ISNIN- sehari setengah meraikan jamuan hari Raya di Ptar 1. cukup memenatkan dan seronok. Terutamanya menu rayanya yang amat menyelerakan! aku hari ini pakai baju melayu kelabu yang aku beli sejak tahu 2003 lagi... baju melayu yang cukup panjang usianya berkhidmat dengan aku. sebenarnya baju melayu tu aku beli kat STULANG, JB. itu pun bukan duit aku lah... duit ayah kepada kawan aku, Ustaz Lex. baik hati menerima aku sebagai sebahagian dari keluarganya. dan aku yang ketika itu masih terkontang kanting mnecari trackm kehidupan dan masih study akaun di INTEC 17 UITM haya menerima sedekah itu dengan hati yang amat gembira. so, aku beli baju melayu kelabu set tu...dan tidak disangka. sedekah yang berkat itu hingga kini ia masih berkhidmat kepadaku... subhanallah.. inilah rezeki yang halal dan suci yang selalu kita kadang2 tidak terfikir untuk bersyukur. dan aku hari ini, gembira dengan jamuan yang meriah tahun ini. Raya 2011!
Ramai juga yang hadir walaupun ada antara orang Ptar tyang jauh2 tu tak mampu datang untuk meraikannya. tetapi kehadiran staff p1 semuanya membuatkan jamuan ini memang sesuatun yang ditunggu-tunggu semua. apa yang paling best bagi aku ialah... sate!!!
dan kawan aku menjadi saksi, aku menghabiskan 10 batang cucuk sate sekali harung!!
hehehehe.... apa pun selamat hari raya buat semua dan maaf zahir dan batin...
Isnin, 26 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan