The Alien - Link Select

Ahad, 12 April 2009

SENAMAN TENAGA BATIN!

Padi Bukit

Gerakan ini dilakukan di kala subuh bagi mengeluarkan segala udara kotor yang terperangkap ketika tidur apabila nafas disedut dan dihembus separuh penuh.
Ia berfungsi memasukkan udara baru yang bersih dan segar bagi menyihatkan paru-paru dan serta segala urat saraf dengan menyerapkan udara baru hingga ke urat biji ranting (avioli) yang berada di hujung urat paru-paru. Ia melatih paru-paru agar mengembang ke peringkat optima.
Gerakan ini dapat membangkitkan kekuatan otot belakang, terutamanya di bahagian tengah belakang dan ia menguatkan stamina jima’.
Langkah gerakan.
Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang.Tangan diletakkan di lutut.Bahu harus terbuka lebar.Kemudian nafas ditarik sedalam-dalamnya sehingga terasa udara penuh di dalam paru-paru.Tarik nafas dengan perlahan.Biarkan udara berada dalam paru-paru selama 7 detik.Kemudian hembuskan perlahan-lahan udara itu hingga terasa kosong udara dalam paru-paru.Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan dan tumpukan tenaga ke arah dada.Ulangi gerakan sebanyak 3 kali.
Nafas Pertapa

Gerakan ini menolong melatih otot kendalian zakar (levator ani) supaya dapat menarik zakar menuju ketegangan seimbang. Ia dapat menambah kemampuan kendalian urat peha. Ia juga dapat menguatkan dada, membesarkan zakar, mengeluarkan biji zakar dan membesarkan kepala zakar serta mengurangkan rasa ngilu pangkal zakar.
Langkah gerakan.
Duduk dengan keadaan tumit tapak kaki bertemu dan bawakan hampir dengan kemaluan.Tegakkan belakang, tarik nafas hingga penuh paru-paru, tariklah dengan tempo yang perlahan.Semasa menarik nafas, sila tekan kedua-dua lutut dengan kedua tapak tangan agar kedua-dua lutut itu dapat mencecah lantai.Jika tidak boleh, buat setakat mampu dulu.Kedua-dua lengan patut diluruskan bagi mencapai piawai gerakan.Bahu sepatutnya tegak seimbang.Pada masa yang sama, kemutkan otot zakar anda agar kepala zakar kembang.Tahankan nafas 7 detik.Hembuskan nafas dengan perlahan.Ulangi gerakan sebanyak 3 kali.
Rentak Urutan

Gerakan ini bertujuan untuk mengurut urat yang mengalirkan darah ke zakar dan membangunkan urat-urat yang mengalir dan menetap dengan baik di situ. Ia juga membesarkan kembali zakar yang kecil. Disarankan agar urutan menggunakan minyak urut.
Dari posisi sebelumnya, tarik nafas semula dengan perlahan.Dengan perut kedua-dua jari tangan, cari urat peha di bahagian dalam peha dan urut menggunakan perut ibu jari dari hujung peha ke pangkal peha dan akhirnya gerakan itu melalui tepi batang zakar dan akan berakhir di hujung batang zakar.Urutan dilepaskan bila mahu mencecah kepala zakar.Kemudian lepaskan zakar.
Tarik Sepadan

Keseimbangan otot peha serta lutut adalah amat perlu dalam kes-kes lemah syahwat. Otot-otot ini pul berhubung secara langsung dengan urat-urat di kaki. Otot-otot di belakang sepatutnya menjadi kuat. Pada tulang belakang, iaitu di bahagian pinggang, terletak urat-urat yang menegangkan zakar apabila mendapat rangsangan otak atau rangsangan sentuhan. Gerakan ini dapat membantu kea rah meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian tersebut.Langkah gerakan.
Duduk bersila engan kedua tapak kaki ditemukan.Kedua tangan memegang ibu kaki kanan dan kiri.Tarik nafas perlahan dan dalam-dalam sambil menarik ibu jari kaki itu hampir kepada kemaluan.Tapak kaki sedapat-dapatnya ditemukan.Lutut seboleh-bolehnya mau mencecah lantai.Jika zakar tegang, maka seharusnya tarikan itu mencecah lantas mencelahkan kepala zakar di antara dua telapak kaki di bahagian yang melengkung di tapak kaki itu.Semasa tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu ke otot belakang, dan akan terasa bahawa ia diuruti.Kemudian baru lepaskan nafas, secara perlahan sambil letakkan kaki ke posisi asal tadi.Ulangilah gerakan ini sebanyak 3 kali.
Rentak Lentang

Dari posisi sebelum ini, tarik kedua-dua jari kaki agar tumit terbuka kea rah depan, tetapi tumit tetap ditemukan.Tarik nafas dengan perlahan-lahan dan dalam.Dengan perlahan-lahan maka rebahkan badan ke depan dengan keadaan tangan masih memegang ibu jari kaki.Jejakkan kepala ke lantai.Jika tidak boleh dijejakkan usahlah dipaksa, buat sekadar termampu.Balik ke posisi asal dan hembuskan nafas.Gerakan ini dapat menseimbangkan otot peha, belakang dan baik untuk pinggang.Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.
Tepis Jengking

Langkah Gerakan.
Duduk bersila, belakang ditegakkan.Tarik nafas dan depangkan tangan kanan separas bahu ke kanan dengan perlahan.Bawa tangan itu separas bahu lurus ke arah depan sambil menarik nafas.Kemudian cuba lagi dengan tangan itu untuk ke kiri lagi, lengan lurus.Akan dirasa otot dada akan menghalang gerakan tersebut.Ulangi gerakan tersebut sebanyak 3 kali.Setelah itu barulah anda hembuskan nafas.Ulangilah perkara yang juga untuk tangan kiri.Perlu diingat bahawa bahu perlu tegak dan tidak disengetkan semasa pergerakan.
Matahari Naik

Gerakan ini membantu mengurut otot-otot bahagian pinggang serta rusuk, tenkuk dan leher dan dalam masa yang sama merangsang pengaliran darah yang lebih lancar.
Langkah Gerakan.
Duduk bersila dan tegakkan belakang.Dengan perut tangan, sila tekan otot pinggang dari arah belakang sambil menarik nafas perlahan.Dengan perlahan juga, urut otot pinggang itu membawa ke rusuk dan dada.Lakukan itu sambil menahan nafas.Bawa tangan itu ke depan dan ke atas hingga dapat dilepaskan tangan itu lurus ke atas kepala, barulah nafas dihembuskan perlahan-lahan.
Lenjang Gajah

Gerakan ini berguna sebagai senaman memulihkan tenaga batin. Tenaga akan tertumpu kepada urat bahu, leher serta urat peha dan betis ketiak gerakan ini dilakukan. Lutut bagi kaki yang diluruskan tidak wajar dibengkokkan ketika henjutan, juga kedua tangan.
Langkah Gerakan
Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri.Belakang ditegakkan.Tarik nafas dengan perlahan dan dalam.Letakkan tangan kanan ke lutut kiri.Cuba capai ibu jari telunjuk tangan kiri.Henjutkan badan dengan perlahan serta lembut bagi mencapai ibu kaki.Ulangi 7 kali.Lepaskan nafas.
Cakar Harimau

Gerakan ini berguna sebagai senaman memulihkan tenaga batin.Tenaga juga tertumpu kepada urat bahu, leher serta urat peha dan betis ketika gerakan ini dilakukan.Tangan dan kaki lurus ketika gerakan.
Langkah Gerakan
Tarik nafas perlahan, dengan perlahan juga cuba pusingkan badan kea rah kiri dan jangkau tangan kanan itu sejauh yang mungkin ke kiri.Jari-jari kanan itu harus mencecah lantai.Gerakan pusingan ini diulang 7 kali.Hembus nafas. Sila ulangi gerakan untuk sebelah kanan pula.
Itu bagi senaman.
Manakala, minuman untuk kekuatan tenaga batin juga sangat penting....
Bagi kekuatan seks yang mutakhir makanan sangat penting.
Dengan memakan ikan tongkol separuh masak dimrebus dengan Bawang Besar akan menguatkan tenaga seks ke tahap maksima.
Manakala minuaman pula ... biasakan meminum Susu Bawang Putih ( Sebelum tidur)... dan susu Halia panas pada sebelah paginya...
Batang Zakar juga perlu diurut dengan minyak khas dan tuam ngan air suam.
Minyak urut biasanya Tok pakai Minyak bawang Putih sambil mengurut dengan teknik khas... manakala senjata juga perlu dituam dengan air suam-suam kuku...dengan air bawang putih seminggu sekali sambil membaca.. "Ya Qahhar 3 kali"
Insyallah senjata anda akan menyinga dan keras...
Bagi membesarkan batang Zakar dan menguatkannya... semasa berjimak.. Sapulah air Lengkuas pada batang Zakar.. Insyallah Zakar anda akan tegang dan besar dan juga akan menyempit faraj isteri anda...
kepuasan maksima akan dioperolehi dengan cara ini.. insyallah..
Selamat mencuba!

Tok rasa cukuplah setakat ini dulu petua dari Tok.

Tiada ulasan: