The Alien - Link Select

Selasa, 26 Julai 2011

FATWA HUKUM MEROKOK BERCANGGAH!!!

KUALA LUMPUR 25 Julai – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat bercanggah pendapat mengenai hukum merokok apabila satu pihak mengatakan ia makruh manakala satu pihak lagi memfatwakannya sebagai haram.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha, perbuatan merokok adalah makruh selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan atau mengganggu kesihatan para penghisapnya.

Namun katanya, hukum merokok bertukar haram apabila perbuatan itu jelas mengganggu kesihatan atau mendatangkan kemudaratan kepada orang yang mengambil bahan itu.

“Pengharaman rokok tidak boleh disamakan dengan pengharaman arak dan khinzir sebab arak dan khinzir jelas diharamkan dalam al-Quran dan hadis tetapi bagi rokok tidak ada.

“Ulama berselisih pendapat dalam pengharaman rokok dan ia lebih kalau mendatangkan mudarat,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Penyampaian Sumbangan dan Pelancaran Ihya Ramadan Peringkat Kebangsaan di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin.

Dalam pada itu, Abdul Shukor berkata, fatwa pengharaman rokok telah lama diwartakan oleh majlis tersebut iaitu sejak 1995 dan ia kekal sehingga sekarang.

Katanya, pengharaman itu berdasarkan tiga sebab iaitu merokok membahayakan kesihatan para penggunanya, mendatangkan kemudaratan kepada orang di sekeliling perokok serta alam sekitar dan perbuatan tersebut menjurus kepada pembaziran.

Bagaimanapun, beliau mengakui pengharaman rokok adalah tidak seragam dan setakat ini ia hanya diwartakan di dua buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor.

Justeru, beliau meminta negeri-negeri lain supaya segera mewartakan pengharaman rokok bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

“Kita tidak boleh menguatkuasakan pengharaman rokok kerana walaupun dari segi hukum syarak sudah jelas ia haram tetapi apabila kita buat fatwa, dari segi penguatkuasaan ia mesti fatwa yang digazet.

“Peringkat pusat iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh menggazetkan fatwa, yang boleh gazetkan fatwa adalah di peringkat majlis agama negeri dan perkara agama adalah di bawah bidang kuasa negeri,” jelasnya.

ROKOK ITU HARAM DAN MEROKOK ITU JUGA JUGA HARAM!!!

Tiada ulasan: