ALLAH S.W.T
Berfirman :
Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh
Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha
tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan. Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan
perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya :"Hendaklah kamu menegaskan kepada umat
manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh
itu, bertaqwalah kamu kepadaku". Ia
menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; Maha
Tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan. Ia menciptakan manusia
dari air benih, tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas
bantahannya. Dan binatang-binatang
ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda
yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya
juga kamu makan. Dan bagi kamu pada
binatang-binatang ternak itu, keindahan ketika kamu membawanya balik untuk
berihat, dan ketika kamu membawanya keluar.
Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-barang kamu ke mana-mana
negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah
payah. Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.
[ Q.S. AN-NAHL 16 :
1-7 ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan