Selasa, 1 November 2011
MEKAH ???
HARI INI aku nak cite sikit pasal Mekah, sebagai pusat alam semesta ini yang bersambung tenaganya dengan baitul Makmur di atas langit dan seterusnya ke Jannatul Naim di Syurga yang indah... Insyallah kita semua akan ke sana dankembali ke sana kerana itu adalah tempat asal kita...tempat Datuk kita Nabi Adam a.s dijadikan buat kali pertama. semua anak cucunya akn kembali ke sana kecuali mereka yang mengikut jalan Iblis Laknatullah... sekarang mari kita sama-sama menghayati sejarah tempat yang paling diberkati Allah di seluruh cakrawala ini...
Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.
Nabi Muhammad s.a.w. ialah rasul terakhir umat Islam dan dilahirkan pada tahun 570 Masihi di Makkah. Semasa baginda berusia 40 tahun, baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. menerusi Malaikat Jibril di sebuah gua bernama Gua Hira di Jabal al-Nur (Bukit Cahaya). Pada tahun 622 Masihi, baginda berhijrah ke Yathrib (sekarang Madinah) yang juga menjadi kota suci Islam kedua.
Orang bukan Islam adalah dilarang daripada memasuki Makkah. Sekatan jalanraya diadakan pada setiap pintu masuk di Kota Makkah. Hal ini bagi memelihara kesucian Kota Makkah.
Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang. Selepas Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya.
Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Bukit Safa daripada Jabal Qubais hinggalah ke Bukit Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah s.w.t., maka air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.
Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Makkah. Nabi Ibrahim a.s. melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi. Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. kemudiannya membina Kaabah.
Al Masjid Al Haram di Makkah, tempat paling suci dalam IslamPada tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Makkah hendak diserang oleh tentera Abrahah yang cemburu dengan kemajuan Makkah sebagai pusat keagamaan di kawasan Semenanjung Arab. Mujur dengan kuasa Allah s.w.t., tentera Abrahah ditewaskan. Tahun kejadian itu digelar sebagai Tahun Gajah.
Makkah juga merupakan tanah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. hidup dalam kalangan masyarakat yang menyembah berhala tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak lupa akan ajaran Nabi Ibrahim a.s.
Satu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. yang ketika itu berumur 40 tahun sedang berada di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah s.w.t. Wahyu itu memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Makkah. Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Makkah tetapi kebanyakkan mereka menentangnya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Ajaran Islam kemudiannya berkembang ke seluruh Semenanjung Arab. Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya kembali ke Makkah pada tahun 628 Masihi bersama-sama ribuan pengikut baginda. Mereka memasuki Makkah tanpa mengalirkan darah. Peristiwa itu dinamakan sebagai Pembukaan Kota Makkah. Penduduk Makkah akhirnya menganuti ajaran Islam dan ini menjadikan Makkah pusat perkembangan Islam.
Makkah terletak pada ketinggian 277 meter (910 kaki.) daripada aras laut. Bandar raya ini terletak di antara gunung-ganang yang telah ditakrifkan pengembangan kontemporari bandar raya ini. Bandar raya ini berpusat di sekitar Masjid al-Haram (tempat paling suci). Sekitar kawasan masjid terdapatnya kawasan bandar lama. Jalan-jalan utama di situ adalah Al-Mudda'ah dan Sūq al Layl ke utara masjid dan As-Sūg as Saghīr ke selatan. Rumah-rumah berdekatan dengan kawasan masjid telah dimusnahkan dan digantikan dengan tempat-tempat terbuka dan jalan-jalan juga diluaskan. Kompleks kediaman adalah lebih padat dalam kawasan bandar lama daripada di kawasan perumahan. Rumah-rumah tradisional dibina menggunakan batu-batu tempatan dan setinggi dua hingga tiga tingkat. Bandar raya ini mempunyai beberapa kawasan sesak di mana jemaah-jemaah miskin yang tidak dapat membiayai bayaran perjalanan pulang selepas menunaikan fardhu haji menetap.
Kemudahan pengangkutan berkaitan dengan Haji atau Umrah (haji kecil) merupakan perkhidmatan utama yang boleh didapati. Makkah tidak mempunyai lapangan terbang atau perkhidmatan landasan. Jalan-jalan berturap dan lebuh raya moden di Makkah menghubungkannya dengan bandar raya lain di Arab Saudi. Kebanyakan jemaah haji mengakses bandar ini melalui terminal haji Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz atau Pelabuhan Islam Jeddah yang kedua-duanya terletak di Jeddah.
Setiap tahun umat Islam akan datang ke Kota Makkah bagi mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun mengikut kalendar Islam. Antara ibadat haji itu ialah tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Ibadah haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam.
SK : begitulah sejarahnya... tetapi hari ini Mekah akan dirobohkan secara pelahan-lahan oleh rencana Zionis dan Freemason yang sedang mulai berakar umbi di tanah suci itu... jkelak di khabarkan bahawa Dajjal akan memasukinya di akhir zaman dan akan cuba dirobohkan tetapi Dajjal tetap akan maut di tangan nabi Isa a.s... padan muka dia!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan