"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau
daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada
Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."
19:1. Kaf Ha Ya Ain Sad.
19:2. Ingatkanlah pengasihan Pemelihara
kamu kepada hamba-Nya, Zakaria.
19:3. Apabila dia panggil Pemeliharanya
dengan panggilan yang berahsia.
19:4. Dia berkata, "Wahai
Pemeliharaku, sesungguhnya tulang-tulang di dalamku telah jadi lemah dan
kepalaku bernyala-nyala dengan uban. Dan dalam seruan (doa) kepadaEngkau, wahai
Pemeliharaku, aku tidak pernah sengsara.
19:5. Dan aku takut akan keluargaku
setelah peninggalanku; dan isteriku mandul. Maka berilah aku, daripada sisi
Engkau, seorang wali (waris),
19:6. Yang akan jadi warisku, dan yang
jadi waris keluarga Yaakub; dan buatlah dia, wahai Pemeliharaku, sangat
memuaskan hati."
19:7. "Wahai Zakaria, kami beri
kamu berita gembira dengan seorang anak lelaki, namanya Yahya. Tiada yang Kami
buatkan nama seperti ini sebelumnya."
19:8. Berkata, "Wahai Pemeliharaku,
bagaimanakah aku akan mempunyai seorang anak lelaki sedangkan isteriku mandul,
dan aku telah sampai umur yang sangat tua?"
19:9. Berkatalah Dia, "Begitulah;
Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku, memandangkan Aku telah cipta
kamu sebelum itu, sedang kamu sama sekali tiada.'"
19:10. Berkata, "Wahai
Pemeliharaku, buatkan untukku satu ayat (tanda)." Berkatalah Dia,
"Ayat kamu ialah bahawa kamu tidak berkata-kata kepada manusia dalam
keadaan tanpa cacat, selama tiga malam."
19:11. Maka dia keluar kepada kaumnya
dari mihrab (bilik ibadat), lalu dia wahyukan mereka, "Kamu sanjunglah pada
waktu awal pagi dan petang."
19:12. "Wahai Yahya, ambillah Kitab
itu dengan kekuatan"; dan Kami beri Putusan semasa kanak-kanak lagi,
19:13. Dan rasa belas kasihan daripada
sisi Kami, dan zakat (kesucian), dan dia bertakwa,
19:14. Dan seorang yang taat kepada ibu
bapanya, dan dia tidak sombong, ingkar.
19:15. sejahtera ke atas dia, pada hari
dia diberanakkan, dan hari dia mati, dan hari dia dibangkitkan hidup.
19:16. Dan ingatlah di dalam Kitab,
Mariam, apabila dia berundur daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah
timur.
19:17. Dan dia ambil satu hijab (tabir),
menjauhkan daripada mereka; kemudian Kami utus kepadanya Roh Kami yang
menyerupai di hadapannya seperti seorang manusia dengan tanpa cacat.
19:18. Berkata, "Aku berlindung
pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa!"
19:19. Dia berkata, "Aku hanyalah
seorang Rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk beri kamu seorang
anak lelaki yang suci."
19:20. Berkata, "Bagaimanakah aku
akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun sentuh aku, dan
bukan juga aku perempuan jalang?"
19:21. Dia berkata, "Begitulah;
Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami buat dia
satu ayat bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara
yang sudah ditentukan.'"
19:22. Lalu dia membawanya
(mengandungnya), dan berundur dengannya ke suatu tempat yang jauh.
19:23. Dan rasa sakit beranak
mendatanginya di batang pohon palma. Dia berkata, "Aduhai, sekiranya aku
sudah mati sebelum ini, dan jadi sesuatu yang dilupakan!"
19:24. Tetapi apa yang di bawahnya
memanggilnya, "Tidak, jangan kamu sedih; sesungguhnya Pemelihara kamu
adakan di bawah kamu sebuah anak sungai.
19:25. Goyangkanlah kepada kamu batang
palma; ia akan menjatuhkan kepada kamu kurma yang segar dan masak.
19:26. Maka makan dan minumlah, dan
gembiralah (berdingin mata); dan jika kamu lihat seseorang manusia, katakanlah,
'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku
tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'"
19:27. Kemudian dia datangkan kepada
kaumnya dengan membawanya; dan mereka berkata, "Wahai Mariam, sesungguhnya
kamu datangkan sesuatu yang aneh!
19:28. Wahai saudara perempuan Harun,
bapa kamu bukanlah seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu perempuan
jalang."
19:29. Maka dia menunjuk kepadanya;
tetapi mereka berkata, "Bagaimanakah kami berkata-kata kepada orang yang
masih dalam buaian, seorang anak kecil?"
19:30. Berkata, "Sesungguhnya aku
hamba Allah; Dia beri aku al-Kitab, dan jadikan aku seorang Nabi.
19:31. Dia buat aku diberkati di mana
sahaja aku berada, dan Dia wasiatkan aku supaya bersolat, dan zakat, selama aku
hidup,
19:32. Dan taat kepada ibuku, dan Dia
tidak buat aku sombong, sengsara.
19:33. sejahtera ke atasku, pada hari
aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup."
19:34. Itu Isa putera Mariam, dengan
ucapan yang benar, yang mengenainya mereka ragu-ragu.
19:35. Tiadalah bagi Allah untuk
mengambil kepada-Nya seorang anak. Dia disanjung! Apabila Dia tentukan sesuatu
perkara, Dia hanya berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah ia.
19:36. Sesungguhnya Allah, Pemeliharaku
dan Pemeliharamu; maka sembahlah Dia. Ini jalan lurus.
19:37. Tetapi golongan-golongan
berselisih sesama mereka, kemudian kecelakaanlah bagi orang-orang tidak percaya
kerana senario hari yang besar.
19:38. Alangkah terangnya mereka dengar
dan lihat pada hari mereka datang kepada Kami! Tetapi orang-orang zalim hingga
hari ini adalah dalam kesesatan yang nyata.
19:39. Berilah mereka amaran dengan Hari
Penyesalan apabila perkara diputuskan, sedang mereka dalam kelalaian, dan tidak
percayai.
19:40. Sesungguhnya Kami akan mewarisi
bumi, dan semua yang di atasnya, dan kepada Kami mereka akan dikembalikan.
19:41. Dan ingatlah di dalam Kitab,
Ibrahim; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.
19:42. Apabila dia berkata kepada
bapanya, "Ayah, mengapa kamu sembah apa yang tidak mendengar dan tidak
melihat, dan tidak juga berguna kepada kamu sedikit pun?
19:43. Ayah, telah datang kepadaku
pengetahuan yang tidak datang kepadamu; maka ikutlah aku, dan aku akan beri
petunjuk kepadamu pada jalan yang datar.
19:44. Ayah, jangan sembah syaitan;
sesungguhnya syaitan adalah penentang Yang Pemurah.
19:45. Ayah, aku takut bahawa sebahagian
azab daripada Yang Pemurah akan sentuh kamu supaya kamu jadi wali (sahabat)
syaitan."
19:46. Berkatalah dia, "Apa, adakah
kamu undurkan diri daripada tuhanku, wahai Ibrahim? Sungguh, jika kamu tidak
berhenti, aku akan rejam kamu; maka tinggalkanlah aku untuk beberapa
waktu."
19:47. Dia berkata, "Sejahtera ke
atas kamu! Aku akan minta ampun untuk kamu kepada Pemeliharaku; sesungguhnya
Dia sangat baik kepadaku.
19:48. Dan aku akan jauhkan diri
daripada kamu, dan apa kamu seru, selain daripada Allah; aku seru Pemeliharaku,
mudah-mudahan aku tidak menjadi, dalam seruanku (doaku) kepada Pemeliharaku,
sengsara."
19:49. Maka, apabila dia jauhkan diri
daripada mereka, dan apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, Kami beri
dia Ishak dan Yaakub, dan masing-masing Kami jadikan Nabi.
19:50. Dan Kami beri mereka daripada pengasihan
Kami, dan Kami buat mereka lisan (lidah) yang benar, amat tinggi.
19:51. Dan ingatlah di dalam Kitab,
Musa; dia tulus, dan dia seorang Rasul, seorang Nabi.
19:52. Kami memanggilnya dari sebelah
kanan gunung, dan Kami dekatkannya dalam perhubungan.
19:53. Dan kami beri dia, saudaranya
Harun, daripada pengasihan Kami, seorang Nabi.
19:54. Dan ingatlah di dalam Kitab,
Ismail; dia benar dengan janjinya, dan dia seorang Rasul, seorang Nabi.
19:55. Dia menyuruh keluarganya supaya
bersolat dan zakat, dan dia memuaskan hati Pemeliharanya.
19:56. Dan ingatlah di dalam Kitab,
Idris; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.
19:57. Kami naikkan dia ke tempat yang
tinggi.
19:58. Mereka itulah orang-orang yang
Allah telah rahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan
daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim
dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih.
Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud,
dan menangis.
19:59. Kemudian menggantilah selepas
mereka pengganti-pengganti yang sia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu
(syahwat); maka mereka akan temui kesalahan,
19:60. Kecuali orang yang bertaubat, dan
percaya, dan buat kerja-kerja baik ; mereka itu, mereka akan masuk Taman
(Jannah), dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun,
19:61. Taman-Taman Adn, apa Yang Pemurah
janjikan hamba-hamba-Nya dengan yang ghaib; janji-Nya pasti datang.
19:62.
Di dalamnya, mereka tidak dengar percakapan yang sia-sia, tetapi hanya,
"Salam", dan di dalamnya, mereka dapat rezeki mereka pada awal pagi
dan petang.
19:63. Itu Taman yang Kami akan
mewariskan kepada hamba-hamba Kami yang bertakwa.
19:64. Kami tidak turun kecuali dengan
perintah Pemelihara kamu. Kepunyaan-Nya apa yang di hadapan kami, dan apa yang
di belakang kami, dan apa yang di antara demikian itu. Dan Pemelihara kamu
bukanlah pelupa.
19:65. Pemelihara langit dan bumi, dan
apa yang di antara keduanya. Maka sembahlah Dia, dan sabarlah kamu dalam
penyembahan kepada-Nya; adakah kamu tahu sesiapa yang boleh dinamakan dengan
nama-Nya?
19:66. Manusia berkata, "Apa,
apabila aku sudah mati, adakah aku akan dikeluarkan hidup?"
19:67. Tidakkah manusia ingat bahawa
Kami telah menciptanya dari dahulu sedang dia sama sekali tiada?
19:68. Demi Pemelihara kamu, sungguh
Kami akan kumpulkan mereka, dan syaitan-syaitan, kemudian Kami arakkan mereka
di sekeliling Jahanam dengan melutut.
19:69. Kemudian Kami tarik keluar
daripada tiap-tiap golongan sesiapa antara mereka yang sangat keras dalam
memandang rendah kepada Yang Pemurah.
19:70. Kemudian Kami sangat-sangat tahu
orang-orang yang paling patut dipanggang di dalamnya.
19:71. Tiada seorang pun daripada kamu,
melainkan dia akan turun kepadanya; itu, bagi Pemelihara kamu, adalah sesuatu
yang sudah ditentukan, diputuskan.
19:72. Kemudian Kami selamatkan
orang-orang bertakwa; dan orang-orang zalim, Kami tinggalkan di dalamnya,
sambil melutut.
19:73. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan
kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang tidak percaya berkata kepada
orang-orang yang percaya, "Yang manakah antara dua golongan yang lebih
baik medannya, dan lebih baik dalam majlisnya?"
19:74. Dan berapa banyaknya generasi
yang Kami telah musnahkan sebelum mereka yang lebih baik peralatan rumah dan
pengunjukan luarnya!
19:75. Katakanlah, "Sesiapa yang
dalam kesesatan, Yang Pemurah panjangkan tempoh kepadanya, dengan panjang,
sehingga apabila mereka lihat apa yang mereka telah dijanjikan, sama ada azab
atau Saat, mereka pasti akan tahu siapa yang lebih buruk tempatnya, dan yang
lebih lemah tenteranya."
19:76. Dan Allah akan menambahkan kepada
orang-orang yang dapat petunjuk dalam petunjuk; dan yang kekal, kerja-kerja
baik , adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik
pengembaliannya.
19:77. Adakah kamu lihat orang tidak
percaya kepada ayat-ayat Kami, dan berkata, "Sungguh, aku akan diberi
harta dan anak-anak"?
19:78. Apa, adakah dia melihat yang
ghaib, atau adakah dia telah ambil perjanjian dengan Yang Pemurah?
19:79. Tidak sekali-kali! Kami akan
tulis apa mereka kata, dan Kami akan panjangkan baginya azab, dengan panjang.
19:80. Dan Kami mewarisi daripada dia
apa yang dia kata, dan dia datang kepada Kami bersendirian.
19:81. Dan mereka ambil untuk mereka
tuhan-tuhan lain, selain daripada Allah, supaya mereka dapatkan bagi mereka
kekuatan.
19:82. Tidak sekali-kali! Kelak mereka
akan tidak mempercayakan penyembahan mereka, dan mereka akan jadi musuh mereka
yang berlawanan.
19:83. Tidakkah kamu lihat bagaimana
Kami utus syaitan-syaitan terhadap orang-orang tidak percaya untuk menyucuk
mereka, dengan cucukan?
19:84. Maka jangan kamu tergesa-gesa
terhadap mereka; Kami hanya hitung untuk mereka, dengan satu hitungan.
19:85. Pada hari Kami kumpulkan
orang-orang bertakwa kepada Yang Pemurah dengan kedatangan (sambutan)
kebesaran,
19:86. Dan menghalau orang-orang yang
berdosa ke Jahanam, dalam keadaan dahaga,
19:87. Dengan tanpa kuasa syafaat
(pengantaraan), kecuali orang-orang yang telah ambil dengan Yang Pemurah
perjanjian.
19:88. Dan mereka berkata, "Yang
Pemurah ambil kepada-Nya seorang anak."
19:89. Sesungguhnya kamu sudah datangkan
sesuatu yang sangat buruk!
19:90. Hampir-hampir langit pecah
kerananya, dan bumi terpecah belah, dan gunung-gunung jatuh kehancuran,
19:91. Bahawa mereka dakwakan bagi Yang
Pemurah seorang anak,
19:92. Dan tidak patut bagi Yang Pemurah
ambil kepada-Nya seorang anak.
19:93. Tiada sesuatu yang di langit dan
di bumi melainkan ia datang kepada Yang Pemurah sebagai hamba.
19:94. Sesungguhnya Dia jumlahkan
mereka, dan Dia hitung mereka dengan hitungan.
19:95. Setiap seorang daripada mereka
datang kepada-Nya pada Hari Kiamat bersendirian.
19:96. Sesungguhnya orang-orang yang
percaya, dan buat kerja-kerja baik , kepada mereka Yang Pemurah akan letak rasa
kasih sayang.
19:97. Sesungguhnya Kami mudahkannya
dengan lisan kamu supaya kamu beri berita gembira dengannya kepada orang-orang
bertakwa, dan beri amaran kepada kaum paling degil.
19:98. Dan berapa banyaknya generasi
yang Kami telah musnahkan sebelum mereka! Adakah kamu lihat sebanyak seorang
pun daripada mereka, atau dengar daripada mereka satu bisikan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan