Dengan
nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
3:1.
Alif Lam Mim.
3:2.
Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal.
3:3.
Dia turunkan kepada kamu al-Kitab dengan yang benar, mengesahkan apa yang
sebelumnya, dan Dia turunkan Taurat dan Injil,
3:4.
Sebelumnya, sebagai petunjuk bagi manusia, dan Dia turunkan Pembeza.
Sesungguhnya orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, bagi mereka azab
yang keras; dan Allah Perkasa, Pendendam.
3:5.
Sesungguhnya ke atas Allah, tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi dan tidak
juga di langit.
3:6.
Dia yang bentuk kamu di dalam rahim seperti yang Dia hendaki. Tidak ada tuhan
melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
3:7. Dia yang turunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (yang menentukan). Itu ibu
al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (yang serupa). Bagi orang-orang di dalam
hati mereka menyimpang, mereka ikut yang mutasyabihat daripadanya untuk
inginkan pertikaian, dan inginkan interpretasinya. Tiada yang tahu
interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang dalam dalam pengetahuan
berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami";
dan tiada yang ingat, kecuali orang-orang empunya minda.
3:8.
"Wahai Pemelihara kami, janganlah simpangkan hati kami setelah Engkau beri
petunjuk kepada kami, dan berikan kami pengasihan daripada sisi Engkau;
sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.
3:9.
Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang kumpulkan manusia untuk satu
hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak mungkiri janji
temu."
3:10.
Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, harta benda mereka tidak berguna bagi
mereka, dan tidak juga anak-anak mereka sedikit pun terhadap Allah, dan mereka
itu, mereka menjadi bahan bakar untuk Api.
3:11.
Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka, yang dustakan
ayat-ayat Kami; Allah ambil mereka disebabkan kesalahan-kesalahan mereka; Allah
keras dalam balasan-Nya.
3:12.
Katakanlah kepada orang-orang tidak percaya, "Kamu akan dikalahkan, dan
dikumpulkan ke dalam Jahanam - sebuah buaian yang buruk!"
3:13.
Telah pun ada satu ayat bagi kamu pada dua golongan yang bertemu. Segolongan
berperang di jalan Allah, dan satu lagi tidak percaya. Mereka melihat mereka
dua kali sebanyak mereka, seperti mata melihat, tetapi Allah kukuhkan dengan
pertolongan-Nya siapa Dia hendaki. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah
pelajaran bagi orang-orang empunya penglihatan.
3:14. Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu
(syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan
timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan
tanaman. Itu kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat
kembali yang terbaik.
3:15.
Katakanlah, "Bolehkah aku beritahu kamu yang lebih baik daripada itu? Bagi
orang-orang bertakwa, di sisi Pemelihara mereka taman-taman yang di bawahnya
mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan
pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan kepuasan hati Allah. Dan Allah lihat
hamba-hamba-Nya."
3:16.
Orang-orang yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami
percaya; ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami
daripada azab Api."
3:17.
Orang-orang yang sabar, dan orang-orang yang benar, dan orang-orang yang patuh,
dan orang-orang yang nafkahkan, dan orang-orang yang minta ampun pada waktu
sebelum dinihari.
3:18.
Allah saksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan
orang-orang yang berpengetahuan, yang tegakkan keadilan; tidak ada tuhan
melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
3:19. Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk
patuh), dan orang-orang diberi al-Kitab tidak
berselisih melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana angkuh
antara mereka. Dan sesiapa tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka
sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.
3:20.
Maka jika mereka debat kamu, katakanlah, "Aku tundukkan wajahku
(mukaku/kehendakku) kepada Allah, dan sesiapa yang ikut aku." dan katakan
kepada orang-orang diberi al-Kitab , dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi
Kitab), "Sudahkah kamu tunduk patuh?" Jika mereka tunduk patuh,
mereka dapat petunjuk yang benar, dan jika mereka berpaling, maka bagi kamu
hanyalah untuk sampaikan; dan Allah lihat hamba-hamba-Nya.
3:21.
Orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa
patut, dan mereka membunuh manusia yang menyuruh pada keadilan, maka berilah
mereka berita gembira dengan azab yang pedih.
3:22.
Mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat;
mereka tidak ada penolong.
3:23.
Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru
kepada Kitab Allah supaya ia hakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara
mereka berpaling, dan mereka palingkan.
3:24.
Itu kerana mereka kata, "Api tidak akan sentuh kami kecuali untuk beberapa
hari yang terhitung." Apa yang mereka ada-adakan menipu mereka dalam agama
mereka.
3:25.
Tetapi bagaimanakah nanti apabila Kami kumpulkan mereka untuk satu hari yang
padanya tiada keraguan, dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia
usahakan dan mereka tidak dizalimi?
3:26. Katakanlah, "Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau
beri kerajaan kepada siapa yang Engkau hendaki, dan
lucutkan kerajaan daripada siapa Engkau hendaki, dan Engkau muliakan siapa yang
Engkau hendaki, dan Engkau hinakan siapa yang Engkau hendaki. Di tangan Engkau
yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.
3:27.
Engkau jadikan malam masuk ke dalam siang, dan Engkau jadikan siang masuk ke
dalam malam, dan Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau
keluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa
Engkau hendaki tanpa hitungan."
3:28.
Janganlah orang-orang mukmin ambil orang-orang tidak percaya sebagai wali
selain daripada orang-orang mukmin, kerana sesiapa buat demikian, tiadalah
kepunyaan Allah sesuatu, melainkan kamu ada yang ditakuti daripada mereka,
Allah mengingatkan kamu supaya berhati-hati terhadap diri-Nya, dan kepada Allah
kepulangan.
3:29.
Katakanlah, "Sama ada kamu sembunyikan apa yang di dalam dada kamu, atau
kamu nampakkannya, Allah mengetahuinya, dan Dia tahu apa yang di langit dan apa
yang di bumi; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu."
3:30.
Pada hari tiap-tiap jiwa dapati apa yang ia telah buat daripada kebaikan
dihadapkan, dan apa yang ia buat daripada kejahatan; ia akan menginginkan
sekiranya antara ia dan hari itu ada ruang yang jauh. Allah mengingatkan kamu
supaya berhati-hati terhadap diri-Nya; dan Allah Lembut kepada hamba-hamba-Nya.
3:31.
Katakanlah, "Jika kamu cintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan cintai
kamu, dan ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun,
Pengasih."
3:32.
Katakanlah, "Taatlah kepada Allah, dan Rasul." Tetapi jika mereka
berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang tidak percaya.
3:33.
Allah telah pilih Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di
atas semua alam.
3:34.
Keturunan satu sama lain; Allah Mendengar, Mengetahui.
3:35.
Apabila isteri Imran berkata, "Pemeliharaku, aku bernazar kepada Engkau,
untuk kebaikan, apa yang di dalam perutku. Terimalah Engkau yang ini
daripadaku; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui."
3:36.
Dan apabila dia melahirkannya, dia berkata, "Pemeliharaku, aku telah
melahirkannya, seorang perempuan." Allah sangat-sangat tahu apa yang dia
lahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti perempuan, "Dan aku namakan dia
Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan
yang direjam."
3:37. Pemeliharanya terima anaknya dengan penerimaan yang baik,
dan dengan kebaikan-Nya, dia membesar dengan menarik hati, dan Zakaria
menjaganya. Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat),
dia dapati rezekinya. Dia berkata, "Wahai Mariam, dari manakah ini kepada
kamu?" Dia berkata, "Daripada Allah." Sesungguhnya Allah beri
rezeki kepada sesiapa Dia hendaki tanpa hitungan.
3:38.
Di sana Zakaria seru Pemeliharanya, dengan berkata, "Pemeliharaku, berilah
aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau dengar
seruan."
3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk
menyembah di mihrab, "Allah beri kamu berita gembira dengan Yahya yang
mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada
kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."
3:40.
Dia berkata, "Pemeliharaku, bagaimanakah aku boleh mempunyai seorang anak
lelaki memandangkan aku seorang yang tua dan isteriku mandul?" Allah
berkata, "Begitulah, Allah buat apa Dia hendaki."
3:41.
Dia berkata, "Pemeliharaku, buatkan untukku satu ayat (tanda)." Dia
berkata, "Ayat kamu ialah bahawa kamu tidak berkata-kata, kecuali dengan
isyarat, kepada manusia selama tiga hari, dan ingatlah Pemelihara kamu dengan
banyak, dan sanjunglah pada waktu petang dan awal pagi hari."
3:42.
Dan ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah pilih kamu, dan
bersihkan kamu, dan Dia pilih kamu di atas semua perempuan di semua alam.
3:43.
Wahai Mariam, patuhlah kepada Pemelihara kamu, sujudlah, dan tunduklah, bersama
orang-orang yang tunduk."
3:44.
Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kamu; kerana kamu
tidak berada dengan mereka, ketika mereka lemparkan pena-pena mereka, siapa
antara mereka yang akan jaga Mariam; kamu tidak berada di sisi mereka ketika
mereka bertengkar.
3:45.
Ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah beri kamu berita
gembira dengan satu Kata daripada-Nya, namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat
di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan.
3:46.
Dia akan berkata-kata kepada manusia dalam buaian, dan setelah dewasa, dan akan
jadi seorang yang salih."
3:47. Dia berkata, "Pemeliharaku, bagaimanakah aku akan ada
seorang anak lelaki memandangkan tiada manusia telah
sentuh aku?" Berkatalah Dia, "Begitulah, Allah cipta apa yang Dia
hendaki. Apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya,
'Jadilah', maka jadilah ia.
3:48.
Dan Dia mengajarnya al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil,
3:49. Untuk menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, 'Aku datang
kepada kamu dengan satu ayat (mukjizat) daripada Pemelihara kamu. Aku ciptakan
untuk kamu daripada tanah liat yang seperti bentuk burung, kemudian aku hembus
ke dalamnya, dan ia jadi seekor burung, dengan izin Allah, dan aku sembuhkan
orang buta dan penyakit kusta, dan aku juga hidupkan orang yang mati, dengan
izin Allah, dan aku beritahu kamu benda-benda yang kamu makan, dan apa yang
kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat
bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.
3:50.
Dan mengesahkan Taurat yang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagi kamu
sebahagian yang diharamkan kepada kamu. Aku datang kepada kamu dengan satu ayat
daripada Pemelihara kamu; maka kamu takutilah Allah, dan kamu taatlah kepadaku.
3:51.
Sesungguhnya Allah Pemeliharaku, dan Pemelihara kamu; maka sembahlah Dia.
Inilah jalan yang lurus.'"
3:52.
Dan apabila Isa sedari ketidakpercayaan mereka, dia berkata, "Siapakah
yang akan jadi penolong-penolongku untuk Allah?" Berkatalah
pengikut-pengikutnya yang setia, "Kami akan jadi penolong-penolong Allah;
kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.
3:53.
Wahai Pemelihara kami, kami percaya kepada apa yang Engkau turunkan, dan kami
ikut Rasul, maka tuliskanlah kami bersama orang-orang yang saksikan."
3:54.
Dan mereka buat tipu daya, dan Allah buat tipu daya, dan Allah adalah yang
terbaik daripada pembuat-pembuat tipu daya.
3:55.
Apabila Allah berkata, "Wahai Isa, Aku akan matikan kamu, dan naikkan kamu
kepada-Ku, dan Aku bersihkan kamu daripada orang-orang tidak percaya. Aku akan
buatkan orang-orang yang ikut kamu di atas orang-orang tidak percaya hingga
Hari Kiamat. Kemudian kepada-Ku kamu akan kembali, dan Aku akan hakimkan antara
kamu mengenai apa yang padanya kamu selisihkan.
3:56.
Bagi orang-orang tidak percaya, Aku akan azab mereka dengan azab yang keras di
dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong-penolong.
3:57.
Bagi orang-orang yang percaya yang buat kerja-kerja baik , Dia akan bayar
sepenuhnya upah mereka; dan Allah tidak suka orang-orang zalim."
3:58.
Itu yang Kami bacakan kamu adalah daripada ayat-ayat, dan Peringatan yang
bijaksana.
3:59. Sesungguhnya persamaan Isa di sisi Allah seperti persamaan
Adam. Dia ciptanya daripada tanah, kemudian Dia berkata padanya,
"Jadilah", maka jadilah dia.
3:60. Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu, maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
3:61.
Dan sesiapa debat kamu mengenainya, setelah pengetahuan datang kepada kamu,
maka katakanlah, "Marilah, hendaklah kita seru anak-anak kami dan
anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, dan diri-diri
kami dan diri-diri kamu, kemudian hendaklah kita mohon dengan rendah hati dan
letakkan laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta."
3:62.
Ini cerita benar. Tidak ada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Allah, Dia
Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
3:63.
Dan jika mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tahu orang-orang yang buat
kerosakan.
3:64.
Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kata yang sama, antara
kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah melainkan Allah, dan bahawa kita tidak
sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan janganlah sebahagian kita ambil sebahagian
yang lain sebagai pemelihara-pemelihara, selain daripada Allah." Dan jika
mereka berpaling, katakanlah, "Saksilah bahawa kami adalah muslim."
3:65.
Wahai ahli Kitab, mengapa kamu berdebat mengenai Ibrahim? Taurat tidak
diturunkan dan tidak juga Injil melainkan selepas dia. Apa, tidakkah kamu
faham?
3:66.
Inilah kamu, kamu berdebat mengenai pengetahuan yang ada pada kamu; mengapa
pula kamu berdebat mengenai apa yang kamu tiada pengetahuan padanya? Allah
tahu, dan kamu tidak tahu.
3:67.
Tidak, Ibrahim sebenarnya bukanlah seorang Yahudi, dan bukan juga seorang
Kristian, tetapi dia seorang Muslim, dan seorang yang lurus, dan dia bukan
daripada orang-orang yang sekutukan.
3:68. Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan Ibrahim ialah
mereka yang mengikutinya,
dan Nabi ini, dan orang-orang yang percaya; dan Allah Wali (Pelindung)
orang-orang mukmin.
3:69.
Ada segolongan daripada ahli Kitab menginginkan untuk menyesatkan kamu, tetapi
tiada yang mereka sesatkan melainkan diri-diri mereka sendiri, dan mereka tidak
sedar.
3:70.
Wahai ahli Kitab, mengapa kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah yang kamu
sendiri saksikan ?
3:71.
Wahai ahli Kitab, mengapa kamu campuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan
kamu sembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya?
3:72.
Ada segolongan daripada ahli Kitab berkata, "Percayalah kepada apa
diturunkan kepada orang-orang yang percaya pada permulaan siang, dan janganlah
percaya pada akhirnya, supaya mereka kemudian kembali,
3:73.
Dan jangan percayai sesiapa kecuali orang yang ikut agama kamu."
Katakanlah, "Petunjuk yang benar ialah petunjuk Allah, diberikan kepada
sesiapa yang serupa dengan apa yang kamu diberi", atau debat kamu di sisi
Pemelihara kamu, katakanlah, "Sesungguhnya pemberian adalah di tangan
Allah; Dia berikannya kepada sesiapa Dia hendaki, dan Allah Merangkumi,
Mengetahui.
3:74.
Dia pilih untuk pengasihan-Nya siapa Dia hendaki, dan Allah mempunyai pemberian
yang besar."
3:75. Dan daripada ahli Kitab ada yang, jika kamu percayakan
dengan satu timbunan, dia akan kembalikan kepada kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu percayakan
dengan satu dinar, dia tidak akan kembalikan kepada kamu, kecuali kamu selalu
berdiri di atas (menagih) dia. Itu kerana mereka berkata, "Tidak ada jalan
atas kami terhadap orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab, iaitu
Arab)." Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.
3:76. Tidak, tetapi sesiapa yang tepati perjanjiannya, dan
bertakwa, maka sesungguhnya Allah suka orang-orang bertakwa.
3:77. Sesungguhnya orang-orang yang menjual perjanjian Allah dan sumpah-sumpah mereka untuk harga yang
sedikit, mereka itu tidak dapat bahagian mereka di akhirat; Allah tidak akan
berkata-kata kepada mereka, dan tidak pandang kepada mereka pada Hari Kiamat,
dan Dia tidak juga menyucikan mereka; dan bagi mereka, azab yang pedih.
3:78.
Dan antara mereka, ada segolongan yang putarbalikkan lidah mereka dengan
al-Kitab supaya kamu sangka ia daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukan
daripada al-Kitab; dan mereka berkata, "Ia daripada Allah", tetapi ia
bukan daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka
mengetahuinya.
3:79.
Tiadalah bagi seseorang manusia bahawa Allah berikannya al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada
manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah."
Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab
kamu tahu al-Kitab, dan dengan sebab kamu pelajarinya."
3:80.
Dia tidak akan suruh kamu ambil malaikat-malaikat dan Nabi-Nabi sebagai Pemelihara-Pemelihara;
adakah Dia suruh kamu supaya tidak percaya setelah kamu muslim?
3:81.
Dan apabila Allah ambil perjanjian Nabi-Nabi, "Bahawa Aku beri kamu Kitab
dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang Rasul, mengesahkan
apa yang bersama kamu. Kamu akan percayainya, dan kamu menolongnya. Adakah kamu
setuju?" Dia berkata, "Dan, adakah kamu ambil beban-Ku kepada kamu
dengan syarat itu?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata,
"Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi."
3:82.
Kemudian, sesiapa berpaling sesudah itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak
mempedulikan perintah Tuhan).
3:83.
Apa, adakah selain daripada agama Allah yang mereka cari, dan kepada-Nya tunduk patuh sesiapa di
langit dan di bumi, dengan rela atau benci, dan kepada-Nya mereka akan
dikembalikan?
3:84. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa
diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim,
Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa diberi kepada Musa dan
Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang
pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
3:85.
Sesiapa mencari agama selain daripada Islam, ia tidak akan diterima
daripadanya, dan di akhirat dia adalah antara orang-orang yang rugi.
3:86. Bagaimanakah Allah akan beri petunjuk kepada kaum tidak
percaya sesudah keimanan mereka, dan saksikan bahawa Rasul itu benar, dan bukti-bukti yang jelas telah datang kepada mereka? Allah
tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
3:87.
Mereka itu, balasan mereka ialah bahawa ke atas mereka laknat Allah, dan para
malaikat, dan manusia, kesemuanya.
3:88.
Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; azab tidak akan diringankan untuk
mereka; tiada tangguh akan diberi kepada mereka.
3:89. Tetapi orang-orang yang bertaubat sesudah itu, dan
membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
3:90.
Sesungguhnya orang-orang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan kemudian
bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), maka taubat mereka tidak akan
diterima; mereka itulah orang-orang yang sesat.
3:91.
Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, dan mati dengan tidak percaya, maka
tidak akan diterima daripada seseorang pun antara mereka emas sepenuh bumi,
jika dia tebus dirinya dengannya; bagi mereka azab yang pedih, dan mereka tidak
ada penolong-penolong.
3:92.
Kamu tidak akan capai ketaatan sehingga kamu nafkahkan daripada apa kamu
cintakan, dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah
mengetahuinya.
3:93.
Semua makanan halal bagi Bani Israil, kecuali apa yang Israil haramkan dirinya
sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah, "Datangkanlah Taurat itu, dan
bacalah ia, jika kamu orang yang benar."
3:94. Sesiapa yang ada-adakan dusta terhadap Allah
setelah itu, mereka itulah
orang-orang zalim.
3:95. Katakanlah, "Allah berkata benar, maka ikutlah anutan
Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukanlah dia orang yang
sekutukan."
3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di
Bakkah, yang diberkati, dan jadi petunjuk bagi semua
alam.
3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan Ibrahim, dan sesiapa
masukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk
datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh buat jalannya ke sana. Dan orang tidak
percaya - maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.
3:98.
Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, mengapa kamu tidak percaya kepada ayat-ayat
Allah? Allah saksi atas apa kamu buat."
3:99.
Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, mengapa kamu halangi jalan Allah orang yang
percaya, dan inginkannya jadi bengkok, dan kamu sendiri saksi-saksi? Allah
tidak lalai daripada apa kamu buat."
3:100.
Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu taati segolongan daripada orang-orang
diberi al-Kitab , mereka akan kembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada
orang-orang tidak percaya.
3:101.
Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah
dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh
kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus.
3:102.
Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti,
dan janganlah kamu mati melainkan dalam kemusliman.
3:103.
Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu
berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu
bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya
kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu
daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu
dapat petunjuk.
3:104.
Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan kebaikan, dan menyuruh
yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka itulah orang-orang beruntung.
3:105.
Janganlah jadi seperti orang-orang yang berpecah belah, dan berselisih setelah
bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; mereka itu, bagi mereka, azab yang
besar,
3:106.
Pada hari apabila beberapa muka jadi hitam, dan beberapa muka jadi putih. Bagi
orang-orang yang muka-muka mereka jadi hitam, "Kenapa kamu tidak percaya
(kafir) sesudah keimanan kamu? Maka rasalah azab kerana kamu tidak
percaya."
3:107.
Tetapi bagi orang-orang yang muka-muka mereka jadi putih, mereka berada dalam
pengasihan Allah, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
3:108.
Ini adalah ayat-ayat Allah Kami bacakan kamu dengan benar, dan Allah tidak
hendak sebarang kezaliman bagi semua alam.
3:109.
Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi, dan kepada Allah semua
perkara dikembalikan.
3:110.
Kamu adalah umat terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik,
dan melarang yang mungkar, dan kamu percayai Allah. Sekiranya ahli Kitab
percaya, tentulah itu lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin,
tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.
3:111.
Mereka tidak akan mudaratkan kamu, melainkan dengan sedikit gangguan; dan jika
mereka memerangi kamu, mereka akan palingkan kepada kamu belakang mereka,
kemudian mereka tidak akan ditolong.
3:112.
Kehinaan akan ditimpakan kepada mereka, di mana sahaja mereka dijumpai, kecuali
dengan tali daripada Allah, dan tali daripada manusia, dan mereka dipenuhi
beban kemurkaan Allah, dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka; itu kerana mereka
tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut.
Demikianlah itu kerana mereka lakukan keingkaran, dan mereka mencabuli.
3:113.
Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat
yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud.
3:114.
Mereka percayai Allah dan Hari Akhir, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang
mungkar, dan mereka bersegera dalam kebajikan; mereka itulah orang-orang salih.
3:115.
Dan apa sahaja kebaikan kamu buat, tidaklah kamu akan dinafikan; dan Allah tahu
orang-orang bertakwa.
3:116.
Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, harta benda mereka tidak akan berguna
bagi mereka, dan tidak juga anak-anak mereka sedikit pun terhadap Allah; mereka
itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
3:117.
Persamaan apa yang mereka nafkahkan dalam kehidupan dunia ini seperti persamaan
angin yang sangat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menzalimi diri-diri
mereka sendiri, lalu ia musnahkannya; Allah tidak menzalimi mereka, tetapi
diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.
3:118.
Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil sebagai sahabat karib kamu
daripada selain kamu. Mereka tidak berhenti-henti hendak hancurkan kamu; mereka
ingin untuk deritakan kamu. Kebencian telah
nyata daripada mulut mereka, dan apa yang dada mereka sembunyikan adalah lebih
besar. Maka Kami jelaskan kepada kamu ayat-ayat, jika kamu faham.
3:119.
Beginilah kamu ini; kamu suka mereka, dan mereka tidak suka kamu; kamu percayai
Kitab, semuanya, dan apabila mereka berjumpa dengan kamu, mereka berkata,
"Kami percaya", tetapi apabila mereka menyendiri, mereka gigit
jari-jari mereka kerana marah pada kamu. Katakanlah, "Matilah dalam
kemarahan kamu; sesungguhnya Allah tahu apa yang di dalam dada."
3:120.
Jika kamu disentuh yang baik, ia sakitkan hati mereka, tetapi jika kamu ditimpa
yang buruk, mereka gembira dengannya. Namun begitu, jika kamu sabar, dan
bertakwa, muslihat mereka tidak akan mudaratkan kamu sedikit pun; sesungguhnya
Allah meliputi apa mereka buat.
3:121.
Apabila kamu berangkat pada pagi hari daripada keluarga kamu untuk menempatkan
orang-orang mukmin di tempat-tempat untuk berperang - Allah Mendengar,
Mengetahui.
3:122.
Apabila dua golongan daripada kamu bermaksud untuk berkecut hati walaupun Allah
Wali mereka - dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal
(mempercayakan).
3:123.
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu di Badar, tatkala kamu hina. Maka
takutilah Allah, dan supaya kamu bersyukur (berterima kasih).
3:124.
Ketika kamu kata kepada orang-orang mukmin,
"Adakah tidak mencukupi bagi kamu bahawa Pemelihara kamu membantu kamu
dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan kepada kamu?
3:125.
Ia, jika kamu sabar, dan bertakwa, dan jika mereka datang kepada kamu dengan
segera, Pemelihara kamu akan membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang
menyerang dengan pantas."
3:126.
Allah tidak buatkan ini melainkan sebagai berita gembira bagi kamu, dan supaya
hati kamu tenteram dengannya, dan pertolongan hanyalah daripada Allah, Yang
Perkasa, Yang Bijaksana.
3:127.
Supaya Dia potong sebahagian orang-orang tidak percaya, atau kecewakan mereka
supaya mereka balik dengan kecewa.
3:128. Tidak ada daripada urusan itu bagi kamu, sama ada Dia
terima taubat mereka, atau azab mereka; kerana mereka adalah orang-orang zalim.
3:129.
Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; Dia ampun siapa Dia
hendaki, dan azab siapa Dia hendaki; Allah Pengampun, Pengasih.
3:130.
Wahai orang-orang yang percaya, janganlah makan riba dua kali ganda dan
berganda-ganda, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.
3:131.
Dan takutilah Api yang disediakan untuk orang-orang tidak percaya.
3:132.
Dan taatlah kepada Allah dan Rasul supaya kamu dikasihani.
3:133.
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Pemelihara kamu, dan kepada
sebuah taman yang luasnya seperti langit dan bumi yang disediakan untuk
orang-orang bertakwa,
3:134. Yang nafkahkan dalam kesenangan dan kesusahan, dan tahan
kemarahan mereka, dan maafkan manusia; dan Allah
suka orang-orang buat baik,
3:135.
Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka
sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan
siapakah yang akan ampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka
tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka mengetahuinya.
3:136.
Mereka itu, balasan mereka ialah ampunan daripada Pemelihara mereka, dan
taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal
selama-lamanya; dan alangkah sangat baiknya upah bagi orang-orang yang beramal!
3:137.
Berbagai-bagai sunnah (resam) telah berlalu sebelum kamu, maka mengembaralah di
bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan.
3:138.
Ini adalah penjelasan bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu teguran bagi
orang-orang bertakwa.
3:139.
Jangan lemah, dan jangan sedih; kamu akan jadi yang lebih tinggi, jika kamu
orang-orang mukmin.
3:140.
Jika luka sentuh kamu, maka luka yang serupa telah pun sentuh kaum itu, dan
harinya itu Kami gilirkan antara manusia, dan supaya Allah tahu orang-orang
yang percaya, dan Dia ambil saksi-saksi daripada kalangan kamu; dan Allah tidak
suka orang-orang zalim.
3:141.
Dan supaya Allah buktikan orang-orang yang percaya, dan hapuskan orang-orang
tidak percaya.
3:142.
Atau, adakah kamu sangka kamu patut masuk Taman tanpa Allah tahu orang-orang
yang berjuang antara kamu, dan tanpa Dia tahu orang-orang yang sabar?
3:143.
Kamu inginkan kematian sebelum kamu temuinya; sungguh kamu telah melihatnya dan
kamu perhatikan.
3:144.
Muhammad tiadalah melainkan seorang Rasul; Rasul-Rasul telah berlalu sebelum
dia. Apakah, jika dia mati atau dibunuh, kamu akan balik di atas tumit-tumit
kamu? Jika seseorang balik di atas tumit-tumitnya, dia tidak akan mudaratkan
Allah sedikit pun; dan Allah akan balas orang-orang berterima kasih.
3:145.
Tiada sesuatu jiwa akan mati, kecuali dengan izin Allah, pada waktu yang telah
dikitabkan (ditetapkan). Sesiapa yang hendak ganjaran dunia, Kami berikannya
daripadanya, dan sesiapa yang hendak ganjaran akhirat, Kami berikannya daripadanya;
dan Kami akan balas orang-orang berterima kasih.
3:146.
Dan berapa ramainya Nabi yang bersamanya ramai telah berperang, dan mereka yang
ber-Pemelihara tidak jadi lemah kerana apa yang timpa mereka di jalan Allah,
dan tidak lemah, dan tidak juga tunduk; dan Allah suka orang-orang yang sabar.
3:147.
Tiada lain yang mereka kata kecuali ucapan mereka, "Wahai
Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang
membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan
tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya."
3:148.
Dan Allah beri mereka ganjaran dunia, dan sebaik-baik ganjaran akhirat, dan
Allah suka orang-orang buat baik.
3:149.
Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu taati orang-orang tidak percaya,
mereka akan kembalikan kamu di atas tumit-tumit kamu, dan kamu balik sebagai
orang-orang yang rugi.
3:150.
Tidak, tetapi Allah Pelindung kamu, dan Dia yang terbaik daripada
penolong-penolong.
3:151. Kami akan lempar ke dalam hati orang-orang tidak percaya ketakutan yang amat sangat, sebab mereka
sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa; tempat menginap
mereka ialah Api; buruknya tempat tinggal orang-orang zalim!
3:152.
Allah telah benar dalam janji-Nya kepada kamu, ketika kamu hancurkan mereka
dengan izin-Nya; sehingga kamu berkecut hati, dan berbalah dalam urusan, dan
mengingkari, setelah Dia perlihatkan kepada kamu apa yang kamu sukai. Antara
kamu ada yang hendak dunia, dan antara kamu ada yang hendak akhirat. Kemudian
Dia palingkan kamu daripada mereka, supaya Dia uji kamu; dan sesungguhnya Dia
maafkan kamu; dan Allah mempunyai pemberian kepada orang-orang mukmin (yang
percayai).
3:153.
Ketika kamu naik ke atas dengan tidak menoleh-noleh kepada seseorang, dan Rasul
menyeru kamu dari belakang kamu, lalu Dia ganjari kamu dengan kesedihan atas
kesedihan, supaya kamu tidak sedih kerana apa yang terlepas daripada kamu, dan
tidak juga kerana apa yang menimpa kamu; dan Allah sedar apa kamu buat.
3:154.
Kemudian Dia turunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur
nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka
membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti
orang-orang jahiliah sangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu
dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya."
Mereka sembunyikan di dalam diri-diri mereka apa yang mereka tidak nampakkan
kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan
ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu
berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah
dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir";
dan supaya Allah uji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia buktikan apa
yang di dalam hati kamu; dan Allah tahu apa yang di dalam dada.
3:155.
Orang-orang antara kamu yang berpaling pada hari dua kumpulan bertemu, syaitan
gelincirkan mereka kerana sebahagian apa yang mereka usahakan, tetapi Allah
maafkan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Penyantun.
3:156.
Wahai orang-orang yang percaya, janganlah jadi seperti orang-orang tidak
percaya, yang berkata kepada saudara-saudara mereka apabila mereka adakan
perjalanan di bumi, atau mereka dalam ekspedisi perang, "Sekiranya mereka
bersama kita, tentu mereka tidak mati, dan tidak dibunuh," - supaya Allah
buatkan yang demikian itu suatu penyesalan di dalam hati mereka. Dan Allah
menghidupkan dan Dia mematikan; dan Allah lihat apa kamu buat.
3:157.
Jika kamu terbunuh, atau mati di jalan Allah, ampunan dan pengasihan daripada
Allah adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.
3:158.
Sesungguhnya jika kamu mati, atau terbunuh, kepada Allah kamu dikumpulkan.
3:159.
Adalah dengan pengasihan Allah kamu berlaku lemah lembut kepada mereka, dan
sekiranya kamu berkasar dan berkeras hati, tentu mereka menyuraikan diri dari
sekeliling kamu. Maka maafkanlah mereka, dan mintalah ampun untuk mereka, dan
berundinglah dengan mereka dalam urusan. Apabila kamu sudah putuskan,
tawakallah kepada Allah; sesungguhnya Allah suka orang-orang yang tawakal.
3:160.
Jika Allah tolong kamu, tiada yang dapat kalahkan kamu, dan jika Dia abaikan
kamu, maka siapakah pula yang dapat tolong kamu sesudah-Nya? Maka kepada Allah
hendaklah orang-orang mukmin tawakal (mempercayakan).
3:161. Tiadalah bagi seorang Nabi untuk dia menipu, dan sesiapa
menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat; kemudian
tiap-tiap jiwa akan dibayar sepenuhnya apa yang ia usahakan, dan mereka tidak
dizalimi.
3:162.
Apa, adakah orang yang ikut kepuasan hati Allah itu sama seperti orang yang
dipenuhi beban kemurkaan Allah, yang tempat menginapnya Jahanam? Satu
kepulangan yang buruk!
3:163.
Mereka adalah berdarjat-darjat di sisi Allah, dan Allah lihat apa mereka buat.
3:164.
Sesungguhnya Allah berbudi baik kepada orang-orang mukmin apabila Dia
bangkitkan antara mereka seorang Rasul daripada mereka sendiri, untuk bacakan
mereka ayat-ayat-Nya, dan ucikan mereka, dan ajar mereka al-Kitab dan
Kebijaksanaan, sedang sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan yang nyata.
3:165.
Mengapa, apabila penderitaan menimpa kamu, dan kamu telah menimpakan dua kali
yang serupa dengannya, kamu berkata, "Bagaimanakah ini?" Katakanlah,
"Ini adalah daripada diri kamu sendiri; sesungguhnya Allah berkuasa atas
segala sesuatu."
3:166.
Dan apa yang menimpa kamu pada hari dua kumpulan bertemu adalah dengan izin
Allah, dan supaya Dia tahu orang-orang mukmin.
3:167.
Dan supaya Dia tahu orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka,
"Marilah berperang di jalan Allah, atau tangkislah." Mereka berkata,
"Sekiranya kami tahu bagaimana hendak berperang, tentu kami ikut
kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan
(kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa
yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat-sangat tahu apa yang
mereka sembunyikan.
3:168.
Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka dan mereka sendiri
duduk, "Sekiranya mereka taati kita, tentu mereka tidak terbunuh."
Katakanlah, "Maka tolaklah kematian itu daripada diri-diri kamu jika kamu
berkata benar."
3:169.
Janganlah sangka orang-orang yang terbunuh di jalan Allah sebagai sudah mati,
tetapi hidup di sisi Pemelihara mereka, diberi rezeki oleh-Nya.
3:170.
Mereka gembira dengan pemberian yang Allah beri mereka, dan gembira dengan
orang-orang yang tinggal di belakang yang belum turut bersama mereka, dan tiada
ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
3:171.
Mereka gembira dengan rahmat dan pemberian daripada Allah, dan sesungguhnya
Allah tidak sia-siakan upah orang-orang mukmin.
3:172.
Dan orang-orang yang sahut Allah dan Rasul-Nya setelah luka timpa mereka - bagi
orang-orang antara mereka yang buat baik dan bertakwa adalah upah yang besar.
3:173.
Orang-orang yang kepada mereka manusia berkata, "Manusia telah berkumpul
terhadap kamu, kerana itu takutilah mereka"; tetapi ia tambahkan mereka
dalam keimanan, dan mereka berkata, "Cukuplah Allah bagi kami. Wakil yang
sangat baik!"
3:174.
Maka mereka balik dengan rahmat dan pemberian daripada Allah, tidak disentuh
keburukan; mereka ikut kepuasan hati Allah; dan Allah mempunyai pemberian yang
besar.
3:175.
Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan wali-walinya (sahabat-sahabatnya),
maka jangan takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, jika kamu orang-orang
mukmin.
3:176.
Jangan mereka sedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan; mereka
tidak mudaratkan Allah sedikit pun. Allah tidak hendak adakan bagi mereka satu
bahagian di akhirat, dan bagi mereka, azab yang besar.
3:177.
Orang-orang yang beli ketidakpercayaan dengan keimanan, mereka tidak mudaratkan
Allah sedikit pun, dan bagi mereka, azab yang pedih.
3:178.
Dan janganlah orang-orang tidak percaya sangka pertangguhan yang kami beri
mereka itu lebih baik bagi diri mereka; Kami beri mereka tangguh hanya supaya
mereka bertambah dalam dosa, dan bagi mereka, azab yang hina.
3:179.
Allah tidak tinggalkan orang-orang mukmin dalam keadaan yang kamu sedang
berada, sehingga Dia pisahkan yang buruk daripada yang baik, dan Allah tidak
akan beritahu kamu yang ghaib; tetapi Allah pilih daripada Rasul-Rasul-Nya
siapa Dia hendaki. Maka percayalah kamu kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan
jika kamu percayai dan bertakwa, maka bagi kamu upah yang besar.
3:180. Tetapi orang-orang yang kikir dengan pemberian yang Allah
telah beri mereka, janganlah mereka sangka itu lebih baik bagi mereka; tidak,
ia adalah lebih buruk bagi mereka. Apa yang mereka kikir dengannya akan
digantung pada leher-leher mereka pada Hari Kiamat; dan kepunyaan Allah warisan
langit dan bumi; dan Allah sedar apa kamu buat.
3:181.
Sesungguhnya Allah dengar ucapan orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya
Allah fakir (memerlukan), dan kami kaya." Kami akan tulis apa mereka kata,
dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan Kami berkata,
"Rasalah azab yang membakar."
3:182.
Itu adalah kerana apa yang tangan-tangan kamu dahulukan, dan bahawa Allah
bukanlah penganiaya hamba-hamba-Nya.
3:183.
Orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah telah buat perjanjian dengan
kami supaya kami tidak percayai mana-mana Rasul sehingga dia datangkan kepada
kami satu qurban yang dimakan api." Katakanlah, "Rasul-Rasul telah
datang kepada kamu sebelumku dengan bukti-bukti yang jelas, dan dengan yang
kamu kata. Mengapa pula kamu
bunuh mereka jika kamu berkata benar?"
3:184.
Tetapi jika mereka dustakan kamu, maka telah didustakan Rasul-Rasul sebelum
kamu, yang datang dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur, dan Kitab yang
memberi cahaya.
3:185.
Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya
upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan
dimasukkan ke Taman, akan dapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada,
melainkan kesenangan yang memperdayakan.
3:186.
Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan
dengar daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang
yang sekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu sabar, dan bertakwa -
sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan.
3:187. Dan apabila Allah ambil perjanjian orang-orang diberi
Kitab, "Hendaklah kamu jelaskannya kepada manusia, dan janganlah sembunyikannya." Tetapi mereka melemparnya
ke belakang punggung mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit - alangkah
buruknya apa yang mereka jual!
3:188.
Janganlah sangka orang-orang yang gembira dengan apa yang mereka datangkan, dan
suka dipuji atas apa yang mereka tidak buat; janganlah kamu sangka mereka aman
daripada azab; dan bagi mereka, azab yang pedih.
3:189.
Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan Allah berkuasa atas segala
sesuatu.
3:190.
Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan dalam pergantian malam dan
siang, terdapat ayat-ayat bagi orang-orang empunya minda,
3:191.
Yang mengingat Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang
memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, "Wahai Pemelihara kami,
tidaklah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami
daripada azab Api.
3:192.
Wahai Pemelihara kami, sesiapa Engkau masukkan ke Api, maka sesungguhnya Engkau
aibkannya; dan orang-orang zalim tidak ada penolong-penolong.
3:193. Wahai Pemelihara kami, kami dengar seorang pemanggil yang memanggil kami
kepada keimanan, 'Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya.
Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan
lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami
berserta orang-orang yang taat.
3:194.
Wahai Pemelihara kami, berikan kami apa yang Engkau telah janjikan kami pada
Rasul-Rasul Engkau, dan janganlah Engkau aibkan kami pada Hari Kiamat;
sesungguhnya Engkau tidak mungkiri janji temu."
3:195.
Dan Pemelihara mereka sahut mereka, "Aku tidak sia-siakan amalan sesiapa
yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada
sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang hijrah, dan diusir daripada tempat
tinggal mereka, dan mereka yang disakiti di jalan-Ku, dan berperang, dan
dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan lepaskan daripada kejahatan-kejahatan
mereka, dan Aku akan masukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai"; satu ganjaran daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya
sebaik-baik ganjaran.
3:196.
Janganlah ia menipu kamu, bahawa orang-orang tidak percaya berulang-alik di
dalam negeri,
3:197.
Sedikit kesenangan, kemudian tempat menginap mereka ialah Jahanam; sebuah
buaian yang buruk!
3:198.
Tetapi orang-orang bertakwa kepada Pemelihara mereka, bagi mereka taman-taman
yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya
sebagai satu sajian daripada Allah; dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih
baik bagi orang-orang yang taat.
3:199.
Dan daripada ahli Kitab ada yang percayai Allah, dan apa diturunkan kepada
kamu, dan apa diturunkan kepada mereka; mereka rendah hati kepada Allah, tidak
jual ayat-ayat Allah untuk harga yang sedikit. Mereka itu, upah mereka adalah
di sisi Pemelihara mereka; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.
3:200. Wahai
orang-orang yang percaya, bersabarlah dan berlumba-lumbalah kamu dalam
kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan