The Alien - Link Select

Isnin, 17 Januari 2011

ADA APA DENGAN HATI?


Kelapa tanpa kulit akan menjadikan kelapa itu rosak, begitu juga kelapa tanpa isi akan menjadikan kelapa itu sia-sia yang akhirnya menjadi sampah yang tidak berguna...
jadi kedua-duanya mestilah sama... selari dan sehati. barulah ia menjadi sebuah kelapa yang bermanfaat untuk manusia...

begitulah hal, Tareqat(isi) dan Syariat(Kulit)... tanpa seiring kedua-duanya... pasti musnahlah Islam... islam itu terdiri dario 4 lapisan... syariat(Kulit), Tareqat(isi), Hakikat (isi kedua) dan Ma'rifat(Isi yang terbaik) Tanpa empat itu, Islam tidak berjaya menguasai dunia seperti apa yang berlaku hari ini. Ramai umat islam yang seperti buih-buih di lautan(makna hadis) dibawa ombak kesana kemari. Tiada perpaduan hati antara sesama umat kerana tiadanya kasih sayang yang terbina dari zikrullah... bila tiada zikrullah dalam hati, maka kasih sayang juga tiada dan akhirnya wujud sifat cinta dunia dan takut mati. inilah sifat umat Islam sekarang. Oleh itu umat Islam hari ini amat memerlukan TAREQAT seperti tareqat Nabi Muhammad selama 15 tahun dalam gua Hira'(berguru dengan guru murshidnya-Malaikat Jibril a.s)

selama 15 tahun itu hati Nabi Muhammad yang telah dibedah sebelumnya dan dicuci dengan air suci, terus dijaga dan dibina kekuatannya dengan zikrullah... sehinggalah hati nabi Muhammad SAW bersedia menerima WAHYU pertama dari Allah SWT. Kerana Wahyu ini amat berat. Bukan calang-calang hati yang mampu menerimanya. Kalu tiada training selama 15 tahun itu sudah pasti WAHYU tidak akan bersemayam dalam hati Muhammad. bayangkan sahaja kalau hati manusia biasa yang tiada praktik tareqah... tiada kelembutan kasih sayang untuk menerima wahyu Allah ataupun ilham Allah. sudah pasti hati semacam ini jauh dari rahmat dan berkah Allah.
Maka hati Nabi Muhammad itu dikuasai Maha Rahim dan Maha Rahman Allah SWT sehinggalah ia dikuasai oleh Qur'an yang merupakan nadi Akhlak Rasulullah SAW sendiri.

semuanya bermula dari hati... sebab itu Nabi Muhammad saat kecil dulu telah dibedah oleh dua malaikat lalu mencuci hati Nabi Muhammad SAW dengan nur dari Allah SWT. adalah kerana tujuan ini. Kita sebagai umatnya, sudah tentu tidaklah mengalami pembedahan hati seperti Muhammad kerana wahyu Allah telah lama turun, dengan wahyu Allah itulah kita digalakan mencuci hati sendiri...

Sabda Rasulullah SAW " Sesungguhnya hati itu sentiasa berkarat seperti mana besi terkena air. Maka cucilah dan sinarilah hati kamu dengan ZIKRULLAH."

Tiada ulasan: