The Alien - Link Select

Isnin, 1 Jun 2015

ONANI ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (yakni) Orang-orang yang khusyu' dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat dan orang-orang yang MENJAGA KEMALUANNYA, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”
 [ Q.S. AL-MUKMINUN 23 : 1-7 ]

“... ALLAH telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu... ”
[ Q.S. AL-AN’AM 6 : 119 ]

“Dan, janganlah kamu menghampiri ZINA, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
[ Q.S. AL-ISRAA 17 : 32 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
 “Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan) dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan.”
Daripada Abdullah ibn Mas’ud R.A
[ H.R.S : Imam bukhari, Muslim, Nasaie dan Ahmad Ra. A. ]

“Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali ALLAH S.W.T akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya.”
[ H.R.S : Imam Ahmad & At-Tabrani, Ibn Kathir & Al-Munziri Ra. A. ]

“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan ALLAH S.W.T: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan ALLAH S.W.T.”
[ H.R.S : Imam at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah Ra. A. ]

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan...”
Daripada Abu Abdillah Nu’man bin Basyir R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari & Muslim Ra. A. ]


 “HARUS melakukan Onani @ Istimna apabila bimbang akan berlaku zina dan tidak mampu berkahwin.” IMAM HANBALI & IMAM ABU HANIFAH Ra. A

“HARAM secara mutlak melakukan Onani @ Istimna.”
SYAIKH IBNU TAIMIYAH, IMAM AHMAD DAN IMAM MALIK Ra. A.


“Jauhilah Istimna (Onani) sesungguhnya, ia perbuatan Syaitan yang merosakkan jiwa dan raga. Ingatlah,  sesungguhnya Istimna (Onani) salah satu antara cabang yang mengundang maksiat Zina.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A


“Melemahkan zakar, pancutan pra-matang dan mati pucuk. Menyebabkan lemah daya fikir dan lemah daya ingatan, Menyebabkan keletihan, Membazir air mani dan menjadi satu sebab tersembunyi yang meruntuhkan kehidupan rumah tangga bagi yang sudah berkahwin. Keburukan Onani secara jelasnya merosakkan kesihatan tubuh pelakunya. Tidak kira lelaki atau wanita, elakkan Onani walau dengan apa cara sekalipun!”

DR. X


Tiada ulasan: