Ilmuwan agama wajib menegur
Oleh MOHD. ZAAIN MD. ZIN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Tindakan segelintir pemimpin parti pembangkang yang terdiri daripada golongan bijak pandai agama 'menutup mata' apabila ayat al-Quran diterjemah secara membuta-tuli oleh orang bukan Islam boleh diibaratkan seperti menghina kitab suci agamanya sendiri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, penafsiran ayat al-Quran yang tidak betul di depan khalayak ramai boleh menjadi satu penghinaan yang serius terhadap Islam dan tidak boleh dibiarkan.
Justeru tegasnya, para ilmuwan agama wajib menegur dan tidak boleh sekadar menutup mata supaya setiap kesilapan dapat dibetulkan sekali gus memastikan pihak yang melakukan kesalahan tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa depan.
"Para pemimpin politik pembangkang, tidak kira presiden atau yang lain-lain, usahlah terlalu banyak bermain politik dalam hal-hal sensitif terutamanya yang melibatkan kesucian Islam.
"Jika teman sealiran sendiri melakukan kesalahan, kita kena berani menegur. Sekiranya dibiarkan, kita khuatir mereka ingat kesilapan itu tidak seberapa kerana rakan-rakan yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama sendiri tidak menegur dan berkata tidak mengapa.
"Jangan sampai nanti anda dianggap menghina agama sendiri jika membiarkan sahaja perkara itu terjadi di depan mata," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Diploma Pengurusan Islam anjuran Institut Latihan Islam Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan pemimpin politik bukan Islam di kalangan parti pembangkang yang sewenang-wenangnya menggunakan makna atau tafsir ayat suci al-Quran dalam ceramah politik mereka sehingga terkeluar daripada konteks sebenar.
Kelmarin, perkara yang sama berulang apabila perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), S. Kesavan membaca dan memanipulasikan tafsiran daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh.
Mengulas lanjut, Jamil Khir mengakui Islam tidak pernah menghalang, sebaliknya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari dan mendalami kitab suci agama itu.
"Tindakan ini bagaimanapun, biarlah kena pada tempatnya, bukan untuk dijadikan alat permainan di pentas politik. Lebih-lebih lagi di depan khalayak ramai.
"Kita tidak mahu perbuatan ini menyentuh sensitiviti orang Islam yang pada akhirnya boleh mencetuskan pertelagahan sesama sendiri," katanya.
PENULIS : YA BETUL! anda patut tahu bila bertindak dan bila berdiam diri... kebiadapan ahli-ahli politik zaman sekarang sudah jelas! Tak perlu bersuluh lagi!... jangan sampai besok kat Akhirat .. Allah tanya hal2 seperti ini... anda jawab apa agaknya ya???
Rabu, 1 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan