Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh
diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak puasa
bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang
membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam
matahari".
Puasa Ramadhan
Puasa Ramadhan
ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh
membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada
bulan Ramadhan. Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam
juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk
atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan
latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara
tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri
pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan
terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Dalil Wajib Puasa
Ramadhan
Firman Allah S.W.T: “
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu
menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah
s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh
Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya
telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah
fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka
segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala
syaitan......."
Niat Puasa Ramadhan
Tidak wajib dan tidak
juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa
bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa
Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad
s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Lafaz niat
Lafaz setiap malam.
Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ
تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku
puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
atau
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ
تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku
puasa esok kerana Allah Taala
Lafaz Niat Yang
Lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ
أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ
السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku
puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Sebenarnya bangun
untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa, malah ada niat atau
cita-cita di dalam hati untuk bangun sahur itu juga dikira sudah berniat untuk
berpuasa kerana seseorang itu tidak bangun sahur atau bercita-cita bangun sahur
melainkan bertujuan untuk berpuasa esok harinya, melainkan jika dia memang
berniat tidak mahu berpuasa jika tidak terjaga semasa waktu sahur.
Lafaz niat puasa Ramadhan
sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ
كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku
berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Digalakkan berniat
puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi
mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita
mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika
puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau
lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa
yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi
perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya,
dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang
berbaki, iaitu lafaz niatnya:
Waktu berniat
Waktu berniat bermula
daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib
hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan
niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa
berbuka.
Kelebihan Bulan
Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah
bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang
lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar.
Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang
lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama
seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika
mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika
mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya
selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang
tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang
yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang
mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak
mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi. Lailatul Qadar
satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia
lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan,
terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut.
Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam
al-Quran diturunkan, malam Qadar berlaku pada 17 Ramadhan, sementara menurut
al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21 Ramadhan. Orang yang pasti mendapat
sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak
secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat
untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat
‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan
sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat
sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)
Kerugian meninggalkan
puasa Ramadhan
Pahala puasa Ramadhan
amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah
melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar,
satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua
cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa
seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada
rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat
menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur
hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu
Khuzaimah).
DOA BUKA PUASA
Hukum puasa
Puasa Wajib
Puasa di bulan
Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan
difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya,
wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
Puasa Kifarah.
Puasa qadha
Puasa Nazar.
Puasa Sunat
Hari-hari berikut
disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
Puasa enam hari pada
bulan Syawal
Puasa pada Hari
Arafah pada 9 Zulhijjah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa
pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa
pada 9 Zulhijjah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
Puasa pada Hari
Asyura pada 10 Muharam
Puasa pada Hari Isnin
dan Khamis
Puasa pada 13, 14, 15
haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan
akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh. Juga
dikenali sebagai Puasa Hari Putih.
Puasa Haram
Puasa pada Hari Syak
pada hari 30 Syaaban
Puasa pada Hari Raya
Aidil Fitri pada 1 Syawal
Puasa pada Hari Raya
Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
Puasa pada Hari
Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijjah
Puasa perempuan haid
& Nifas
Puasa pada Hari
Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi
berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli
Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga, haram
berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
Puasa sunat seorang
perempuan tanpa izin suaminya sedangkan suaminya berada di rumah
Puasa bagi orang yang
bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Syarat wajib puasa
Orang-orang Islam
yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan
Ramadhan:
Berakal/waras
Baligh (cukup umur)
Mampu/tidak uzur.
Syarat sah puasa
Manakala syarat puasa
itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
Orang Islam
Berakal - tidak sah
jika gila atau kanak-kanak belum mumayyiz
Suci daripada haid
dan nifas
Dalam waktu yang
dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
Rukun puasa
Rukun puasa ada dua,
iaitu:
Berniat pada malam
harinya
Menahan diri dari
perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam
matahari.
Sunat puasa
Perkara-perkara
berikut disunatkan ketika berpuasa:
Makan sahur serta
melambatkannya
Menyegerakan berbuka
dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
Menjamu orang-orang
berbuka puasa
Solat Tarawih pada
malam harinya
Memperbanyakkan
ibadah dan berbuat kebaikan
Berungguh-sungguh dan
tekun berjaga malam pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk mendapatkan malam
al-Qadar atau Lailatul Qadar.
Perkara yang
membatalkan puasa
Manakala
perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
Makan dan minum
dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti
memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain
lagi.
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh
Mengeluarkan air mani
dengan sengaja
Keluar darah haid
atau nifas
Hilang akal (seperti
gila)
Pitam(termasuk
pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
Merokok disiang
hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
Murtad (keluar dari
Islam)
Memasukkan sesuatu ke
dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan
sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga
terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada
rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
Mereka yang diizinkan
berbuka
Terdapat kelonggaran
(harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
Orang yang sakit .
Orang yang berkerja
buruh.
Orang yang dalam
musafir (perjalanan).
Orang tua yang sudah
lemah.
Orang yang hamil dan
ibu yang menyusukan anak.
Doa buka puasa
اللهم لك صمت
وبك امنت وعلى رزقك
أفطرت
Ya Allah, Aku telah
berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan
apa yang Kau berikan
Tingkatan Puasa
Imam Abu Hamid
al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada
3 tingkatan:
Puasanya orang awam
(shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa
seperti makan dan minum.
Puasanya orang khusus
(shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari
segala bentuk dosa.
Puasanya orang
istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati
nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan
Pembahagian di atas
memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka
berada.
SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA UMAT ISLAM....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan