The Alien - Link Select

Isnin, 23 November 2015

SURAH AN-NISA’ (PEREMPUAN) ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
4:1. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya (jiwa yang satu) Dia ciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan; dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu saling meminta, dan rahim-rahim; sesungguhnya Allah menjagai kamu.
4:2. Berikan anak-anak yatim harta mereka, dan janganlah tukar yang buruk untuk yang baik, dan jangan kamu makan harta mereka pada harta kamu; sesungguhnya ia adalah kesalahan besar.
4:3. Jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki; maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak buat aniaya.
4:4. Dan berikan perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, makanlah ia dengan selera yang sihat.
4:5. Tetapi janganlah kamu beri orang-orang bodoh harta mereka yang Allah lantik kamu untuk mengurusnya; berilah rezeki untuk mereka, dan pakaian mereka daripadanya, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.
4:6. Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu lihat mereka berfikiran waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya dengan membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka sudah dewasa. Jika sesiapa kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan dengan baik. Apabila kamu serah kepada mereka harta mereka, adakanlah saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah jadi penghitung.
4:7. Bagi lelaki, sebahagian daripada apa ibu bapa dan sanak saudara tinggalkan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa ibu bapa dan sanak saudara tinggalkan, sama ada ia sedikit atau banyak, sebahagian yang ditetapkan.
4:8. Dan apabila pembahagian itu dihadiri sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, maka berilah rezeki untuk mereka daripadanya, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.
4:9. Dan hendaklah takut, orang-orang yang, jika mereka tinggalkan di belakang mereka keturunan yang lemah, berasa takut terhadap mereka, dan hendaklah mereka bertakwa kepada Allah, dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang tepat pada sasaran.
4:10. Orang-orang yang makan harta anak yatim dengan kezaliman, hanyalah makan Api di dalam perut mereka, dan sungguh, akan dipanggang di dalam yang Menyala.
4:11. Allah wasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa dia tinggalkan, tetapi jika dia seorang, maka baginya separuh; dan kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam daripada apa dia tinggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak, dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang. Bapa-bapa kamu dan anak-anak lelaki kamu, kamu tidak tahu siapa antara mereka yang lebih dekat manfaatnya kepada kamu. Demikianlah ketentuan Allah; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:12. Dan bagi kamu, separuh daripada apa yang isteri-isteri kamu tinggalkan, jika mereka tidak ada anak; tetapi jika mereka ada anak, maka bagi kamu, daripada apa yang mereka tinggalkan, satu per empat, sesudah sebarang wasiat yang mereka wasiatkan, atau sebarang hutang. Dan bagi mereka, satu per empat daripada apa kamu tinggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu ada anak, maka bagi mereka, daripada apa kamu tinggalkan, satu per lapan, sesudah sebarang wasiat yang kamu wasiatkan, atau sebarang hutang. Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang yang mudaratkan; wasiat daripada Allah, dan Allah Mengetahui, Penyantun.
4:13. Itu adalah had-had (hudud) Allah, dan sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Dia akan masukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
4:14. Tetapi sesiapa mengingkari Allah dan Rasul-Nya, dan mencabuli had-had-Nya, dialah yang Dia akan masukkan ke Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan baginya azab yang hina.
4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang lakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka saksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian matikan mereka, atau Allah adakan bagi mereka satu jalan.
4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya. Sesungguhnya Allah Yang Menerima Taubat, Pengasih.
4:17. Allah hanya terima taubat orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan terima taubat mereka, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang lakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya bertaubat", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya (kafir); bagi mereka, Kami sediakan azab yang pedih.
4:19. Wahai orang-orang yang percaya, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa; dan jangan juga halangi mereka supaya kamu pergi dengan sebahagian apa yang kamu sudah beri mereka, kecuali apabila mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu benci mereka, mungkin kamu benci sesuatu padahal Allah buatkan padanya banyak kebaikan.
4:20. Dan jika kamu hendak tukar seorang isteri di tempat isteri yang lain dan jika kamu sudah beri seorang satu timbunan, janganlah ambil daripadanya sesuatu. Apa, adakah kamu mengambilnya dengan cara fitnah, dan dosa yang nyata?
4:21. Bagaimanakah kamu akan mengambilnya, sedang masing-masing kamu sudah berhubungan rapat dengan yang lain, dan mereka telah ambil daripada kamu perjanjian yang kukuh
4:22. Dan jangan kahwin perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah kahwini, kecuali apa yang telah lalu; sesungguhnya itu sumbang, dan dibenci, dan satu jalan yang jahat.
4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan anak-anak perempuan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang susukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan yang dalam jagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah masuk - tetapi jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah Pengampun, Pengasih.
4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki. Demikianlah Allah kitabkan (tetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu cari, dengan mengguna harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, beri mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidak salah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling setuju dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan kahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia ambil hamba pemudimukmin yang tangan kanan kamu miliki; Allah sangat-sangat tahu mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan beri mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau ambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka sudah dinikahi dan jika mereka lakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang takuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu sabar. Allah Pengampun, Pengasih.
4:26. Allah hendak jelaskan kepada kamu, dan untuk beri petunjuk kepada kamu pada sunnah (resam) orang-orang sebelum kamu, dan untuk terima taubat kamu; Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:27. Dan Allah hendak terima taubat kamu, tetapi orang-orang yang ikut hawa nafsu (syahwat), mereka hendak supaya kamu menyimpang dengan penyimpangan yang besar.
4:28. Allah hendak ringankan kamu kerana manusia dicipta lemah.
4:29. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, kecuali dalam perdagangan, dengan persetujuan bersama antara kamu, dan jangan bunuh diri-diri kamu (sesama sendiri). Sesungguhnya Allah adalah pengasih kepada kamu.
4:30. Tetapi sesiapa buat yang demikian itu dalam permusuhan, dan kezaliman, dialah yang Kami pasti akan panggang di Api, dan itu bagi Allah adalah mudah.
4:31. Jika kamu jauhi dosa-dosa besar yang kamu dilarang daripadanya, Kami akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Kami masukkan kamu melalui pintu yang mulia.
4:32. Dan jangan kamu ingini apa yang Allah lebihkan pemberian kepada sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain. Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka usahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.
4:33. Dan bagi tiap-tiap orang, Kami lantik waris-waris daripada apa yang ibu bapa dan sanak saudara tinggalkan, dan orang-orang yang terikat dengan sumpah kamu, maka beri mereka bahagian mereka; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.
4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka nafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan jadi derhaka, tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi, Besar.
4:35. Jika kamu takut akan perpecahan antara keduanya, bangkitkan seorang pendamai daripada keluarga lelaki, dan daripada keluarga perempuan, seorang pendamai. Jika mereka hendak membetulkan, Allah akan selesaikan pertelingkahan mereka; sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.
4:36. Sembahlah Allah, dan janganlah sekutukan sesuatu dengan-Nya. Buat baik kepada ibu bapa, dan kepada sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran yang kerabat, dan jiran yang tidak dikenali, dan teman di sebelah kamu, dan musafir, dan apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong, membanggakan diri,
4:37. Orang-orang yang kikir, dan suruh manusia jadi kikir, dan mereka sendiri sembunyikan pemberian yang Allah beri mereka, Kami sediakan untuk orang-orang tidak percaya, azab yang hina.
4:38. Orang-orang yang nafkahkan harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak percayai Allah dan Hari Akhir. Sesiapa yang mempunyai syaitan untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman dipercayai yang jahat.
4:39. Apakah bagi mereka, sekiranya mereka percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan nafkahkan daripada apa yang Allah rezekikan mereka? Allah tahu mereka.
4:40. Sesungguhnya Allah tidak akan zalimkan sebanyak seberat sebiji zarah (atom) pun, dan jika ia yang baik, Dia akan gandakannya, dan beri daripada sisi-Nya upah yang besar.
4:41. Bagaimanakah pula ia, apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan apabila Kami datangkan kamu sebagai saksi ke atas mereka itu?
4:42. Pada hari itu orang-orang tidak percaya, orang-orang yang ingkari Rasul, akan inginkan supaya bumi didatarkan dengan mereka; dan mereka tidak akan sembunyikan daripada Allah sesuatu hadis (kejadian).
4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.
4:44. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab membeli kesesatan, dan hendak kamu juga sesat daripada jalan?
4:45. Allah sangat-sangat tahu musuh-musuh kamu, dan cukuplah Allah sebagai wali (pelindung), dan cukuplah Allah sebagai penolong.
4:46. Sebahagian daripada orang-orang Yahudi kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami tentang", dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami", putarbalikkan lidah mereka dan mencela agama. Sekiranya mereka kata, "Kami dengar dan kami taat", dan "Dengarlah", dan "Perhatikan kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah laknati mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak percayai kecuali sedikit.
4:47. Wahai orang-orang diberi al-Kitab , percayalah kepada apa yang Kami turunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu sebelum Kami hapuskan muka-muka, dan pusingkannya di atas belakangnya, atau laknat mereka sebagaimana Kami telah laknati orang-orang Sabat, dan perintah Allah adalah dibuat.
4:48. Allah tidak ampun apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang selain itu kepada siapa Dia hendaki. Sesiapa sekutukan Allah, sungguh dia ada-adakan dosa besar.
4:49. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang menyucikan diri-diri mereka? Tidak, hanya Allah sucikan siapa Dia hendaki, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
4:50. Perhatikan bagaimana mereka ada-adakan dusta terhadap Allah; dan cukuplah itu sebagai dosa yang nyata.
4:51. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab percayai Jibti dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang tidak percaya bahawa mereka lebih dapat petunjuk pada jalan daripada orang-orang yang percaya.
4:52. Mereka itulah orang-orang yang Allah laknat, dan sesiapa Allah laknati, kamu tidak akan dapati baginya sebarang penolong.
4:53. Atau, adakah bagi mereka sebahagian dalam kerajaan? Jika demikian, mereka tidak beri manusia satu bintit pun.
4:54. Atau, adakah mereka dengki kepada manusia kerana pemberian yang Allah telah beri mereka? Sungguh, Kami beri keluarga Ibrahim, Kitab dan Kebijaksanaan (Hikmah), dan kami beri mereka kerajaan yang besar.
4:55. Maka antara mereka ada yang percaya, dan antara mereka ada yang halangi daripadanya, dan cukuplah Jahanam sebagai yang Menyala.
4:56. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, Kami pasti akan panggang mereka di Api. Setiap kali kulit-kulit mereka hangus kesemuanya, Kami tukar dengan kulit-kulit lain, supaya mereka rasakan azab. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
4:57. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , Kami akan masukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya. Di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan Kami masukkan mereka ke tempat teduh yang teduhnya berlimpah.
4:58. Allah perintahkan kamu untuk sampaikan amanat kepada empunya; dan apabila kamu hakimkan antara manusia, maka hendaklah kamu putuskan dengan adil. Adalah sangat baik teguran yang Allah beri kamu dengannya; sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.
4:59. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan orang-orang yang dalam urusan antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; itu lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik.
4:60. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dakwa bahawa mereka percaya kepada apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan sebelum kamu, hendak berhakim kepada Thagut dalam perselisihan mereka, dan sungguh, mereka diperintah supaya tidak percayainya, tetapi syaitan hendak sesatkan mereka dalam kesesatan yang jauh.
4:61. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah turunkan, dan Rasul", kemudian kamu lihat orang-orang munafik halangi kamu dengan halangan yang keras.
4:62. Bagaimanakah ia, apabila mereka ditimpa penderitaan kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, kemudian mereka datang kepada kamu, bersumpah dengan Allah, "Kami hanya hendak yang baik dan pendamaian"?
4:63. Mereka itulah orang-orang yang Allah tahu apa yang di dalam hati mereka. Berpalinglah kamu daripada mereka dan tegurkanlah mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang menusuk jiwa mereka.
4:64. Kami tidak utus seseorang Rasul melainkan dia patut ditaati, dengan izin Allah. Jika, apabila mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, mereka datang kepada kamu, dan minta ampun kepada Allah, dan Rasul minta ampun untuk mereka, tentu mereka dapati Allah, Menerima Taubat, Pengasih.
4:65. Tetapi tidak, demi Pemelihara kamu! Mereka tidak akan percayai sehingga mereka jadikan kamu hakim terhadap perselisihan faham antara mereka, kemudian mereka dapati di dalam diri-diri mereka tiada halangan pada apa yang kamu putuskan, tetapi akan tunduk dalam ketundukan sepenuhnya.
4:66. Tetapi, sekiranya Kami tuliskan (tetapkan) untuk mereka, "Bunuhlah diri-diri kamu", atau "Keluarlah dari tempat-tempat tinggal kamu", tentu mereka tidak akan lakukannya, kecuali sedikit daripada mereka; dan jika mereka lakukan seperti apa yang mereka ditegur, tentu itu lebih baik bagi mereka, dan lebih kuat untuk teguhkan mereka.
4:67. Dan kemudian, pasti kami beri mereka, daripada sisi Kami, upah yang besar,
4:68. Dan beri mereka petunjuk pada jalan lurus.
4:69. Sesiapa taati Allah dan Rasul, mereka adalah bersama-sama orang-orang yang Allah rahmati, daripada Nabi-Nabi, dan orang-orang yang benar, dan para saksi (syahid), dan orang-orang salih; merekalah teman-teman yang baik!
4:70. Itu pemberian daripada Allah, dan cukuplah Allah sebagai Yang mengetahuinya.
4:71. Wahai orang-orang yang percaya, ambillah kewaspadaan kamu; kemudian pergilah dalam kumpulan-kumpulan, atau pergilah kesemuanya bersama-sama.
4:72. Antara kamu ada orang yang berlengah-lengah; kemudian, jika penderitaan timpa kamu, dia berkata, "Allah rahmati aku kerana aku bukan seorang saksi bersama mereka."
4:73. Tetapi jika pemberian daripada Allah timpa kamu, tentu dia kata seakan-akan tidak pernah ada kasih sayang antara kamu dan dia, "Sekiranya aku berada bersama mereka, tentu aku dapat kemenangan dengan kemenangan yang besar."
4:74. Maka hendaklah mereka berperang di jalan Allah, yang jual kehidupan dunia dengan akhirat, dan sesiapa berperang di jalan Allah dan dibunuh, atau mereka kalahkan, kelak Kami akan berikannya upah yang besar.
4:75. Bagaimanakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah untuk lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan dan kanak-kanak yang dihina, yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami daripada bandaraya ini yang penduduknya zalim, dan lantikkanlah bagi kami seorang wali (pelindung) daripada sisi Engkau, dan lantikkanlah bagi kami, daripada sisi Engkau, seorang penolong."
4:76. Orang-orang yang percaya berperang di jalan Allah, dan orang-orang tidak percaya berperang di jalan Thagut. Maka perangilah wali-wali (sahabat-sahabat) syaitan; sesungguhnya muslihat syaitan lemah.
4:77. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, "Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukan solat, dan berikan zakat"? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau lebih takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau tuliskan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?" Katakanlah, "Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun."
4:78. Di mana sahaja kamu berada, kematian akan dapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam menara-menara yang dibangunkan. Jika yang baik timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya daripada Allah." Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak faham sebarang hadis.
4:79. Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri. Dan Kami utus kamu kepada manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi.
4:80. Sesiapa taati Rasul, sesungguhnya dia taati Allah; dan sesiapa berpaling, maka Kami tidak utus kamu untuk jadi penjaga kepada mereka.
4:81. Mereka berkata, "Ketaatan"; tetapi apabila mereka pergi dari sisi kamu, segolongan daripada mereka memikirkan pada malam hari dengan yang selain kamu kata. Dan Allah tulis apa yang mereka fikirkan; maka berpalinglah daripada mereka, dan tawakallah kepada Allah; dan cukuplah Allah sebagai wakil.
4:82. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan.
4:83. Apabila datang kepada mereka suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau ketakutan, mereka siarkannya; tetapi jika mereka kembalikannya kepada Rasul, dan kepada orang-orang yang dalam urusan mereka, orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk selidikinya, tentu akan ketahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan ikut syaitan, kecuali sedikit.
4:84. Maka berperanglah kamu di jalan Allah; kamu tidak dibebankan kecuali dengan diri kamu sendiri. Dan gesalah orang-orang mukmin, mudah-mudahan Allah akan tahan kekuatan orang-orang tidak percaya, dan Allah adalah lebih kuat dalam kekuatan, lebih keras dalam hukuman.
4:85. Sesiapa yang mengantara dengan pengantaraan yang baik, akan terima sebahagian daripadanya, dan sesiapa yang mengantara dengan pengantaraan yang buruk, dia akan pikul yang serupa dengannya; Allah mempunyai kuasa atas segala sesuatu.
4:86. Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah buat hitungan atas segala sesuatu.
4:87. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan kumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah lebih benar hadisnya daripada Allah?
4:88. Mengapakah kamu, bahawa kamu berdua golongan mengenai orang-orang munafik, dan Allah gulingkan mereka kerana apa yang mereka usahakan? Apa, adakah kamu hendak beri petunjuk kepada orang yang Allah sesatkan? Sesiapa Allah sesatkan, kamu tidak akan dapati baginya suatu jalan.
4:89. Mereka inginkan kamu jadi tidak percaya, sebagaimana mereka tidak percaya, dan kemudian kamu jadi sama dengan mereka; maka janganlah ambil untuk kamu wali-wali (sahabat-sahabat) daripada mereka, sehingga mereka hijrah di jalan Allah. Kemudian, jika mereka berpaling, ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu dapati mereka, dan janganlah ambil untuk kamu sesiapa daripada mereka sebagai wali atau penolong,
4:90. Kecuali orang-orang yang pergi kepada satu kaum yang berhubungan dengan kamu dengan satu perjanjian, atau datang kepada kamu dengan dada berasa sesak daripada memerangi kamu, atau memerangi kaum mereka. Sekiranya Allah hendak, tentu Dia beri mereka kuasa terhadap kamu, kemudian pasti mereka akan memerangi kamu. Jika mereka undur daripada kamu, dan tidak memerangi kamu, dan lemparkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak beri sebarang jalan kepada kamu terhadap mereka.
4:91. Kamu akan dapati yang lain, yang hendakkan aman daripada kamu, dan aman daripada kaum mereka. Setiap kali mereka dikembalikan kepada pertikaian, mereka digulingkan di dalamnya. Jika mereka tidak berundur daripada kamu, dan tidak lemparkan perdamaian kepada kamu, dan tidak menahan tangan-tangan mereka, maka ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka; terhadap mereka, kami beri kamu satu kuasa yang nyata.
4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan silap, dan sesiapa bunuh seorang mukmin dengan silap, maka hendaklah dia merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka sedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan merdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak dapatkan, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:93. Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatnya, dan sediakan bagi mereka azab yang besar.
4:94. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berpergian di jalan Allah, telitilah kamu, dan janganlah kata kepada orang yang lemparkan kepada kamu "Salam", "Kamu bukan orang mukmin", kerana cari keuntungan kehidupan dunia. Di sisi Allah rampasan perang yang banyak. Demikianlah kamu dahulunya; tetapi Allah berbudi baik kepada kamu. Maka telitilah kamu; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.
4:95. Orang-orang mukmin yang duduk di rumah, kecuali mereka ada kecederaan, adalah tidak sama dengan orang-orang yang berjuang di jalan Allah dengan harta benda mereka dan jiwa mereka. Allah lebihkan dalam darjat orang-orang yang berjuang dengan harta benda mereka dan jiwa mereka di atas orang-orang yang duduk di rumah; namun begitu, masing-masing Allah janjikan yang paling baik; dan Allah lebihkan orang-orang yang berjuang di atas orang-orang yang duduk di rumah, dengan upah yang besar,
4:96. Dalam darjat-darjat di sisi-Nya, dan ampunan, dan pengasihan; Allah Pengampun, Pengasih.
4:97. Dan orang-orang yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu hijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
4:98. Kecuali lelaki-lelaki, dan perempuan-perempuan, dan kanak-kanak, yang dalam keadaan terhina, tidak dapat rancang sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk pada jalan.
4:99. Mudah-mudahan bagi mereka, Allah akan maafkan; Allah Pemaaf, Pengampun.
4:100. Dan sesiapa hijrah di jalan Allah, dia akan dapati di bumi banyak tempat perlindungan, dan keluasan. Dan sesiapa keluar dari rumahnya sebagai seorang penghijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian mendapatkannya, maka upahnya dijatuhkan kepada Allah; Allah Pengampun, Pengasih.
4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidak salah ke atas kamu untuk pendekkan solat, jika kamu takut orang-orang tidak percaya akan aniaya kamu; orang-orang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum sembah datang, dan sembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang tidak percaya ingin kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan serbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidak salah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk letakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.
4:103. Apabila kamu sudah laksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukan solat; sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
4:104. Jangan lemah dalam mengejar kaum itu. Jika kamu derita sakit, mereka juga derita sakit, sebagaimana kamu derita sakit, tapi kamu harapkan daripada Allah apa yang mereka tidak dapat harapkan; Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:105. Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu hakimkan antara manusia dengan apa yang Allah perlihatkan kepada kamu. Maka jangan kamu jadi pembela pengkhianat-pengkhianat.
4:106. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
4:107. Dan janganlah berdebat untuk orang-orang yang khianati diri mereka sendiri; sesungguhnya Allah tidak suka pengkhianat yang berdosa.
4:108. Mereka sembunyikan diri mereka daripada manusia, tetapi tidak sembunyikan daripada Allah; kerana Dia berserta mereka ketika mereka memikirkan pada waktu malam ucapan yang Dia tidak puas hati; Allah meliputi apa mereka buat.
4:109. Beginilah kamu, kamu berdebat bagi pihak mereka dalam kehidupan dunia; tetapi siapakah yang akan debat Allah bagi pihak mereka pada Hari Kiamat, atau siapakah yang akan jadi wakil bagi mereka?
4:110. Sesiapa buat jahat, atau menzalimkan dirinya sendiri, dan kemudian minta ampunan Allah, dia akan dapati Allah Pengampun, Pengasih.
4:111. Dan sesiapa usahakan dosa, hanyalah dia usahakan bagi dirinya sendiri; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:112. Dan sesiapa usahakan pelanggaran atau dosa, dan kemudian membalingnya kepada orang yang tidak bersalah, maka dia pikul fitnahan, dan dosa yang nyata.
4:113. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu segolongan daripada mereka bermaksud untuk sesatkan kamu, tetapi mereka hanya sesatkan diri-diri mereka sendiri; mereka tidak mudaratkan kamu sedikit pun. Allah turunkan kepada kamu Kitab dan Kebijaksanaan, dan Dia ajar kamu apa yang kamu tidak tahu; pemberian Allah kepada kamu adalah besar.
4:114. Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bicara rahsia mereka, melainkan bagi orang yang suruh beri sedekah, atau apa yang baik, atau membetulkan antara manusia. Sesiapa yang buat demikian itu dengan inginkan kepuasan hati Allah, sungguh Kami akan memberinya upah yang besar.
4:115. Tetapi sesiapa melawan Rasul setelah petunjuk jadi jelas baginya, dan ikut jalan selain daripada orang-orang mukmin, Kami palingkan dia kepada apa yang dia kuasai, dan Kami pasti akan panggang dia di Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
4:116. Allah tidak ampun apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang selain itu kepada siapa Dia hendaki, dan sesiapa sekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh.
4:117. Tiadalah yang mereka seru selain daripada Dia melainkan perempuan; dan tiadalah mereka seru melainkan syaitan yang derhaka,
4:118. Yang dilaknati Allah. Ia berkata, "Sungguh, aku akan ambil untukku sebahagian yang ditetapkan daripada hamba-hamba-Mu,
4:119. Dan sungguh, aku akan sesatkan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan suruh mereka dan mereka akan potong telinga binatang ternak; aku akan suruh mereka dan mereka akan ubah ciptaan Allah." Sesiapa yang mengambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya.
4:120. Ia janjikan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang syaitan janjikan mereka melainkan tipuan.
4:121. Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan mereka akan dapati tiada tempat lari daripadanya.
4:122. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , merekalah yang Kami akan masukkan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Janji Allah benar, dan siapakah lebih benar dalam ucapan daripada Allah?
4:123. Ia bukanlah khayalan kamu, dan bukan juga khayalan ahli Kitab. Sesiapa buat jahat akan dibalas dengannya, dan tidak akan dapati baginya, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
4:124. Dan sesiapa buat kerja-kerja baik , lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun.
4:125. Dan siapakah lebih baik anutannya daripada orang yang tundukkan wajahnya (kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dan yang ikut agama (din) Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah ambil Ibrahim sebagai seorang sahabat.
4:126. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan yang di bumi, dan Allah meliputi segala sesuatu.
4:127. Mereka minta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah, "Allah putuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak beri apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin kahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindas, dan supaya kamu tegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
4:128. Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan daripada suaminya, tidak salah ke atas keduanya jika mereka membetulkan antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada kehalobaan. Jika kamu buat baik, dan bertakwa, sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.
4:129. Kamu tidak akan boleh buat adil antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu ingin sekali; maka jangan kamu condong dengan seluruh kecondongan sehingga kamu tinggalkannya seperti tergantung. Jika kamu betulkan dan bertakwa, sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
4:130. Tetapi jika keduanya bercerai, Allah akan beri kecukupan kepada masing-masing daripada keluasan-Nya, dan Allah Merangkumi, Bijaksana.
4:131. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi. Kami telah wasiatkan kepada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu, dan kepada kamu, "Takutilah Allah." Jika kamu tidak percaya, maka kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; Allah Kaya, Terpuji.
4:132. Dan kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.
4:133. Jika Dia hendak, Dia hapuskan kamu, wahai manusia, dan datangkan yang lain; Allah adalah berkuasa atas yang demikian itu.
4:134. Sesiapa yang hendak ganjaran dunia, maka di sisi Allah ganjaran dunia dan akhirat; Allah Mendengar, Melihat.
4:135. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang tegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian jangan ikut keinginan kamu supaya kamu tidak buat adil; kerana jika kamu putarbelitkan, atau kamu palingkan, maka sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.
4:136. Wahai orang-orang yang percaya, percayalah kamu kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan sebelumnya. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh.
4:137. Orang-orang yang percaya, kemudian tidak percaya, kemudian percaya, kemudian tidak percaya, kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), Allah tidak akan ampun mereka, dan tidak juga beri petunjuk kepada mereka pada sebarang jalan.
4:138. beri berita gembira kepada orang-orang munafik bahawa bagi mereka azab yang pedih.
4:139. Orang-orang yang ambil orang-orang tidak percaya sebagai wali (sahabat) selain daripada orang-orang mukmin, adakah mereka cari kemuliaan di sisi mereka? Tetapi kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah.
4:140. Dia turunkan kepada kamu di dalam Kitab, "Apabila kamu dengar ayat-ayat Allah dinafikan, dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka sehingga mereka terjun pada hadis (bicara) yang lain; jika tidak, kamu adalah serupa dengan mereka." Allah akan kumpulkan orang-orang munafik, dan orang-orang tidak percaya, kesemuanya di dalam Jahanam.
4:141. Orang-orang yang menunggu-nunggu terhadap kamu, jika kemenangan datang kepada kamu daripada Allah, mereka berkata, "Bukankah kami berserta kamu?" tetapi jika orang-orang tidak percaya dapat sebahagian, mereka berkata, "Tidakkah kami menguasai kamu, dan tidakkah kami pertahankan kamu daripada orang-orang mukmin?" Allah akan hakimkan antara kamu pada Hari Kiamat, dan Allah tidak akan adakan bagi orang-orang tidak percaya sebarang jalan terhadap orang-orang mukmin.
4:142. Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang tipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.
4:143. Mereka adalah dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian, tidak kepada ini dan tidak kepada itu; dan sesiapa Allah sesatkan, kamu tidak akan dapati baginya jalan.
4:144. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil orang-orang tidak percaya sebagai wali (sahabat) selain daripada orang-orang mukmin; atau, adakah kamu hendak beri Allah terhadap kamu satu kuasa yang nyata?
4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak dapati bagi mereka sebarang penolong.
4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan beri orang-orang mukmin upah yang besar.
4:147. Apakah yang Allah buat dengan mengazab kamu, jika kamu bersyukur (berterima kasih), dan kamu percaya? Allah Mensyukuri, Mengetahui.
4:148. Allah tidak suka kelantangan ucapan yang jahat, kecuali orang yang dizalimi; Allah Mendengar, Mengetahui.
4:149. Jika kamu nampakkan kebaikan yang kamu buat, atau rahsiakannya, atau maafkan kejahatan, maka sesungguhnya Allah Pemaaf, Berkuasa.
4:150. Orang-orang tidak percaya kepada Allah, dan Rasul-Rasul-Nya, dan hendak buat perbezaan antara Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan berkata, "Kami percayai sebahagian, dan kami tidak percaya kepada sebahagian", dan hendak ambil di antara ini dan itu, satu jalan.
4:151. Mereka itulah orang-orang tidak percaya (kafir) yang sebenarnya; dan Kami sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.
4:152. Dan orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Rasul-Rasul-Nya, dan mereka tidak beza-bezakan antara seorang pun antara mereka, maka mereka itu, pasti Kami akan beri mereka upah mereka; Allah Pengampun, Pengasih.
4:153. Ahli Kitab meminta kepada kamu supaya kamu turunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit; dan mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar daripada itu, kerana mereka berkata, "Perlihatkan kepada kami Allah dengan nyata", lalu halilintar ambil mereka kerana kezaliman mereka. Kemudian mereka ambil untuk mereka Anak Lembu, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; namun begitu, Kami maafkan mereka yang itu, dan Kami beri Musa kuasa yang nyata.
4:154. Dan Kami naikkan di atas mereka Gunung, ambil perjanjian mereka, dan Kami kata kepada mereka, "Masuklah pintu gerbang dengan bersujud", dan Kami kata kepada mereka, "Jangan cabuli Sabat"; dan Kami ambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh.
4:155. Maka kerana pemecahan perjanjian mereka, dan ketidakpercayaan mereka kepada ayat-ayat Allah, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan kerana ucapan mereka, "Hati kami tidak dikhatan"; tidak, tetapi Allah telah tutup mereka kerana ketidakpercayaan mereka, lalu mereka tidak percayai, kecuali sedikit.
4:156. Dan kerana ketidakpercayaan mereka, dan ucapan mereka terhadap Mariam, satu fitnah yang besar.
4:157. Dan kerana ucapan mereka, "Kami telah bunuh al-Masih, Isa putera Mariam, Rasul Allah." Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali ikut sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah.
4:158. Allah naikkan dia kepada-Nya, dan Allah Perkasa, Bijaksana.
4:159. Dan tiada seorang pun daripada ahli Kitab melainkan benar-benar percayainya sebelum kematiannya, dan pada Hari Kiamat, dia jadi saksi ke atas mereka.
4:160. Kerana kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan mereka beberapa benda yang baik-baik yang dihalalkan bagi mereka, dan kerana mereka halangi ramai daripada jalan Allah.
4:161. Dan kerana ambilan riba mereka, yang mereka telah dilarang daripadanya, dan makan harta manusia dengan cara palsu; dan Kami sediakan bagi orang-orang tidak percaya antara mereka, azab yang pedih.
4:162. Tetapi orang-orang antara mereka yang dalam dalam pengetahuan, dan orang-orang mukmin yang percayai apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan sebelum kamu, dan orang-orang yang lakukan solat, dan orang-orang yang beri zakat, dan orang-orang yang mukmin kepada Allah dan Hari Akhir, mereka itulah Kami pasti akan beri upah yang besar.
4:163. Kami wahyukan kamu sebagaimana Kami wahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami wahyukan Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman, dan kami beri Daud, Zabur.
4:164. Dan Rasul-Rasul yang Kami ceritakan kepada kamu sebelumnya, dan Rasul-Rasul yang Kami tidak ceritakan kepada kamu, dan kepada Musa, Allah telah berkata-kata secara langsung.
4:165. Rasul-Rasul sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran supaya manusia tidak ada hujah terhadap Allah selepas Rasul-Rasul; Allah Perkasa, Bijaksana.
4:166. Tetapi Allah saksikan dengan apa yang Dia turunkan kepada kamu; Dia turunkannya dengan pengetahuan-Nya; dan malaikat-malaikat juga saksikan; dan cukuplah Allah menjadi saksi.
4:167. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya dan halangi jalan Allah, mereka sesat dalam kesesatan yang jauh.
4:168. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya dan buat zalim, Allah tidak akan ampun mereka, dan tidak juga beri mereka petunjuk pada jalan,
4:169. Kecuali jalan ke Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya, dan itu bagi Allah adalah mudah.
4:170. Wahai manusia, seorang Rasul telah datang kepada kamu dengan yang benar daripada Pemelihara kamu, maka percayalah; itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan jika kamu tidak percaya, maka kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan di bumi; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:171. Wahai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu kata terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam, hanyalah Rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia lemparkan kepada Mariam, dan Roh daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Rasul-Nya, dan janganlah kata, "Tiga." Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah Tuhan Yang Satu. Dia disanjung - bahawa Dia mempunyai seorang anak! Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.
4:172. Al-Masih tidak akan pandang rendah untuk menjadi seorang hamba Allah, dan tidak juga malaikat-malaikat yang berkedudukan dekat dengan-Nya. Sesiapa pandang rendah untuk menyembah-Nya, dan menyombong, Dia pasti akan kumpulkan mereka kepada-Nya, kesemua mereka.
4:173. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , Dia akan bayar kepada mereka sepenuhnya upah mereka, dan Dia tambhakan mereka daripada pemberian-Nya; dan bagi orang-orang yang memandang rendah dan menyombong, merekalah yang Dia akan azab dengan azab yang pedih, dan mereka tidak akan dapati bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
4:174. Wahai manusia, satu bukti telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan Kami turunkan kepada kamu satu cahaya yang terang.
4:175. Maka orang-orang yang percaya kepada Allah, dan berpegang teguh kepada-Nya, sungguh, Dia akan masukkan mereka ke dalam pengasihan daripada-Nya, dan pemberian, dan beri mereka petunjuk kepada-Nya di jalan lurus.
4:176. Mereka minta satu keputusan kepada kamu. Katakanlah, "Allah putuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara perempuan, dia terima separuh daripada apa dia tinggalkan, dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak. Jika ada dua saudara perempuan, mereka terima dua per tiga daripada apa dia (lelaki) tinggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki terima serupa dengan bahagian dua perempuan. Allah jelaskan kepada kamu supaya kamu tidak sesat; Allah tahu segala sesuatu."


Tiada ulasan: