampak di darat dan di laut
kerana tangan-tangan manusia sendiri usahakan, supaya Dia merasakan kepada
mereka sebahagian daripada apa mereka buat, supaya mereka kembali.
30:42. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi,
kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; kebanyakan
daripada mereka adalah orang-orang yang sekutukan."
30:43. Maka tegakkanlah muka kamu kepada agama yang
betul, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan;
pada hari itu, mereka dipisah-pisahkan.
30:44. Sesiapa tidak percaya, maka atasnyalah
ketidakpercayaannya; dan sesiapa buat kerja-kerja baik, maka untuk diri-diri
merekalah mereka buat persediaan,
30:45. Supaya Dia balas orang-orang yang percaya,
dan buat kerja-kerja baik daripada pemberian-Nya; Dia tidak suka orang-orang
tidak percaya.
30:46. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia
utuskan angin dengan memberi berita gembira, dan supaya Dia merasakan kepada
kamu daripada pengasihan-Nya, dan supaya kapal-kapal berlayar dengan
perintah-Nya, dan supaya kamu mencari pemberian-Nya; supaya kamu bersyukur
(berterima kasih).
30:47. Sesungguhnya, Kami telah utus sebelum kamu
Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka datangkan kepada mereka bukti-bukti
yang jelas; kemudian Kami lepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa; dan
menjadi kewajipan kepada Kami menolong orang-orang mukmin.
30:48. Allah ialah Dia yang mengutus angin, yang
menggiatkan awan, dan Dia menjulurkannya di langit sebagaimana yang Dia
hendaki, dan membuatnya berkecai; kemudian kamu lihat hujan keluar dari
celah-celahnya, dan apabila Dia timpakan dengannya kepada sesiapa daripada
hamba-hamba-Nya yang Dia hendaki, tiba-tiba mereka gembira,
30:49. Walaupun sebelum ia diturunkan kepada
mereka, sebelum itu, mereka telah berputus asa.
30:50. Maka perhatikanlah bekas-bekas daripada
pengasihan Allah, bagaimana Dia hidupkan bumi setelah ia mati; sesungguhnya Dia
yang hidupkan yang mati, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.
30:51. Tetapi jika Kami utuskan angin, dan mereka
melihatnya jadi kuning, mereka sesudah itu tetap tidak percaya.
30:52. Kamu tidak akan jadikan orang yang mati
mendengar, dan tidak juga kamu jadikan orang yang pekak mendengar seruan
apabila mereka berpaling, berundur.
30:53. Kamu tidak akan beri petunjuk kepada orang
yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu jadikan sesiapa
mendengar, kecuali orang yang percayai ayat-ayat Kami, dan jadi muslim.
30:54. Allah ialah Dia yang cipta kamu daripada
keadaan lemah, kemudian Dia buatkan setelah keadaan lemah, kekuatan, kemudian
setelah kekuatan, Dia buatkan berkeadaan lemah dan beruban; Dia cipta apa yang
Dia hendaki, dan Dia Yang Mengetahui, Yang Berkuasa.
30:55. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang
yang berdosa bersumpah bahawa mereka tidak tinggal lebih sesaat; begitulah
mereka dipalingkan.
30:56. Tetapi orang-orang diberi pengetahuan dan
keimanan berkata, "Kamu telah tinggal menurut Kitab Allah sampai Hari
Kebangkitan. Inilah Hari Kebangkitan, tetapi kamu tidak tahu."
30:57. Maka pada hari itu, alasan mereka tidak
bermanfaat kepada orang-orang buat kezaliman , dan tidaklah mereka diberi
keredaan.
30:58. Sesungguhnya Kami buatkan untuk manusia di
dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; dan jika kamu datangkan kepada
mereka satu ayat, orang-orang tidak percaya pasti akan berkata, "Tiadalah
kamu, melainkan orang-orang yang buat kepalsuan."
30:59. Begitulah Allah tutup hati orang-orang yang
tidak tahu.
30:60. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah
benar; dan janganlah orang-orang yang tidak yakin gelisahkan kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan