The Alien - Link Select

Ahad, 21 November 2010

LEMAH DAN KUATNYA IMAN PEMIMPIN ISLAM

Raja Abdullah ke AS jalani rawatan sakit tulang

RIYADH: Raja Abdullah dari Arab Saudi akan menjalani rawatan di Amerika Syarikat bagi penyakit tulang belakang yang dialaminya dan tugasnya akan dipangku Putera Mahkota, Sultan bin Abdul Aziz yang akan kembali dari Maghribi, lapor agensi berita SPA semalam.

Raja Abdullah akan berangkat ke Amerika Syarikat hari ini bagi melengkapkan pemeriksaan kesihatan dan menjalani rawatan susulan berdasarkan perakuan pasukan perubatannya,” kata kenyataan rasmi yang dilaporkan oleh SPA.
Putera Mahkota itu pula akan kembali ke Arab Saudi dari Maghribi selepas bercuti, kata satu lagi kenyataan.
Putera berkenaan, yang berada di istananya di Agadir, Maghribi selama hampir 12 minggu, akan mengambil alih pentadbiran ketika ketiadaan Raja Abdullah, kata pegawai Saudi kepada AFP.

Raja Abdullah, 86, akan dirawat bagi penyakit tulang rawan dan pengumpulan darah di sekitar tulang belakang, kata pegawai itu.

Tambahnya, Putera Sultan juga tidak mengambil bahagian secara aktif dalam pentadbiran sejak beliau ke luar negara untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit dihidapinya, yang tidak dinyatakan pada 2008-2009.

Abdullah, yang menjadi raja pada 2005, memperlahankan aktivitinya sejak Jun lalu kerana masalah kesihatan yang tidak dinyatakan dengan rasmi.
Namun pada 12 November lalu, mahkamah diraja menyatakan raja berkenaan menghidapi penyakit berkaitan tulang belakang. – AFP


PENULIS : Teringat satu kisah di zaman Rasulullah. SAW. Seorang doktor(tabib) dari Rom dihantar ke Madinah dan selama 2 tahun ia menganggur tanpa dapat menjalankan ketabibannya. Maka si tabib itu bertanya pada sahabat seorang nabi (kalau tak silap)- “mengapa tiada seorang pun penduduk Madinah yang sakit?” lalu dijawab oleh sahabat tersebut, “Kami adalah umat yang makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang...”- Dari jawapan seringkas itu, kita faham. Bahawa umat yang makan kenyang-kenyang dengan melampaui batas maka akan menghadapi masalah kesihatan perut. Sedangkan penyakit itu bermula dari perut- menurut Rasulullah SAW. Maka dapat kita simpulkan kes di atas, kesedaran bahawa, pemimpin umat Islam pun sudah tidak mengamalkan sunnah Nabi, sebab itu sakit.... dan bila sakit pula, cuba dapat rawatan dari negara Kafir... sedangkan Air Zam-Zam dan Al-Qur’an ada di Mekah...kedua-duanya ubat segala penyakit zahir dan batin... lihatlah wahai umat, betapa lemahnya iman pemimpin kita zaman ini... bagaimana agaknya umat Islam akan menguasai dunia kelak kalau pemimpinnya lemah. Ingatlah, kita ini umpama aliran sebuah sungai, kalau keruh di atasnya, maka keruhlah pula di bawahnya....bersama-sama lah kita fikirkan...
TEHERAN: Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menggesa remaja perempuan negara itu berkahwin seawal 16 tahun dan lelaki pada usia 20 tahun.

Akhbar tempatan memetik beliau sebagai berkata, lelaki ketika ini berkahwin pada usia purata 26 tahun, manakala perempuan pada usia 24 tahun.
“Perkara ini tidak harus berlaku,” katanya dipetik oleh akhbar milik kerajaan Jam-e Jam semalam.
“Kita harus mengambil usia perkahwinan bagi lelaki pada usia 20 tahun dan wanita pada usia 16 dan 17 tahun,” kata Ahmadinejad.

Berikutan kadar kelahiran mencipta paras rekod baru selepas revolusi Iran pada 1979, republik itu melaksanakan program perancangan keluarga pada 1990-an yang dipuji masyarakat antarabangsa.

Bagaimanapun Ahmadinejad mengecam program itu dengan menganggapnya melanggar perintah Tuhan dan berasal dari Barat. – AP


PENULIS : Bagus pemimpin seperti ini, semoga imannya dipelihara Allah sehingga hari pasti itu... mari kita doakan kebaikannya.

Tiada ulasan: