The Alien - Link Select

Isnin, 23 November 2009

"NUSUARI"

PERKATAAN di atas adalah huruf rahsia URKON. ia diguna pakai ketika bertemu dua orang Usiari dari Alam Fiara. Ia juga bahasa Urkon yang sangat meluas digunakan di alam Fiara di mana Faizal tersesat ke dalamnya tanpa sengaja. Faizal dikenali sebagai Pahlawan Adamus di alam tersebut. Dia alam yang serba asing dan indah itu, dia bertemu Her-Una, Tok Kiril, Gimbaro, Korla dan Korlan, Arakil, Shiris, Gullok, Udluk dan paling penting dia dihadiahkan sattu pedang sakti yang bernama Pedang Unikorn bersama peralatan khas juga sebuah kitab yang dikenali sebagai Kitab Kilira milik-tinggalan Dewa Meus. Dia menempuhi pengembaraan yang sangat mencabar dan menarik.
di alam Fiara dia ada misi yang ditentukan untuknya. Misi yang amat penting untuk membebaskan alam Fiara dari sumpahan ahli sihir Tok Nujumon yang jahat dan zalim. Misi ini juga untuk membuka portal dimensi antara alam Fiara dan alam Bumi. Berjayakah Faizal memenuhi misinya dan pulang semula ke Bumi?
saksikan novel Pahlawan Adamus yang bakal terbit dari PTS.

Tiada ulasan: