The Alien - Link Select

Rabu, 28 April 2010

PUJIAN UNTUK KTMB!


Satu pujian untuk KTMB! Usaha yang bagus... tingkatkan lagi!
walaupun ini satu langkah yang berani dan wajar diberi pujian, ia masih tidak memenuhi keselamatan bagi wanita.
“ Menteri menyokong Gerabak yang berbeza bagi kaum lelaki dan wanita di komuter untuk mengelakkan gangguan seksual terhadap kaum wanita”, ini adalah satu kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Menteri Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 2 April 2010 yang lepas. JERIT mendapati kenyataan Menteri khususnya berkenaan gangguan seksual adalah sesuatu yang wajar diberikan perhatian. Namun begitu, sebagai sebuah gerakan yang mementingkan Hak Asasi yang sentiasa melihat sesuatu perkara berlandaskan Hak Asasi dan hak kesamarataan, perkara ini amat membimbangkan dan sekaligus mebangkitkan satu persoalan yang penting. Persoalannya, adakah gangguan seksual terhadap wanita hanya berlaku di Komuter? Betulke wanita hanya dilayan sedemikian di Komuter sahaja? Betulke sekiranya wanita dan lelaki diberikan gerabak yang berbeza akan menyelesaikan masalah gangguan seksual terhadap wanita? MUNGKIN!

sebelum aku memuji lebih jauh... ada satu cadangan lagi lah...

1. Tugaskan seorang anggota keselamatan(polis atau sekuriti berdaftar ataupun pegawai keselamatan KTMB yang dilantik khas untk meronda dalam setiap koc atau gerabak komuter. ini untuk memastikan keselamatan dari segala aspek merbahaya seperti, penyeluk saku, penejnayah seks dan sebarang tindakan pengguna komuter yang merosakkan peralatan dalam gerabak dan begitu juga mereka yang tidak bersopan dalam gerabak.

kan bagus kalau kita menggunakan sistem Islamik... bukankah dalam masjid saat bersolat itu kita meletakkan jemaah lelaki di hadapan dan jemaah wanita di belakang??
letakkan gerabak wanita dibelakang dan gerabak lelaki di hadapan... Insyallah selamat... satu lagi gerabak untk wanita itu biarlah diwarnakan dengan warna merah jambu keseluruhannya atau warna lain yang berbeza... supaya penumpang khususnya orang asing dapat membezakannya segera. betul tak?

nah.. konsep yang sama la kita guna pakai bagi semua komuter dan LRT dan lain2 pengangkutan awam seperti bas dan kapal terbang.... kan baik sangat kalau kita sediakan bas yang dipandu oleh pemandu wanita dan penumpang serta kalindannya wanita??? kan itu lebih selamat...

banyak manfaatnya kalau kita guna perundangan islam...

Subhanallah... hanya Allah yang Maha Tahu dan lebih tahu keperluan manusia.

SYABAS UNTUK KTMB!

Tiada ulasan: