Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
13:1. Alif Lam Mim Ra. Inilah ayat-ayat Kitab; dan apa
diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu adalah yang benar, tetapi
kebanyakan manusia tidak percayai.
13:2. Allah ialah Dia yang naikkan langit tanpa tiang
yang kamu dapat lihat, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia tundukkan matahari
dan bulan, masing-masing berlayar hingga satu tempoh yang dinyatakan. Dia
mengarah urusan; Dia jelaskan ayat-ayat supaya kamu yakin akan pertemuan dengan
Pemelihara kamu.
13:3. Dia yang bentangkan bumi dan letak di dalamnya
gunung-gunung dan sungai-sungai, dan daripada tiap-tiap buah-buahan, Dia
membuatnya dua jenis; menutupi siang dengan malam. Sesungguhnya pada yang
demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.
13:4. Dan di bumi, terdapat kawasan-kawasan yang
berjiran, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan ladang-ladang yang sudah
disemai, dan palma-palma yang berpasang, dan palma-palma yang tunggal, diairi
air yang satu; dan Kami lebihkan sebahagian di atas sebahagian yang lain dalam
hasilnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang
faham.
13:5. Jika kamu terhairan-hairan, sungguh yang
menghairankan ialah ucapan mereka, "Apabila kami jadi tanah, adakah kami
akan dibangkitkan lagi dalam ciptaan yang baru?" Mereka itulah orang-orang
tidak percaya kepada Pemelihara mereka; mereka itu, pada leher mereka ada
belenggu; mereka itu jadi penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
13:6. Mereka minta kepada kamu supaya disegerakan
keburukan sebelum yang baik, walaupun telah berlalu sebelum mereka
contoh-contoh. Pemelihara kamu adalah Pengampun kepada manusia atas kezaliman
mereka, dan Pemelihara kamu keras dalam balasan-Nya.
13:7. Orang-orang tidak percaya berkata, "Mengapa
satu ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?"
Kamu hanyalah seorang pemberi amaran, dan seorang pemberi petunjuk bagi
tiap-tiap kaum.
13:8. Allah tahu apa yang tiap-tiap perempuan bawa,
dan kekecutan dan pengembangan rahim-rahim; segala sesuatu di sisi-Nya ada
ukurannya.
13:9. Yang Tahu yang ghaib dan yang nyata, Yang Besar,
Yang Tinggi.
13:10. Sama sahaja antara kamu - dia yang rahsiakan
ucapannya, dan dia yang umumkannya, dan dia yang sembunyikan diri pada malam
hari, dan dia yang berjalan-jalan siang hari.
13:11. Baginya pengiring, di depannya dan di
belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Allah tidak ubah apa yang
di dalam satu kaum sehingga mereka ubah apa yang di dalam diri-diri mereka
sendiri. Dan jika Allah hendakkan keburukan bagi satu kaum, tidaklah ada
pengembaliannya; selain daripada-Nya, mereka tidak ada pelindung.
13:12. Dia yang memperlihatkan kepada kamu kilat,
untuk ketakutan dan harapan, dan menumbuhkan awan yang berat.
13:13. Guruh menyanjung dengan memuji-Nya, dan para
malaikat, dalam ketakutan kepada-Nya. Dia utuskan halilintar, dan menimpa
dengannya sesiapa Dia hendaki; namun begitu, mereka berbantah-bantah mengenai
Allah; Dia yang kuat dalam kuasa.
13:14. Bagi Dia seruan yang benar; dan orang-orang
yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak sahut mereka sedikit pun, tetapi
ia seperti orang yang menjulurkan tangan-tangannya ke air supaya sampai ke
mulutnya, dan tidaklah ia sampai kepadanya. Seruan (doa) orang-orang tidak
percaya hanyalah dalam kesesatan.
13:15. Kepada Allah sujud segala di langit dan bumi,
dengan rela atau benci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan
petang.
13:16. Katakanlah, "Siapakah Pemelihara langit
dan bumi?" Katakanlah, "Allah." Katakanlah, "Adakah kamu
ambil untuk kamu yang lain selain daripada Dia sebagai wali (pelindung) kamu
yang tidak berkuasa untuk manfaatkan atau mudaratkan diri-diri mereka
sendiri?" Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang boleh
lihat sama, atau adakah gelap dengan cahaya sama?" Atau, adakah mereka
adakan bagi Allah sekutu-sekutu yang cipta seperti ciptaan-Nya supaya ciptaan
itu serupa kepada mereka?" Katakanlah, "Allah Pencipta segala
sesuatu, dan Dia Yang Satu, Yang Menakluki."
13:17. Dia turunkan dari langit air, dan wadi-wadi
mengalir dengan masing-masing menurut ukurannya, dan arus membawa buih yang
gelembung; dan daripada apa yang padanya mereka nyalakan api, demi inginkan
perhiasan atau kesenangan, keluar dari itu buih yang serupa dengan itu.
Demikianlah Allah buat yang benar dan yang palsu. Maka buihnya hilang seperti
barang buangan, dan apa yang bermanfaat kepada manusia menetap di bumi.
Begitulah Allah buat persamaan-persamaan-Nya.
13:18. Bagi orang-orang yang sahut Pemelihara mereka
adalah yang paling baik; dan orang-orang yang tidak menyahut-Nya - sekiranya
bagi mereka kesemua yang di dalam bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu,
tentu mereka akan tebus diri mereka dengannya. Mereka itu, bagi mereka hitungan
yang jahat, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - sebuah buaian yang
buruk!
13:19. Apa, adakah orang yang tahu bahawa apa
diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu itulah yang benar seperti orang
yang buta? Hanya orang-orang empunya minda mengingati,
13:20. Yang tepati perjanjian Allah, dan tidak
melanggar perjanjian,
13:21. Yang menghubungkan apa yang Allah perintah
supaya dihubungkan, dan takut kepada Pemelihara mereka, dan mereka takut akan
hitungan yang jahat.
13:22. Orang-orang yang sabar, dengan inginkan Wajah
Pemelihara mereka, lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami
rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan yang tolak kejahatan
dengan yang baik - bagi merekalah tempat kediaman muktamad,
13:23. Taman-Taman Adn yang mereka masuk, dan
orang-orang yang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan
keturunan mereka, dan para malaikat masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu,
13:24. "Salamun alaikum, kerana kamu telah
sabar." Sangat baiknya tempat kediaman muktamad.
13:25. Dan orang-orang yang pecahkan perjanjian
setelah diikat dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah perintah supaya
dihubungkan, dan yang buat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat, dan
bagi mereka, tempat kediaman yang buruk.
13:26. Allah menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya
kepada siapa Dia hendaki. Mereka gembira dengan kehidupan dunia ini; dan
kehidupan dunia ini, di samping akhirat, hanyalah kesenangan sementara.
13:27. Orang-orang tidak percaya berkata,
"Mengapa satu ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada
Pemeliharanya?" Katakanlah, "Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan
Dia beri petunjuk kepada-Nya semua yang berkesesalan."
13:28. Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram
dengan Peringatan Allah - dengan Peringatan Allah, hati jadi tenteram.
13:29. Orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja
baik ; bagi mereka kebahagiaan, dan tempat kembali yang baik.
13:30. Demikianlah Kami utus kamu kepada satu umat
yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk bacakan mereka apa yang Kami
wahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah.
Katakanlah, "Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya
aku tawakal, dan kepada-Nya aku bertaubat."
13:31. Sekiranya sebuah Qur'an di mana gunung-gunung
diperjalankan, atau bumi dibelah dengannya, atau orang-orang yang mati yang
kepada mereka dapat berkata-kata - tidak, tetapi kepunyaan Allah urusan
kesemuanya. Tidakkah orang-orang yang percaya tahu bahawa, jika Allah hendak,
tentu Dia beri petunjuk kepada manusia kesemuanya? Dan orang-orang tidak
percaya tidak berhenti-henti ditimpa dengan suatu yang mengetukkan kerana apa
yang mereka kerjakan, atau ia turun dekat dengan tempat tinggal mereka,
sehingga janji Allah datang; sesungguhnya Allah tidak mungkiri janji temu.
13:32. Sesungguhnya Rasul-Rasul telah
diperolok-olokkan sebelum kamu, dan Aku tangguhkan orang-orang tidak percaya;
kemudian Aku ambil mereka - dan bagaimanakah dengan balasan-Ku?
13:33. Apa, Dia yang berdiri atas setiap jiwa dengan
apa yang ia usahakan? Namun begitu, mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu.
Katakanlah, "Namakan mereka! Atau, adakah kamu akan beritahu-Nya apa yang
Dia tidak tahu di bumi; atau dengan ucapan yang nyata?" Tidak, tetapi
dinampakkan indah bagi orang-orang tidak percaya, tipu daya mereka; dan mereka
halang jalan Allah; dan sesiapa Allah sesatkan, tiadalah yang beri petunjuk
kepadanya.
13:34. Bagi mereka, azab dalam kehidupan dunia; dan azab
akhirat adalah lebih berat; mereka tidak ada sesiapa untuk pertahankan mereka
daripada Allah.
13:35. Persamaan Taman yang dijanjikan kepada
orang-orang bertakwa - di bawahnya mengalir sungai-sungai, hasilnya kekal, dan
lindungannya. Itu kesudahan orang-orang bertakwa; dan kesudahan orang-orang
tidak percaya, Api!
13:36. Dan orang-orang yang kepada mereka kami beri
Kitab gembira dengan apa diturunkan kepada kamu; dan daripada
golongan-golongan, ada yang nafi sebahagiannya. Katakanlah, "Aku hanya
diperintah untuk sembah Allah, dan tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya.
Kepada-Nya aku seru, dan kepada-Nya tempat kembali."
13:37. Begitulah Kami turunkan sebagai satu kehukuman
dalam bahasa Arab. Dan jika kamu ikut keinginan mereka, setelah pengetahuan
yang datang kepada kamu, maka kamu tidak ada wali (pelindung) terhadap Allah,
dan tidak ada yang mempertahankan.
13:38. Dan Kami telah utus Rasul-Rasul sebelum kamu,
dan Kami beri mereka isteri-isteri, dan keturunan; dan tiadalah bagi seseorang
Rasul untuk datangkan satu ayat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap tempoh
ada Kitab.
13:39. Allah hapuskan, dan Dia tetapkan apa sahaja Dia
hendaki; dan di sisi-Nya ialah Ibu Kitab.
13:40. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian
daripada apa yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, maka bagi kamu
hanyalah untuk sampaikan, dan bagi Kami menghitungkan.
13:41. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami datang ke
bumi dengan mengurangkan tepi-tepinya? Allah menghakimkan; tiada yang dapat
menolak putusan-Nya; Dia cepat buat hitungan.
13:42. Orang-orang sebelum mereka telah buat tipu
daya, tetapi bagi Allah tipu daya kesemuanya. Dia tahu apa yang tiap-tiap jiwa
usahakan. Orang-orang tidak percaya pasti akan tahu untuk siapakah tempat
kediaman muktamad.
13:43. Orang-orang tidak percaya berkata, "Kamu
bukan seorang utusan." Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi
antara aku dan kamu, dan orang empunya pengetahuan Kitab."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan