Khamis, 17 Februari 2011
DOA SUSAH TIDUR
Malam tadi, boie tak lena tidur katanya.. mungkin terlalu penat... sampaikan susah nak tidur... namun, syabas wahai isteriku...akhirnya boie gagahkan diri juga untuk bangun Tahajjud...alhamdulillah... lepas tu barulah le tido ngan nyenyaknya sampai tak larat nak bangun dah... heheheh... tetapi sebab semangat nak kerja kerana Allah tu yang buatnya bangun Subuh dan bersiap pi kerja... :) tahniah wahai isteriku... di sini aku kepilkan sekali doa untuk mereka yang susah tidur... kalau malas nak solat sunat dua rakaat sebelum nak tidur la... amalakn doa ini...
Zaid bin Thabit r.a. menyatakan beliau mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa beliau mengalami masalah susah hendak tidur, maka Rasulullah s.a.w. mengajar beliau doa ini,
اللهُــمّ َ غـَــارَتِ النـّـُـجـُــومُ وَهَــدَأ َتِ الـْــعـُــيُــونُ
وَأ َنـْـت َ حـَــيّ ٌ قـَــيـّـُــومٌ لاَ تـَــأ ْخـُــذ ُكَ سـِــنـَــة ٌ وَلاَ نـَــوْمٌ يـَــاحـَــيّ ُ يـَــا قـَــيـّــُــومُ أ َهـْــدِئْ لـَــيـْــلـِــى وَأ َنـِــمْ عـَــيـْــنـِــى
dan apabila dibacanya, katanya, “Allah SWT menghilangkan penyakit susah tidur yang kualami itu.”
“Allahumma ghoorotin nujuumu wa hada atil ‘uyuunu. Wa anta hayyun qayyuumun laa ta’huzuka sinatun walaa naumun. Ya hayyu ya qayyuumu. Ahdi’ lailii wa anim ‘ainii.”
Maksud doa tersebut ialah: “Ya Allah, telah lenyap segala bintang dan telah lelap semua mata sedangkan Engkau sentiasa hidup lagi berdiri, tidak mendatangi / mengenai Engkau mengantuk dan lena, wahai Tuhan yang hidup lagi berdiri, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku."
-Amalkan selalu ketika susah nak tidur... insyallah bermanfaat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan