The Alien - Link Select

Selasa, 27 April 2010

BUDAK MATA BIRU!


Sungai Petani, KEDAH: Kampung Teluk Amboi, Pulau Sayak di Kota Kuala Muda dekat sini menjadi tumpuan penduduk sejak beberapa hari lalu gara-gara seorang budak lelaki Melayu bermata biru.

Budak itu, Mohd Aizat Aiman Mohd Rizal, berusia satu tahun empat bulan, menjadi tumpuan ramai kerana warna matanya berbeza daripada kebanyakan orang yang rata-rata mata mereka berwarna hitam atau perang.
Datuknya, Encik Ahmad Mustafa, 62 tahun, ditukil Utusan Malaysia sebagai berkata:
'Semasa dilahirkan, matanya berwarna hitam. Namun, selepas beberapa bulan ia berubah warna menjadi biru dan berkilauan.'
Keluarganya jadi hairan kerana mereka tidak mempunyai darah kacukan orang Barat. Doktor juga mengesahkan mata Mohd Aizat tidak berpenyakit.
Encik Ahmad berkata ibu cucunya itu, Cik Noraini Ahmad, 31 tahun, semasa hamil gemar bermain dengan seekor kucing peliharaan mereka yang bermata biru.

P/S : SUBHANALLAH... satu keagungan Allah, DIA Maha Berkuasa menajdikan apa yang dikehendaki-Nya tanpa halangan. Allahuakbar!- memang best kalau aku ada mata cam tu.. heheh, tapi aku suka kaler hijau.. namp-ak weird sikit heheheh!... Nanti aku harap lak, anak aku bermata hijau... heheheh...

Tiada ulasan: