Isnin, 11 April 2011
ANAK ANJING COMEL DI STESEN KOMUTER PADANG JAWA
Pagi ini, lepas solat subuh aku seperti biasa yang menjadi rutin hidupku, menghantar bakal ibu kepada anakku yang bakal melihat dunia ini ke stesen komuter Padang Jawa. Jam lebih kurang 6.45 pagi, hujan renyai dan jalan agak sesak di atas flyover yang sekengkang kera. tetapi dalam cuaca dingin pagi itu hati aku tiba-tiba tersentuh dengan seekor anak anjing-puppy yang cute dan comel, berbulu putih yang dikotori air hujan dan becak tanah, sedang duduk di tepi tangga utama stesen, kesejukan dan kelihatan menggigil, amat membuatkan aku kasihan dan sayu melihatnya. anak anjing itu merenungku, seolah-olah memohon simpati agar menjadi 'tuannya'. aku faham dan sedar, anak anjing yang berbaka berkualiti ini tentu sesat atau kehilangan tuannya. sedih bukan? aku tegur dengan bahasanya."woof! woof!" hehehe.. kelakar gak... tetapi hati aku benar2 sayu lihat anak anjing yang comel itu.
Bini aku lak, takut nak lalu.. punya lah besar tangga tu. luas dan selamat. anak anjing tu duduk je kat hujung tepi tangga...ditimpa hujan... sejuk... aku sebenarnya nak amik je anak anjing tu.. bawa balik.. tetapi meikirkan dia basah dan tentunya aku ekna samak pula. satu hal... dah la aku lewat nak pi keje lak... dah tu kompom bini aku mengamuk sakan kalau aku bawa anak anjing ni balik rumah...(tentu anak anjing tu lapar...), sedangkan kucing pun dia tak nak ada dalam rumah atau aku pelihara anak kucing... inikan pula anjing... yang memang HARAM dimakan oleh orang islam... tetapi dibolehkan memeliharanya atas sebab seperti mengawal ladang atau rumah... dengan syarat mesti berada di luar rumah sahaja... agar tidak mengotorkan rumah. Aku tau, anjing hanya haram bersentuhan dengan kita apabila ia basah... kalau kering, tidak menjadi masalah.. boleh sahaja menyentuhnya...dan majoriti orang yang menyentuh binatang jinak dan ganas ini... sebenarnya adalah kerana tertarik pada kecomelan dan rasa kasihan padanya. memang aku sedih dan kasihan melihat anak anjing tu tatkala aku meninggalkan stesen komuter padang Jawa... tiada siapa yang peduli anak anjing comel itu walaupun dia merenung sayu setiap orang yang menaiki tangga tersebut untuk menaiki komuter ke KL di pagi buta itu. mengharapkan salah seorang akan menjadi tuannya dengan kasih sayang pada seekor anjing sepertinya.. Sampai saat ini aku masih memikirkan anak anjing berbulu putih dan lebat itu.... bagaimanakah nasibnya setelah aku berlalu?
Wallahu alam... semoga dia bertemu dengan seorang yang amat penyayang pada binatang. kerana aku bimbang, dia akan dilenyek tayar kereta atau dilanggar motor di kawasan itu... semoga dijauhkan... gambar2 ini sekadar hiasan. tetapi menggambarkan 70 % situasi anak anjing comel itu...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
sayu la baca.... mmg comel puppy tu.. tapi nak buat cam ne...
Rasa nak nangis sebenarnya bila mengenangkan perasaan kita yang amat kasihan tetapi tidak mampu untuk membelanya kerana sebab tertentu yang membuat kita serba salah....
Catat Ulasan