Selasa, 1 Jun 2010
GOD DAMN ISRAEL!!!
ANKARA 1 Jun - Israel menghadapi gelombang kemarahan masyarakat dunia berikutan tindakan komandonya menyerang kapal bantuan ke Genting Gaza semalam yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang aktivis pro-Palestin yang menyertai 'Flotila Pembebasan Gaza' terbunuh.
Turki, antara beberapa negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim Yahudi itu telah bertindak membekukan hubungan ketenteraan.
Para pemimpin Islam pula menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak, serta protes anti-Israel diadakan di banyak negara.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, beliau terkejut dengan tindakan tentera laut Israel menyerang konvoi yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin di perairan antarabangsa.
Beberapa negara telah memanggil duta-duta Israel untuk menyuarakan bantahan terhadap serangan itu.
Ketika berpuluh-puluh ribu penduduk dunia melancarkan protes di serata dunia, Ki-moon menggesa Israel memberi penjelasan segera mengenai serangan tersebut.
Laporan semalam menyebut 19 aktivis pro-Palestin maut, manakala 30 yang lain cedera.
Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar hari ini dengan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu menyifatkan serangan semalam sebagai pembunuhan yang dilakukan oleh sebuah kerajaan tanpa sebarang justifikasi.
Empat daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan iaitu Britain, Perancis, Rusia dan China menggesa sekatan ke atas Gaza ditarik balik dan siasatan bebas dilancarkan mengenai insiden semalam.
Malah sekutu tradisi Israel, Amerika Syarikat (AS) membayangkan bahawa sekatan itu sekurang-kurangnya patut dilonggarkan.
Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan menggambarkan serangan itu sebagai 'keganasan tidak berperikemanusiaan oleh sebuah kerajaan'.
Wakil kumpulan Arab pada rundingan di PBB, Yahya Mahmassani berkata, selain 'kutukan keras' disuarakan ke atas Israel, sekatan ke atas Gaza hendaklah ditarik balik dan kapal-kapal dalam 'Flotila Pembebasan' itu dibenarkan menghantar kargo bantuan mereka ke Gaza.
Di Indonesia beratus-ratus rakyat Indonesia beragama Islam menggesa kerajaan membatalkan lawatan Presiden AS, Barack Obama ke Jakarta bulan ini sebagai bantahan kepada serangan berdarah ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Kira-kira 400 penunjuk perasaan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Hizbut Tahrir berkumpul di luar Kedutaan AS dengan sepanduk berbunyi 'Hancurkan Israel, Tolak Obama' dan 'Musnahkan Negeri Zionis'. - AFP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan