The Alien - Link Select

Jumaat, 14 Ogos 2015

MUSLIM YANG ISLAM ???


ALLAH S.W.T
berfirman :
"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya  dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang."  
[ Q.S. AR-RA’D : 28 ]

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada ALLAH, lalu ALLAH menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri.”
[ Q.S. AL-HASYR : 19 ]

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah ALLAH di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring."
[ Q.S. AN-NISA’ : 103 ]

"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang."
[ Q.S. AL-AHZAB : 41-42 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab; "Khabarkan kepada kami."
Rasulullah S.A.W. pun bersabda ;
"Zikir (ingat) kepada ALLAH".
[ H.N.R.S : Imam At-Tirmizi dan Ibnu Majah Ra. A. ]



6 RUKUN IMAN
Beriman kepada ALLAH (99 nama ALLAH dan Sifat 21)
Beriman kepada Para MalaikatNya (10 Malaikat wajib)
Beriman kepada kitab-KitabNya,
Beriman kepada Para Nabi dan RasulNya,
Beriman kepada Hari Akhirat
Beriman kepada konsep Qada’ dan Qadar

5 RUKUN ISLAM
Mengucap Dua kalimah Iman : 
“Tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad itu Rasulullah yang terakhir dan penutup kenabian.”
Mendirikan Solat 5 waktu (Fajar, Zohor, Wusta, Maghrib dan Isyak)
Berpuasa di sebulan Ramadhan
Mengeluarkan Zakat  
Menunaikan Haji ke Mekah menurut kemampuan

1 RUKUN IHSAN

HAKIKAT ALLAH dan Sikap serta SifatNya yang perlu disedari dan difahami oleh Muslim yang menyembah ALLAH dalam Solat dan dalam Zikrullah : Menyembah ALLAH seakan-akan engkau melihatNya, mendengarNya, merasai kehadiranNya, mengetahui segala sikap dan sifatNya sebagai Tuhan yang berhaq disembah yang Maha Melihatmu, Maha Mengetahui segala apa yang ada dalam dirimu.  

Tiada ulasan: