The Alien - Link Select

Khamis, 28 Januari 2010

ADAMUS -THE ULTIMATE WARRIOR!

Malam semakin sepi, dan malam ini juga jari-jemariku tidak bergerak lancar seperti malam-malam yang sudah. Tetapi aku tahu, di luar sana, di dalam bilik mereka(anak-anak Fantasi) masing-masing sedang menggarap bait-bait yang memukau indera untuk mereka-mereka yang hauskan pengembaraan di alam fantasi. Dan aku di sini, terperap dalam sebuah dinding empat segi yang diterangi lampu kalimantang dan dihawakan suhu pendingin udara yang terpasang sejak subuh lagi... Aku resah sebenarnya, namun aku menipu diri sendiri dengan menegaskan bahawa aku tidak pernah resah.... aku tidak pernah bimbang.....
Soalnya... apa yang aku bimbangkan??? apakah aku bimbang kerana Adamus di luar sana sedang melebarkan sayap magis milik Korlan? ataukah aku bimbang Adamus akan menjadi bahan ejekan dan juga mungkin akan dihina hingga ke dalam tong sampah dan mungkin juga ke tepi-tepi longkang... aduh! betapa sengsara rasa itu sekiranya ia berjaya mencantas keegoan seorang pahlawan seperti Adamus...
resahku menjadi-jadi, selepas melahap meggi ayam dimasak dengan sayur dan dua biji telur berserta bawang putih yang menjadi kegemaran ku... Apakah meggi aku tadi tidak cukup perencah ayamnya???? ataukah rasanya sudah berubah menjadi rasa yang hanya sekdar mengalas perut kosongku?
Ah!... dalam kunyahan mee meggi aku tetap teringat Adamus.... bagaimana agaknya nasib pahlawan itu di masa akan datang? mampukah dia bersaing dengan Artakus yang lebih berpengalaman? Adamus cuma anak muda yang baru memulakan perjalanannya dengan merangkak di atas batas-batas licin berbekalkan kekuatan yang goyah dengan ancaman kata-kata nista... dan aku bergegas ke pejabat, setelah menyedari jam sudah menunjukkan kepada ku bahawa aku memang patut dan wajar dimarahi oleh boss... mujurlah aku memang tererr bab bawa kereta laju-laju dalam sakit perut yang memulas untuk dibuang intipatinya.... mungkin aku terperasan tiga lampu isyarat yang dilanggar oleh aku adalah kuning... nasiblah tak jadi merah.... gelak juga menguasaiku seorang-seorang.... heheehhee...
kini seperti tadi, aku tetap duduk di sini.... di atas kerusi yang sudah tidak empuk lagi lantaran sudah bertahun dimakan 'buntut-buntut' pegawai bertauliah tetapi tidak berkelayakan....
Kepala otak aku tetap pada Adamus dengan pedang Unikornnya.... Jauh di sudut hatiku... ku laungkan sekuatnya.. Hamarrakiiiiii! (berusaha lagi!) Huh!.... kalau Adamus dengar ni, mau dia keluar dari novel setebal 500 muka surat itu.... mungkin juga dia akan meneruskan kembaranya dalam episod kedua yang lebih banyak adventurenya.... namun ucapan tahniah buat Adamus kerana berani dan cekal di luar sana, berembun dan berpanas serta berhujan.... Adamus, si pahlawan terakhir...
Nusuari...

Rabu, 27 Januari 2010

LUURUKH DEWA ADAMEUS

RAKUUSSA UNIKORN
(Pedang Unikorn)




NEEHAKUD SAAUKH FIARANS


(Kepada Semua Fiarans)


NUSUARI


(Salam Sejahtera)


NAA


(Dan)


NEERAK TUUNAKRA PEERAA HE


(Semoga terhibur Membacanya)




WISSRAN DUKAAHE SERO, DEWA ADAMEUS


(Ikhlas daripada Saya, Dewa Adameus)

Selasa, 26 Januari 2010

NUSUARI... FIARANS

Selepas Pahlawan Adamus episod 1... saya masih bertungkus-lumus menyiapkan SAM C1G1 (AKU BUKAN HISYAM) part 2... Insyallah akan siap dalam bulan dua ini kalau tiada aral melintang.... dan pada masa yang sama merangka Pahlawan Adamus part 2 (ingin menjadikannya satu SAGA ADAMUS hingga 6 episod-Insyallah...)dan sebuah lagi novel fantasi Islamik yang masih dalam perancangan tetapi amat menyeronokkan dan teruja sangat-sangat untuk membuatnya setelah semua kertas kerja tentang Fantasi islamik tersebut dapat aku siapkan dalam bulan ini... Insyallah...


Saya harap pembaca terhibur dengan novel kedua saya(Pahlawan Adamus disingkat menjadi P.A sahaja...) P.A... memakan masa selama setahun untuk menyiapkannya... bukanlah setiap hari saya mengarang.. kadang-kadang dua ke tiga hari tidak mengarang kerana malas... ada masanya sampai dua bulan tidak berusik... mungkin kalau saya buat setiap hari...6 bulan agaknya boleh siap... tapi maklumlah kerja hakiki di pejabat berlambak-lambak dan rasa malas sentiasa ada dalam diri saya... tapi bila mood dan idea saya datang... itulah part paling seronok sekali.. otak saya terasa berasap-asap dan membahang menerima serta mencerna idea yang tiba...
Namun, saya sedar itu semua adalah rahmat dan berkat ilham dari Allah SWT yang memberi saay peluang untuk menerima cerita ini dari yang Maha Pencerita(Allah SWT). Sesungguhnya saya ini amat lemah dan tidak memiliki apa-apa pun dalam hal ini... semuanya dari Allah... dan sekiranya novel P.A ini bagus dan menghiburkan anda.. pujilah Allah... kerana Dia lah yang telah mencipta cerita ini... dan sekiranya ia tidak menghiburkan... maka cacilah diri saya... sesunguhnya yang buruk itu dari diri saya, dengan izin Allah jua...(Cukuplah Allah sebagai wakil.)
Saya sendiri belum memahami cerita yang Allah kurniakan kepada saya ini... saya perlu membacanya semula dalam bentuk buku... agar saya mampu memahami dan mampu pula meneruskan episod kedua P.A... Insyallah.
sama-samalah kita berdoa agar episod seterusnya akan berada di tangan pembaca kelak. Watak Adamus ini asalnya saya tidak menetapkan siapa... tetapi, saya mereka-reka nama sahaja agar bunyinya kedengaran pelik dan asing di telinga pendengar dan pembaca. jadi saya merujuk terus pada penciptaan Nabi Adam dan mengambil nama itu pada mulanya... kemudian saya memikirkan 'Adam' adalah nama biasa sahaja... dengan menambah U.S di hujungnya... kerana saya teringat watak ARTAKUS (ARTAK dan US saya samakan dengan ADAM dan US). merupakan watak karya Abang Pat (Ahmad Patria Abdulllah- Permata Aurorius). Tidak boleh dinafikan saya peminat fanatik ARTAKUSIAD... sebab itulah sedikit sebanyak P.A saya ini ada pengaruh Artakus sedikit... Tahniah buat Abang Pat yang menjadi 'BAPA FANTASI MALAYSIA'... saya amat berbangga dengan cetusan ilham dan kekuatan serta azam Abg Pat yang memulakan aura Fantasi di Malaysia.

Tahniah juga buat semua penulis-penulis Sci-Fi dan Fantasi(ANAK-ANAK FANTASI) yang bergiat cergas dalam memeriahkan gelombang industri ini di negara kita...

Akhir sekali...

"SATU FANTASI SATU MALAYSIA!"

Ahad, 24 Januari 2010

ADAMUS DAN KEKASIHNYA, HER-UNA...


Inilah Adamus dan ekkasihnya Her-Una. tetapi malangnya ilustrasi Her-Una tidak disertakan dalam novel Pahlawan Adamus. Hanya Adamus dan watak2 yang penting...
takpela..
nanti saya sediakan satu artikel tentang watak2 alam Fiara ini... banyak ilustrasi watak yang saya reka-cipta... disebabkan terlalu tebal novel tersebut... maka telah dikurangkan penyertaan ke atas ilustrasi yang banyak2 saya kirim kat PTS.

PAHLAWAN ADAMUS DAN AKU BUKAN HISYAM!




SCI-FI :AKU BUKAN HISYAM(PART 1) ----- PAHLAWAN ADAMUS(PART 1)- (FANTASI)



KEPADA SEMUA PEMINAT NOVEL FANTASI YANG BERADA DI SHAH ALAM. BOLEH DAPATKAN NOVEL 'PAHLAWAN ADAMUS' (PART 1) INI DI MPH SACC DAN JJ BUKIT RAJA PADA HARGA RM 19.90 SAHAJA.


SEKIRANYA MEMBELI DARI SAYA BAGI PEMINAT NOVEL FANTASI YANG INGIN MEMBELI. SAYA HANYA MENJUALNYA PADA HARGA RM 16.90 SAHAJA.

MANAKALA NOVEL SCI-FI 'AKU BUKAN HISYAM (PART 1)' PADA HARGA RM 14.90 DI MPH. SEKIRANYA DIBELI DARI SAYA. HARGA HANYA RM 11.00 SAHAJA.


ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN


HP : 019 385 2017


"STOK TERHAD!

SIAPA CEPAT DIA DAPAT!"

KURSUS PENULISAN SCI-FI DAN FANTASI


Sila baca peraturan membayar yuran bengkel -

sila klik sini

Kepada yang berminat, sila emel nama penuh, no untuk dihubungi (apabila perlu) ke ejenmanuskrip@yahoo.com

Pembimbing : Fadli Al-Akiti (sci-fi) dan Ahmad Patria Abdullah (fantasi)

Tarikh : 13 Jun 2010 (Ahad)

Tempat : IYC, Cheras. Sila klik peta ke IYC di sini.

Masa : 9pagi - 4 petang

Yuran : RM 150.00 - klik sini

Ahli berdaftar dan sudah membayar yuran - diskaun 20% Early Bird Fees (3 hari dari tarikh iklan - sila baca peraturan membayar yuran bengkel di atas)

Perserta : 15 - 20 Orang Sahaja

Minum Pagi & Makan Tengahari disediakanSijil disediakan

Ada kemudahan surau


013-6963826

ASTAKA VILLA AKSARA (AVA)http://ejenmanuskrip.blogspot.com/

Jumaat, 22 Januari 2010

BANTUAN IKHLAS DIPERLUKAN!

Salam buat semua saudara seagama....
gambar di atas adalah gambar sebuah masjid yang terletak di Kota Kinbalu Sabah. Ia merupakan bekas Gereja SDA yang dibelio oleh Tun Datu Mustapha dahulu. Bantuan amat digalakan untuk menjamin kelangsungan masjid ini...
Bantuan boleh disalurkan terus kepada pihak Sumbangan Ikhlas Umat Islam boleh disalurkan melalui :

No Akaun MAYBANK


PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN AS-SYATIBIYAH


NOMBOR AKAUN MAYBANK : 160214045547


Dan letakkan alamat email assyatibiyah@gmail.com




Atau melalui kiriman wang pos yang beralamat kepada :

PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN AS-SYATIBIYAH.
PEJABAT POS PUTATAN
PETI SURAT 50064
88721 KOTA KINABALU SABAH. MALAYSIA.

Atau untuk maklumat lanjut boleh menghubungi talian

no:1)Ustaz Hanzalah@Julniealam Bin Amilussin 019-8809729/ 016-9929729.

2) Encik Rajali Hamzah Bin Asmat 012-8314939 / 013-8873025.

3) Puan Hema Binti Jalairi. 088-237476 / 016-8384174.
"Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan bantuan anda."

Khamis, 21 Januari 2010

PAHLAWAN ADAMUS DAN SAM C1G1 AKAN KE PHILLIPINES!

SAM C1G1

PAHLAWAN ADAMUS


Hmmm... nampaknya dua pahlawan aku ini akan ke Phillipines tak lama lagi. di sana ada orang yang memesan novel ini. Sedara juga... dan megajar di sekolah kerajaan di sana. Dia memang pernah duduk di Sabah beberapa tahun dan bekerja. Dia cukup mahir berbahasa melayu dan sangat berminat untuk membaca novel aku.... nampaknya Pahlawan Adamus dan SAM C1G1 akan terbang merentasi lautan ke negara Jose Rizal itu kelak....
Berusahalah lagi SAM C1G1 dan Pahlawan ADAMUS!

Rabu, 20 Januari 2010

SMK SANZAC- SEKOLAH KU TAHUN 1992-1995


Inilah sekolah ku... yang bertanda anak panah merah itu adalah pintu bilik asrama ku.... hehe.. nostalgia asrama memang sukar untuk dihilangkan dari memoriku... seoronok tau!

KARYAKU

Karya-karya ku
Pertandingan Esei Sains(Cereka sains) peringkat kelas sains.
Tajuk : Terowong Hitam (Black Hole)
Status : Juara Keseluruhan(Tempat pertama, tempat kedua bertajuk : Panadol(oleh Normila) dan tempat ketiga : Empayar Putera- Seorang yang sudah dilupai namanya...)
Terbitan : Bahagian majalah sekolah : SMK Sanzac KK, Sabah.
Novel
Tajuk : Aku Bukan Hisyam Part 1
Terbitan : Karnadya Solutions (2008)
Novel 2
Tajuk : Pahlawan Adamus Part 1
Terbitan : PTS (2010)
Insyallah.... novel-novel akan datang masih dalam proses pembuatan dan ada yang hampir siap...

Isnin, 18 Januari 2010

Khamis, 14 Januari 2010

SPELLBINDER 2











Waaaaaaaaaaaaaa.... rupanya ada Spellbinder part 2.... alahai susahnya kalau tak duduk kat australia... kalau aku ada kawan kat sana kan best... boleh dapat supply... hmmm.. aku rasa Oshu Muhammad boleh bantu aku... hehehee....!








sinopsisnya...








Following the internationally acclaimed, award-winning Spellbinder series, Spellbinder 2 - The Land of the Dragon Lord is a children's fantasy adventure which follows the journey of a brother and sister lost within parallel worlds. The Land of the Dragon Lord is a world of illusion, romance and danger, ruled by a 12 year old boy whose magical powers are generated by a vast and ancient computer. When Ashka, the ruthless and power-hungry villain from Spellbinder I arrives, a thrilling adventure ensues, crossing the boundaries of many dangerous and frightening parallel worlds as Josh and Kathy race against time to rescue their family and save the Land of the Dragon Lord. As they struggle to survive, they discover that everyone can achieve remarkable things when circumstances demand it.








akhirnya Spellbinder Ashka juga yang berkuasa semula!!!




hehehehehe... memang hebat pompuan sekor ni ya...




hehehehe
Hari ini sudah tiba jam tangan ion yang aku pesan itu. aku pesan dua... satu hitam dan satu merah... hitam untuk aku laa... dan merahj untuk bini aku laa...
moga-moga lepas pakai ni... kesihatan aku bertambah2 laaa gamaknya...
heheheheh..
mari kita lihat apa itu Ionwatch sport...
Ionic sports watch dibuat dari getah silicon bermutu tinggi dengan campuran Magma-Q dan serbuk Tourmaline. Produk ini mengeluarkan negative ions dan infrared ray. Apabila dipakai,negative ion akan meresap dlm tubuh sehingga kita merasa tenang dan mententeramkan pemikiran,menghilangkan ketegangan,memperbaiki tumpuan,menambah daya tahan keatas stress,memudahkan tidur dan keselesaan secara menyeluruh.
ciri-ciri jam ion
gelang ber"ion"Waterproof 1 atm. (-+ kedalaman 10 meter.)jam
LCDTersangat ringan (10gram)
Design yang elastik
Minus Ion
Far infrared ray
Getah silicon bermutu tinggi.
Bergaya dan menarik
Sesuai utk sukan,aktiviti luar dan semua keadaan
no bateri
it's using your heart rates... hehehee
come and try!

Rabu, 13 Januari 2010

KITAB PERJANJIAN TERAKHIR !




INILAH DIA...

"KITAB PERJANJIAN TERAKHIR"

sesiapa yang memegangnya dengan kuat dan kukuh. Dia tidak akan sesat selamanya.
ISLAMLAH... NESCAYA KAMU SELAMAT!

TIADA NAMA ALLAH DALAM PERJANJIAN BARU KRISTIAN!


TIADA KALIMAH ALLAH DALAM KITAB PERJANJIAN BARU! SEDANG DALAM PERJANJIAN LAMA ADA LAH!... SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA UMAT KRISTIAN MENOLAK PERJANJIAN LAMA.


JADI UMAT KRISTIAN TIDAK BERHAK MENGGUNAKAN KALIMAH 'ALLAH' DALAM MAJALAH MEREKA WALAUPUN UNTUK PENGAJARAN. TIDAK ADA HAK SAMA SEKALI!


HANYA ADA KATA' BAPA' DALAM PERJANJIAN BARU. CONTOH DOA ORANG KRISTIAN


"BAPA KAMI DALAM SYURGA, DIMULIAKAN NAMAMU..."


SOALANNYA... DI MANA NAMA ALLAH???-

SELURUH 27 PERJANJIAN BARU... TIADA SATU PUN NAMA 'ALLAH' DI DALAMNYA... HANYA NAMA' BAPA'!!!!

JADI GUNALAH NAMA BAPA! ANDA DIHARAMKAN MENGGUNAKAN KALIMAH ITU... KALIMAH ALLAH BERMAKSUD YANG ESA DNA TUNGGAL... TIDAK SEPERTI KRISTIAN YANG MENGGAMBARKAN ALLAH ITU 3 DALAM SATU... (KONSEP TRINITY ANTHANNASIUS YANG DIAJAR OLEH PAULUS YANG AMAT BERTENTANGAN DENGAN INJIL BARNABAS DAN ISLAM.)


SELAIN TUJUAN MENGHINA UMAT ISLAM DAN MENGELIRUKAN UMAT ISLAM SERTA MEROSAKKAN PERPADUAN NEGARA MALAYSIA INI... APAKAH TUJUAN UMAT KRISTIAN INI SEBENARNYA??? (ANDA SENDIRI SUDAH MELIHAT DANMEYAKSIKAN PERISTIWA SERANGAN KE ATAS SURAU-SURAU DAN GEREJA... SAMPAI BILAKAH IA AKAN BERTERUSAN???)


BOLEH SAJA UMAT KRISTIAN MAHU MENGGUNAKAN KALIMAH 'ALLAH' KALAU UMAT KRISTIAN MAHU MENGAKUI MUHAMMAD ITU RASUL ALLAH SEPERTI MANA NABI ISA A.S... DAN UMAT KRISTIAN PELUK AGAMA ISLAM... MAKA BOLEHLAH DIGUNAKAN KALIMAH 'ALLAH' TERSEBUT... BAGAIMANA???

BOLEHLAH DIGUNAKAN

"TIADA TUHAN DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAH ITU PESURUH-NYA."


TIADA NAMA ALLAH DALAM PERJANJIAN BARU... TETAPI DALAM PERJANJIAN TERAKHIR BANYAK NAMA ALLAH (99 NAMA ALLAH DAN 20 SIFAT2 ALLAH)


ISLAMLAH NESCAYA KAMU SELAMAT!

MARI KITA SAMA-SAMA FIKIRKAN...

Selasa, 12 Januari 2010

Nama anak-anak aku dalam kod Suluken...

Isnin, 11 Januari 2010

PENDEKAR LAUT

Inilah poster pertama Pendekar Laut yang aku beli pada 1998 dulu... aku kumpul koleksi ni. Tapi bila rumah terbakar... Pendekar Laut terbakar sekali... sedihhhh woooo!

SHERLOCK HOLMES?




Aku ini peminat fanatik Sherlock Holmes. Bila movie dia kuar... mengapa aku perlu lepaskan peluang ini??? hehehee... walaupun tertidur di pertengahan cerita... aku tetap berpuas hati dengan persembahan RDJr. sebagai Sherlock Holmes yang dikagumi dunia... hehehehe... mari kita lihat siapa Sherlock Holmes... dan mengapa aku meminati watak fiksi ini sejak dulu lagi... Aku masih ingat novel koleksi SH yang pertama, yang aku miliki iaitu keluaran DBP tahun90-an rasanya...(novel itu musnah terbakar bersama rumah aku di kg Pondo dulu.. sedih sangat tau!)

saya akan menambah artikelnya kemudian... masalah internet tak clear... so... next time ..k ..

aku masih dalam planning untuk menonto LEGION di pewagam JJ... insyallah sabtu atau Jumaat ni... perjumpaan aku denagn seorang penulis mungkin sabtu ni... dan maybe sempat tengok sama-sama Legion..... hehehee


IMAM GHAZALI DAN PENGAJARANNYA

PESANAN

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri



Kartun Pokemon Sangat Merbahaya Akidah



Sebarkan kalu sayang pada islam>BAHAYANYA KARTUN POKEMONPOKEMON dan
BINATANG2 yang ade dalamnya??? POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU
bermaksud jadilah seorang yahudi,>CHARMANDER bermaksud ALLAH itu
lemah(nauzubillah) ...... jadi.... tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat
korang semua......> Protect Our Population Of Islam.... sumer org yg ade
yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni:
anamuslim_cute_ 97@yahoo. com die cuba nak murtadkan org Islam. tolong
forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!! (kalau rase sayang ngan org
Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!!) Salam





AMARAN :

Berhati-hati, kalo ada sesapa nk jual perfume and suruh korang hidu bau
perfume, tolong jgn hidu..terdapat kes dimana seorg gadis didatangi 2 lelaki
yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh gadis tersebut
menghidunya. .sejurus kemudian gadis itu
pengsan.sedar2 ia berada didpn sebuah bangunan,dan mendapati dirinya
dirogol.barang berharga, wallet,henpon semua dirompak..so beringat2 lah la
ni macam2 kes jenayah ada.......



AWAS! pemberian CD free bertajuk AHMAD'DREAM motifnya memurtadkan melayu
islam.watak lakonan oleh org melayu yg berjaya dimurtadkan.
Sebarkan kalu sayang pada islam!!



Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,serta-merta kita
datang untuk penuhi panggilannya. .. Tapi ketika ALLAH memanggil kita
(azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.



Heran ya..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda tidak akan
mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam messenger anda kerana anda
risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas kiriman ini kepada
mereka.. Heran ya bagaimana kita lebih bimbang akan apa yang orang fikirkan
tentang kita...daripada apa yang ALLAH fikirkan



Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki...... .. Baca, sebut lepas tu
forward... Assalamu 'alaikum, Kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa Ilaaha
IllalLah". Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah
ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa
ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda
(mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti
berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!"
supaya ianya menjadi sebati dibibir kita.... ucapkanlah serentak dengan
denyutan nadi, biar ia mengalir bersama arus aliran darah dan degupan
jantung kita. Panjangkan dan fowardkan email ini kepada seramai mungkin
saudaramu

IONWATCH SPORT?


Aku didatangi oleh seorang jurujual Ionwatch sport petang ni... baru sahaja dia beredar. Aku berminat juga nak beli produk ni setelah diberi penerangan mengenainya. Waa... dia katra bagus untuk kesihatan. entahlah... aku try beli dua... nak cuba dulu... tapi aku pakai sekejap tadi... memang ada terasa menggeletek pada lengan dan terasa lemah sikit (macam hilang tenaga )- pelik juga... kata jurujual tu... ia akan menambah tenaga... entahla... apa-apa pun try dulu!

Ahad, 10 Januari 2010

WHY I LIKE SULU?








BEST KAN??? inilah pemandangan di Sulu. come and see it by your own eyes....


VACATION KE ULU YAM!

puass hati!

terapungggg.... hehehe

inilah dia... tempat berkubang yang best! lain kali boleh datang lagi... hehehehee


Setelah berpindah tempat... kami menemui satu lokasi yang jauh sikit dari orang.. takde orang datang sini... penuh dengan sampah dan sawang labah2... sebab aku ni kreatif.. maka aku ubah tempat itu menjadi tempat yang strategik dan menarik... kuarkan semua batu2 dan buat empangan kecil(pool) dan bersih sampah kat situ... bagi air mengalir... fuh! lepas tu... jadilah tempat berkubang yang baru ! hehehehehe! Traangggggggggggggg!



ini di tempat yang sama. kali ini masak megi Ayam campur megi kari... campur sosej ayam... fuh cukup erselera sekali makan kat tepi sungai ni ya.... bini I pun happy .. sebab dapat release tension... sian dia.... takpe... lepas ni.. ada rezeki nanti boleh pi setiap hujung bulan....




di Ulu Yam release tension. ini di bahagian atas... sebelum kami ke bawah untuk beralih tempat.


Ulu Yam ni memang best kalau diusahakan dengan serius dan lebih kreatif serta inovatif...


kami ke sana pada hari sabtu.... planning last minutes punya...


hehehehee!





Khamis, 7 Januari 2010

AKU TENGAH CARI NOVEL-NOVEL INI... BANTUAN PLEASE!


Aku tengah mencari novel-novel ini. Ia pernah aku baca masa kat Library Kota Kinabalu beberapa tahun dulu... agaknya 15 tahun yang lepas kot... aku tak pasti lak... kalau-kalau ada novel2 ini di Library KK... atau mungkin juga sudah lupus. Entahlah... harap-harap kawan aku kat sana boleh bantu... kalau dapat lima buah novel je... Permata Aurorius tu aku dah ada... aku nak... KOTA ARIALUN, KEMBAR ARTAKUS, PETUA AZKRAM, PUTERI ALINDALIA dan PEDANG AURORA..... kat DBP pun sudah tiada naskah ini. apatah lagi bila aku call Abang Pat(Ahmad Petria Abdullah-penulis novel2 ini)... dia sendiri pun takde naskah. kecuali Permata Aurora. Itupun dah rabak katanya... sian dia... takpe la.. kalau aku dapat aku nak photostat je dan beri dia satu salinan setiap satu... bukan mudah nak dapat naskah lama ni woooii.... dalam dunia novelis... novel-novel ini merupakan NOVEL ANTIK yang mahal harga dan tinggi nilainya... Untuk maklumat lanjut mengenai novel2 ini sila klik... http://www.artakus.my/

siapa-siapa yang ada naskah ini sila hubungi aku... di email Greendream_001@yahoo.com.


Terima kasih...

Rabu, 6 Januari 2010

MENGAPA AKU SUKA WARNA HIJAU?

Mari kita lihat mengapa aku suka warna HIJAU.

Memula sekali kita cuba definasikan warna hijau ini. Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis.

Cahaya hijau mempunyai panjang gelombang di sekitar 520–570 nanometer, dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warna magenta; lebih tepat, warna hijau dengan kod perenambelasan #FF00FF. Orang-orang yang buta warna seringnya dapat membezakan kedua-dua warna ini, tetapi keliru antara warna-warna ini dengan warna-warna yang lain; umpamanya, hijau terang dengan kuning, dan hijau tua dengan coklat.

Istilah "hijau" tidak mentakrifkan warna yang tepat, kecuali istilah itu digunakan bersama-sama dengan sesuatu piawaian, seperti warna-warna X11, atau ruang warna mutlak seperti sRGB.

Kegunaan hijau dan pengaruhnya kepada kehidupan kita.

Warna hijau melambangkan pergi untuk isyarat lampu, isyarat kereta api, dan isyarat kapal. Warna ini juga merupakan warna untuk papan tanda maklumat dan hala. Papan tanda untuk pintu kecemasan berwarna hijau di sebilangan negara, tetapi merah di negara yang lain.
Pada Zaman Pertengahan, hijau melambangkan makhluk jahat atau hantu (termasuk naga Eropah, dan kekadang cinta).
Di China kuno, warna hijau ialah lambang untuk Timur dan Kayu, salah satu daripada lima warna utama.
Di pasaran saham Amerika Utara, warna hijau digunakan untuk melambangkan kenaikan harga saham. Bagaimanapun, di pasaran saham Asia Timur, warna hijau digunakan untuk lawannya, iaitu penurunan harga saham.
Untuk gogal penglihatan malam, warna hijau digunakan untuk memaparkan imej tertonjol kerana mata manusia boleh membezakan kebanyakan jenis warna hijau.
Dalam perlumbaan kereta, bendera hijau menandakan permulaan atau penyambungan semula perlumbaan.
Warna hijau ialah warna tradisi untuk sains suci canon law.
Disebabkan sifat penyamaran, warna hijau biasa dipergunakan untuk pakaian seragam lapangan bagi perkhidmatan tentera. Warna ini juga digunakan sebagai pakaian seragam untuk banyak angkatan tentera darat dan laut.
Warna hijau ialah lambang untuk Ireland yang sering dirujuk sebagai "Pulau Batu Zamrud". Warna ini khususnya dikaitkan kepada tradisi republik dan nationalisme pada zaman moden, dan digunakan dalam maksud ini untuk bendera Republik Ireland, dengan keseimbangan dengan warna oren Protestan.
Warna hijau juga bertindak sebagai lambang untuk bahasa Esperanto. Warna ini dikaitkan, khususnya, kepada bintang hijau dalam bendera Esperanto.


Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam, disebabkan perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad disebut dengan pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air, tumbuhan-tumbuhan hijau, dan wajah yang jelita" merupakan tiga benda sejagat yang baik. Selain itu, dalam sura Al-Insan di dalam al-Quran, pengikut-pengikut Allah di Jannah dikatakan memakai sutera hijau yang bagus sekali
Skrin Hijau merupakan nama am untuk paparan komputer CRT monokrom yang menggunakan skrin fosfor P1.

Perasaan iri hati sering dikaitkan secara tradisi dengan warna hijau.

Meja SnukerWarna hijau ialah warna bola snuker yang mempunyai tiga mata, dan juga merupakan warna yang biasa untuk baize meja snuker.
Lantera Hijau and Panah Hijau ialah superwira-superwira Komik DC.
Warna hijau ialah warna yang secara amnya dikaitkan kepada Plaid Cymru, sebuah parti politik Wales, tetapi bukan atas sebab ideologi politik.
Hijau lumba British ialah warna kereta yang popular. Warna ini dipopularkan oleh syarikat-syarikat seperti Bentley pada awal abad ke-20. Warna ini juga merupakan warna tradisi untuk kereta lumba yang ditajai oleh pengeluar kereta British.
Dalam Unsur Kelima, warna hijau ialah ungkapan minat sementara yang dipopularkan oleh Ruby Rhod, tuan rumah rancangan temu bual, yang menunjukkan sesuatu yang mengikut perkembangan fesyen atau yang bergaya.
Dalam Magik: Perhimpunan, hijau ialah salah satu daripada lima warna magik yang terdiri daripada sihir-sihir berdasarkan alam semula jadi, dan makhluk hutan.
Dalam karya Komedi Tuhan oleh Dante Alighieri, warna hijau ialah warna yang digunakan untuk melambangkan harapan.
Di banyak negara, khususnya negara-negara dalam blok Soviet, warna hijau ialah warna untuk pengawal sempadan.
Dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, warna hijau ialah warna untuk polis tentera, sedangkan hijau hutan ialah warna untuk Pasukan Khas Angkatan Tentera Amerika Syarikat atau "Beret Hijau".
Dalam siri-siri Power Rangers dan Super Sentai, semua Renjer Hijau berjantina lelaki. Kekecualian yang tunggal untuk aturan ini ialah "Super Sentai" yang merupakan Pahlawan Hijau wanita yang jahat.
Begitu juga Kryptonite yang menjadi kelemahan Superman dalam kisah adiwira terkenal dunia adalah berwarna hijau terang.

Bahan-bahan hijau
Pewarna makanan hijau termasuk klorofil (E140 dan E141), kuinolina (E104) dan di negara-negara yang mengizinkan kegunaannya, "Hijau S" (E142).

Ungkapan bahasa basahan Inggeris
Berasa iri hati, salah satu daripada Tujuh Dosa Berat, yang juga dipanggil sebagai "green-eyed monster" membawa maksud "raksasa mata hijau" (ungkapan itu dicipta oleh Shakespeare dalam karyanya Othello). Seorang yang berasa iri hati dikatakan ""green with envy" yang membawa maksud harfiah, "hijau dengan iri hati". Bahan-bahan yang menyebabkan kulit menjadi hijau termasuk biliverdin, pigmen hijau dalam hempedu, dan seruloplasmin, satu jenis protein yan membawa ion-ion kuprum dalam proses pengkelatan.
Sebagai tradisi, seseorang yang bertangan dingin dikatakan mempunyai "green thumb", (ibu jari hijau) atau "green fingers" (jari-jari hijau).
Seorang yang tidak berpengalaman kekadang digelarkan "green" (hijau), mungkin disebabkan buah-buahan yang mentah berwarna hijau. Perkataan "greenhorn" (tanduk hijau) juga merujuk kepada seseorang yang tidak berpengalaman.
Makhluk luar angkasa kekadang dirujuk sebagai "little green men" (lelaki-lelaki hijau yang kecil).
Orang yang berasa tidak sihat kekadang dirujuk sebagai "green around the gills" (hijau disekeliling insang).
"Green" (hijau) ialah istilah slanga untuk marijuana, disebabkan warna bahan tumbuhan itu.
"Being Green" ("adalah hijau") ialah jargon (sekurang-kurangnya untuk restoran) yang bermaksud seorang yang baru. "Being very green" ("adalah amat hijau") merujuk kepada seseorang yang tenggelam dan mudah ditinggalkan.
Warna web
Templat:Swatch Warna hijau yang digunakan untuk HTML dan gaya sunting berkaskad (CSS) sebenarnya ialah hijau tua (#008000), seperti yang dapat dilihat dalam sampel di kanan: warna hijau yang tulen digelarkan hijau pucuk pisang

Yang nyatanya, Rasulullah SAW sendiri menggalakan kita memandang warna hijau sekiranya ingin menguatkan pengelihatan mata dan menyihatkan mata kita.

MARI KITA SAMA-SAMA TERUS MENGHIJAUKAN BUMI KITA.

Isnin, 4 Januari 2010

PAHLAWAN ADAMUS

Hirakne sera Nusrakun : akhirnya dia datang / muncul
Akhirnya, kulit novel bagi Pahlawan Adamus sudah aku terima. Waah! ... memang cantik ilustrasinya... saya berpuas hati dengan lukisan tersebut... tahniah buat pelukisnya dan Insyallah minggu depan ia akan siap dicetak dan akan berada di pasaran agak-agak minggu depan kot... dan aku akan dapat 10 naskah free... hehehe.. tunggulah novel setebal 510 muka surat ini di pasaran.


Nusuari Fiarans


BERIKUT IALAH SINOPSIS NOVEL PAHLAWAN ADAMUS
Faizal tercampak ke alam Fiara yang asing secara tidak sengaja ketika bergegas ke tempat kerja. Di alam yang asing itu dia menjadi pahlawan yang diramalkan sebagai pahlawan yang akan membawa sinar keamanan dan kedamaian. Dia digelar pahlawan Adamus dari keturunan Dewa Meus yang pernah menjadi penyelamat dan pembawa ketamadunan alam Fiara. Bersama Tok Kiril, ahli sihir agung itu dia mengembara mencari pedang sakti yang diramalkan sebagai pedang penghapus kejahatan.

Di alam serba asing itu juga dia menemui kekasih hati yang sangat menepati keinginan hatinya. Malangnya semua itu berakhir dengan trajedi penculikan yang membawa Faizal melalui pengembaraan yang sangat mengujakannya dan satu pengembaraan yang sememangnya sebagai satu jalan takdirnya di alam itu.

Di tengah pengembaraan itu dia mengenali pelbagai perkara dan pelbagai pengalaman yang sukar dilupakan, yang juga hampir-hampir meragut nyawanya. Dia bertemu dengan Gullok, Ulduk, Binatang Unikorn Hijau, Pari-pari Adasil, Gimbaro dan banyak lagi makhluk Fiara yang sangat aneh dan ganjil. Di akhir pengembaraan itu dia bersua muka dengan maharaja Syaitan Karnakas dan Tok Nujumon yang memerintah alam itu dengan kejahatan dan kezaliman di istana awan, Hamikhdas.

Berjayakah dia menghapuskan kejahatan dengan pedang Unikorn? Berjayakah dia menyelamatkan Her-Una, kekasih hatinya? Dan berjayakah dia pulang semula ke alam Bumi? Ikuti kisahnya pengembaraan Faizal sebagai Pahlawan Adamus di alam Fiara.
Dalam novel ini juga disertakan huruf-huruf rahsia Kod Urkon yang digunakan sebagai sistem tulisan alan Fiara. Kepada yang ingin menjadi Fiarans selepas membaca novel ini dan ngin menjadi penghuni alam Fiara akan digelar Fiarans dan dibenarkan menggunakan huruf-huruf Urkon tersebut untuk kegunaan peribadi. Beberapa perkataan Urkon yang dituturkan oleh Adamus dan penghuni alam Fiara, juga disertakan.
Hamarraki... (berusahalah!)

Ahad, 3 Januari 2010

ADAMUS


sesuatu yang sukar dibayangkan ialah bagaimana rupa-bentuk ilustrasi novel aku... Pahlawan Adamus. ilustrasi nama Adamus di atas sekadar bayangan aku sahaja. Pihak PTS belum menghantar final pruf untuk aku tatap walaupun novel tersebut sudah berada di kilang cetak... hmmm... apa hal agaknya? ya? begitu juga dengan ilustrasi kulitnya... masih dalam tertanya-tanya... berdebarnya ... menunggu untuk melihat ilustrasi tersebut... sabar Sil!

AVATAR DAN ADAMUS... SIAPA HEBAT?



SEMALAM menonton Avatar di panggung JJ Bukit Raja, Klang bersama isteri dan adik ipar. Movie ni memang amat menarik. dan membuatkan aku ditemui satu idea untuk membuat novel tentang kaum Hedor yang berkulit hijau pula... berbanding dengan kaum Na'vi yang berkulit biru.... best James Cameroon! tontonilah..anda takkan rugi.!
anyway... baru tadi PTS bagitau, novel pahlawan Adamus sudah di dalam kilang cetak dan akan berada di stor atau gudang pada 8 januri ini... Alhamdulillah.. akhirnya Pahlawan Adamus akan memulakan pengembaraanya bermula 8 anuari 2010 ini.... hehehe... seronoknya... buat masa ini aku masih lagi terkial-kial untuk menyiapkan novel 'AKU BUKAN HISYAM' part 2..insyallah akan berada di pasaran pertengahan tahun ini kalau tiada aral melintang...
gembiranya, memikirkan Adamus akan menguasai pasaran kelak....! Insya Allah..