Hari ini hari ahad. OT lagi... Keje macam aku ni... memang kena paksa laa... Walaubagaimanapun, aku tetap bekerja kerana Allah semata-mata. Pagi ahad ini patutnya aku tengah tengok tv, layan cite kartun laa... Tapi akhirnya ? Aku di sini di meja sudut IT ini... Hari ini malas betul nak menulis... Novel genre fantasi aku dah dua hari tertangguh... idea lari agaknya... tu yang mindblock je ni... hihihi... harap2 siaplah nanti novel aku ni... (Gigi dan gusi tengah meragam ni... warrgghhh!!!! ) SAM C1G1 masih stuck kat PTS... wargghh!!
Semalam hari sabtu... aku pi JJ kat Klang, Saja jalan2, borink duk kat umah... so aku amiklah masa ke sana.. lagi pun aku cadang nak tengok wayang. Ada satu cerita yang baru kuar... cerita 'In the name of The King'- lakonan Jason Statham yang aku respek gile lakonan dia... dia berlakon cerita Transporter 1 & 2 memang dah gempak.. lepas tu dia join Jet Li pula dalam cerita Rogue Assassin. Memang lagilah gempak.... Cerita dia memang oklaahh... cuma sahaja cara dia berlawan dalam cerita epik fantasi tu agak keterlaluan... Skil berlawan orang2 moden tetapi zaman dulu2.. oklah gak....
Lepas tu aku gi MPH... cari buku yang boleh bagi sya idea untuk novel aku yang terbaru ni... jenis fantasi juga... tetapi aku tak jumpa laa.. aku jumpa pula buku katun tajuk 'Mat Som'. Agak kelakar dan best ceritanya.... aku baca sampai habis.... aku ingat cina kat kedai tu jeling-jeling aku je.. aku tak peduli... aku terus baca sampai habisss... (Mende ni aku biasa buat kat kedai mamak- Ali Shoping di s. 17- baca buku komik Wira Tunggal dan Raja Rimba serta Pedang Setiawan)
jam 6 petang tu aku balik umah... dan solat asar... lepas tu aku kuar balik nak cari makan malam pula... so... aku pi s. 24, makan kat sana(Kat sini menu dia sedap2 belaka) dan solat kat surau berdekatan dengan gerai 24. Lepas tu aku gi kedai cd/DVD.. nak beli DVD cerita movies... 3 in 1... banyak aa cerita cetak rompak dia... (ni kalau kena ambush elok ni...) Tapi aku taklah lapor kat mana2 pihak... sebab aku pun memang beli kat sana...
hiihiiiiiihihi...
1 ulasan:
keje ke??sian dia....
Catat Ulasan