The Alien - Link Select

Ahad, 27 Disember 2015

SURAH HUD ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

11:1. Alif Lam Ra. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya menentukan, dan kemudian dijelaskan, daripada yang Bijaksana, Menyedari.

11:2. "Janganlah kamu sembah siapa pun melainkan Allah." Aku, kepada kamu, adalah seorang pemberi amaran daripada-Nya, dan seorang pembawa berita gembira.

11:3. Dan, "Hendaklah kamu minta ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya, dan Dia akan beri kesenangan yang baik kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, dan Dia beri daripada pemberian-Nya kepada setiap orang empunya kelebihan. Tetapi jika kamu berpaling, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.

11:4. Kepada Allah kamu kembali; Dia berkuasa atas segala sesuatu."

11:5. Lihat, mereka tutup dada mereka untuk sembunyikannya daripada-Nya; lihat, waktu mereka selimutkan diri mereka dengan pakaian mereka, Dia tahu apa yang mereka rahsiakan, dan apa yang mereka siarkan; sesungguhnya Dia tahu apa yang di dalam dada.

11:6. Tiada makhluk yang merayap di bumi melainkan atas Allah rezekinya, dan Dia tahu tempat menginapnya, dan tempat simpanannya, semuanya di dalam Kitab yang jelas.

11:7. Dia yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak uji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

11:8. Dan jika Kami tangguhkan azab daripada mereka hingga waktu hitungannya, mereka akan berkata, "Apakah yang menahannya?" Sesungguhnya, pada hari ia datang kepada mereka, ia tidak akan dipalingkan daripada mereka, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.

11:9. Dan jika Kami merasakan kepada seseorang manusia dengan pengasihan daripada Kami, dan kemudian Kami merampasnya daripada dia, dia berputus asa, tidak berterima kasih (kafir).

11:10. Tetapi jika Kami rasakan kemakmuran setelah kesusahan sentuh dia, dia akan berkata, "Keburukan telah pergi daripadaku"; tiba-tiba dia sangat gembira dan banggakan diri.

11:11. Kecuali orang-orang yang sabar, dan buat kerja-kerja baik ; bagi mereka, ampunan dan upah yang besar.

11:12. Boleh jadi kamu tinggalkan sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepada kamu, dan dada kamu jadi sempit dengannya, kerana mereka berkata, "Mengapa harta simpanan tidak diturunkan kepadanya, atau malaikat tidak datang bersama dia?" Kamu hanyalah seorang pemberi amaran; dan Allah Wakil atas segala sesuatu.

11:13. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Katakanlah, "Datangkanlah sepuluh surah yang serupa dengannya, yang diada-adakan itu, dan serulah (panggil) sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."

11:14. Kemudian, jika mereka tidak sahut kamu, ketahuilah bahawa ia diturunkan dengan pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka sudahkah kamu muslim?

11:15. Sesiapa yang hendak kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan bayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka di dalamnya, dan mereka tidak dirugikan di dalamnya.

11:16. Mereka itulah orang-orang yang tiada bagi mereka di akhirat kecuali Api, dan usaha mereka menjadi sia-sia di dalamnya, dan palsulah kerja-kerja mereka.

11:17. Dan bagaimanakah dengan orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya, dan seorang saksi daripada-Nya membacanya, dan sebelumnya ialah Kitab Musa untuk imam dan pengasihan? Mereka itu percayainya; tetapi sesiapa yang tidak percaya kepadanya, sedang dia seorang daripada golongan-golongan, maka janji temunya ialah Api. Maka jangan kamu dalam keraguan daripadanya; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.

11:18. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dikemukakan kepada Pemelihara mereka, dan para saksi berkata, "Mereka itulah orang-orang yang berdusta terhadap Pemelihara mereka." Ingatlah, laknat Allah adalah ke atas orang-orang zalim,

11:19. Orang-orang yang halangi jalan Allah, dan inginkannya jadi bengkok, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.

11:20. Mereka tidak boleh mengandaskan-Nya di bumi, dan mereka tidak ada wali (pelindung) selain daripada Allah. Bagi mereka azab akan dilipatgandakan; mereka tidak dapat mendengar, dan tidak juga mereka melihat.

11:21. Mereka itulah yang merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa yang mereka ada-adakan sesat (hilang) daripada mereka.

11:22. Mereka, tidak syak lagi, adalah orang-orang yang paling rugi di akhirat.

11:23. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan merendahkan diri kepada Pemelihara mereka, mereka itu jadi penghuni-penghuni Taman; di dalamnya tinggal selama-lamanya.

11:24. Persamaan dua golongan itu seperti orang buta dan pekak, dengan orang yang melihat dan mendengar; adakah mereka sama dalam persamaan? Tidakkah kamu mengingati?

11:25. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, "Aku, bagi kamu, adalah seorang pemberi amaran yang jelas.

11:26. Janganlah kamu sembah siapa pun melainkan Allah. Aku takut untuk kamu akan azab hari yang pedih."

11:27. Maka berkatalah pembesar-pembesar daripada orang-orang tidak percaya daripada kaumnya, "Kami tidak lihat kamu selain daripada seorang manusia yang serupa dengan kami, dan kami tidak lihat mana-mana yang ikut kamu melainkan yang paling hina antara kami, dengan tanpa pertimbangan. Kami tidak lihat kamu mempunyai terhadap kami sebarang kelebihan; tidak, tetapi kami sangka kamu adalah pendusta-pendusta."

11:28. Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku berada di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia beri aku pengasihan daripada-Nya, dan ia dibutakan kepada kamu? Adakah kami akan paksa kamu sedang kamu benci padanya?

11:29. Wahai kaumku, aku tidak minta harta kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah daripada Allah, dan aku tidak akan usir orang-orang yang percaya; sesungguhnya mereka akan temui Pemelihara mereka. Tetapi aku lihat kamu satu kaum yang bodoh.

11:30. Wahai kaumku, siapakah yang akan menolongku terhadap Allah, jika aku usir mereka? Apakah kamu tidak mengingati?

11:31. Aku tidak kata kepada kamu, aku mempunyai perbendaharaan Allah; aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata, aku seorang malaikat. Tidak juga aku kata kepada orang-orang yang mata-mata kamu keji, Allah tidak akan beri mereka sebarang kebaikan; Allah sangat-sangat tahu apa di dalam diri-diri mereka. Sesungguhnya aku, jika begitu, tentu termasuk orang-orang zalim."

11:32. Mereka berkata, "Wahai Nuh, kamu telah berbantah dengan kami, dan buat banyak bantahan terhadap kami. Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar."

11:33. Berkata, "Allah akan datangkannya kepada kamu jika Dia hendaki, dan kamu tidak dapat mengandaskan.

11:34. Dan nasihatku tidak bermanfaat kepada kamu jika aku hendak beri nasihat kepada kamu, jika Allah hendak buat kamu bersalah; Dia Pemelihara kamu, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan."

11:35. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Jika aku mengada-adakannya, maka atas akulah dosaku, dan aku berlepas diri daripada dosa-dosa yang kamu buat."

11:36. Dan diwahyukan kepada Nuh, "Tiada seorang pun daripada kaum kamu akan percayai, kecuali orang yang telah percaya; janganlah kamu berdukacita dengan apa mereka buat.

11:37. Buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan janganlah kamu ucapkan kepada Aku mengenai orang-orang buat kezaliman ; mereka akan ditenggelamkan."

11:38. Dan dia buat kapal; dan setiap kali pembesar-pembesar kaumnya melaluinya, mereka mengejeknya. Berkata, "Jika kamu ejek kami, sungguh, kami akan ejek kamu sebagaimana kamu ejek,

11:39. Dan kamu akan tahu kepada siapa akan datang azab yang aibkannya, dan kepada siapa turun azab yang kekal."

11:40. Sehingga, apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, Kami berkata, "Bawalah di dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan, dan sesiapa yang percaya." Dan tidak ada yang percaya bersamanya melainkan sedikit.

11:41. Dia berkata, "Naiklah ke dalamnya; dengan nama Allah pelayarannya dan pelabuhannya. Sesungguhnya Pemeliharaku Pengampun, Pengasih."

11:42. Maka ia berlayar dengan mereka di tengah-tengah gelombang yang seperti gunung-gunung; dan Nuh panggil anak lelakinya yang berdiri terpisah, "Wahai anakku, naiklah bersama kami, dan janganlah kamu berada bersama orang-orang tidak percaya."

11:43. Berkata, "Aku akan cari perlindungan di gunung, yang akan menjagaku daripada air." Berkata, "Pada hari ini, tidak ada pelindung daripada perintah Allah, selain daripada orang Dia kasihani." Dan gelombang-gelombang tiba di antara keduanya, dan dia adalah antara orang-orang yang ditenggelamkan.

11:44. Dan dikatakan, "Wahai bumi, telanlah air kamu; dan langit, berhentilah!" Dan air pun surut, dan urusan disempurnakan, dan kapal bertenggek di atas al-Judi, dan dikatakan, "Nyahlah kaum yang zalim!"

11:45. Dan Nuh panggil Pemeliharanya, dan berkata, "Wahai Pemeliharaku, anak lelakiku adalah daripada keluargaku, dan janji Engkau benar. Engkau yang paling adil antara para hakim."

11:46. Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukan daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih, maka jangan kamu tanya Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku tegurkan kamu supaya kamu jangan jadi antara orang-orang bodoh."

11:47. Berkata, "Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau supaya aku tidak tanya Engkau apa yang aku tiada pengetahuan mengenainya; kerana jika Engkau tidak ampuni aku, dan tidak kasihani aku, tentu aku jadi antara orang-orang yang rugi."

11:48. Dikatakan, "Wahai Nuh, turunlah kamu dengan sejahtera daripada Kami, dan keberkatan ke atas kamu, dan ke atas umat-umat bersama kamu; dan umat-umat, Kami akan beri kesenangan mereka, kemudian akan sentuh mereka, daripada Kami, azab yang pedih."

11:49. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kamu; kamu tidak mengetahuinya, dan tidak juga kaum kamu sebelum ini. Maka sabarlah; kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang bertakwa.

11:50. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; kamu, tidak lain, hanyalah mengada-adakan.

11:51. Wahai kaumku, aku tidak minta upah kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Yang memulakan aku. Tidakkah kamu faham?

11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya, dan Dia akan utus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan tambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."

11:53. Mereka berkata, "Wahai Hud, kamu tidak datangkan kepada kami satu bukti yang jelas, dan kami tidak akan tinggalkan tuhan-tuhan kami kerana apa yang kamu ucapkan; kami bukanlah orang-orang mukmin pada kamu.

11:54. Tiadalah kami kata melainkan bahawa satu daripada tuhan-tuhan kami telah menimpa kamu dengan kejahatan." Berkata, "Aku bersaksikan Allah, dan saksilah kamu bahawa aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan,

11:55. Selain daripada Dia; maka lakukanlah muslihat kamu terhadapku, kesemuanya, kemudian janganlah kamu beri aku tangguh.

11:56. Sesungguhnya aku tawakal kepada Allah, Pemeliharaku dan Pemelihara kamu; tidak ada makhluk yang merayap melainkan Dia mengambilnya daripada ubun-ubun. Sesungguhnya Pemeliharaku adalah di atas jalan lurus.

11:57. Tetapi jika kamu berpaling, aku telah sampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya kepada kamu, dan Pemeliharaku akan jadikan satu kaum yang selain daripada kamu, pengganti-pengganti; kamu tidak akan mudaratkan-Nya sedikit pun. Pemeliharaku Penjaga atas segala sesuatu."

11:58. Dan apabila perintah Kami datang, Kami selamatkan Hud dan orang-orang yang percaya bersama dia dengan pengasihan daripada Kami, dan selamatkan mereka daripada azab yang keras.

11:59. Itu Ad; mereka sangkal ayat-ayat Pemelihara mereka, dan mengingkari Rasul-Rasul-Nya, dan mereka ikut perintah tiap-tiap penguasa yang degil.

11:60. Dan mereka diikuti di dunia ini oleh laknat, dan pada Hari Kiamat, "Sesungguhnya Ad tidak percaya kepada Pemelihara mereka; maka nyahlah Ad, kaum Hud."

11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang tumbuhkan kamu daripada bumi dan tetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti."

11:62. Mereka berkata, "Wahai Salleh, kamu sampai sekarang jadi satu harapan di kalangan kami. Apa, adakah kamu larang kami daripada menyembah apa yang bapa-bapa kami sembah? Sesungguhnya kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami, dengan bimbang."

11:63. Berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia beri aku pengasihan daripada-Nya? Siapakah yang akan menolong aku terhadap Allah jika aku mengingkari-Nya? Tiadalah kamu, bagiku, melainkan menambahkan kerugianku.

11:64. Wahai kaumku, ini ialah unta betina Allah, untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan janganlah sentuh ia dengan kejahatan, supaya kamu tidak diambil oleh azab yang dekat."

11:65. Tetapi mereka melukainya; dan dia berkata, "Gembiralah kamu di dalam tempat tinggal kamu selama tiga hari. Itu janji yang tidak didustakan."

11:66. Dan apabila perintah Kami datang, Kami selamatkan Salleh, dan orang-orang yang percaya bersama dia, dengan pengasihan daripada Kami, dan daripada kerendahan hari itu; sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Kuat, Yang Perkasa.

11:67. Dan orang-orang buat kezaliman diambil oleh Teriakan; pagi dapati mereka, di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak,

11:68. Seolah-olah mereka tidak tinggal di dalamnya. "Sesungguhnya Tsamud tidak percaya kepada Pemelihara mereka, maka nyahlah Tsamud!"

11:69. Rasul-Rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, "Salam!" Dia berkata, "Salam"; dan sebentar kemudian, dia datangkan seekor anak lembu panggang.

11:70. Apabila dia lihat tangan-tangan mereka tidak sampai padanya, dia memandang aneh pada mereka, dan dia sangsi terhadap mereka, dan berasa takut. Mereka berkata, "Jangan takut; kami diutus kepada kaum Lut."

11:71. Dan isterinya sedang berdiri dekat; dia tertawa, maka Kami beri kepadanya berita gembira dengan Ishak, dan selepas Ishak, Yaakub.

11:72. Berkata, "Celakalah aku! Adakah aku akan beranak padahal aku perempuan tua, dan suamiku ini seorang yang tua? Sesungguhnya ini sesuatu yang ajaib."

11:73. Mereka berkata, "Apa, adakah kamu berasa hairan pada perintah Allah? Pengasihan Allah dan keberkatan-Nya ke atas kamu, wahai ahli Rumah! Sesungguhnya Dia Terpuji, Cemerlang."

11:74. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut.

11:75. Ibrahim adalah penyantun, lembut hati, berkesesalan.

11:76. "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu sudah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan."

11:77. Dan apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Lut, dia berasa susah terhadap mereka, dan berasa cemas untuk mereka, dan dia berkata, "Inilah hari yang amat berat."

11:78. Dan kaumnya datang kepadanya, berlari-lari ke arahnya, dan sejak dahulu mereka buat jahat. Dia berkata, "Wahai kaumku, inilah anak-anak perempuanku; mereka lebih bersih bagi kamu. Maka takutilah Allah, dan jangan aibkan aku pada tetamu-tetamu aku. Apa, adakah tidak ada seorang lelaki antara kamu yang berfikiran waras?"

11:79. Mereka berkata, "Kamu tahu bahawa kami tidak patut terhadap anak-anak perempuan kamu, dan kamu tahu benar apa yang kami hendaki."

11:80. Dia berkata, "Sekiranya aku ada kekuatan terhadap kamu, atau aku berlindung di sebuah tonggak yang kuat!"

11:81. Mereka berkata, "Wahai Lut, kami adalah Rasul-Rasul Pemelihara kamu. Mereka tidak akan sampai kepada kamu; maka berjalanlah, kamu dengan keluarga kamu, pada sebahagian malam, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang, kecuali isteri kamu; dia akan ditimpa dengan apa yang menimpa mereka. Waktu yang mereka dijanjikan ialah subuh (pagi); bukankah subuh sudah dekat?"

11:82. Maka apabila perintah Kami datang, Kami terbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan hujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar, bertubi-tubi,

11:83. Ditanda di sisi Pemelihara kamu, dan ia tidak jauh daripada orang-orang zalim.

11:84. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dan jangan kurangkan sukatan dan timbangan. Aku lihat kamu baik (makmur); dan aku takut untuk kamu akan azab hari yang meliputi.

11:85. Wahai kaumku, tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil, dan jangan kurangkan sesuatu bagi manusia, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan.

11:86. Sisa Allah adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin. Dan aku bukanlah penjaga kepada kamu."

11:87. Mereka berkata, "Wahai Shuaib, adakah solat kamu suruh kamu supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah, atau untuk buat seperti yang kami hendaki dengan harta-harta kami? Kamu penyantun, berfikiran waras."

11:88. Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia rezekikan aku dengan rezeki yang baik daripada-Nya; dan aku tidak hendak menentang kamu pada apa yang aku larang kamu; aku hanya hendak membetulkan, sebarang yang aku boleh, dan pertolonganku hanyalah dengan Allah. Kepada-Nya aku tawakal, dan kepada-Nya aku berkesesalan.

11:89. Wahai kaumku, janganlah perpecahan dengan aku mendesak kamu supaya menimpa kamu yang serupa dengan apa yang menimpa kaum Nuh, atau kaum Hud, atau kaum Salleh; dan kaum Lut, yang tidak jauh daripada kamu.

11:90. Dan mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya; sesungguhnya Pemeliharaku Pengasih, Penyayang."

11:91. Mereka berkata, "Wahai Shuaib, kami tidak banyak memahami apa yang kamu kata. Sesungguhnya kami lihat kamu lemah antara kami; tetapi, jika tidak kerana kumpulan kamu, tentu kami rejam kamu, dan kamu tidaklah kuat terhadap kami."

11:92. Dia berkata, "Wahai kaumku, adakah kumpulanku lebih kuat terhadap kamu daripada Allah? Dan Dia, adakah kamu ambil Dia sebagai sesuatu yang dilemparkan ke belakang kamu? Pemeliharaku meliputi apa kamu buat.

11:93. Wahai kaumku, beramallah menurut tempat kamu; aku sedang beramal, dan sungguh kamu akan tahu kepada siapa datang azab yang aibkannya, dan siapa dia pendusta. Dan berjaga-jagalah; aku bersama kamu, menjagai."

11:94. Dan apabila perintah Kami datang, Kami selamatkan Shuaib dan orang-orang yang percaya bersama dia dengan pengasihan daripada Kami, dan orang-orang buat kezaliman diambil oleh Teriakan; pagi dapati mereka, di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.

11:95. Seakan-akan mereka tidak tinggal di dalamnya, "Maka nyahlah Madyan, sebagaimana Tsamud telah hapus."

11:96. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan kuasa yang nyata,

11:97. Kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya; tetapi mereka ikut perintah Firaun, dan perintah Firaun adalah tidak waras.

11:98. Dia mendahului kaumnya pada Hari Kiamat, dan memimpin mereka turun ke Api - buruknya tempat pengairan untuk diturunkan!

11:99. Dan mereka diikuti di dunia ini oleh laknat, dan pada Hari Kiamat - buruknya tawaran yang ditawarkan!

11:100. Itu adalah daripada berita bandaraya-bandaraya yang Kami ceritakan kepada kamu; ada yang masih berdiri, dan ada yang jadi tunggul.

11:101. Dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri. Tuhan-tuhan mereka tidak berguna bagi mereka, yang mereka seru selain daripada Allah, sedikit pun, apabila perintah Pemelihara kamu datang; dan mereka tidak menambah bagi mereka, kecuali dalam kebinasaan.

11:102. Demikianlah itulah ambilan Pemelihara kamu, apabila Dia mengambil bandaraya-bandaraya yang zalim; sesungguhnya pengambilan-Nya pedih, keras.

11:103. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi orang yang takut akan azab akhirat; itulah satu hari di mana manusia dikumpulkan, satu hari untuk menyaksikan.

11:104. Dan Kami tidak akan tangguhkannya, kecuali ke satu tempoh hitungannya.

11:105. Pada hari ia datang, sesuatu jiwa tidak berkata-kata kecuali dengan izin-Nya; sebahagian mereka sengsara, dan sebahagian berbahagia.

11:106. Bagi orang-orang yang sengsara, mereka berada di dalam Api, di dalamnya bagi mereka keluhan, dan erangan.

11:107. Di dalamnya tinggal selama-lamanya, selagi ada langit dan bumi, kecuali seperti yang Pemelihara kamu hendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu sempurnakan apa yang Dia hendaki.

11:108. Dan bagi yang berbahagia, mereka berada di dalam Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya, selagi ada langit dan bumi, kecuali seperti yang Pemelihara kamu hendaki; sebagai kurnia yang tidak putus-putus.

11:109. Maka jangan kamu berada dalam keraguan mengenai apa yang mereka ini sembah; mereka hanya sembah seperti bapa-bapa mereka sembah dari dahulu; dan sesungguhnya Kami akan bayar kepada mereka sepenuhnya bahagian mereka tanpa dikurangi.

11:110. Dan Kami beri Musa Kitab; lalu berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia telah diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

11:111. Sesungguhnya masing-masing mereka, Pemelihara kamu akan bayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka; Dia menyedari apa mereka buat.

11:112. Maka hendaklah kamu berlaku lurus, sebagaimana kamu diperintah, dan sesiapa yang bertaubat bersama kamu; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Dia lihat apa kamu buat.

11:113. Dan janganlah cenderung kepada orang-orang buat kezaliman supaya Api menyentuh kamu; kamu tidak ada pelindung selain daripada Allah, dan kemudian kamu tidak akan ditolong.

11:114. Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.

11:115. Dan sabarlah kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.

11:116. Mengapakah tidak ada daripada generasi-generasi sebelum kamu, orang-orang dari peninggalan yang melarang kerosakan di bumi - kecuali sedikit daripada orang-orang yang Kami telah selamatkan; tetapi orang-orang buat kezaliman ikut kesenangan yang mereka diberi untuk bersukaria, dan jadi orang-orang yang berdosa.

11:117. Namun begitu, Pemelihara kamu tidak musnahkan bandaraya-bandaraya dengan kezaliman, sedang penduduknya membetulkan.

11:118. Sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu Dia buat manusia satu umat, tetapi mereka tidak berhenti-henti berselisih,

11:119. Kecuali orang-orang yang kepada mereka Pemelihara kamu kasihani. Untuk itulah Dia cipta mereka, dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu, "Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya."

11:120. Dan semua itu Kami ceritakan kepada kamu daripada berita Rasul-Rasul; dengannya Kami teguhkan hati kamu; dalam ini telah datang kepada kamu yang benar, dan satu teguran dan peringatan, bagi orang-orang mukmin.

11:121. dan katakan kepada orang-orang tidak percayai, "Beramallah kamu menurut tempat kamu; kami sedang beramal.

11:122. Dan lihat dan tunggulah; kami juga melihat dan menunggu."


11:123. Kepunyaan Allah keghaiban di langit dan bumi, dan kepada-Nya seluruh perkara dikembalikan; maka sembahlah Dia, dan tawakallah kepada-Nya. Pemelihara kamu tidak lalai daripada apa kamu buat.

Selasa, 8 Disember 2015

DOA MASUK RUMAH-AJARAN ALLAH ???


KALIMAH SYAHADAT MUSLIM


3:62. Ini cerita benar. Tidak ada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Allah, Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
37:35. Kerana apabila dikatakan kepada mereka, "Tidak ada tuhan melainkan Allah", mereka menyombong.
3:18. Allah menyaksikan bahwa tidak ada Tuhan selain Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang tegakkan keadilan; tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.


33:40. Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi Rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah tahu segala sesuatu.


DOA-DOA DALAM QUR'AN ???

Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya. Firman-Nya,
"Pemelihara kamu berkata, 'Serulah kepada-Ku, dan Aku akan sahut kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina.'" (40:60)
Apabila berseru, atau memohon, atau berdoa kepada Allah, haruslah dengan rendah diri, berahsia, rasa takut, dan penuh harapan. Firman-Nya,
"Serulah Pemelihara kamu dengan rendah diri dan dengan berahsia ..... dan serulah kepada-Nya dengan rasa takut, dan penuh harapan. Sesungguhnya pengasihan Allah dekat dengan orang-orang buat baik." (7:55-56)
Juga, Allah diseru dengan menuluskan agama untuk-Nya
"Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." (40:65)
Apa yang dipohonkan haruslah yang baik dan tidak tergesa-gesa memohon yang tidak baik. Apabila yang baik dipohon tetapi yang buruk pula yang datang, maka janganlah jadi jemu dan berputus asa. Firman-Nya,
"Manusia seru (doa) untuk kejahatan seperti dia seru (doa) untuk kebaikan; manusia adalah tergesa-gesa." (17:11)
"Manusia tidak jadi letih menyeru (doa) untuk kebaikan; tetapi apabila kejahatan sentuh dia, maka jemulah dia, berputus asa." (41:49)
Doa-doa di dalam al-Qur'an bukan sedikit dan harus dipakai atau dijadikan contoh untuk memohon atau berdoa kepada Allah. Kerana mereka adalah ajaran daripada Allah.
Surah yang pertama di dalam al-Qur'an, al-Fatihah, adalah, pada hemat penulis, contoh bentuk sebuah doa yang amat baik, berbunyi,
"Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Merajai Hari Agama (Pengadilan). Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan lurus, Jalan orang-orang yang Engkau rahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat." (1:1-7)
Selanjutnya disenaraikan di bawah, menurut kronologi ayat-ayat, doa-doa lain yang terdapat di dalam al-Qur'an:
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif tidak jadi orang bodoh:
"Aku berlindung pada Allah daripada aku jadi antara orang-orang bodoh." (2:67)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa Nabi Ibrahim ketika membina Rumah atau Kaabah:
"Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,
Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkan kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, bangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul, seorang daripada mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan menyucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.'" (2:127-129)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Yang baik di dunia dan di akhirat:
"Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia yang baik, dan di akhirat yang baik, dan lindungilah kami daripada azab Api." (2:201)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Ketika bertemu musuh dalam peperangan:
"Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir)." (2:250)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Tidak dihukum kerana terlupa atau tersilap, dan beban diringankan:
"Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau pertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau buat kesilapan.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang sebelum kami.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir)." (2:286)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Hati tidak menyimpang setelah dapat petunjuk al-Qur'an:
"Wahai Pemelihara kami, janganlah simpangkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berikan kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.
Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang kumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak mungkiri janji temu." (3:8-9)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Memohon ampun atas kesalahan dan dilindungi daripada azab Api:
"Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api." (3:16)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Setelah melahirkan anak (doa ibu Mariam):
"Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang perempuan. Dan aku namakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam." (3:36)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Mendapatkan anak:
"Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau dengar seruan." (3:38)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif jadi seorang saksi bagi Allah dan Kitab-Nya:
"Wahai Pemelihara kami, kami percaya kepada apa yang Engkau turunkan, dan kami ikut Rasul, maka tuliskanlah kami bersama orang-orang yang saksikan." (3:53)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Memohon ampun atas kesalahan dan yang berlebihan dalam urusan, teguhkan pendirian, dan pertolongan terhadap kaum tidak percaya:
"Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya." (3:147)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Dijauhkan daripada azab Api, ampun atas kesalahan, lepas daripada kejahatan, mati sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat (doa ketika memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi):
"Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau ciptakan ini (langit dan bumi) dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.
Wahai Pemelihara kami, sesiapa Engkau masukkan ke Api, maka sesungguhnya Engkau aibkannya; dan orang-orang zalim tidak ada penolong-penolong.
Wahai Pemelihara kami, kami mendengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, 'Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.
Wahai Pemelihara kami, berilah kami apa yang Engkau telah janjikan kami pada Rasul-Rasul Engkau, dan janganlah Engkau aibkan kami pada Hari Kiamat; sesungguhnya Engkau tidak mungkiri janji temu." (3:191-194)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa Nabi Isa untuk diturunkan hidangan dari langit:
"Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan jadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki." (5:114)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Memohon ampun dan pengasihan Allah setelah menzalimi diri sendiri atau buat jahat:
"Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak ampunkan kami dan kasihani kami, tentu kami jadi antara orang-orang yang rugi." (7:23)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Kesabaran dan kemusliman:
"Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman." (7:126)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Taubat:
"Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin." (7:143)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Memohon ampun dan pengasihan Allah untuk diri sendiri dan saudara:
"Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan." (7:151)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa Nabi Musa setelah 70 orang lelaki meminta untuk melihat Tuhan lalu ditelan oleh gempa bumi:
"Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau hendak, tentu Engkau musnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan musnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau sesatkan siapa yang Engkau hendaki, dan beri petunjuk siapa yang Engkau hendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." (7:155-156)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa orang yang percaya kepada Allah dan Kitab-Nya supaya tidak jadi cubaan bagi kaum tidak percaya, dan diselamatkan daripada kezaliman mereka:
"Pemelihara kami, janganlah Engkau buat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim, Dan selamatkanlah kami dengan pengasihan Engkau daripada kaum tidak percaya." (10:85-86)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa Nabi Musa terhadap Firaun:
"Pemelihara kami, Engkau telah beri Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak percayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih." (10:88)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Memohon ampun atas pertanyaan yang "bodoh" terhadap Allah:
"Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau supaya aku tidak tanya Engkau apa yang aku tiada pengetahuan mengenainya; kerana jika Engkau tidak ampuni aku, dan tidak kasihani aku, tentu aku jadi antara orang-orang yang rugi." (11:47)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa Nabi Yusuf:
"Wahai Pemeliharaku, Engkau telah beri aku untuk memerintah, dan Engkau telah ajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih." (12:101)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa Nabi Ibrahim:
"Wahai Pemeliharaku, buatkan tanah (negeri) ini aman, dan jauhkan aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung.
Wahai Pemeliharaku, mereka telah sesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang ikut aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, aku tempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkan hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
Wahai Pemelihara kami, Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan, dan apa yang kami siarkan; daripada Allah tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi, dan tiada juga di langit.
Segala puji bagi Allah yang beri aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku mendengar seruan (doa).
Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.
Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila hitungan didirikan." (14:35-41)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa untuk ibu bapa:
"Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka pelihara aku semasa aku kecil." (17:24)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa pada waktu malam (untuk membaca al-Qur'an):
"Wahai Pemeliharaku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang sebenar, dan keluarkanlah aku dengan keluaran yang sebenar; dan buatkan bagiku kuasa daripada sisi Engkau untuk menolongku. Yang benar telah datang, dan yang palsu telah lenyap; sesungguhnya yang palsu pasti lenyap." (17:80-81)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Pengasihan Allah dan kelurusan dalam urusan:
"Wahai Pemelihara kami, berikan kami pengasihan daripada Engkau, dan sediakanlah kami dengan kelurusan dalam urusan kami." (18:10)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Apabila terlupa setelah berjanji untuk melakukan sesuatu:
"Mudah-mudahan Pemeliharaku beri petunjuk kepadaku pada sesuatu yang lebih dekat dengan yang lurus daripada yang ini." (18:24)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Apabila masuk kebun:
"Seperti yang Allah hendaki; tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah" (18.39)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa Nabi Zakaria untuk memohon anak:
"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya tulang-tulang di dalamku telah jadi lemah dan kepalaku bernyala-nyala dengan uban. Dan dalam seruan (doa) kepadaEngkau, wahai Pemeliharaku, aku tidak pernah sengsara. Dan aku takut akan keluargaku setelah peninggalanku; dan isteriku mandul. Maka berilah aku, daripada sisi Engkau, seorang wali (waris), Yang akan jadi warisku, dan yang jadi waris keluarga Yaakub; dan buatlah dia, wahai Pemeliharaku, sangat memuaskan hati." (19:4-6)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Lapangkan dada, mudahkan urusan, dan fasih bertutur supaya orang faham:
"Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku, Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku), supaya mereka faham ucapanku." (20:25-28)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Menambahkan pengetahuan (dalam al-Qur'an):
"Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan." (20:114)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Apabila disentuh mudarat atau penderitaan:
"Sesungguhnya, mudarat telah menyentuhku, dan Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan." (21:83)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Setelah orang berpaling daripada Peringatan yang disampaikan:
"Wahai Pemeliharaku, hakimkanlah dengan benar! Dan Pemelihara kami ialah Yang Pemurah, tempat dimohonkan pertolongan terhadap apa yang kamu terangkan." (21:112)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Setelah didustakan orang:
"Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku kerana mereka dustakan aku." (23:26)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Tempat berlabuh (kapal):
"Wahai Pemeliharaku, labuhkan aku di sebuah pelabuhan yang diberkati; Engkau yang terbaik daripada mereka yang melabuhkan." (23:29)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Tidak diletakkan bersama orang zalim:
"Wahai Pemeliharaku, jika Engkau lihatkan kepadaku apa yang mereka dijanjikan, Wahai Pemeliharaku, janganlah Engkau letak aku di kalangan kaum yang zalim." (23:93-94)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Perlindungan daripada syaitan:
"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." (23:97-98)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Memohon ampun dan dikasihani:
"Wahai Pemelihara kami, kami percaya; maka ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan." (23:109) dan,
"Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah, dan kasihanilah; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan." (23:118)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Dipalingkan daripada azab Jahanam:
"Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah daripada kami azab Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan yang paling ngeri, Buruknya ia sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat tinggal." (25:65-66)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Kegembiraan daripada keluarga dan imam bagi orang-orang bertakwa:
"Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang bertakwa." (25:74)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa Nabi Ibrahim:
"Wahai Pemeliharaku, berilah aku putusan, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih, Dan buatlah aku lisan (lidah) yang benar bagi orang-orang yang akhir. Buatlah aku termasuk pewaris-pewaris Taman Kebahagiaan, Dan ampunilah bapaku kerana dia termasuk orang-orang yang sesat. Janganlah aibkan aku pada hari apabila mereka dibangkitkan, Pada hari apabila harta, dan tidak juga anak-anak lelaki bermanfaat, Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih." (26:83-89)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa Nabi Sulaiman:
"Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih." (27:19)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Memohon ampun setelah menzalimi diri sendiri (buat jahat):
"Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunkanlah aku." (28:16)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Mencari arah ke tempat yang baik:
"Mudah-mudahan Pemeliharaku beri petunjuk kepadaku pada jalan yang betul." (28:22)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Memohon rezeki:
"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku fakir (memerlukan) apa-apa kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku." (28:24)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Pertolongan terhadap orang jahat:
"Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang buat kerosakan." (29:30)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Jauhkan perjalanan (pengembaraan):
"Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami" (34:19)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Memohon dapatkan anak yang salih (baik):
"Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih." (37:100)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa Nabi Sulaiman:
"Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah aku, dan berilah aku sebuah kerajaan seperti yang tidak dijatuhkan kepada sesiapa sesudah aku; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi." (38:35)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa para malaikat untuk orang bertaubat dan ikut jalan al-Qur'an:
"Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunkanlah orang-orang yang bertaubat, dan ikut jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.

Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau janjikan mereka dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

Dan lindungilah mereka daripada kejahatan-kejahatan; sesiapa Engkau lindung daripada kejahatan-kejahatan pada hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang besar." (40:7-9)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Ketika menaiki kenderaan:
"Dia disanjung, yang tundukkan ini untuk kami, dan kami sendiri tidak setanding dengannya, Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik." (43:13-14)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa ketika sampai usia 40 tahun:
"Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)." (46:15)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Setelah dikalahkan:
"Aku dikalahkan; tolonglah aku!" (54:10)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Orang yang beriman kemudian:
“Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau letak di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih.” (59:10)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Tidak jadi ujian bagi orang tidak percaya (kepada Allah dan Kitab-Nya), dan memohon ampun:
"Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami tawakal; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan. Wahai Pemelihara kami, janganlah buat kami satu ujian bagi orang-orang tidak percaya; dan ampunkanlah kami. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana." (60:4-5)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa isteri Firaun yang beriman:
"Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.” (66:11)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Doa Nabi Nuh:
“Wahai Pemeliharaku, janganlah tinggalkan di atas bumi orang-orang tidak percaya, walaupun seorang. Sesungguhnya jika Engkau tinggalkan mereka, mereka akan sesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan.

Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim, kecuali dalam kebinasaan!” (71:26-28)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Perlindungan daripada pelbagai kejahatan:
"Aku berlindung pada Pemelihara yang membelahkan (pada waktu dinihari), Daripada kejahatan apa yang Dia cipta, Daripada kejahatan kegelapan apabila ia gelap, Daripada kejahatan orang (perempuan) yang meniup pada ikatan, Daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki." (113:1-5)
http://www.e-bacaan.com/IMAGES/bd14533_.gif Perlindungan daripada bisikan syaitan (jin dan manusia):
"Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia." (114:1-5)
Halaman ini diakhiri dengan memuji Allah, berbunyi:
"Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau beri kerajaan kepada siapa yang Engkau hendaki, dan lucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau hendaki, dan Engkau muliakan siapa yang Engkau hendaki, dan Engkau hinakan siapa yang Engkau hendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Engkau jadikan malam masuk ke dalam siang, dan Engkau jadikan siang masuk ke dalam malam, dan Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa Engkau hendaki tanpa hitungan." (3:26-27)


Penulis Bacaan
1989
dikemaskini 27.10.02