Ahad, 16 Januari 2011
RONNIE LIU DAN ARAK?
SHAH ALAM 1 Ogos - Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar AbdulSamad mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataanmengenai hukum Islam jika tidak memahaminya secara mendalam.
Sambil mengaitkan soal penjualan minuman keras di Selangor beliauberkata, tindakan itu tidak harus dilakukan terutama oleh pihak bukanIslam kerana ia boleh mengundang rasa tidak puas hati umat Islam.
Kata beliau, sama ada bir atau minuman keras lain, ia tetap haramdiminum oleh umat Islam tidak kira berapa peratus kandungan alkoholnya.
''Perkara ini jelas dinyatakan dalam al-Quran, tidak kira berapakandungan alkoholnya. Oleh itu, saya menggesa supaya tidak ada pihakyang membuat kenyataan tentang hukum Islam jika tidak memahaminyadengan mendalam kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam,"katanya dalam kenyataan yang disiarkan di dalam laman blognya, [i]http://iskandar56100.blogspot.com.[/i]
[color=Red]Semalam, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri,Ronnie Liu dalam kenyataannya yang disiarkan sebuah akhbar tempatanmenyatakan bahawa bir tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keraskerana kandungan alkoholnya tidak tinggi. [/color]
Kenyataan Ronnie itu dibuat susulan tindakan Jabatan Pelesenan danPenguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang terpaksamemulangkan semula minuman beralkohol sebuah kedai serbaneka di JalanLiku, Seksyen 8 di sini Khamis lalu, setelah merampasnya dalam satuoperasi yang dijalankan ke atas kedai itu sehari sebelumnya.
Rampasan itu dibuat setelah MBSA menerima aduan daripada penduduksetempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati keranamendakwa premis berkenaan menjual minuman tersebut kepada umat Islam.
Bagaimanapun menurut Ronnie, tindakan MBSA itu merupakan salah fahamdan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut tidak ada kuasa untukmerampas bir berkenaan tetapi hanya boleh berbuat demikian ke atasminuman keras lain yang dijual oleh peniaga tidak berlesen sahaja.
Dalam pada itu, Iskandar turut menyatakan tindakan MBSA merampasminuman keras berkenaan adalah untuk menghalang umat Islam daripadamembeli minuman keras dengan mudah dan berdasarkan enakmen yang sediaada, bukannya menyekat masyarakat bukan Islam membeli dan meminumminuman tersebut.
''Hak masyarakat bukan Islam tidak dinafikan sama sekali. Akantetapi, jika tidak ada peraturan menghalang umat Islam membeli danmeminum minuman keras, maka hak umat Islam untuk dilindungi daripada bahaya minuman keras telah dinafikan.
''Menjual minuman keras di kawasan orang Islam tidak dirasakansensitif, tetapi apabila hendak dihalang ia menjadi sensitifseolah-olah orang Islam ini tidak ada perasaan, tidak ada hak atau tidak ada nilai," jelasnya.
Kata beliau, jika kedai-kedai yang menjual minuman keras kepada orang Islam tidak diambil tindakan atau ditarik balik, masyarakat Islamakan mempersoalkan kepentingan mereka dipandang remeh dan moral kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas turut terjejas.
Sumber : http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-429845.html
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong pandangan YB Dato' Dr Hassan Ali yang mahukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguatkasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak. Sebelum ini, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Ronnie Liu.
Dalam hal ini, DPPWP merasa kagum terhadap YB Dato' Dr Hassan Ali yang bertegas dengan prinsip Islam. Hukum Islam telah jelas menyatakan haram bagi umat Islam bekerja di premis yang menyediakan minuman keras apatah lagi meminumnya. Tindakan beliau dengan jelas membuktikan bahawa PAS tidak pernah menggadaikan prinsip dan maruahnya meskpiun bersahabat dengan pelbagai parti politik. Dasar PAS yang berjuang untuk Islam sejak dahulu hingga kini tidak pernah berubah walaupun bermacam halangan yang melanda. Ini juga membuktikan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan UMNO dan Barisan Nasional.
DPPWP juga menyokong dan mengucapkan tahniah kepada MPSJ kerana mahu melaksanakan larangan ini. Penguatkuasaan ini akan mampu mengelakkan umat Islam terjebak dengan maksiat dan dosa kerana bergelumang dengan perkara-perkara yang haram. Perkara-perkara haram sebeginilah yang menyebabkan kurangnya keberkatan kepada rezeki yang diperolehi sehingga melahirkan generasi yang rosak akhlak dan akidah.
DPPWP turut mengharapkan agar YB Ronnie Liu melaksanakan segera peraturan mengharamkan umat Islam bekerja di premis jualan minuman keras demi kemaslahatan umat Islam. Umat Islam di Selangor khususnya terlalu lama menginginkan kehidupan yang diberkati, jauh daripada dosa dan perkara-perkara yang haram.
Sumber : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=print&sid=2315
PENULIS : Ronnie Liu ini , bukanlah jenis manusia yang boleh jadi pemimpin. Tahu kenapa??? Ada dua sebab, satu... dia bukan Islam. Kedua... dia menghina Islam dan Orang Melayu. Inilah manusia yang jenis tidak berakal dan berilmu... manusia yang dipimpin nafsu 100%. LETAK JE, POSTER... HARAM MEMBELI DAN MEMINUM ARAK UNTUK ORANG ISLAM... alaa.. macam Rokok tu laa.. haram merokok untuk orang islam... yang bukan Islam tu, kalau nak minum satu lori Arak ke... lantaklah! Sampai mati pun ..aku tak kisah! Lagipun selama ini kita TIDAK LARANG mereka jual AIR KENCING IBLIS(arak) tu kat mana-mana premis yang diorang nak pakai. Tetapi bila meminta DITARIK BALIK LARANGAN UNTUK ORANG ISLAM DARI MENJUAL ARAK. Maka ini MENCABUL kehormatan Melayu dan Islam itu sendiri. Hormatilah hak orang lain... nescaya orang lain akan menghormati hak anda!
ISLAM agama AKAL... agama lojik dan membawa kebaikan kepada semua Manusia dan Jin serta makhluk-makhluk Allah yang lain... agama selain Islam itu BATIL- agama angan-angan sahaja... Islamlah... nescaya anda selamat.
HADITH, riwayat IBNU MAJAH n ATTARMIDZI.... (mafhumnya) diriwayatkan daripada Anas, bahawa Rasulullah telah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak,
1.Orang yang memerah
2.Orang yang meminta arak diperah untuknya
3.Orang yang meminumnya
4.Orang yang membawanya
5.Orang yang meminta dibawakan arak kepadanya
6.Orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7.Orang yang menjual arak
8.Orang yang mendapat hasil daripada arak
9.orang yang membeli arak
10.Orang yang meminta dibelikan arak kepadanya.
ISLAM MENGHARAMKAN ARAK... ADA SEBAB! BUATLAH KAJIAN DAN JANGAN DUDUK GOYANG KAKI IKUT NAFSU SAJA. BERFIKIR SEBELUM BERAKSI ITU LEBIH BAIK...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan