The Alien - Link Select

Khamis, 24 November 2011

ALERGIK GATAL-GATAL???

PETUA KHAS...
1. Asam jawa

Ambil asam jawa, lengkuas dan ibu kunyit dan tumbuk sehingga halus. Sapukan hasil yang telah lumat itu tadi ke bahagian badan yang bermasalah. Ulangi sehingga benar-benar sembuh.

2. Dukung anak

Ambil setengah sudu daun pokok dukung anak, gula batu dan 1 sudu teh Klembak (Rhubarb). Parut rhubarb dan campurkan dengan daun pokok dukung anak. Campurkannya ia dengan 1 ¼ gelas air dan masak. Biarkan mendidih sehingga air rebusan menjadi ¾. Masukkan gula batu dan minum. Ulang sehingga sembuh.

3. Lobak merah

Parut lobak merah dan lumurkan pada makanan laut yang ingin anda masak. Biarkan seketika dan masaklah makanan laut tersebut.

4. Batu merah

Tumbuk batu tersebut hingga menjadi serbuk, sehingga menghasilkan segelas serbuk batu merah. Goreng tanpa minyak serbuk batu tersbut dan masukkan ke dalam sehelai kain. Tekapkan ia pada bahagian yang terkena alergik.

selamat mencuba!!!

Tiada ulasan: