ALLAH S.W.T
Berfirman :
Mereka takut kepada
Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka
mengerjakan apa yang diperintahkan.
Dan Allah berfirman:
"Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu
hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun
gementar.
Dan bagiNyalah (hak
milik) segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja tertentu
ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian)
maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.
Dan apa-apa nikmat
yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa
kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
Kemudian, apabila Ia
menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu
mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.
(Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka
kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka. Oleh
itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di
dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu).
Dan mereka (yang
musyrik itu) menentukan untuk keperluan benda-benda yang mereka tidak
mengetahui hal keadaannya, sebahagian dari harta-benda yang kami kurniakan
kepada mereka. Demi Allah! Sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa
yang kamu ada-adakan secara dusta itu.
[ Q.S. AN-NAHL 16 :
50-56 ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan