The Alien - Link Select

Selasa, 29 September 2009

RAYA 2009

Puasa Sudah! Raya pun sudah! kini masanya untuk kembali ke meja kerja! Raya tahun ini bagi aku amat bererti. mengapa tidak? kerana raya tahun ini aku balik bersama dengan orang yang tersayang. isteri tercinta yang kiut dan jelita.


Bertolak dari KLIA jam 3 pm dengan dada yang berdebar-debar menaiki kapal terbang. Trauma sikit sebab tahun lepas saya balik sorang dengan menaiki AIR ASIA. Masa tu Robby(Kawan masa Upper 6 di Maktab Sabah) dan seorang kawan yang baru di kenali di Airport LCCT duduk sebaris. Selepas jurujual makanan Air Asia menutup gerainya, satu peristiwa yang pastinya meragut ketenangan dan keyakinan aku terhadap AAA(Air Asia Aeroplane). Tiba-tiba kapal terbang mereng 90 darjah. masa itu aku betul-betul ingat mati. Sempat juga lah aku menjerit 'Allahuakbar!' sekali. sebelum beberapa saat ia kembali normal di atas landasan udaranya. Jerit pekik penumpang memang membingitkan telinga. Aku cuma mampu berzikir mengatasi ketakutan yang mendadak itu.




Kemudian kedengaran jeritan cemas dari belakang dan aku mendapati pramugari AAA itu menangis takut dan panik. Laaaa.. tak professional rupanya diorang ni...(Mungkin staf baru!) seorang pramugari patah leher dan cedera di kepala. Kapal terbang singgah di Kuching dan delayed 2 jam sampai aku berbuka posa di sana.




Pengalaman yang cukup mengerikan! Tahun ini aku naik MAS.. biasalah Kerajaan belanja aku dan isteri. Masa penerbangan aku berdebar2... bersama zikir 'Allahuakbar!' tidak putus-putus aku cuba menenangkan diri. Takut berlaku semula trajedi tahun lepas. Isteri aku juga takut tetapi bila mendarat di Airport Terminal 1 ... dia mula lega dan bersyukur selamat mendarat. Aku lagi la lega!...


Dengan kenaiki teksi yang berharga RM 50 ke kg Delima Melayu, sebelah One Borneo... kami bergerak dari Airport dalam jam 6.30 pm... berbuka dengan makanan MAS yang ditapau dalam teksi... sepanjang perjalanan selama 20 minit itu isteri sibuk mengambil gambar malam di bandaraya KK.




Kami disambut oleh adikku Abdillah dan adik pupu, Remboy, juga adik si Hadimah. maka malam itu kami tidur di rumah Dimah untuk menyambut Hari Raya esoknya. Setelah menjamu selera malam itu dengan Sushi Bilis disamping rancak berkenalan dan bercerita di antara isteri dan keluargaku berserta saudara-saudaraku. Kami melelapkan mata jam 12 tgh malam... besoknya Raya. Aku solat di masjid yang kecil dan akhirnya sesak dengan jemaah yang bersolat di luar masjid.




Sebaik selasai solat dan mendengar khutbah aku bergegas ke rumah dan mendapati isteriku sudah siap berpakaian cantik dan anggun sekali. Bermaaf-maafan dan tidak lama kemudian Pakcik Junior dan keluarganya datang setelah keluarga ku tiba.




sesi perkenalan pun bermula dan mejadi semakin rancak apabila keluarga sebelah ayah datang. Mereka semua adalah keluarga Luuk yang menetap di Likas. Kerinduan aku pada semua terubat pada hari itu... bestnya... tahun depann nak balik beraya lagi laa... tetapi bukan raya pertama.... Raya kelima mungkin dan nak amik cuti 2 minggu.. nak bawa isteri jalan2 ke serata Borneo!


Jumpa lagi tahun depan 2010 di KK!

1 ulasan:

Shaz berkata...

insyaAllah kite balik 2 minggu thn depan!!!