JANGKITAN SALUR KENCING
UTI (Urinary Tract Infection) adalah jangkitan yang berlaku di saluran kencing. Ini selalunya disebabkan oleh kuman, terutamanya E.coli. Antara jenis-jenis yang kerap berlaku ialah (sila rujuk kepada gambar di bawah):
ureteritis - jangkitan pada ureter
sistitis - jangkitan pada pundi kencing. Jangkitan ini adalah yang paling kerap berlaku
uretritis - jangkitan pada uretra
pielonefritis - jangkitan pada ginjal / buah pinggang
Tanda-tanda
kerap kencing sepanjang hari (siang dan malam)
rasa ingin kencing yang keterlaluan, tetapi bila kencing, hanya setitik dua sahaja yang keluar
rasa pedih atau sakit semasa kencing
air kencing tidak bersih seperti berwarna keruh atau gelap. Ada juga kemungkinan darah keluar sekali
air kencing berbau kuat
sakit di bahagian bawah perut, belakang atau rusuk. Dapatkan rawatan segera. Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan yang serius di bahagian buah pinggang
demam. Dapatkan rawatan lanjut
rasa loya atau muntah
Siapa yang berisiko tinggi mendapatnya
wanita berusia 15 - 45 tahun adalah lapan kali ganda lebih terdedah kepada jangkitan kuman ini berbanding lelaki
risiko akan meningkat kepada mereka yang aktif dari segi seks
4 - 10 peratus wanita hamil mengalami kehadiran bakteria di dalam air kencing. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan lanjut, sehingga 40% daripada mereka ini akan mengalami UTI
orang yang sedang berbulan madu. Hubungan seks yang kerap pada masa tersebut mungkin menyebabkan luka kecil yang akan menyebabkan kehadiran kuman. Selain daripada itu, kebersihan perlulah dijaga dengan baik, contohnya basuh kemaluan setiap kali selepas mengadakan hubungan kelamin dengan pasangan
bed-ridden iaitu orang atau pesakit yang jarang bergerak seperti terlantar sakit dsb
struktur saluran kencing yang tidak normal
pesakit-pesakit yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah seperti pesakit barah atau kerana penggunaan steroid yang lama
penggunaan tiub di dalam saluran kencing
penggunaan diaphragm. Sila buat pemeriksaan untuk memastikan bahawa diaphragm dipasang atau berada dalam kedudukan yang betul
penyakit-penyakit lain seperti pesakit yang menghadapi BPH (Benign Prostate Hyperplasia), batu karang, dsb.
pakaian yang telalu ketat yang memerangkap lembapan, menyebabkan bakteria lebih mudah membiak
sebab-sebab lain seperti penggunaan tampon terutamanya menggunakan tangan yang tidak dibasuh
Langkah-langkah pencegahan
minum air yang banyak setiap hari. Bakteria boleh dibuang melalui kencing yang kerap
jaga kebersihan. Buang air kencing sebelum dan selepas melakukan hubungan seks. Basuh bahagian terbabit dengan bersih. Sekiranya anda menggunakan tisu, anda hendaklah mengesat dari depan ke belakang. Ini bertujuan menghalang jangkitan kuman dari bahagian dubur
penggunaan tampon hendaklah diberhentikan. Tukar kepada tuala wanita biasa
jangan tahan kencing
kurangkan pengambilan minuman berkafein, bergas atau coklat. Makanan yang diproses dan gula biasa juga hendaklah dikurangkan / diberhentikan
jangan gunakan pakaian dalam dari nylon. Gunakan pakaian yang berasaskan cotton supaya peredaran udara menjadi lebih baik
Rawatan tanpa ubat-ubatan
gunakan hot-water bottle yang diisikan dengan air panas dan tuamkan pada bahagian yang sakit
amalkan dan lebihkan pengambilan celery (saderi), persley dan tembikai
duduk berendam di dalam air yang agak panas (tambah sedikit cuka di dalamnya) selama lebih kurang 20 minit.
jauhkan dari perhubungan seks
Rawatan melibatkan pengambilan ubat
bahan pengalkali air kencing seperti Potassium Citrate (Pot-Cit) atau Ural hendaklah diambil sebagai langkah segera untuk mengawal jangkitan kuman. Air kencing yang bersifat alkali akan membantutkan pertumbuhan kuman
ambil ubat tahan sakit sekiranya sekiranya sakit
pengambilan antibiotik mungkin diperlukan. Antara yang kerap diberi ialah Bactrim. Untuk yang lebih kuat lagi ubat seperti Augmentin (Curam) mungkin akan diberikan.
BEGITULAH ANTARA CIRI-CIRI EKNCING KOTOR! sakit woooo....!
Rabu, 21 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan