Rabu, 31 Mac 2010
POPE?
Proses undang-undang lindungi Pope Benedict
VATICAN CITY 31 Mac - Oleh kerana semakin kerap dikaitkan dengan pencabulan seksual, Vatican melancarkan pembelaan undang-undang yang diharap dapat melindungi Pope Benedict XVI daripada tuntutan mahkamah di Kentucky yang mahu beliau menjawab soalan peguam di bawah akuan bersumpah.
Dokumen mahkamah yang diperoleh The Associated Press semalam menunjukkan peguam Vatican merancang untuk menegaskan bahawa Benedict mempunyai kekebalan sebagai ketua negara, bishop Amerika Syarikat (AS) yang memantau paderi yang melakukan pencabulan bukan datang dari Vatican, dan sebuah dokumen bertarikh 1962 tidak menunjukkan bukti adanya tindakan menyorokkan kes.
Pihak berkuasa Kristian itu cuba mengelak daripada kes pertama di AS yang kini mencapai tahap menentukan sama ada mangsa mendakwa Vatican sendiri kerana tidak peduli atau gagal melaporkan kepada polis tentang paderi Roman Katolik yang mencabul kanak-kanak.
Kes itu difailkan di Kentucky pada 2004 oleh tiga lelaki yang didakwa dicabul paderi-paderi dan mendakwa ia tidak diendahkan Vatican. Peguam mereka, William McMurry menyatakan terdapat beribu-ribu mangsa di seluruh negara.
"Kes ini adalah yang pertama difailkan ke atas Vatican yang bertujuan menyalahkannya atas semua pencabulan seks oleh paderi di negara ini. Tiada defendan lain, bukan bishop dan bukan paderi," katanya dalam satu temu bual telefon.
Vatican mahu tuntutan itu ditolak sebelum Benedict disoal siasat atau dokumen disapina.
Gambaran pembelaan diserahkan bulan lalu di Mahkamah Daerah AS di Louisville.
Strategi Vatican akan difail secara rasmi dalam beberapa minggu malah pegawainya enggan memberi sebarang ulasan semalam.
Plaintif di Kentucky mendakwa bishop jemaah AS adalah pekerja Vatican dan ia bertanggungjawab atas salah laku kerana gagal membuat laporan mengenainya.
Mereka menyatakan bahawa sebuah dokumen Vatican tahun 1962 memberi mandat kepada bishop agar tidak melaporkan pencabulan seksual kepada polis.
Skandal di AS ini diburukkan lagi dengan kes serupa di Eropah dan kritikan terhadap pengendalian pencabulan seksual semasa Benedict menjadi Ketua Biskop Munich, dengan kes Kentucky dan satu lagi di Oregon semakin mendapat perhatian.
Peguam di Australia turut menyatakan hasrat menggunakan strategi sama
rujuk : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_06.htm
P/s : semakin teruk Pope sekarang ni ya?... rosak akhlak! kalau macam ni la pemimpin Kristian... semakin rosak laa yang sedia rosak!
agaknya Pope mengamalkan ajaran dalam Bible ini...
lihat : Bible Kejadian(genesis) 19 : 33-36
19:33 Pada malam itu mereka memberi ayah mereka minum anggur, lalu anak yang sulung tidur dengan ayahnya; tetapi ayahnya begitu mabuk sehingga tidak tahu apa yang terjadi.
19:34 Keesokan harinya, anak yang sulung berkata kepada adiknya, "Tadi malam saya sudah tidur dengan ayah! Nanti malam kita buat dia mabuk lagi. Lalu tidurlah kau dengan dia. Nanti kita masing-masing mendapat anak."
19:35 Demikianlah pada malam itu mereka membuat Lot mabuk, dan anaknya yang kedua tidur dengan dia. Dan Lot terlalu mabuk lagi sehingga tidak tahu apa yang terjadi.
19:36 Lalu mengandunglah kedua anak Lot itu karena ayah mereka sendiri.
juga di ayat...
35:22 Sementara mereka ada di tempat itu Ruben tidur dengan Bilha, selir ayahnya. Hal itu didengar Yakub, dan ia menjadi sangat marah. Yakub mempunyai dua belas anak laki-laki.
38 : 15-18
38:15 Ketika Yehuda melihat Tamar, disangkanya wanita itu seorang pelacur, karena wajahnya terselubung.
38:16 Lalu Yehuda mendekatinya di pinggir jalan itu, dan berkata, "Berapa yang kauminta?" Ia tidak tahu bahwa wanita itu menantunya sendiri. Tamar menjawab, "Terserah pada Tuan."
38:17 Yehuda berkata lagi, "Saya akan memberikan kepadamu seekor kambing muda." Jawab Tamar, "Boleh, asal ada jaminan, sampai Tuan mengirimkan kambing itu."
38:18 "Jaminan apa?" tanya Yehuda. Jawab Tamar, "Berilah kepada saya stempel Tuan dengan talinya dan juga tongkat yang ada pada Tuan itu." Yehuda memberikan benda-benda itu kepadanya, lalu mereka bersetubuh, dan Tamar menjadi hamil.
ngerinya apa yang terdapat dalam KITAB TUHAN ini!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan