TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, YANG MAHA ESA DAN TIADA SEKUTU BAGI-NYA,
MUHAMMAD ITU RASULULLAH DAN PENUTUP NABI-NABI
"WAHAI PEMELIHARAKU, AKU BERLINDUNG PADA ENGKAU DARIPADA CADANGAN-CADANGAN JAHAT SYAITAN-SYAITAN, DAN AKU BERLINDUNG PADA ENGKAU, WAHAI PEMELIHARAKU, DARIPADA MEREKA HADIR PADAKU." (23:97-98) “WAHAI PEMELIHARAKU, JIKA ENGKAU LIHATKAN KEPADAKU APA YANG MEREKA DIJANJIKAN, WAHAI PEMELIHARAKU, JANGANLAH ENGKAU LETAK AKU DI KALANGAN KAUM YANG ZALIM." (23:93-94) ..DAN ENGKAU SELAMATKANLAH AKU DARIPADA KAUM YANG ZALIM.” (66:11) "AKU BERLINDUNG PADA PEMELIHARA YANG MEMBELAHKAN (PADA WAKTU DINIHARI), DARIPADA KEJAHATAN APA YANG DIA CIPTA, DARIPADA KEJAHATAN KEGELAPAN APABILA IA GELAP, DARIPADA KEJAHATAN ORANG (PEREMPUAN) YANG MENIUP PADA IKATAN, DARIPADA KEJAHATAN PENDENGKI APABILA DIA DENGKI." (113:1-5) "AKU BERLINDUNG PADA PEMELIHARA MANUSIA, RAJA MANUSIA, TUHAN MANUSIA, DARIPADA KEJAHATAN PEMBISIK YANG MENYELINAP, YANG MEMBISIKKAN DI DALAM DADA MANUSIA, DARIPADA JIN DAN MANUSIA." (114:1-5)

:::CINCIN MUSTIKA WARNA:::

:::CINCIN MUSTIKA WARNA:::
The Alien - Link Select

Selasa, 26 April 2011

BUDDHA ITU ADALAH NABI ZULKIFLI???

Buddha itu adalah nabi Zulkifli???
Betulkah???

Kalau kita semak dan pelajari riwayat hidup kedua2 tokoh ini... maka ada kemungkin 90 % mereka adalah orang yang sama...

kalipaksi:
1// Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang Urdu scholar), Sang Buddha (Buddha Shakyamuni) yg dikenal sbg guru suci bagi umat Buddha tidak lain adalah Nabi Zulkifli, yg dlm Al-Quran disebut sbg Nabi yg mempunyai tingkat kesabaran yg tinggi, dan sangat baik. Dalam bahasa Arab Zulkifli sendiri berarti “orang yg berasal dari Kifl”. Sedangkan Kifl itu sendiri, masih menurut Kalam Azad, merupakan nama Arab utk Kapila (singkatan dari Kapilavastu).

2// Buddha Maitreya yg dikenal dlm agama Buddha sbg “Buddha yg akan datang” menurut beberapa analisa tidak lain adalah Nabi Muhammad. Dalam kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 bisa ditemui: “There will arise in the world a Buddha named Maitreya (the benevolent one) a holy one, a supreme one, an enlightened one, endowed with wisdom in conduct, auspicious, knowing the universe“.


Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.

Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:"Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya."

Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata:"Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?"

Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli.

Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:
"Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar."



Pada akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623 S.M.), lahirlah seorang yang bernama Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/Kapilavathu (Kapil, lidah Arab menyebut Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas berdekatan negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha.[08]


•Sebelum kelahiran Buddha: Permaisuri bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke dalam perut permaisuri.

Apakah maksud sebenar istilah BUDDHA? Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud 'seorang yang bijaksana' atau 'dia yang mendapat petunjuk'. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud 'nabi'. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud 'yang terakhir' dan Antim Buddha bermaksud 'nabi yang terakhir' (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir). Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.

Cuba lihat pada tajuk sebelumnya dan bandingkan makna Buddha (mendapat petunjuk @ nabi) dengan makna "Nabi" dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang bererti "dari tempat yang tinggi"; kerana itu orang 'yang di tempat tinggi' dapat melihat tempat yang jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang difahami oleh para penganut Buddha. Sinonimnya pengertian ini dapat diringkaskan sebagai "Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang tinggi menggunung". Riwayat ringkas hidup Buddha bersambung,


•Kelahiran Bodhisatta (Bodhisattva, bakal Buddha atau bakal mencapai Pencerahan) pada tanggal 623 S.M. pada bulan purnama Vesak.
•Selepas sahaja Bodhisatta dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh hari melahirkan anak.

•Pada hari kelahiran Bodhisatta telah disedari secara ghaib oleh seorang tua yang sedang bertapa di kaki gunung Himalaya yang digelar Asita Bijaksana (nama asalnya Kala Devala).
•Asita bergegas ke istana pada keesokannya untuk melihat dan menilik putera Raja Suddhodana.

•Asita mendapati terdapat 32 tanda utama dan 80 tanda kecil menunjukkan Bodhisatta bakal menjadi Manusia Agung dan Guru Agung kepada manusia dan dewa-dewa (i.e. Jin dan Malaikat, kelemahan umat Hindu dan Buddha ialah tidak dapat bezakan antara Jin dan Malaikat yang keduanya dipanggil DEWA-DEWA).
•Asita menangis kerana sedih tidak sempat mendengar ucapan dan pengajaran Buddha di masa akan datang, beliau kemudian berlutut tunduk hormat kepada bayi Bodhisatta.
•Kenyataan terakhir Asita ialah Bodhisatta hanya akan menjadi salah satu dari dua iaitu sekiranya ia kekal membesar dalam istana dia akan menjadi Maharaja Agung manakala kalau dia berjaya lari dari istana maka dia akan menjadi Mahaguru Agung.
•Upacara menamakan putera raja diadakan pada hari kelima selepas Boddhisatta dilahirkan. Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja iaitu SIDDHARTHA GAUTAMA yang membawa maksud ‘Cita-Cita Terkabul’.

Siddhartha kemudian membesar di istana dan belajar kepada seorang guru istana bernama Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar biasa pintar dan mahir dengan ilmu ketenteraan. Yang menjadi kehairanan kepada orang disekeliling dan gurunya ialah sifat Siddharta yang sensitif terhadap penganiayaan hinggakan tidak ada seorang pun yang beliau lihat menganiaya binatang kecuali mencegahnya serta merta. Malah beliau sangat bersedih melihat para petani berkerja keras membajak tanah dibawah terik matahari menyebabkannya lari ketempat lain ke sebuah pokok(Tiin-Bodhi) dan duduk di sana secara bertafakur (samadhi) untuk membuang stress.


Maka berbalik kepada maudhu' perbahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam Al-Qur'an? Sebenarnya tidak ada kata-kata “Buddha” dalam Al-Qur'an, namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur'an dengan Sang Buddha, iaitu pada maksud ayat;


•"Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?"(At-Tin 95 : 1)

Beliau menjelaskan bahawa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus, Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula melambangkan apa?

Tin (fig) = Pohon Bodhi

Pohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur'an ini menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.

Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti “ia yang berasal dari Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur'an:


•"Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar." (Al-Anbiya' 21: 85).
•"Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik." (Shad 38 : 48).

“Kifl” adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur'an boleh jadi adalah Buddha. Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian ulama' menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur'an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disuaikan. Berikut beberapa pendapat dan catatan sejarah para ulama' Islam terdahulu tentang Buddha dan ajarannya yang dikumpul oleh Dr. Alexander Berzin.

Yang menarik perhatian saya ialah mengenai surah at-tin (the fig). Saya terbaca satu artikel mengenai hypothesis ini lama dulu yang saya pun dah lupa sumbernya. Dimana Allah menyebut pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan kota mekah. Mekah dikaitkan dgn Nabi Muhammad s.a.w., Bukit Sinai dengan Nabi Musa, zaitun dengan Nabi Isa a.s., dan siapa pula dikaitkan dengan buah atau pokok tin? Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama Buddha duduk bawah pokok tin. Kalau ikut istilah islam, dia dapat wahyu masa duduk bawah pokok tersebut. Ikut tulisan orang Buddhist, dia dapat ilham masa duduk bawah pokok tu.

Bila Allah berfirman... "Wattiini wazaitun... watuurisinina wahazal baladil amin."
Allah menyebut perihal nabi2-Nya... Tiin (Nabi Zulkifli-Buddha), Zaitun (Nabi Isa a.s), Siniina- bukit Sinai(Nabi Musa) dan Baladil amin -Tanah yang aman dan selamat(Mekah)- NABI MUHAMMAD SAW... ia ikut urutan... hebatnya Qur'an...sebagai kalimat Tuhan.. susunan sejarah riwayat nabi-Nya...
Mari kita sama-sama fikirkan...

Tiada ulasan: