The Alien - Link Select

Selasa, 3 Mei 2011

OSAMA BIN LADEN???


WASHINGTON 3 Mei – Pasukan tentera rahsia yang membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di Pakistan kelmarin terdiri daripada anggota komando elit SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang diterbangkan khas menyeberangi sempadan dari Afghanistan.
Dalam operasi sulit itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa Pakistan, beberapa helikopter Blackhawk MH-60 yang diubah suai berlepas dengan membawa pasukan SEAL dari Pangkalan Udara Ghazi menuju ke bandar garison Abbottabad, kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Islamabad.
Sejumlah 22 orang terbunuh atau ditangkap selepas tembakan bertalu-talu dilepaskan selama lebih 40 minit, termasuk Osama yang mati akibat terkena dua tembakan di sebelah kiri muka.
Mayatnya dibawa dengan helikopter yang kembali ke pangkalan, manakala sebuah helikopter mengalami kerosakan mekanikal dan terpaksa dimusnahkan oleh tentera AS, kata pegawai tentera dan White House kepada akhbar National Journal, semalam.
Jika tidak kerana sasaran bernilai tinggi itu, misi tersebut boleh dianggap sebagai rutin bagi pasukan SEAL Team Six yang sangat terlatih, secara rasminya dikenali sebagai Kumpulan Pembangunan Peperangan Khas Tentera Laut tetapi sebagai DevGru di kalangan penduduk tempatan di pangkalan mereka di Dam Neck, Virginia.
Sasaran kali ini sangat istimewa dan serangan ke atas pekarangan sebuah rumah seluas setengah hektar di Abbottabad itu memerlukan latihan rapi, kerana itu mereka mendirikan pekarangan serupa di Camp Alpha, sebahagian daripada Pangkalan Udara Bagram di Afghanistan.
Operasi latihan diadakan beberapa kali pada awal bulan lepas.
DevGru terletak di bawah Pusat Pemerintahan Operasi Khas Bersama (JSOC), gabungan luar biasa terdiri daripada pelbagai pasukan petugas rahsia dan unit misi khas.
Mereka menjawab langsung kepada Presiden AS dan menjalankan operasi di seluruh dunia berdasarkan arahan sulit Presiden yang berteraskan undang-undang (atau luar batas undang-undang)
-kebiadaban Tentera US...
Semoga Allah memanjangkan usia mereka, memperbanyakan harta benda mereka, menghimpunkan segala fitnah atas mereka, dan mengekalkan mereka dalam NERAKA...
amin

Kematian Osama tidak jejas rangkaian militan Asia Tenggara
JAKARTA 3 Mei - Rangkaian militan di Asia Tenggara melihat pembunuhan Osama bin Laden di Pakistan hanya sebagai tamparan kecil kepada perjuangan mereka.
Reaksi terhadap kematian Osama itu disiarkan di satu laman web Indonesia yang dikendalikan oleh seorang militan dikenali sebagai 'Putera Jihad'.
"Jika berita itu benar, kita semua patut bergembira kerana memang menjadi impiannya untuk mati syahid di jalan Allah.
"Umat Islam tidak perlu bimbang, kerana dengan kehadiran Sheikh Osama atau tidak, jihad akan diteruskan dan Sheikh Osama yang lain akan muncul sebagai pengganti," menurut kenyataan di laman web itu.
Gerakan militan di Asia Tenggara seperti Jemaah Islamiah (JI) di Indonesia dan Abu Sayyaf di Filipina pernah bekerjasama dengan al-Qaeda serta mendapat inspirasi daripada rangkaian yang diasaskan oleh Osama itu, tetapi mempunyai matlamat dan kaedah yang berasingan, kata penganalisis.
Pengerusi pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU), Said Aqil Siradj berkata, kematian Osama 'tidak akan terus menghapuskan fahaman radikal dari muka bumi'.
"Kita perlu sentiasa berwaspada kerana fahaman radikal sudah lama wujud dan tidak akan hilang, komitmen kita yang berterusan untuk bertindak memerangi fahaman radikal tidak boleh luntur," ujar beliau.
Sungguhpun al-Qaeda sudah lama menjalinkan hubungan erat dengan militan di Asia Tenggara, rangkaian Osama itu tidak pernah menguasai kumpulan militan di rantau ini dan kematiannya tidak akan menjejaskan operasi mereka, kata penganalisis.
-Begitulah pejuang Islam... IMPIANNYA adalah SYAHID... Alhamdulillah... hajatnya itu telah dikabulkan Allah... semoga Allah menerima amal ibadahnya...Al-Fatihah. Dan 1 Osama pergi...10 OSAMA AKAN MUNCUL PULA!
Pembunuhan Osama difilemkan
LOS ANGELES 3 Mei - Pengarah yang pernah memenangi Anugerah Oscar, Kathryn Bigelow dilapor sedang menerbitkan filem bertajuk Kill Bin Laden yang memaparkan pembunuhan dalam serangan pada 11 September, Osama Bin Laden oleh Amerika Syarikat (AS).
Filem yang dibiayai anak perempuan jutawan teknologi Larry Ellison, Megan Ellison itu akan menampilkan aktor Australia, Joel Edgerton, 36, yang sebelum ini pernah berlakon dalam Star Wars.
Menurut laman web industri filem, Deadline.com semalam, Bigelow yang juga pengarah wanita pertama memenangi Oscar menerusi filem The Hurt Locker pada tahun lalu, telah merancang dan memilih pelakon untuk filem tersebut sejak beberapa minggu lalu.
Plot asal filem itu dibuat berdasarkan misi-misi tentera AS yang gagal membunuh pemimpin al-Qaeda tersebut di kawasan sempadan antara Afghanistan dan Pakistan.
Bagaimanapun, Deadline.com melaporkan, jalan cerita Kill Bin Laden akan diubah kepada berakhir dengan 'kejayaan' sama seperti operasi tentera AS yang berjaya membunuh ketua militan tersebut.
-SEMOGA FILEM INI BERJAYA DILAKUKAN... BIAR SATU DUNIA TAHU! DAN SEMOGA IA MENGAUT KEUNTUNGAN YANG BANYAK! SUPAYA TENTERA US DAPAT MEMBANGUNKAN SENJATA-SENJATA CANGGIH UNTUK MENSYAHIDKAN PEJUANG ISLAM... SEMAKIN BANYAK SYAHID...SEMAKIN BAGUS!
“SESUNGGUHNYA DUNIA DIHIMPUNKAN UNTUK MEREKA YANG KAFIR KEPADA ALLAH...DAN DIAKHIRAT MEREKA ITU AKAN DIRUGIKAN DAN DIHIMPUNKAN MEREKA ITU KE DALAM NERAKA YANG MENYALA-NYALA DAN PENUH DENGAN AZAB YANG AMAT KERAS DAN MENYIKSAKAN.”- HADIS NABI MUHAMMAD SAW.

SIAPA OSAMA BIN LADEN?
Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden (Arab: أسامة بن محمد بن عوض بن لادن‎,ʾUsāmah bin Muḥammad bin ʿAwaḍ bin Lādin; 10 Mac 1957 – c. 1 Mei 2011 ialah seorang ahli keluarga bin Laden yang kaya-raya dari Arab Saudi dan pengasas pertubuhan jihad al-Qaeda yang bertanggungjawab atas serangan 11 September di Amerika Syarikat dan banyak lagi serangan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam mahupun tentera. Sebagai akibat penglibatannya dan sokongannya kepada jihad pelampau yang menggunakan kekerasan, Osama bin Laden kehilangan kerakyatan Saudi dan tidak diakui lagi sebagai ahli keluarga bin Laden.[5]
Osama bin Laden berada dalam senarai Sepuluh Buronan Paling Dikehendaki dan Pengganas Paling Dikehendaki oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat kerana penglibatannya dalam pengeboman kedutaan-kedutaan negara tersebut pada tahun 1998.[6][7][8]
Sejak tahun 2001, Osama bin Laden dan pertubuhannya menjadi sasaran utama dalam Perang Terhadap Keganasan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat. Bin Laden dan ketua-ketua al-Qaeda yang lain dipercayai bersembunyi berdekatan Kawasan Kabilah Tadbiran Persekutuan di Afghanistan dan Pakistan.
Pada 1 Mei 2011, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan di saluran televisyen kebangsaan bahawa bin Laden telah dibunuh oleh tentera Amerika dan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) di Abbottabad, Pakistan dan jenazahnya berada dalam tahanan Amerika Syarikat.
Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden (bahasa Arab: أسامة بن محمد بن عود بن لادن) yang secara popular dikenal dengan Osama bin Laden, dilahirkan pada tanggal 28 Jun 1957 di kota Jeddah, Arab Saudi, kawasan pantai Laut Merah. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang anak bersaudara.
Bapanya bernama Mohammed bin Laden, adalah seorang petani miskin dari Yaman yang kemudian berpindah ke Arab Saudi selepas Perang Dunia II. Di tempat yang baru ini Mohammed bin Laden memulakan kerjayanya yang baru bergerak dalam bidang perniagaan pembangunan. Pada akhirnya beliau mendapat banyak kontrak bagi pembangunan masjid-masjid dan istana-istana yang sangat bernilai dari pemerintah Arab Saudi. Oleh kerana itu beliau telah mengembangkan tali persahabatan yang sangat akrab dengan keluarga Kerajaan Saudi. Mohammed bin Laden kemudian telah menjadi salah seorang yang paling kaya di Arab Saudi, yang dianggarkan memiliki aset jutaan dollar Amerika Syarikat. Dari keuntungannya ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham sejumlah hampir 300 juta dollar Amerika.
Osama bin Laden mula membangunkan jaringan komunikasinya pada tahun 1979 ketika beliau ke Afganistan menyertai perang kaum pejuang Afgan yang dikenali sebagai kaum mujahidin yang tetap bertahan dan bertempur melawan Kesatuan Soviet. Osama mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan pengaruhnya keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan, dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik dan bantuan kemanusiaan. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran selama perang Afganistan.
Ketika peperangan melawan Soviet hampir berakhir, Osama menubuhkan gerakan Al Qaeda, sebuah organisasi bekas pejuang Mujahedin dan para penyokong lainnya yang membantu menyalurkan baik dana dan pasukan pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.
Ketika tentera Soviet berundur keluar dari Afghanistan, Osama bin Laden pulang ke Arab Saudi dan menceburi perusahaan pembinaan dan pembangunan milik keluarga, Kumpulan Perusahaan Bin Laden. Di sini beliau kemudiannya bersama dengan kelompok orang-orang Saudi yang haluan kiri dan menentang pemerintahan kerajaan / monarki Saudi, iaitui terhadap [[Keluarga Raja Fahd. Pada tahun 1995 Osama bin Laden membangunkan infrasruktur di Sudan ketika hubungannya dengan Presiden Umar Al Basyir dan Dr Hasan Turabi yang memerintah Sudan.
Pada tahun 1994, Pemerintah Saudi menarik hak kewarganegaraan Osama dan membekukan seluruh aset dan kekayaannya di seluruh negara.Menurut Pemerintah Amerika Syarikat, Al Qaeda telah meniru gerakan-gerakan perikatan dengan pola pemikiran golongan fundamentalis, seperti misalnya golongan Al-Jihad di Mesir, Gerakan Hizbullah di Iran, Front Islam Nasional di Sudan, dan kelompok-kelompok jihad lain di Yaman, Saudi Arabia, dan Somalia. Organisasi Osama bin Laden juga memiliki ikatan-ikatan dengan "Kelompok Islam" yang pada suatu ketika dibawah pimpinan Syaikh Omar Abdel Rahman, seorang ulama Mesir yang di jatuhi hukuman penjara seumur hidup sejak pengakuannya pada tahun 1995 menggagalkan persekongkolan meletupkan beberapa tempat di kawasan bandar New York. Pada akhir tahun 1990-an dua orang anak Sheikh Rahman bergabung bersama kekuatan tentera dan perjuangan Osama bin Laden.
Sejak tahun 1992, Pemerintah Amerika Syarikat memberi amaran bahawa Osama bin Laden dan anggota-anggota lainnya dari gerakan Al Qaeda menjadi sasaran tentera Amerika yang bertugas di Saudi Arabia, dan di Yaman, dan kesatuan ketenteraan yang ditugaskan di Gurun Afrika, termasuk di Somalia. Pada bulan Oktober 1993, dilaporkan 18 orang anggota tentera kebangsaan Amerika Syarikat yang bekerja untuk bantuan kemanusiaan di Somalia, terbunuh di sana ketika menjalankan kerja sosial mereka. Mayat tentera pekerja sosial itu diseret dan dianiaya di sepanjang jalan-jalan raya. Pada tahun , Osama bin Laden dikenakan hukuman atas tuduhan melatih orang-orang yang terlibat dalam serangan pembunuhan tentara pekerja sosial tersebut dan beliau menyatakan bahawa para pengikutnya bersama kaum Muslim setempat telah membunuh tentera-tentera itu.Perundangan Amerika Syarikat turut menuduh bahawa Osama bin Laden memiliki jaringan dengan serangan-serangan yang gagal ke atas dua hotel di Yaman di mana para tentera Amerika Syarikat bermalam dalam perjalanan mereka ke Somalia.
Pada 7 Ogos 1998,lapan tahun selepas tentera AS di tugaskan beroperasi di Arab Saudi, dua trak mengandungi bom meletup di luar Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Nairobi, Kenya; dan di Dares Salaam, Tanzania. Osama bin Laden mengaku tidak bertanggungjawab, tetapi para Hakim menegaskan keterlibatan dan kesalahannya itu terbukti dengan adanya surat-surat faksimili yang dikirimkan oleh kelompok Sel Osama di London setidaknya kepada tiga agen penjualan media internasional. Para Hakim juga menunjukkan pengakuan penjenayah tertuduh pelaku pengeboman Kedutaan-Kedutaan Besar , yang mengaku mereka adalah anggota gerakan Al Qaedah.
Empat belas hari kemudian, pada 20 Ogos 1998, Presiden Bill Clinton memerintahkan armada Kapal Perang Amerika Syarikat menggempur kem-kem di Afganistan yang disyaki sebagai markas latihan pengganas, dan penggempuran keatas kilang pengujian bahan kimia di Khartoum, Sudan. Osama bin Laden selamat dari serangan itu dan dijatuhkan hukuman oleh kerajaan Amerika Syarikat atas tuduhan sebagai perancang serangan-serangan bulan November 1998.
Presiden George W. Bush telah menyatakan bahawa Osama adalah tertuduh utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada 11 September 2001; dan serangan pengganas yang lain keatas Kedutaan-Kedutaan Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan asset-aset Amerika Syarikat yang lain.

PERGINYA SEORANG PEJUANG SEJATI... SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MERAHMATI ROHNYA...
AMIN...

Tiada ulasan: