The Alien - Link Select

Ahad, 14 Februari 2016

SURAH AN-BIYA' ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

21:1. Telah dekat dengan manusia hitungan mereka, sedang mereka dalam kelalaian dan berpaling.

21:2. Tiada Peringatan daripada Pemelihara mereka datang kepada mereka yang baru, melainkan mereka mendengarkannya dengan bermain-main,

21:3. Menghiburkan hati mereka. orang-orang buat kezaliman berbicara secara rahsia dengan satu sama lain, "Tidakkah ini hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu? Apa, adakah kamu terima sihir dengan mata-mata kamu terbuka?"

21:4. Dia berkata, "Pemeliharaku tahu apa yang diucapkan di langit dan bumi, dan Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui."

21:5. Tidak, tetapi mereka berkata, "Mimpi-mimpi yang bercampur baur! Tidak, dia mengada-adakannya; tidak, dia seorang penyair! Maka hendaklah dia datangkan kepada kita satu ayat sebagaimana orang-orang dahulu kala diutus."

21:6. Tidak ada sebuah bandaraya yang Kami binasakan sebelum mereka yang percaya; maka, adakah mereka tidak mahu percayai?

21:7. Dan Kami tidak utus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami wahyukan; tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak tahu,

21:8. Tidak juga Kami buat mereka jasad-jasad yang tidak memakan makanan; dan tidak juga mereka makhluk yang hidup selama-lamanya.

21:9. Kemudian Kami jadikan benar janji yang kami beri mereka, dan Kami selamatkan mereka, dan sesiapa Kami hendaki; dan Kami binasakan orang-orang yang membazir (berlebihan).

21:10. Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu sebuah Kitab yang di dalamnya Peringatan kamu; tidakkah kamu faham?

21:11. Berapa banyaknya bandaraya yang zalim yang Kami jadikan berkecai, dan Kami tumbuhkan selepasnya kaum yang lain!

21:12. Kemudian, apabila mereka sedar akan bencana Kami, tiba-tiba mereka lari dengan tidak berhati-hati, keluar darinya.

21:13. "Jangan lari! Kembalilah kamu kepada kesenangan yang kamu berada di dalamnya, dan tempat-tempat tinggal kamu, supaya kamu ditanya."

21:14. Mereka berkata, "Celakalah kami! Kami adalah orang-orang zalim."

21:15. Maka itulah seruan mereka yang tidak berhenti-henti, sehingga Kami buat mereka seperti tunggul, senyap dan kaku.

21:16. Kami tidak ciptakan langit dan bumi, dan apa-apa yang di antara keduanya, seperti bermain-main.

21:17. Sekiranya Kami hendak ambil kepada Kami suatu hiburan, tentu Kami ambilnya kepada Kami daripada sisi Kami Sendiri, jika Kami hendak membuatnya.

21:18. Tidak, tetapi Kami lemparkan yang benar kepada yang palsu, dan ia mengatasinya, lalu tiba-tiba ia lenyap. Maka kecelakaanlah bagi kamu kerana apa yang kamu terangkan!

21:19. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi, dan mereka yang di sisi-Nya tidak sombong untuk menyembah-Nya, dan tidak juga berasa letih.

21:20. Mereka menyanjung-Nya malam dan siang, tidak berhenti.

21:21. Atau, adakah mereka ambil tuhan-tuhan daripada bumi yang dapat menghidupkan?

21:22. Sekiranya ada tuhan-tuhan di bumi dan langit, selain daripada Allah, tentu mereka rosak binasa; maka Allah disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka terangkan!

21:23. Dia tidak ditanya mengenai apa yang Dia buat, tetapi mereka ditanya.

21:24. Atau, adakah mereka ambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya? Katakanlah, "Kemukakan buktimu! Inilah Peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan Peringatan orang-orang yang sebelumku." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu yang benar, lalu mereka berpaling.

21:25. Dan Kami tidak utus seorang Rasul sebelum kamu melainkan bahawa Kami wahyukannya, "Tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku."

21:26. Mereka berkata, "Yang Pemurah ambil kepada-Nya seorang anak." Dia disanjung! Tidak, tetapi mereka adalah hamba-hamba yang dimuliakan,

21:27. Yang tidak mendahului-Nya dalam ucapan, dan yang buat seperti yang Dia perintah.

21:28. Dia tahu apa yang di hadapan mereka, dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengantara kecuali kepada orang yang Dia relai, dan mereka ketakutan dalam takuti-Nya.

21:29. Jika sesiapa antara mereka berkata, "Aku tuhan, selain daripada Dia", maka dialah yang Kami balas dengan Jahanam; begitulah Kami balas orang-orang zalim.

21:30. Tidakkah orang-orang tidak percaya melihat bahawa langit dan bumi adalah satu massa yang berpadu, kemudian Kami pisahkan mereka; dan daripada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup? Tidakkah mereka percayai?

21:31. Dan Kami letak di bumi gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang dengan mereka, dan Kami adakan di dalamnya  jurang-jurang sebagai jalan-jalan supaya mereka dapat petunjuk.

21:32. Dan Kami buat langit sebagai satu bumbung yang terjaga; namun begitu, daripada ayat-ayat-Nya mereka berpaling.

21:33. Dia yang mencipta malam dan siang, dan matahari dan bulan, masing-masing berenang dalam falak (orbit).

21:34. Kami tidak buat sesuatu makhluk sebelum kamu untuk hidup dengan kekal; maka, jika kamu mati, adakah mereka akan hidup selama-lamanya?

21:35. Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian; dan Kami uji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.

21:36. Apabila orang-orang tidak percaya melihat kamu, mereka hanya ambil kamu untuk ejekan, "Inikah orang yang menyebut-nyebut tuhan-tuhan kamu?", sedang mereka, kepada Peringatan Yang Pemurah adalah orang-orang tidak percaya.

21:37. Manusia dicipta bersifat tergesa-gesa. Sungguh, Aku akan lihatkan kepada kamu ayat-ayat-Ku; maka jangan kamu minta disegerakan.

21:38. Mereka berkata, "Dan bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?"

21:39. Sekiranya orang-orang tidak percaya tahu, waktu mereka tidak dapat menahan Api daripada muka-muka mereka, dan tidak juga daripada punggung-punggung mereka, dan tidak juga mereka ditolong!

21:40. Tidak, tetapi ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, dengan mencengangkan mereka, dan mereka tidak boleh kembalikannya, dan tidak juga mereka diberi tangguh.

21:41. Sesungguhnya Rasul-Rasul telah diperolok-olokkan sebelum kamu, tetapi orang-orang yang ejek mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.

21:42. Katakanlah, "Siapakah yang akan lindung kamu pada waktu malam dan siang hari daripada Yang Pemurah?" Tidak, tetapi daripada Peringatan Pemelihara mereka, mereka berpaling.

21:43. Atau, adakah bagi mereka tuhan-tuhan yang akan pertahankan mereka, selain daripada Kami? Mereka tidak boleh tolong diri-diri mereka sendiri, dan tidak juga mereka dijaga daripada Kami.

21:44. Tidak, tetapi Kami Sendiri beri kesenangan hidup mereka ini dan bapa-bapa mereka, sehingga umur mereka menjadi panjang kepada mereka. Apa, tidakkah mereka lihat bagaimana Kami datang ke bumi, dengan mengurangkan tepi-tepinya? Atau, adakah mereka orang-orang yang menang?

21:45. Katakanlah, "Aku hanya beri amaran kepada kamu dengan wahyu"; tetapi orang-orang yang pekak tidak mendengar seruan apabila mereka diberi amaran.

21:46. Jika satu hembusan daripada azab Pemelihara kamu sentuh mereka, mereka tentu akan berkata, "Celakalah kami! Kami adalah orang-orang zalim."

21:47. Dan Kami letak timbangan yang adil untuk Hari Kiamat, supaya tiada sesuatu jiwa dizalimi sedikit pun; sekalipun ia seberat sebutir biji sawi, Kami datangkannya, dan cukuplah Kami sebagai penghitung.

21:48. Kami beri Musa dan Harun, Pembeza, Sinaran, dan Peringatan, bagi orang-orang bertakwa,

21:49. Orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan ketakutan kerana Saat.

21:50. Dan ini adalah Peringatan yang diberkati, yang Kami turunkan; maka adakah kamu sekarang menafikannya?

21:51. Kami beri Ibrahim sebelum itu kelurusan hatinya kerana Kami tahu dia,

21:52. Apabila dia berkata kepada bapa dan kaumnya, "Apakah patung-patung ini yang padanya kamu bertekun?"

21:53. Mereka berkata, "Kami dapati bapa-bapa kami sembah mereka."

21:54. Berkata, "Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan yang nyata."

21:55. Mereka berkata, "Apa, adakah kamu datang kepada kami dengan yang benar, atau kamu antara orang-orang yang bermain-main?"

21:56. Berkata, "Tidak, tetapi Pemelihara kamu ialah Pemelihara langit dan bumi, yang memulakan mereka, dan aku adalah antara orang-orang yang saksikan atas yang demikian.

21:57. Dan, demi Allah, sungguh aku akan buat tipu muslihat terhadap patung-patung kamu, setelah kamu pergi memalingkan belakang kamu."

21:58. Lalu dia pecahkan mereka kepada kepingan-kepingan kecil, kesemuanya, kecuali sebuah yang besar yang mereka ada, supaya mereka kembali kepadanya.

21:59. Mereka berkata, "Siapakah yang lakukan ini terhadap tuhan-tuhan kita? Sesungguhnya dia termasuk orang-orang zalim."

21:60. Mereka berkata, "Kami dengar seorang pemuda yang menyebut-nyebut mereka, dan dia dikatakan Ibrahim."

21:61. Mereka berkata, "Datangkanlah dia ke hadapan mata manusia supaya mereka saksikan."

21:62. Mereka berkata, "Adakah kamu yang lakukan ini kepada tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?"

21:63. Berkata, "Tidak, yang besar ini antara mereka yang melakukannya. Tanyalah mereka, jika mereka boleh berkata-kata."

21:64. Maka mereka kembali kepada diri-diri mereka sendiri, dan mereka berkata, "Sesungguhnya kamulah orang-orang zalim."

21:65. Kemudian kepala mereka ditundukkan, "Sesungguhnya kamu tahu bahawa ini semua tidak berkata-kata."

21:66. Berkata, "Apa, adakah kamu sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak bermanfaat kepada kamu sedikit pun, dan tidak juga mudaratkan kamu?

21:67. Cis, kepada kamu, dan apa kamu sembah selain daripada Allah! Tidakkah kamu faham?"

21:68. Mereka berkata, "Bakarlah dia, dan tolonglah tuhan-tuhan kamu, jika kamu hendak lakukan."

21:69. Kami berkata, "Wahai api, jadilah dingin dan keselamatan untuk Ibrahim!"

21:70. Mereka hendak buat tipu muslihat terhadapnya; maka Kami buat mereka orang-orang yang lebih rugi.

21:71. Dan Kami selamatkan dia, dan Lut, ke bumi yang Kami berkati bagi semua alam.

21:72. Dan Kami beri dia Ishak dan Yaakub, sebagai lebihan, dan masing-masing Kami jadikan orang yang salih,

21:73. Dan lantik mereka menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberi zakat, dan Kami mereka sembah.

21:74. Dan Lut, kepadanya kami beri Putusan, dan pengetahuan; dan Kami selamatkan dia daripada bandaraya yang buat pekerjaan keji; mereka adalah kaum yang jahat, fasiq.

21:75. Dan Kami masukkan dia ke dalam pengasihan Kami; dia termasuk orang-orang salih (baik).

21:76. Dan Nuh, apabila dia panggil sebelum itu, lalu Kami menyahutinya, dan Kami selamatkan dia dan keluarganya daripada kecemasan yang besar.

21:77. Dan Kami menolongnya terhadap kaum yang dustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, maka Kami tenggelamkan mereka kesemuanya.

21:78. Dan Daud dan Sulaiman, ketika mereka hakimkan mengenai tanaman, apabila kambing kaum merosakinya, dan Kami saksikan putusan mereka.

21:79. Dan Kami buat Sulaiman memahaminya, dan masing-masing kami beri putusan, dan pengetahuan. Dan bersama Daud, Kami tundukkan gunung-gunung untuk menyanjung, dan burung-burung, dan Kamilah yang membuatnya.

21:80. Dan Kami mengajarnya membuat baju besi untuk kamu, untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri; maka adakah kamu bersyukur (berterima kasih)?

21:81. Dan kepada Sulaiman, angin yang berhembus dengan kencang, yang mengalir atas perintahnya ke bumi yang Kami berkati; dan Kami tahu segala sesuatu.

21:82. Dan daripada syaitan-syaitan, sebahagian menyelam untuknya dan buat amalan yang lain di samping itu; dan Kamilah yang jaga mereka.

21:83. Dan Ayub, apabila dia panggil Pemeliharanya, "Sesungguhnya, mudarat telah menyentuhku, dan Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan."

21:84. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami hilangkan mudarat yang ada padanya, dan kami beri dia keluarganya, dan yang serupa dengan mereka bersama mereka; pengasihan daripada Kami, dan peringatan bagi orang-orang yang menyembah.

21:85. Dan Ismail, dan Idris, dan Zulkifli; masing-masing termasuk orang-orang yang sabar.

21:86. Dan Kami masukkan mereka ke dalam pengasihan Kami; mereka termasuk orang-orang salih.

21:87. Dan Zul-Nun, apabila dia pergi dalam keadaan marah, dan sangka Kami tidak berkuasa terhadapnya, kemudian dia panggil dalam kegelapan, "Tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkau disanjung! Sesungguhnya akulah termasuk orang-orang zalim."

21:88. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami selamatkan dia daripada kesedihan; begitulah Kami selamatkan orang-orang mukmin.

21:89. Dan Zakaria, apabila dia panggil Pemeliharanya, "Wahai Pemeliharaku, janganlah tinggalkan aku sendirian, dan Engkau yang terbaik daripada pewaris-pewaris."

21:90. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami beri dia Yahya, dan Kami betulkan isterinya untuknya; sesungguhnya mereka bersegera kepada kebajikan, dan menyeru Kami daripada rasa rindu dan rasa gerun, dan mereka rendah hati kepada Kami.

21:91. Dan dia (perempuan) yang menjaga kemaluannya, maka Kami hembus ke dalamnya Roh Kami, dan Kami buat dia dan anaknya satu ayat bagi semua alam.

21:92. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka sembahlah Aku.

21:93. Tetapi mereka pecahkan urusan mereka antara mereka; semua akan kembali kepada Kami.

21:94. Dan sesiapa yang buat kerja-kerja baik , sedang dia seorang mukmin, maka tiadalah ketiadaan terima kasih bagi usahanya; Kami Sendiri yang menulis untuknya.

21:95. Satu pengharaman ke atas sesebuah bandaraya yang Kami telah binasakan; mereka tidak akan kembali,

21:96. Sehingga apabila Yajuj dan Majuj dibukakan, dan mereka melongsor turun dari tiap-tiap lereng,

21:97. Dan telah dekat janji yang benar, dan tiba-tiba, mata orang-orang tidak percaya menatap dengan tajam, "Celakalah kami! Kami lalai daripada yang ini; tidak, kami adalah orang-orang zalim."

21:98. "Sesungguhnya kamu, dan apa kamu sembah selain daripada Allah, adalah bahan bakar untuk Jahanam; kamu akan turun kepadanya."

21:99. Sekiranya mereka itu tuhan-tuhan, tentu mereka tidak turun kepadanya; dan tiap-tiap seorang, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

21:100. Di dalamnya keluhan untuk mereka, dan tiada yang mereka dengar.

21:101. Bagi orang-orang yang terlebih dahulu dibalas dengan yang paling baik daripada Kami, mereka dijauhkan daripadanya.

21:102. Mereka tidak juga dengar sesuatu bisikannya, dan mereka tinggal selama-lamanya dalam apa yang jiwa mereka inginkan.

21:103. Ketakutan yang terbesar tidak menyedihkan mereka, dan penerima-penerima (malaikat-malaikat) menerima mereka, "Inilah hari kamu yang kamu telah dijanjikan."

21:104. Pada hari apabila Kami gulung langit seperti naskhah gulungan yang digulung untuk kitab-kitab; sebagaimana Kami memulakan ciptaan yang pertama, begitulah Kami akan kembalikan semula sebagai satu janji daripada Kami; sesungguhnya Kami akan buat.

21:105. Sesungguhnya Kami telah tuliskan di dalam Zabur, sesudah Peringatan, "Bumi akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih."

21:106. Sesungguhnya di dalam ini adalah satu penyampaian bagi kaum yang menyembah.

21:107. Kami tidak utus kamu melainkan sebagai satu pengasihan kepada semua alam.

21:108. Katakanlah, "Diwahyukan kepadaku hanyalah bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka adakah kamu muslim?"

21:109. Kemudian, jika mereka berpaling, katakanlah, "Aku telah menyatakan kepada kamu semua dengan sama, walaupun aku tidak tahu sama ada dekat atau jauh apa yang kamu dijanjikan.

21:110. Sesungguhnya Dia tahu ucapan yang dilantangkan, dan Dia tahu apa yang kamu sembunyikan.

21:111. Aku tidak tahu, boleh jadi ia adalah cubaan bagi kamu, dan satu kesenangan untuk satu waktu."

21:112. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, hakimkanlah dengan benar! Dan Pemelihara kami ialah Yang Pemurah, tempat dimohonkan pertolongan terhadap apa yang kamu terangkan."


Tiada ulasan: